Monday, April 13, 2009

NAK MARAH ATAU NAK KATA GILA,KATALAH.PEDULI APA AKU


Sebenarnya sekarang saya berada dalam keadaan terlalu penat dan kurang sihat sangat-sangat sewaktu saya menulis ini.

Tetapi saya gagahkan juga untuk menulis kerana terasa terlalu geram selepas membaca satu artikel di malaysiakin http://www.malaysiakini.com/news/102253.

Kenapa kita harus menjadi terlalu bacul dan takutkan kepada bangsa lain. Sedangkan kita adalah tuan kepada negara ini. Sehingga kuasa politik pun bangsa lain yang terpaksa tentukan,akibat melayu berpecah kepada tiga.

Sampai bila kita orang-orang melayu harus hidup dalam keadaan berpecah belah ? Sampai bila?
Sehingga sekarang tidak nampak kesudahannya.

Kepada Datuk Najib ,Tan Sri Muhyiddin Yassin ,Hj.Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz,berusahalah menyatukan semua bangsa dan umat mu ini.

Lupakanlah persengketaan politik,lupakan perkara yang lepas,Buang yang keruh,ambil yang jernih. Kita buka buku baru.

Umno tak mampu mentadbir sendirian,PAS juga tidak mampu mentadbir sendirian. Bergabunglah wahai pemimpin-pemimpin sekalian,demi bangsa,anak dan cucu cicit mu sekalian.

Sudah berpanjangan kita mendengar cerita tentang penyatuan melayu,tetapi sehingga kini tiada penghujungnya. Kenapa ? Kerana masing-masing ego dan pertahankan hak masing-masing serta mabuk kuasa.

Mengapa kita tidak boleh berkongsi kek yang besar ini untuk dirasai semua. Bertolak ansurlah sikit. Pas tak mahu mengalah,umno tak mahu mengalah. Senang cerita tubuh saja parti baru.
Bergabunglah dalam parti baru tersebut.

Jika tidak mahu parti baru dan pas mahukan kerusi sama banyak didewan rakyat,kerah saja ahli-ahli parlimen umno masuk pas. Mungkin ada orang kata saya bagi cadangan gila. Ada masanya benda gila boleh membawa faedah. Peduli apa saya,kalau ada orang kata saya gila,katalah sepuas hati mu,janji saya dapat meluahkan rasa hati saya.

Saya dah bosan,saya dah bosan dengan perpecahan melayu islam.Daripada zaman saya kanak-kanak hingga kepada saya mempunyai anak tiga orang sekarang. Ianya masih berlaku lagi.

Tolonglah,tolonglah wahai pemimpin sekalian. Jangan tertangguh-tangguh lagi. Kita dah sampai ke tahap kritikal sekarang. Umno mesti bertolak ansur,pas juga mesti bertolak ansur. Jika ditakdir saya dan seluruh keluarga masuk pas untuk bersatu ini,maka saya rela masuk pas. Tetapi tidak sesekali selagi umno dan pas tidak bersatu.

Sekiranya kita bersatu,banyak benda yang boleh kita lakukan.Semua ada idea masing-masing.ada yang tak kena kita tegur. Yang baik kita gunakan. Insyaalah negara kita akan lebih maju jika kita bersatu. Bukan semua orang umno buruk,bukan semua orang pas buruk,semuanya sama-sama hebat.

Ayuhlah...pemimpin-pemipin sekalian,mulakan langkah mu sekarang.Jangan sampai anak cucu kita kencing di pusara kita kemudian hari kerana kegagalan kita hari ini.

Apa kata sebagai perintis kepada usaha murni ini kita mulakan langkah di Perak. Kita bentuk dulu kerajaan Umno Pas disana atau parti baru,janji kedua-dua parti ini bersatu. Kalau rasa Nizar nak jadi MB Perak,maka umno serahlah kepada Nizar jawatan itu,bertolak ansurlah sikit demi bangsa dan agama,janji kita bersatu.Lupakan PKR,lupakan DAP.

Maaf ,jika ada yang rasa marah atau terasa hati dengan tulisan ini. Terus terang saya katakan,waktu saya menulis ini memang saya berada dalam keadaan separuh sedar,kerana terlalu penat,tidak sihat dan lepas makan ubat yang membawa kepada rasa mengantuk.





9 comments:

PaKMie said...

SALAM...

PAKMIE JUGA TERASA TERPANGGIL PILU SEDIH HINA DIRI BILA PAKMIE MEMBACA ACTIKEL DLM MALAYSIAKINI SEOLAH OLAH KITA DIUGUT OLEH KAUM LAIN DI NEGARA SENDIRI.

PAKMIE JUGA SEPENDAPAT DENGAN SAUDARA. SDH LAMA MCA MEMPERMAINKAN KITA UMNO. DISAAT KITA BERDEPAN DALAM PRK BKT GANTANG SEMPAT LAGI MCA MAHU KOUTA TIMBALAN PERDANA MENTERI.

WAHAI MELAYU SEDARLAH MARILAH BERSATU - SESUNGGUHNYA SDH JELAS KAUM LAIN DI NEGARA INI SDH SEPAKAT MAHU MENJATUHKAN MELAYU DI TANAH AIR SDRI.

