Wednesday, May 23, 2012

Debat Punya Pasal Rafizi dan Astro Bakal Berdepan Saman


Ramai diantara kita malam tadi sudah menonton debat antara KJ dengan RL (Rafizi Lembu). Kepada yang belum menontonnya boleh tonton di laman web www.sinarharian.com .

Tujuan debat diadakan untuk membincangkan mengenai PTPTN. KJ datang dengan fakta serta hujah mengenai PTPTN. Apa yang dibawanya itulah yang KJ bentangkan malam tadi. RL pula datang untuk berceramah politik kerana mengambil kesempatan diatas siaran langsung yang diadakan.

Cara RL berdebat malam tadi seolah-olah dia sedang berceramah atas pentas PKR.  Umno BN, pak mertua, Shahrizat Jalil , peguam Tajuddin Ramli. Ditambah pula dengan sikap moderator yang berat sebelah. RL melencong daripada soalan yang ditanya, pun moderator biarkan. Senang cerita debat malam tadi bukan pertarungan 1-1 antara KJ dengan RF , tetapi 2-1. Moderator dan RL vs KJ.

Di penutupnya moderator yang memang dikenali sebagai pro pembangkang telah menunjukkan belangnya yang sebenar apabila mencabar Datuk Najib berdebat dengan Anwar. Dia pun seperti RL juga mengambil kesempatan diatas siaran langsung tersebut dengan niat untuk memalukan PM. Beberapa bulan lepas saya pernah tulis tentang moderator berkenaan. Boleh lihat di sini.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada KJ kerana cool melayan provokasi RL dan terus berhujah dengan fakta tanpa sedikit pun memalukan RL dengan perkara-perkara luar tajuk. Kalau KJ nak malukan RL di pusingan kedua lagi KJ sudah boleh malukan RL apabila dengan gahnya dia mengaku dia seorang akauntan. KJ boleh kata akauntan apa kalau BAFIA dan AMLA pun tak tahu.

Jika sebelum ini RL seronok dengan pendedahan NFC dan kemudiannya dia terjerat dengan BAFIA. Malam tadi pula RL seronok menghentam Umno, BN, Pak Lah dan KJ sendiri. Bangganya Rafizi dapat malukan KJ apabila mengaitkan pak mertua dan menantu. Tapi dalam keghairahannya malam tadi satu lagi bala yang bakal menimpanya pula.

Dengan niat jahat dan mengambil kesempatan siaran langsung yang diberikan , RL mengambil kesempatan itu untuk memfitnah Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Ketika menjawab soalan dari moderator, RL telah berkata,
"Kalau saudara Khairy beritahu hutang NFC akan dibayar OLEH DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL,saya minta kita semua percaya"
Lihat video dibawah pada minit 16.50



Semua orang tahu pinjaman daripada kerajaan dikeluarkan kepada NFCorp. Yang meminjamnya NFCorp, bukannya DS Shahrizat. Beliau tidak ada kena mengena dan tidak ada pun namanya dalam syarikat itu.

Tetapi RL kata hutang dibayar oleh DS Shahrizat dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Sharizat. Mengikut maklumat yang diterima pagi ini, difahamkan DS Shahrizat akan memikirkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Rafizi, Astro Awani dan Sinar Harian.

Jika itu pilihan DS Sharizat untuk membersihkan namanya kita perlu beri sokongan kepadanya. Jangan biarkan RL terus menerus memfitnahnya.

Sekali-sekala saya pun terfikir juga samada RL ini lelaki yang normal atau lelaki yang ada hormon perempuan ? Sikap dan mulutnya adakala menunjukkan dia seperti perempuan. Rasanya dalam dunia politik tanahair kita hari ini belum ada lagi mana-mana orang politik lelaki berlawan dengan musuhnya yang perempuan sampai berbulan-bulan.

Sejak tahun lepas lagi dia menyerang dan mengomel pasal DS Shahrizat. Kalau Zuraida yang berperangai begitu kita tak peliklah sebab dia perempuan, dan logiknya ada apabila ketua wanita berlawan dengan ketua wanita. Ini seorang lelaki pula yang berperangai seperti perempuan becok.

Betullah dia seorang lelaki yang berperangai seperti perempuan becok. Seorang pembaca menghantar komen dibawah ini kepada saya menceritakan tentang perangai RL semasa dia bekerja di Petronas.
NottyGroove said... 
Apa nk herankan pasal rafizi ni.. Sapa tak kenal rafizi masa dia dlm Petronas dulu esp org2 Petronas Gas kat.. Bab pendedahan Dan aibkan org bukan asing bagi dia.. Org tak kan lupa email berbelas2 muka Surat Yang dia hantar sekeliling Petronas community untuk mengaibkan boss dia SGM kat Petronas Gas.. Kalau baca email tu pun kita rasa "camni ke budk high flyer Petronas? Well educated and in the pipeline to be president?.." mana tak Nya kalau bab SGM tu x ajak dia beraya kat Rumah or SGM tu x melawat dia masa Rumah affected land slide kat Bukit antarabangsa tu pun dia nk tulis.. Kesian minah SGM tu, sampai kena panggil ngan president's office gara gara email "Anak emas" Petronas ni.. Susah kalau jadi org pandai ni, org lain semua x betul, dia je la betul.. Walaupun pengalaman hidup baru setahun jagung.. So mmg x heran la.. Agak2 berani x dia bertanding kat parlimen Kemaman.. Dia kan org Kemaman.. Knp nk bertanding kat kelana jaya.. Rafizi rafizi.. Apalah nk jadi..

