Monday, March 30, 2009

SAYA BAKAL DISAMAN OLEH BLOGGER PEMBANGKANG


Saya amat jarang sekali membuka blog-blog tin kosong . Tin kosong ada yang cantik dan ada yang hodoh tapi bunyinya kuat bila disepak bila dibuka isinya kosong atau dipenuhi nyamuk.

Begitu juga dengan blog-blog yang dikendalikan segelintir blogger-blogger pro pembangkang.Termasuklah blog yang berhajat menyaman saya. Bunyi namanya hebat,susun atur pun hebat tapi bila dibuka tiada satu pengajaran atau benda yang berfaedah yang kita dapat daripada blog mereka,melainkan berita-berita berbentuk fitnah dan pembohongan.

Akibat saya tidak buka maka sebab itu saya tidak tahu ada satu blog ingin menyaman saya sebanyak RM 5 juta kerana memfitnah mereka dalam kes mereka memfitnah sahabat saya saudara Nazmi.(lihat posting sebelumnya) Saya hanya tahu melalui beberapa sahabat yang sms kepada saya semalam.

Nak saman saya ?

KECIL TAPAK TANGAN NYIRU HAMBA TADAHKAN

Saya rasa teramat gembira bila mereka ingin menyaman saya.Bolehlah saya bersua muka dengan mereka di mahkamah.

Mereka yang mula fitnah orang,kemudian mereka kata saya pula yang fitnahkan mereka.

Ibarat pencuri yang baru lepas mencuri,bila dikepung oleh orang kampung maka si pencuri ini pula yang berpura-pura mengejar pencuri sambil menjerit pencuri...pencuri...

Itulah gambarannya sebenar yang dapat saya gambarkan.

Walau bagaimanapun saya tetap menunggu surat saman daripada blog yang berkenaan.Ayuh...kita berentap di muka pengadilan.Saya mungkin tiada duit nak bayar RM 5 juta.Tapi tak mengapalah saya cuba bayar dengan segala jenis bulu yang ada pada diri saya sebagai pengganti wang.


3 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Tentu tidak akan berjaya saman kosong mereka tu. seperti juga tulisan mereka yang kosong dan blog ibarat tin kosong seperti yang tuan tulis di atas. jangan risau, saya doa agar mereka akan disaman kerana menyiarkan berita mengaibkan diri saudara nazmi di blog2 mereka.

baru cun !

saplo182 said...

kekek.. bro pasneh kompom diorg kene wat tabung kutipan sebab kalah menyaman ko siap mintak derme sehengget sorang.. kekek.. nanti blanje ah aku psp ekh..

A__q said...

apeke bongoknye dorg ni..hahahaha!
ni dok ikot prangai si nuar la ni..
hahahaha!