Tuesday, April 28, 2009

PAS LIDAH BERCABANG SEPERTI BIAWAK

Sebagaimana yang ketahui umum bahawa Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada hari ini telah menolak Notis Usul yang difailkan oleh MB Perak, YAB Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan maka bertempiaranlah lari pendekar-pendekar tempang , cicak-cicak mengkarung dan biawak-biawak peliharaan Nizar bagi mendapatkan komputer untuk melaporkan berita tersebut ke dalam blog masing-masing. Maka dipujilah olehnya Mahkamah dan Para Hakim yang arif dan bijaksana.

Bila Mahkamah dan Hakim menyebelahi mereka,maka akan dipujilah semua itu. Bila tidak menyebelahi mereka maka dikeji habis semuanya. Inilah yang dikatakan biawak lidah bercabang.

Salah satu blog yang paling awal melaporkan berita ini ialah blog kepunyaan 'Setiausaha Politik MB haram Perak'. Klik sini. Setiausaha Politik haram merangkap Setiausaha haram Dun Perak ini semasa bekerja di Pejabat MB dulu pernah terlibat dalam kegiatan 'pow' duit daripada pemohon kawasan balak untuk kegunaan muktamar PAS di Ipoh. Harapkan kopiah saja putih atas kepala,tapi hati hitam juga.Klik sini.

Disini saya sertakan bersama kenyataan MB Perak berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini.




sila klik pada imej untuk melihat dengan jelas

Cuba anda lihat di perenggan ketiga,m/surat pertama kenyataan MB Perak. Saya sungguh terharu dan teruja dengan kenyataan beliau. SAYA SENTIASA BERPEGANG KEPADA PRINSIP KEADILAN MAHKAMAH WALAUPUN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN YANG DIBUAT TIDAK MENYEBELAHI SAYA.

Inilah contoh-contoh orang yang beriman dan percaya kepada Qada dan Qadar. Tidak perlu nak menunjuk-nunjuk dengan kopiah atas kepala,boleh jadi imam,boleh baca talkin dan sebagainya. Yang penting iman tersemat di dalam dada.

Bukannya seperti orang yang disebelah sana,siang malam bercakap pasal islam,menunjuk-nunjuk kepandaian dan sebagainya. Tetapi tidak percaya kepada Qadar dan Qadar. Bak kata orang Kelantan hidup nak menunjuk-nunjuk kononnya mengamalkan sunah Nabi tetapi perangai macam babi.

Cakap berdegar-degar,tapi hakikatnya pemimpin PAS,PKR & DAP DAYUS. Klik sini

2 comments:

najamarine said...

salam saudara faizal..

memang betul pun mereka2 dari pas,pkr dan dap lidah bercabang..

jika allah itu izinkan kita dapat lihat cabangnya lidah2 mereka,nescaya lari lintang pukang lah anak bini mereka..huhahhahahha
keturunan ular n biawak rupanyeee.

sebenarnya pengikut2 minoriti mereka sedar dan nampak kecabangan pemimpin2 mereka..tetapi dah di semat dalam hati mereka sejak azali mesti menolak UMNO dan BN,mereka tetap mempertahankan.jika tidak percaya,bacalah blog penyokong2 nik abduh dan penyokong2 ulama pas.

Anonymous said...

salam bro faisal.

mudahan mereka yg bercabang2 lidahnya itu, akan terlihat nanti kelacuran lidah mereka,

bagi mereka yang melacurkan agama Islam yg sentiasa dilindungi Allah, akan pasti terbuka hijab keburukannya dalam mereka tidak sedar perlakuan mereka itu akan terlihat secara jelas keburukan perlakuan mereka itu. Nereka jahamanlah golongan itu yang mereka sangka mereka mendapat kemenangan wahhal laknat sudah tertimpa pada mereka itu.