May 20, 2012 9:36 PM
Delete
Orang tak ajak beraya pun dia buat kecoh. Ish...ish...ish....perangai dan mulut mengalahkan Joyah. Buat malu kaum lelaki saja...

Akhir kata, sama-samalah kita memberi sokongan kepada DS Shahrizat agar saman RL dengan segera diatas kebecokan mulut Joyahnya malam tadi mengaibkan Kak Ijat.

Untuk pengetahuan para pembaca juga, RL telah menyekat saya daripada mengikuti twitternya. Saya tidak pernah maki hamun atau guna perkataan-perkataan tidak baik terhadapnya. Saya hanya berbicara dengannya mengenai statusnya sebagai seorang akauntan dan BAFIA.

Bagaimanapun selepas tulisan saya mengenai kes BAFIA yang dihadapinya beberapa hari lepas, dia telah menyekat saya. Bercakap soal demokrasi, kebebasan media dan kebebasan bersuara. Kita baru bagi satu dua nas , dia dah mula sekat-sekat pula. Saya hanya blogger kecil sahaja dan bukannya Raja Petra , Rocky Bru atau nama-nama besar yang lain. Itu pun dia takut. Betul-betul perempuanlah kau ni RL....

Tuesday, May 22, 2012

Polis Pencen dan Artis Menopause Masuk Pas Satu Tamparan Kepada Kerajaan BN ?


Seorang pembaca menghantar komen mengenai kemasukan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS.

Katanya,
man tapah said...
akhir2 ini orang yang pencen atau berhenti dari kerajaan masuk parti pembangkang semakin menjadi2.sebelum ini bekas menteri kabinet, kadir sheikh fadzir.semalam bekas pengarah jsj bukit aman.hari ini bekas pegaumcara negara pula bersama anwar.golongan artis yang masuk pembangkang juga semakin meningkat.
kalau rbf boleh ulas sikit mengenai perkara ini dan puncanya ?

May 22, 2012 7:13 PM
Benar.....sejak akhir-akhir ini Pas sering mencanangkan beberapa orang yang pernah ada nama sebelum ini menyertai mereka. Pas sambut mereka dan Pas canang seperti bulan jatuh ke riba. Pas juga guna kesempatan itu untuk mencanangkan berita kononnya Umno semakin tidak relevan kerana mereka-mereka memilih Pas. Biarkan Pas terus syok sendiri. Kita layan ja....

Berhubung tindakan Datuk Fauzi masuk Pas. Pas puja dan puji Datuk Fauzi kerana tidak takut dan tidak gentar untuk menyertai Pas. Berprinsip, teguh pendirian dan bla...bla...bla...bla....pujian yang diberikan.

Kita tak perlu hairan atau risau dengan perkembangan tersebut. Orang yang dah pencen masuk Pas apa kita nak hairan ? Kalaulah Datuk Fauzi itu masih Pengarah JSJ dan letak jawatan 24 jam untuk menyertai Pas , itu barulah satu tamparan yang hebat kepada kerajaan.

Dah pencen bertahun-tahun dan wang pencen gerenti masuk setiap bulan baru nak sertai Pas, tak peliklah....

Jika hari ini Datuk Khalid Abu Bakar atau Datuk Bakri Zinin letak jawatan dan masuk Pas , barulah kita boleh rasa pelik.

Cerita seorang bekas pegawai besar polis nak masuk Pas dah kedengaran sejak tahun lepas lagi, tapi bulan Mei 2012 baru masuk. Kenapa perlu tunggu berbulan-bulan ? Kenapa dari tahun lepas lagi tak masuk ?

Tidak mustahil cerita mula dicanang sejak tahun lepas sebagai ugutan atau acah-acah supaya ada orang pergi pujuk dan beri apa yang dia mahu. Bila tiada yang memujuk atau tidak dapat apa yang dikehendaki , maka masuklah dia ke dalam Pas.

Isu bab artis masuk Pas pula....

Siapa artis yang masuk Pas ? Yang Pas julang setakat ini Bob Lokman dan Aishah....

Bila dah puas teguk arak ,dah tak laku, badan pun jadi macam tong drum, baru mereka-mereka ini kenal islam. Oleh kerana baru kenal islam , dah tak tahu nak beza pula antara islam yang sebenar dengan parti politik yang guna nama islam. Lalu masuklah Pas kononnya untuk mendekati islam.

Setakat Aishah dan Bob Lokman masuk Pas apa kita nak pelik atau hairan ? Kalaulah Aishah yang ada hari ini Aishah yang sedang popular dengan lagu janji manis mu dulu masuk Pas, boleh kita hairan atau pelik.

