Friday, February 20, 2009

SIAPA CERDIK ? SIAPA BODOH ?

Hari ini telah kedengaran daripada Exo Kelantan,Takiyuddin Hassan yang meminta Ahli Parlimen Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali agar meletak jawatan kerana sering menghentam PAS.

Umum mengetahui dalam PRU ke 12,2008 Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS,dan selepas kemenangan, beliau mengumumkan yang beliau adalah Ahli Parlimen Bebas.

Sebelum itu kerusi Parlimen Pasir Mas adalah milik PAS.Ibrahim pernah bertanding sebagai calon bebas pada PRU ke 11,2004 dan beliau tewas ditangan PAS

Ibrahim Ali sudah menghidu yang rakyat Pasir Mas hanya akan mengundi PAS sahaja,tanpa mengira siapa calon.Akhirnya Ibrahim Ali memulakan langkah pintarnya itu dengan membodek dan mengampu pemimpin PAS agar memberi beliau peluang bertanding di Pasir Mas atas tiket PAS.Akhirnya beliau berjaya dan memenangi kerusi tersebut.

Persoalannya di sini

Siapa cerdik ? Siapa bodoh ? Siapa yang memperdaya ? Siapa yang terpedaya ? Siapa yang cekap ? Siapa yang lembab ?

Kalau dengan Ibrahim Ali pun PAS dah terpedaya,jangan lah lagi hendak bercakap soal nak perintah Negara.Kalau PAS perintah Negara nanti lagi senang pihak-pihak asing nak memperdayakan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh PAS.

Saya pun naik hairan,selama ini PAS sering mendabik dada mereka hebat,mereka pintar,mereka pandai,segala-galanya hebat mereka daripada BN.Tetapi dengan Ibrahim Ali seorang pun mereka boleh kecundang.Hairan...hairan...hairan...

SYABAS AYAH HIM !

4 comments:

Medan Info Kita said...

tolong bagi blog bakal ahli parlimen bkt gelugor atau marang 2012

Anonymous said...

Saya berdoa semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada saya dan saudara. Agak menyimpang hujah-hujah saudara ni, bunyinya macam fitnah, semoga dijauhkan oleh Allah SWT

Anonymous said...

Yang bodoh Umno..yang cerdik PAS..heheh

ruang bicara faisal said...

kpd komen no 2.apa yang fitnahnya

apakah yg saya nyatakan itu tidak benar
hanya itu sahaja jawpan akal pendek yg mampu dijawab oleh org2 pas.sikit2 fitnah,konpirasi,anti islam,rasuah.dah memang didik begitu lah gamaknya