Tuesday, March 31, 2009

KERJA PAS HANYA "MEMBINATANGKAN" ORANG

Sewaktu rehat tengahari tadi saya sempat meninjau seketika ke laman-laman web dan blog.
Apabila saya membuka laman web http://www.tranungkite.net/v8/index.php di ruangan borak siber saya terlihat saya posting yang bergambar seperti diatas.

link seperti berikut http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22493&highlight=

Seingat saya walaupun kita di pihak Barisan Nasional sering dituduh jahat atau pelbagai tuduhan lain lagi tetapi kita tidak tergamak untuk membinatangkan pemimpin-pemimpin Pas. Tetapi orang yang sering menggunakan imej islam dan waruk sanggup membuat gambar begitu dan sanggup pula disiarkan oleh pengendali web berkenaan iaitu DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN.

Inilah imej sebenar mereka yang sentiasa berpura-pura alim.

Bila melihat gambar diatas fikiran saya terus terlintas kepada gambar Sultan dan Mufti Perak berbadan anjing yang diedarkan di Bukit Gantang sekarang. Saya dapat merasakan gambar tersebut dibuat oleh puak-puak Pas, kemudian lempar tuduhan kepada Umno.

Dengan adanya gambar diatas ini,saya rasa sudah cukup bukti untuk kita menafikan Umno terlibat dalam gambar berkenaan di Bukit Gantang.

Kepada rakan-rakan blogger yang pro BN,mohon edarkan gambar ini di Bukit Gantang. Kita tunjuk kepada masyarakat Bukit Gantang siapa yang lebih arif dalam hal-hal merekacipta gambar begini.

Sebagai bukti di mana gambar ini disiarkan ,mohon cetak sekali dengan nama laman web yang berkenaan.

Saya telah mencetak semua gambar itu dan save page yang berkenaan untuk diserahkan kepada pihak yang berkenaan sebagi bukti.


3 comments:

sd7 said...

sungguh kreatif gambaq tersebut...
boleh masuk bertanding melukis.
banyak aspek boleh dilihat gambaq tersebut...
semangat setiakawan, selalu tersenyum walaupun dalam kesusahan.. sifat sabar ni lah yang kita cari-2

Baginda Reformasi said...

hahah tapi gambar tu memang betul la.. aku tak pernah jumpe pun..

Pewaris Melayu said...

macam sial fuck-atan rakyat..
aku benci