Pakmie.blogspot.com

Panglima Perang Cyber said...

saya setuju kita kena buat sesuatu untuk satukan orang melayu kita.

jangan kerana mengharapkan sedikit undi kita biarkan nasib anak bangsa tergadai.

kita akan berjuang melawan habis habisan..

Bro Jinggo said...

JADIKAN IANYA SEBAGAI TITIK TOLAK DALAM PENYATUAN UMMAH

Bersatu bukanlah perkara karut marut. Ia telah diterima secara universal dan sejak sekian lama dulu. Sebab itulah kita dengar ada perkataan United States, UAE, United Nations dan sebagainya. Kenapa? Kerana manusia secara umumnya percaya hanya dengan bersatu maka SURVIVAL manusia atas muka bumi dapat dipertahankan.

Manusia perlukan kekuatan bagi menghadapi pelbagai ancaman – kebuluran, bencana alam dan lain-lain. Manusia sukar untuk hidup sempurna kalau berpecah-belah dan membawa diri masing-masing.

Ingatlah bahawa, konsep bekerjasama adalah faktor penting dalam menentukan jaya atau gagalnya pembinaan sebuah tamadun. Malah, manusia di zaman gua batu juga faham bahawa dengan bersatu mereka boleh mendapatkan lebih banyak bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan.

Hakikatnya manusia tidak dilahirkan dengan ciri fizikal, mental dan intelektual yang sama. Manusia bukan makhluk klon. Perbezaan dalaman dan luaran manusia bukanlah sebab untuk manusia menolak antara satu sama lain. Manusia perlu menerima perbezaan ini sebagai anugerah istimewa daripada Penciptanya.

Maka dengan itulah manusia ada keinginan untuk mengenali antara satu dengan yang lainnya. Sesungguhnya tiada spesis lain yang dapat menjalankan tanggung jawab memakmurkan bumi sedangkan inilah satu-satunya ruang yang sesuai didiami oleh manusia di seluruh alam cakerawala!

Hanya dengan bekerjasama manusia dapat meningkatkan keupayaan fizikal, mental dan intelektual. Manusia yang kuat mental, fizikal dan spiritualnya dapat mengatasi banyak cabaran. Kalau serangga seperti semut faham makna bersatu kenapa manusia harus buat-buat tidak faham?

Manusia rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Hati yang hitam akan sentiasa ada dalam kalangan manusia. Namun seperti juga dengan rambut yang boleh berubah warnanya, hati manusia bukanlah kekal sifatnya. Hati yang hitam mampu bertukar menjadi putih dan begitu juga sebaliknya.

Oleh itu tdak syak lagi sebagai manusia kita harus saling percaya mempercayai dan bukan saling curiga-mencurigai niat yang terkandung di dalam hati manusia lain. Semoga dengan itu manusia dapat terus bergerak maju ke hadapan.

ruang bicara faisal said...

t.kasih bro jinggo atas ulasan yang panjang lebar dan memuaskan

marilah kita mulakan berdoa agar semuanya berjalan lancar

saya betul2 respek dgn pendapat anda

ABKART PRODUCTS said...

Faisal saya kagum bila membaca blog ini. Walaupun keadaan awak tgh sakit tetapi fikiran awak sungguh sihat. Tidak seperti ada2 blog yg tulis dgn penuh hina dan cemuhan terhadap bangsa sendiri, anda menulis dgn penuh JIWA seorang Bangsa Melayu. Blog mcm ini lah yg dapat di terima mana2 pihak. Keikhlasan awak menulis boleh mengerak kan jiwa yg keras menjadi lembut dan pasti akan membuat Bangsa Melayu bersatu. Syabas dan teruskan lah tulis blog seperti ini. Hidup Melayu dari ku di semberang tambak.....AnakMelayuSinga...Salam.

ruang bicara faisal said...

kpd abkart product

t.kasih diucapkan

tulissan yg lahir drp hati sebenar kita adalah semasa keadaan kita tidak tenteram. ianya keluar dgn ikhlas,bukannya lakonan atau hipokrit

tiada lain yang saya harapkan sekarang,hanya penyatuan melayu saja.

Anonymous said...

saya rasa ada ramai lagi melayu umno/pas diluar sana yg setuju dgn saudara...yg mana "buah busuk" dlm kepimpinan UMNO/PAS kita singkirkan....buang segala EGO...tdak sesekali mustahil dilakukan.Apakata saudara sebarkan isihati saudara ini ke seluruh blog2 pro pembangkang/pro kerajaan dan lihat respon,hanya yg jumud dan ego shj akan membantah...Amin

Anonymous said...

TERUSKAN PERJUANGAN PARA BLOGER..

MUDAH-MUDAHAN HAJAT BAIK UNTUK MENYATU-PADUKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA AKAN MENDAPAT PAHALA DARIPADA ALLAH.. MUDAH-MUDAHAN PAHALA TERSEBUT DAPAT DIJADIKAN BEKAL DI ALAM AKHIRAT.

Adam Amin
Kg Jerlun, Kedah.

Anonymous said...

Ada dua tokoh yang selagi mereka masih hidup sukar untuk Melayu bersatu, pertama Nik Aziz dan kedua Anwar Ibrahim.