Wednesday, March 25, 2009

WASIAT TERAKHIR KEPADA PERWAKILAN


SAFKANLAH KEPADA SAYA SEKUMPULAN PIMPINAN YANG AMPUH DAN PADU.BARISKANLAH KEPADA SAYA SATU PASUKAN YANG SETIA,BERINTEGRITI,BERKEBOLEHAN LAGI BERDEKASI

Itulah rayuan Presiden Umno yang baru dan bakal Perdana Menteri Malaysia semasa perasmian serentak

Persidangan Perwakilan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO 2008 di PWTC malam tadi.




Sekarang giliran saya pulak sebagai rakyat Malaysia dan ahli UMNO akar umbi ingin merayu kepada para perwakilan.


Kepada mu kami berharap wahai saudara-saudari perwakilan yang budiman sekalian.Kepada mu kami wakilkan segalanya untuk menentukan saf kepimpinan yang mampu membawa harapan baru kepada UMNO,BN dan NEGARA.Oleh itu kami berharap agar Perwakilan yang budiman sekalian agar tidak mempersiakan harapan kami rakyat bawahan ini.


Kami bukan rakyat yang hebat,kami bukan orang kaya,kami bukan Datuk-Datin,kami bukan segalanya.Kami hanya rakyat marhaen yang ingin melihat UMNO terus maju.


Ada antara kami,hanya penjaja pasar malam,pemandu teksi,kerani bank,budak pejabat.Tapi kami adalah ahli UMNO yang mempunyai semangat juang yang tinggi.Kami tidak sesekali akan menghancurkan UMNO.KAMI AKAN SETIA BERSAMA UMNO HINGGA KE AKHIR HAYAT WALAU APA PUN TERJADI.Kami berharap agar perwakilan juga mempunyai semangat yang sama seperti kami.


Inilah amaran terakhir bagi UMNO sekiranya ia ingin kembali mendapat sokongan padu dari bangsanya sendiri. Kalau korupsi membaham jiwa dan raga orang UMNO dan menganggap korupsi sebagai salah satu jalan hidup,maka jangan terkejut dan menyesal kalau ia menjadi pembangkang selepas PRU akan datang.

Oleh yang demikian pilihlah pemimpin yang mampu menggalas tugas dan berani menghadapi cabaran-cabaran daripada pembangkang yang semakin agresif



Saya ingin memberi satu perumpamaan...

Kita seorang yang ada duit ,kita buka satu perniagaan.Kemudian kita hendak lantik seorang pengurus untuk menguruskan perniagaan kita,kerana kita sendiri tidak pandai hendak menjalankan perniagaan tersebut,.Maka pengurus bagaimana yang harus kita cari ?

Bila kita berniaga kita mesti nak untung.Siapa yang nak berniaga rugi ? Apabila nak untung maka kita harus mencari seorang pengurus yang pintar,mahir,tegas,tidak mempunyai rekod buruk,dihormati oleh pekerja.Dan dalam masa yang sama bila kita kita lantik pengurus yang hebat ini ianya juga menimbulkan kebimbangan kepada pesaing perniagaan kita.

Apabila perniagaan berjalan lancar,maka kita pun terima aduan daripada kakitangan kita kononnya pengurus ini tegas,sombong dan sebagainya.Sebagai pengurus beliau mesti tunjukan contoh yang baik dan tegas kepada pekerja bawahannya,supaya mereka patuh pada peraturan dan bekerja dgn tekun.Mana mungkin pula pengurus tersebut boleh bergurau senda dengan pekerjanya,nanti pekerja naik toncang pula.Walaupun pelbagai tohmahan dibuat tetapi pengurus ini tetap menjaga kebajikan pekerjanya.Beliau tidak zalim terhadap pekerja.

Adakah kerana pekerja kita merungut pasal pengurus ini,tegas dan sebagainya maka kita buang pengurus yang baik itu ? Tidak mungkin.Orang yang tegas dan berdisiplin itulah oarang yang boleh membawa kejayaan kepada perniagaan kita. Sebagai pemilik syarikat kita tidak perlu peduli semua itu yang penting perniagaan kita diuruskan dengan lancar oleh pengurus tersebut dan kita mendapat untung daripada apa yang kita laburkan itu.
Begitulah juga gambaran nya disini.Kita sebagai rakyat atau perwakilan.Kita ada kuasa untuk menentukan siapa yang layak mentadbir parti dan Na egara kita.

Maka kita hendaklah memilih orang yang benar-benar layak seperti dalam perumpamaan dia atas.

Apa kita nak pedulikan jika ada segelintir orang kata ,calon ini sombong dan sebagainya.Yang penting beliau ada rekod yang baik dan mampu mentadbir Negara kita.Dalam masa yang sama juga beliau tidak lupakan rakyat.
Ingat wahai para perwakilan,kita bukan pilih orang di atas itu untuk jadi "BOS" kita.Beliau jadi "pekerja" kepada kita.Kita yang "BOS".Negara ini kita yang punya.

Jadi saya tidak salah kalau kita pilih seorang pemimpin seperti mana kita lantik pengurus syarikat kita.

Sekian hanya setakat ini dulu untuk kali ini.Harap perwakilan tidak lupa memilih calon yang benar-benar layak.

Jumpa lagi bersama kegemilangan esok malam.

1 comment:

PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY said...

Salam...layari blog kami www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy. Kami berkhidmat..anda berbakti..semoga kita dapat bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. InsyaAllah.