Sekarang masuk Pas kutuk Shahrizat Jalil. Dulu dia pergi jumpa Shahrizat mengadu nasib dia ibu tunggal dan bla...bla....bla.... Lalu Shahrizat pun minta KSU kementeriannya pertimbangkan supaya jika ada peluang-peluang persembahan di majlis-majlis yang melibatkan Kementerian Wanita agar diberikan kepada Aishah kerana nak menolongnya sebagai ibu tunggal. Dalam masa setahun dua, ratusan ribu telah dibayar kepada Aishah oleh Kementerian Wanita untuk persembahannya. Sekarang masuk Pas pergi kutuk Shahrizat dan BN pula. Lagi nak bercakap pasal islam ke ?

Oleh yang demikian kita tak perlu hairan atau pelik dengan artis-artis yang dah menopause masuk Pas. Kalau hari ini Siti Nurhaliza atau Rosyam Noor ke yang masuk Pas barulah kita boleh rasa pelik atau pun satu tamparan yang hebat kepada kita. 

Biarkan Pas terus syok sendirian..... 

Akhirnya Terjawab Jua Kenapa Anwar Boleh Bebas Kes Liwat

Sewaktu kes liwat yang melibatkan Anwar dengan saiful hendak dibicarakan pada 2008 dan 2009, Anwar bermati-matian menolak Peguam Negara , Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai ketua pendakwaraya. 

Akhirnya Peguam Negara menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan dan menyerahkannya kepada Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sepanjang perbicaraan berjalan, banyak kerenah Anwar dilayan oleh pendakwaraya dan pihak pendakwaraya juga dilihat terlalu mengikut kerenah pihak peguam Anwar. Banyak suara-suara sumbang ketika itu yang menuduh Peguam Negara telah dibeli oleh Anwar dan Anwar akan bebas.

Akhirnya benar Anwar dibebaskan....

Dah bebas satu hal....kemudian nak failkan rayuan pun puas didesak. Setelah desakan demi desakan , dah sampai saat-saat akhir sebelum tempoh merayu tamat barulah rayuan dikemukakan oleh pihak pendakwaraya...

Kenapa kerenah Anwar dilayan ?

Kenapa Anwar bebas ?

Kenapa susah nak buat rayuan ?

Semuanya telah terjawab hari ini.....

Kemunculan bekas Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai peguambela Anwar dalam kes rusuhan bersih di Mahkamah Sesyen KL hari ini menjawab segala persoalan diatas.

Selamat maju jaya kepada Datuk Yusof. Nama dan khidmat Datuk selama berpuluh-puluh tahun akhirnya tercalar begitu sahaja. Jangan salahkan masyarakat jika mereka memandang Datuk sebagai api dalam sekam atau gunting dalam lipatan, kerana Datuk sendiri yang dedahkan pekung busuk Datuk selama ini.

Gaya Pentadbiran Koporat Khalid Ibrahim Hancurkan Selangor

Hari pertama Khalid Ibrahim menjadi MB lagi sudah ada suara-suara kedengaran yang mengatakan Khalid akan mentadbir Selangor sebagaimana menguruskan syarikat koporat. 

Betul.....dalam masa tak sampai setahun dia mentadbir geng-geng PKR sendiri pun sudah melompat dengan gaya pentadbiran Khalid.

Menjadi seorang MB tidak sama seperti seorang pengerusi atau CEO sesebuah syarikat. Kerajaan tidak berniaga dan tidak kejar untung. Koporat pula mengejar untung. 

Apabila Khalid bawa gaya pentadbiran koporat, maka hancurlah Selangor. Sebab itu kita boleh lihat bagaimana bumi Selangor (tanah kerajaan) dikorek sepuas-puasnya oleh Kumpulan Semesta untuk pengeluaran pasir. Aset-aset dijual. Ada pula yang dicagar kepada pihak lain seperti Kompleks PKNS Shah Alam. Pusat latihan serta asrama Yayasan Selangor pun Khalid tutup atas alasan tidak menguntungkan. Semuanya dilakukan untuk memastikan bila tutup akaun tahunan, keuntungan meningkat berkali-kali ganda. Itulah cara pentadbiran koporat.
SELANGORKU - Pasir pendapatan utama  ku....
Baru-baru ini ditamatkan perkhidmatan Alam Flora kerana nak jimatkan kos dan kerajaan negeri buat sendiri kerja-kerja kutipan sampah. Apabila khidmat Alam Flora ditamatkan, bukan hanya Alam Flora yang mengalami kesannya. Banyak lagi pihak lain yang terkena tempiasnya. Alam Flora ada staf, ada kontraktor. Staf pula ada keluarga , kontraktor pun ada keluarga. Banyak pihak yang terasa kesannya.

