Monday, April 20, 2009

HUBUNGAN ANWAR DAN LIM GUAN ENG DINGIN SEKARANG

BERITA TUMPANG YANG RINGKAS

Berita baru diterima,Sharifah Amina mantan ketua wanita PKR P.Pinang akan bertanding atas tiket bebas di Penanti. Beliau akan serang Anwar dan Zahrain habis-habisan.

ulasan saya : beliau boelh bertanding jika ada p/raya kecil. Tetapi pada firasat saya tidak akan ada prk di penanti

updated by faisal : 20.04.09 @ 5.18pm


Berita yang diterima daripada seorang teman di P.Pinang mengatakan hubungan antara Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng semakin dingin sekarang.

Semuanya berpunca daripada kes Fairuz. Lim Guan Eng merasa tidak senang dengan tindakan-tindakan Anwar dalam kes Fairuz seolah-olah Anwar tidak menghormati beliau sebagai ketua kerajaan yang memerintah di P.Pinang

Lim Guan Eng ada berkata kepada Anwar agar menamakan dengan segera orang yang boleh mengisikan jawatan TKM 1 supaya kerja-kerja pembangunan negeri dapat berjalan lancar.

Anwar berkata tunggu dulu dan beri dia peluang. Lim mohon agar dipercepatkan dan berkata kepada Anwar sekiranya tiada calon yang sesuai beliau akan melantik adun Pas untuk mengisi jawatan berkenaan. Tetapi Anwar tidak bersetuju.

Tiba-tiba tanpa pengetahuan Lim Anwar mengarahkan Fairuz mengosongkan kerusi dun Penanti bagi memberi laluan p/raya kecil diadakan. Semuanya dilakukan tanpa pengetahuan Lim. Seolah-olah Anwar tidak menghormati kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri.

Lim memang berhajat memilih adun Pas bagi mengisi jawatan berkenaan,kerana dua adun melayu PKR yang ada sekarang pun tidak berkaliber untuk mengisi jawatan berkenaan.

Lim juga tidak bersetuju dengan p/raya kecil di Penanti,kerana ianya membazir duit rakyat dan akan menggangu fokus kerajaan negeri menjalankan tugas memandangkan tempoh penggal kerajaan yang ada hanya tinggal tiga tahun setengah sahaja lagi. Sebab itu Lim pilih jalan yang paling senang dengan mencadangkan adun Pas menjadi TKM 1. Anwar tentang 100 % dan beliau mahu orang-orangnya menjadi TKM 1.

Anwar berhajat memilih Dr.Mansor atau Yusmadi Yusof sebagai TKM 1. Maka antara mereka berdua inilah yang akan dipilih sebagai calon di Penanti.

Inilah sikap Anwar yang sebenar,bercakap berdegar-degar kononnya,kami dalam Pakatan bersatu hati dan sering bertolak ansur. Kepala otak kamu nuar ! Cakap tak serupa bikin. Jika kamu benar-benar ikhlas dalam Pakatan maka kamu harus bersetuju dengan perlantikan adun Pas sebagai TKM 1.

Sebab itu daripada dulu saya sering berkata Pas akan hancur kerana Anwar Ibrahim. Tapi orang-orang Pas masih lagi buta hati kononnya Anwar ikhlas membantu Pas. Pirahhhhhh....

Anwar Ibrahim tu tak ada ikhlasnya. Semua yang dia buat mesti ada kepentingan untuk dia. Antara lambat dan cepat saja.

Minta maaf lah kepada orang melayu jika saya bercakap begini.

Buat masa sekarang ini saya nampak Lim Guan Eng lebih ikhlas dan lebih baik daripada Anwar Ibrahim. Bukan pula niat saya nak kutuk bangsa sendiri dan puji bangsa lain. Saya puji Lim ini pun bukan atas nama DAP atau saya memuji DAP,tetapi atas dasar peribadi dia yang bernama Lim Guan Eng.

Atas dasar semangat One Malaysia yang diperkenalkan oleh PM saya rasa tidak ada masalah jika saya memuji Lim. Dalam akhbar semalam pun ada ditunjukan gambar orang Pas di Pahang sedang memasang banner ucapan tahniah kepada Datuk Sri Najib yang baru dilantik sebagai PM. Inilah sebenarnya konsep One Malaysia. Tahniah kepada PM kerana konsep One Malaysia telah menampakan hasilnya walaupun belum sampai sebulan ianya dilancarkan.

Bila saya puji Lim pada hari ini,tidak mungkin saya akan bersetuju 100 % dengan apa yang akan dilakukan oleh Lim pada masa akan datang. Yang baik kita puji,yang buruk kita tegur,yang teruk kita hentam,yang sial kita 'sembelih'.

Satu soalan saya kepada Lim Guan Eng.

Mr.Lim bila you mau masuk BN ?

Marilah kita sama-sama bangunkan negara atas dasar semangat One Malaysia. You jangan peduli sama Anwar. Come on Mr.Lim !







6 comments:

Parpu Kari said...

SUARA ITIK YA BRO? MUAHAHAHAHAHAHAA

BETUL LA LIM GUANG ENG NI LAGI BAIK LA DARI AL JUBURI WALLIWATI BRO!

YA LAH, BILA MR LIM MAU JOIN BN KAN? ANWAR TAK BOLEH PAKAI MR LIM...ORANG KUAT MAIN BELAKANG NI SELALUNYA KUAT TIKAM BELAKANG JUGAK...HE HE

APA SALAHNYA CALON PAS JADI TKM1 KAN BRO? MEMANG BUSUK HATI SI ANWAR HARAMI NI LA BRO!

megat said...

haha.. mmg dia suara itik, 24jam suara dia mmg mcm tu.. bayangkan kalau dia bagi ceramah haha..

Anonymous said...

laga faisal...laga betul2.besaq betul hang punya batu api
memang kerja hangpa dok laga orang ja
dengki dengan pakatan rakyat.terimalah hakikat pr lebih baik dari bn

TAIPINGMALI said...

genis tot ungeleket nalladek.

yam sengggg,,,,anwar boleh tonggang dgn lim baru selesai masalah...pas tu test exos masing2 tu baguih ,,,

CYBERCDO said...

Tak salah puji orang kalau oran gitu memang layak dipuji....walaupun dia musuh kita, mungkin kita boleh pelajari sesuatu yang baik dari musuh itu....

Sisingamangaraja Gorgor said...

Suara itik?...~

Dasat...~

Memang hebat skalik Datuk Seri Syeikh Al-Jub kerana dapat mencari pemimpin seperti itu...~

Pehni pulak leh soh bliau carik pemimpin yang bersuara kambeng lak...~

Wakakakkk...~

d:...~