SELANGORKU - Balakong
Antara tugas utama sesebuah kerajaan adalah meningkatkan taraf ekonomi rakyat serta negeri yang ditadbirnya. Pergi cari pelaburan dan bawa masuk ke negeri supaya rakyat dapat kerja. Bila kerja ada perniagaan pun ada dan ekonomi pun berkembang. Bila ekonomi berkembang ramai lagi rakyat  yang lain  yang akan dapat kerja dan berniaga dan seterusnya.

Apa yang berlaku di Selangor hari ini sebaliknya pula. Bukan pelaburan atau peluang-peluang ekonomi lain yang mereka cari, tapi kerajaan negeri pula yang bersaing dengan syarikat untuk menjalankan perniagaan. 

Kemudian suap kepada rakyat RM 11 sebulan melalui air percuma dan RM 11 itulah yang dicanangkan ke seluruh negara untuk menggambarkan mereka kerajaan kebajikan dan mereka lebih baik daripada BN.

SELANGORKU - Shah Alam
Itulah bezanya kerajaan dulu dengan kerajaan sekarang. Kerajaan dulu tumpukan kepada pelaburan dan pelancongan sebagai pendapatan negeri. Kerajaan Selangor hari ini pula jadikan pasir sebagai sumber pendapatan negeri. 

Selesai bunuh Alam Flora serta mereka-mereka yang bernaung dibawah Alam Flora, hari ini Khalid nak bunuh Syabas pula. Khalid sedang sibuk nak ambil alih pengurusan air daripada Syabas. Dia jadikan Loji Langat 2 sebagai tawanan. Selagi dia tidak boleh ambil pengurusan air Selangor daripada Syabas, maka dia tidak akan beri kebenaran untuk kerajaan pusat teruskan pembinaan Loji Langat 2. 

Semalam Datuk Seri Noh Omar pula mengulas pasal corak pentadbiran koporat Khalid Ibrahim.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini mempertikai corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang menjadikan negeri ini bagaikan sebuah syarikat korporat yang mementingkan  keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat.

Beliau berkata sebagai contoh kerajaan Selangor lebih berminat terhadap penstrukturan semula industri perkhidmatan air, sungguhpun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahu bekalan air untuk rakyat kini berada pada tahap kritikal.

"Mereka sibuk dengan penstrukturan semula tetapi rizab air pada 2.4 peratus sahaja, bila penstrukturan semula siap bekalan air untuk rakyat habis, jadi buat apa buat penstrukturan semula?.

Rizab air sekarang hanya tinggal 2.4 % dan dijangka habis pada tahun 2014. Tidak sampai 2 tahun lagi....jika Loji Langat 2 tidak selesai dibina dalam tempoh yang ada ini , maka Lembah Klang akan hadapi krisis air yang teruk tidak lama lagi. 

Apabila krisis air ini berlaku, ianya bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan harian kita tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi. 

SELANGORKU - Ampang
Belum pun krisis air berlaku, kesan dari sudut ekonomi sudah terasa kini. Baru-baru ini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengesahkan bahawa 129 kilang yang telah diluluskan terpaksa ditangguhkan pembinaannya kerana Selangor tidak cukup air sekarang. Jumlah 129 kilang tersebut boleh mewujudkan 12'000 peluang pekerjaan.

Jika Khalid Ibrahim terus-menerus menjadikan Loji Langat 2 sebagai tawanan, maka tidak mustahil kilang-kilang tersebut akan membatalkan rancangan mereka untuk melabur di Malaysia. Sebagai orang berniaga mereka tidak boleh tunggu lama-lama kerana bagi mereka setiap detik itu adalah kos.

Persoalannya kini, jika masalah sampah yang mereka ambil dari Alam Flora hinggakan satu Selangor kelam kabut dengan sampah sehingga ke hari ini, apakah anda yakin mereka boleh menguruskan air sekiranya mereka mengambil pengurusan air dari Syabas ?

Monday, May 21, 2012

Nizar Antara Pelakon Filem Terbaru Mamat Khalid

Pemegang watak utama

Video yang dipaparkan dibawah ini telah ditonton oleh lebih 200 ribu pengguna internet sejak 3 hari lepas.

Saya sendiri pun sejak 3 hari lepas dah berbelas kali menontonnya....

Anak-anak saya pun sama. Cuti sekolah hujung minggu mereka diisi dengan menonton video tersebut puluhan kali.

Sebab apa video itu menjadi perhatian ramai termasuklah kanak-kanak ?

Sebab watak-watak yang dalam video itu semuanya melucukan...

Orang Malaysia atau rakyat Perak khususnya sudah lama tidak dihidangkan dengan filem-filem baru Mamat Khalid yang bercirikan Perak. Tiba-tiba bila dapat video seperti dibawah, berebut-rebut pakat menontonnya. Apa yang dipaparkan dalam video tersebut sebiji seperti filem-filem yang diarahkan Mamat Khalid, Man Laksa,Hantu Kak Limah  dan yang lain-lain.

Sempena Tahun Melawat Perak tahun ini, adalah baik kiranya Kerajaan Perak dapat masukkan pelakon-pelakon dalam video dibawah ini sebagai maskot, ikon atau apa-apa sahaja yang boleh menjadi tarikan pelancong.

Jom kita tonton....

Kuaci ? pop corn ? coke ? pepsi ?

Semuanya dah ada ya ? Ok....1...2...3....layannnnnnnn.....


Dah habis ?

Rilek...rilek....rilek....tarik nafas dulu......

Sekarang dengarlah penjelasan MB Perak tentang watak-watak dalam video tersebut....

Isu Muzakarah: Sebiji Dari Khaled Nordin Tepat Ke Atas Muka Pas

Dalam ramai-ramai pemimpin Umno atau menteri dalam kabinet Datuk Najib, antara mereka yang paling kurang bercakap politik adalah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

Boleh dikatakan jarang beliau bercakap pasal-pasal politik atau serang menyerang parti lawan. Bercakap pasal kementeriannya atau pasal kerja, itu biasa...

Baru-baru ini pun apabila budak-budak mahasewel kalungkan bunga pada gambarnya , dia tidak melenting atau mengecam budak-budak sewel tersebut.

Kebiasaannya orang yang pendiam  atau yang tak bercakap banyak mereka tak pedulikan orang lain. Mereka hanya tahu buat kerja mereka sahaja. Tetapi....tetapi....jika sekali mereka buka mulut, fuhhhhhhhh....pedihnya terasa sampai ke tulang sum-sum.

Begitulah juga dengan Khaled Nordin.....

Orang serang Anwar, orang serang Pas, orang serang DAP, orang serang apa sahaja tentang musuh, hatta orang serang dia sendiri sekali pun dia tidak peduli atau jadi tukang serang atau serang balik. Yang dia tahu Universiti, mahasiswa, AUKU, PTPTN dan yang lain-lain yang berkaitan dengan kerjanya.

Tetapi bila sekali dia buka mulut bagi sebiji kepada Pas hari ini, ternganga aku dibuatnya....

Terkejutnya sampai saya kena buat posting ini malam ini....

Di twitter @khalednordin , malam ini beliau ulas pasal isu muzakarah yang dibangkitkan oleh Pas sejak seminggu yang lepas.

Ayat Khaled Nordin ringkas sahaja, tetapi pedihnya menusuk beb....

Katanya,


 "Cadangan muzakarah bukan untuk UMNO tapi untuk menakutkan rakan Pakatan yang lain! "

Tu dia......

Betullah tu apa yang beliau kata....hujan tidak ribut pun tidak tiba-tiba Nik Aziz dan Haji Hadi buka mulut pasal muzakarah dengan Umno minggu lepas.

Sedangkan sebelum ini satu dunia telah tahu yang Pas menolak sekeras-kerasnya sebarang kerjasama dengan Umno.

Seperti yang Datuk Seri Khaled Nordin kata, tujuan mereka adalah untuk menakutkan DAP dan PKR......Tapi guna nama Umno untuk gempak dua parti itu.

Cuba anda perhatikan isu muzakarah ini muncul bila ?

Ianya muncul selepas beberapa kali kenyataan keras Karpal Singh dua minggu lepas yang menolak hukum hudud dan meminta Haji Hadi berhenti bercakap bagi pihak pak-khatan rakyat. Lihat di sini

Kerana nak tunjuk kepada DAP yang mereka (Pas) juga mampu mengecutkan telur DAP , lalu diadakanlah isu muzakarah oleh Pas sendiri dan nama Umno dieksploitasikan. Lihat di sini dan sini

Saturday, May 19, 2012

Allah Maha Kaya-Akhirnya Permainan Rafizi Menjerat Lehernya Sendiri

Beberapa bulan lepas kita semua dapat saksikan bagaimana galaknya Rafizi Ramli melakukan pendedahan bersiri berhubung kes NFCorp.

Hasil dari siri demi siri pendedahan yang dilakukannya selama lima bulan yang dicampur aduk antara fakta dan auta,akhirnya membuatkan bos NFCorp dihadapkan ke mahkamah pada 12 Mac 2012. Tidak cukup dengan itu, aset mereka juga dibekukan, perniagaan mereka rosak dan isterinya terpaksa berundur dari jawatan menteri.

Rafizi yang sebelum itu tidak dikenali dan lembik,hinggakan nak bertanding jawatan Ketua AMK pun terpaksa dibatalkan, tiba-tiba kerana NFC dia menjadi ikon baru PKR. Dijulang, dipuja , disanjung, menjadi perhatian media hinggakan media tertunggu-tunggu bila lagi Rafizi hendak adakan PC. Jadual ceramahnya seluruh negara padat. Sampai sekarang pun apabila orang ingat lembu maka orang akan ingat Rafizi. Begitulah hebatnya seorang anak muda yang bernama Rafizi Ramli mencipta nama sekelip mata melalui lembu.

Ramai orang kata Rafizi budak cerdik, budak genius dan sebagainya. Tak mengapalah...jika itu anugerah yang Allah berikan kepadanya kita terima sahajalah. Rafizi semakin teruja dengan sokongan yang diterimanya dan membuatkan beliau ingin bekerja lebih lagi untuk membongkar kes NFCorp. 

Dia tak toleh kiri kanan lagi, dia tak peduli lampu isyarat kuning atau merah, dia tak peduli garisan double line, semuanya dia tidak peduli dan terus memecut laju. Syok pandu kereta sport ni , tambahan pula ada tukang sorak atau pun dipanggil tukang perhangat.

Dedah punya dedah, auta punya auta , akhirnya hari ini Rafizi tersepit dengan 1 kebodohan dalam 100 kegalakannya menyerang NFCorp.

Pada 7 Mac 2012, Rafizi bersama ibu ikannya, Zuraidah Kamaruddin mengadakan sidang media mendedahkan kononnya NFCorp menggunakan wang kerajaan untuk memudahkan mereka mendapat pinjaman bank bagi membeli hartanah di Bangsar.

Petikan dari malaysiakini
PKR hari ini mendakwa bahawa pengarah National Feedlot Corporation menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pengarah strateginya, Rafizi Ramli mendakwa pengerusi eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah menggunakan kawalan ke atas dana berkenaan untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli lapan lot kedai itu.

Rafizi yang memetik dokumen bank, sebahagiannya diedarkan kepada wartawan, mendakwa unit kedai KL Eco City itu dibeli pada nilai tebusan pinjaman RM9.69 juta.

Rafizi mengemukakan beberapa dokumen bank sebagai bukti bahawa Mohamad Salleh dan pengarah NFC diberikan pinjaman bersama itu melalui kawalan ke atas akaun syarikat berkenaan.

Dokumen yang didedahkannya itu menyebut, NFC mempunyai simpanan sebanyak RM71.4 juta di dalam akaun di sebuah bank.

Disinilah terletaknya kebodohan Rafizi....

Dia dapatkan segala dokumen bank mengenai NFCorp melalui kakitangan bank yang ada kabel dengannya. Kemudian dia dedahkan pula dokumen itu kepada wartawan. Itu sudah menjadi satu kesalahan dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Terlebih galak kerana nak jadi hero tak bertempat.

Tindakan Rafizi mempamerkan dokumen bank milik NFCorp dan Salleh kepada media telah mengundang mereka membuat laporan kepada Public Bank dan Bank Negara. Lihat di sini

Itu hak NFCorp dan Datuk Salleh. Setiap rakyat Malaysia ada hak masing-masing termasuk Rafizi. Berapa puluh kali sehari Rafizi nak buat PC untuk serang Shahrizat atau NFC, tiada siapa yang boleh halang. Itu hak dia.

Di Malaysia jika seseorang pembunuh yang berada dalam lokap polis, pun mereka masih ada hak untuk membuat laporan polis jika dia diugut bunuh oleh polis. Jadi kalau Rafizi nak mempertikaikan tindakan Datuk Salleh buat laporan kepada Bank Negara, lupakan sahajalah....Itu hak mereka.....

Kalau Rafizi rasa NFCorp bersalah sepatutnya dia melaporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan tentang penyelewengan yang dilakukan. Bukannya kau sendiri yang menjadi pegawai penyiasat yang tidak bertauliah pergi cetak penyata bank orang dan edarkan kepada media.

Lebih bodoh lagi kerana dia tidak pandai melindungi pemberi maklumatnya. Setiap penyata yang dicetak di bank ada ID kakitangan yang akses kepada akaun berkenaan. Jika ID dipadamkan sekali pun, pihak pengurusan bank boleh kesan pula bila, dimana dan siapa yang mencetaknya melalui sistem mereka.

Siasatan yang dijalankan Public Bank dan Bank Negara akhirnya dapat mengesan kakitangan bank yang mencetak penyata kewangan NFCorp dan berikan kepada Rafizi untuk didedah serta kepada media. Dan kini kakitangan berkenaan sedang disiasat oleh Bank Negara. Sabit kesalahan beliau bakal berdepan hukuman penjara selama 5 tahun.

Rafizi yang sebelum ini begitu ghairah dan teruja dengan pendedahannya kini sudah mula panas bontot dengan laporan yang dibuat oleh NFCorp. Beberapa hari lepas dia panggil satu sidang media berhubung perkara berkenaan. Dalam sidang media berkenaan dia mengentam BAFIA dan NFCorp cukup-cukup.

Bekas kakitangan Public Bank yang menjadi mangsa kebodohan Rafizi juga turut serta dalam PC berkenaan. Anda perhatikan video dibawah. Perhatikan air mukanya. Dia kelihatan tidak selesa, marah, terpaksa dan merasakan dirinya menjadi alat kepada Rafizi. Kenyataan yang dibacanya juga dalam keadaan terpaksa. Rafizi sendiri turut menyedari ketidakselesaan bekas kakitangan bank tersebut. Sebab itu sekejap-sekejap dia toleh orang itu. Kerana kebodohan Rafizi kini sebuah keluarga hidup dalam tekanan.

Katanya Rafizi seorang akuantan yang berdaftar Institut Akauntan Malaysia, tetapi antara BAFIA dengan AMLA pun tak tahu nak beza....


Sekarang Rafizi melompat-melompat menyalahkan BAFIA apabila akta itu telah menjerat lehernya. Sebelum ini kenapa dia tidak mempertikaikan BAFIA ?

Pak-khatan rakyat ada berpuluh ahli parlimen dalam Dewan Rakyat, kenapa sebelum ini tidak ada seorang pun yang pernah mengusulkan agar BAFIA dipinda ?

Tetapi apabila BAFIA sudah terkena atas batang hidung Rafizi, tiba-tiba baru Rafizi panas bontot menentang BAFIA. 

Apa akan jadi kepada negara kita jika tiada BAFIA ? Pelabur asing mana yang hendak percayakan sistem kewangan di Malaysia , jika sesiapa sahaja boleh pergi ke bank periksa dan ambil penyata kewangan seseorang atau syarikat, kemudiannya dedahkan kepada umum ?

Apa perasaan Rafizi kalau hari ini saya gunakan kabel-kabel saya yang ada di bank , ambil segala maklumat kewangan Rafizi, isterinya serta ahli keluarganya dan dedahkan di blog ini ? 

Datuk Salleh dan keluarganya telah dilondehkan lebih dari yang sepatutnya oleh kamu. Pelbagai jenis perisa kamu tambah untuk menyedapkan cerita kamu bagi menjatuhkan mereka sekeluarga. Sekarang terimalah giliran kamu. Allah Maha Kaya, Allah Maha Besar, Allah Maha Adil, Allah Maha Saksama. 

Bukan niat saya hendak mempertahankan Datuk Salleh. Yang salah tetap salah. Jika beliau salah biarkan undang-undang yang memutuskannya. Tapi undang-undang juga harus adil kepada beliau. Jika beliau boleh diaib, difitnah, disiasat dan didakwa,kenapa pula Rafizi harus menuntut layanan istimewa bagi dirinya ? 

Untuk pengetahuan para pembaca juga, pendedahan Rafizi berkenaan NFCorp membeli hartanah KL Eco City menggunakan kemudahan wang pinjaman kerajaan juga adalah satu pembohongan. Dokumen yang diperolehi Rafizi dari staf bank dan ditunjukkan kepada media adalah dokumen pinjaman untuk pelaburan lain sejak tahun 2005, iaitu sebelum wujudnya lagi NFCorp dan KL Eco City.  Bohong kelas 1, sebab itu Allah bayar tunai....

Semoga bekas kakitangan Public Bank menghadapi dugaan ini dengan tenang. Sebagai pekerja bank kamu telah dilatih dan diajar tentang BAFIA secukupnya. Tanyalah mana-mana pekerja bank, siapa yang tidak takut dengan BAFIA ? Semuanya akan ngeri dengan BAFIA. Oleh kerana kamu sendiri yang pilih jalan tersebut dan sanggup diri menjadi alat politik PKR maka kamu kena tabah menghadapinya dan terimalah padahnya. Harap-harap janganlah terjun bangunan semasa proses siasatan berlangsung....

Kepada Rafizi, untuk menjadi seorang hero terkenal kamu perlu membayar dengan harga yang mahal. Sebab itu orang tua-tua selalu pesan, jangan terlalu galak nanti padah yang menjelma. 

Friday, May 18, 2012

Mufti Perak Londeh Habis Pasal PAS...


Pas tekong perpecahan orang melayu....

Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS  sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

“Banyak contoh  boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul (100 kati) lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai  kononnya haram (tidak halal) dimakan.

“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . .  haram.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS  dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli  banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

Selanjutnya sila baca di sini

Thursday, May 17, 2012

Umno dan Pas Tidak Akan Bersatu Selagi Nik Aziz Masih Hidup

Sebagai seorang yang beragama islam kita suka jika agama dan kaum kita kuat serta bersatu padu. Di Malaysia umat islam dah berpecah belah sejak tahun 1951. Puncanya kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad  kalah menentang  Tunku bagi merebut jawatan YDP Umno.

Bertitik tolak dari situlah tertubuhnya Pas dan Pas mendapat sokongan yang baik dari penjajah kerana mereka tidak mahu melihat melayu bersatu padu dibawah Umno kerana boleh menyusahkan kerja mereka. Dengan adanya Pas maka melayu akan berpecah belah.

Tertubuhnya Pas kerana dendam terhadap Umno , dan dendam itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Dimana ada Umno disitu akan ada Pas. Dimana ada Pas disitu masyarakat akan berpecah belah. 

Kafir mengkafir , syurga neraka, sembahyang dua iman , memulau kenduri, tidak makan sembelihan, kerjasama dengan syaitan, doa pecah perut dan  hinggalah ke tahap ada pasangan yang dinikahkan semula, semuanya Pas lakukan kerana dendam serta bencinya kepada Umno. 

Kepala kepada segala pembencian Pas kepada Umno tidak lain tidak bukan adalah Nik Aziz. 

Tahun 1973 Datuk Asri membawa Pas menyertai BN.   Dalam tempoh Pas berada dalam BN Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. 

Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli  Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan PAS-UMNO. Nik Aziz pada masa itu selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat antara yang mendesak supaya Datuk Asri lepaskan jawatan dalam Pas. Akhirnya Datuk Asri lepaskan juga jawatan YDP Pas pada 1982. 

Nik Aziz sering mengatakan Pas serik untuk berkerjasama dengan BN atau Umno kerana pernah ditipu sebelum ini. Itu semua adalah pembohongan beliau. Selanjutnya anda baca di sini.

Hari ini Pas berada dalam keadaan yang lemah dan sangat-sangat lemah selepas rusuhan bersih 28 April dan juga ketika PRU semakin dekat. Tiba-tiba semalam Nik Aziz mengeluarkan kenyataan Pas sedia bermuzakarah dengan Umno.

Pelik atau tidak ?

Adakah anda ingat kenyataan Nik Aziz itu ikhlas ?

Kita harus ingat walaupun Nik Aziz dijulang sebagai ulama dan tok guru tetapi dalam masa yang sama beliau adalah political animal. 

Dalam ramai-ramai ahli politik yang ada di Malaysia, Nik Aziz adalah salah seorang ahli politik yang pintar. Sepanjang karier politiknya beliau telah bertanding 11 kali dalam pilihanraya sejak 1967 dan tidak pernah kalah. Bertahan sebagai seorang MB yang tidak membawa sebarang kemajuan kepada negeri selama 22 tahun. 

Bagaimana cara beliau bertahan atau strategi yang digunakan ? 

Guna agama, doa, munajat , sembahyang hajat, hudud, ayat quran , hadis , air tawar, air zam-zam , kismis dan tidak lupa juga syurga serta neraka. 

Sesekali saya pernah terfikir yang ada kalanya Anwar Ibrahim seratus kali lebih baik dari Nik Aziz dan Pas walaupun Anwar seorang peliwat. Anwar tahu dia buat dan dia salah, sebab itu didesak macamana sekali pun dia tidak berani untuk bersumpah dengan nama Allah kerana dia takut.  Berbeza dengan Pas, sejak penubuhannya sehinggalah ke hari ini agama dilacurkan secukup-cukupnya oleh mereka untuk kepentingan politik.

Hujan tidak ribut pun tidak tiba-tiba sahaja Nik Aziz hendak bermuzakarah dengan Umno ?

Semuanya untuk menyelamatkan beliau dan Pas....

22 Tun dan 22 tahun Nik Aziz. Apa sumbangan mereka ?
Seperti yang saya katakan diatas , Pas hari ini berada dalam keadaan yang cukup-cukup lemah untuk berhadapan dengan PRU yang akan diadakan bila-bila masa. 

Mereka tahu mereka akan kalah teruk kali ini. Orang-orang melayu sudah tolak mereka termasuklah di Kelantan. Yang tinggal hanya penyokong-penyokong totok mereka yang telah dibutakan hati dan dipekakkan telinga. 

Atas sebab itulah tiba-tiba Nik Aziz bersuara untuk bermuzakarah dengan Umno bagi menunjukkan keterbukaan mereka untuk menyejukkan hati orang-orang melayu dan seterusnya boleh membuatkan orang-orang melayu lembut terhadap merekabagi menghadapi PRU.

Sebelum ini telah beberapa kali Pas menolak Umno dengan angkuh dan sombong dan lebih rela bekerjasama dengan DAP. Hari ini tiba-tiba mereka teringatkan Umno. Janganlah Umno teruja dan terperangkap dengan mainan politik Nik Aziz. 

Sebagai seorang islam , kita suka penyatuan, kita suka perpaduan dan kita suka bila kita kuat. Tapi bolehkah Umno dan Pas bersatu selagi musuh Umno nombor wahid , Nik Aziz masih hidup ? 

Ianya boleh dilaksanakan sekiranya bubar Umno dan bubar Pas, bersatu atas nama lain. Tetapi sekiranya nak bersatu atas nama Umno dan Pas disaat Nik Aziz masih hidup, lupakanlah. Tunggulah dia mati dulu...

Wednesday, May 16, 2012

Selangor: Kerajaan Khalid Ibrahim dan Theresa Kok Tolak Balai Raya Dijadikan Klinik Sementara


Selama ini mereka memekik , melolong, bertempik dan sebagainya kononnnya mereka kerajaan kebajikan dan berjuang untuk rakyat. 

Hakikat yang sebenarnya mereka hanya kaki kelentong dan semata-mata nak mengejar undi dengan menjual nama rakyat.

Apa yang terjadi di selangor ini sungguh menyedihkan dan mempamerkan kepada kita sikap sebenar kerajaan kebajikan ala PKR, DAP dan DAP. 

Sebuah Klinik Desa di Daerah Kuala Langat memohon untuk menggunakan balai raya bagi dijadikan klinik sementara kerana kilinik asal diubahsuai telah ditolak oleh kerajaan Khalid Ibrahim dan Theresa Kok. 

Akhirnya klinik tersebut terpaksa berpindah ke sebuah kedai yang usang.

Selanjutnya sila klik di sini