Friday, April 24, 2009

PAS TELAN KAHAK HIJAU. MALU ! MALU !


Apa dah jadi ? Apa dah jadi ?

Dulu siang malam asyik dok mengata kepada Umno. Sekarang nah ambil kau,telan balik kahak hijau yang kamu ludah dulu.

Dulu kata umno tak pandai memerintah . Sekarang dengan izin Allah swt mereka dapat memerintah beberapa negeri,tapi hampehhh juga.

Dulu kata Umno rasuah pengundi. Bagi gula ambil,bagi kain ambil,bagi duit ambil,undi tetap undi Pas. Sekarang Pas pun rasuah pengundi. Di Bukit Gantang,bagi selimut toto,beras dan duit.

Dulu kata Umno kafir kerana bergabung dengan MCA,MIC,GERAKAN. Sekarang Pas berkawan dengan siapa ? Tolong jawab mari. Tangan saya tak boleh taip,terketar-ketar.

Dulu kata Umno derhaka pada Raja. Sekarang siapa yang derhaka pada Raja ? Pas juga. Natang sungguh Pas ni....

Dulu kata Umno menyeleweng. Sekarang siapa yang menyeleweng ? Tengok sini .Opssss sini ada satu lagi. Sini pun ada lagi lah !Klik,klik cepat Banyak sungguh Pas menyeleweng nih. Guano ni Pak Nik ? Demo tak leh kawal doh ko ?

Dulu kata orang Umno pantang nampak perempuan comel. Sekarang Pas pun pantang tengok yang dahi licin... Comel lote lah awek ni. Tengok sini

Dulu kata Umno yang tolak hukum hudud. La ni Pas pun tolak juga hudud laaaa.....kapir ! kapir !

Dulu kata Umno gila dok berebut kuasa. Sekarang ni apa cerita ? Lihat keratan sinar harian diatas. Opssss...itu Sinar yang lapor ya. Surat khabar kesayangan orang Pas dan Pkr. Kalau Utusan Malaysia takut kata fitnah pula.

Sebab itu lah tok nenek kita dulu dok pesan,jangan mengata kat orang nanti kena batang hidung sendiri.

Cerita - cerita Pas buruk-burukan Umno selama ini saya boleh ibaratkan seperti cerita di bawah ini.

Ada dua jiran yang berjiran di sebuah kampung. Nama kampung itu kampung Pulau Melaka. Nama mereka makcik Bedah dan makcik Timah. Makcik Bedah ada seorang anak dara. Makcik Timah pun ada seorang anak dara. Anak dara makcik Timah ini bernama Leha.

Makcik Bedah ini di kampungnya dikenali sebagai pemberita yang tidak bergaji. Kerana jika ada sebarang berita atau gosip di kampung tersebut mesti beliau yang akan jadi orang pertama yang sampaikan berita-berita panas tersebut atau beliau dijadikan sebagai tempat rujukan orang-orang kampung yang inginkan berita panas. Habis satu rumah ke satu rumah dijajahnya untuk menyampaikan berita-berita panas. Tak kira siang atau malam,panas atau hujan.

Leha ini seorang yang amat cantik serta ayu,tetapi agak ligat sikit,bercakap banyak dan kurang cergas sikit dalam pelajaran. Tapi seligat-ligat Leha pun dia pandai menjaga maruah keluarganya. Dia tahu batas-batas pergaulan serta tahu yang mana buruk dan yang mana baik.

Sementara itu anak dara makcik Bedah pula,bernama Ani. Anak dara makcik Bedah ini seorang yang pendiam,waruk,pandai dan jarang keluar rumah kerana ada sikap pemalu. Ani sentiasa terkurung di dalam rumah sambil membaca dan mengulangkaji pelajaran. Ani ni kurang cantik sikit. Tapi dia budak baik.

Sejuk hati makcik Bedah dapat anak yang baik,waruk dan pandai. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan pasti Ani akan dapat keputusan yang lebih baik daripada Leha.

Makcik Bedah sebagai pemberita tidak bergaji sudah tentu lah akan menjelajah ke seluruh kampung menceritakan kebaikan anak dia dan mengutuk anak makcik Timah. Tetapi makcik Timah mengambil sikap berdiam diri sahaja,kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Masa berlalu begitu pantas,anak dara masing-masing sudah membesar. Dengan izin Allah swt,Leha yang kurang pandai selama ini dapat keputusan cemerlang dalam SPM dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Manakala Ani pula dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.

Malu sungguh makcik Bedah,sampai sebulan tak keluar rumah kerana malu dengan orang kampung. Selepas sebulan semua selesai,maka makcik Bedah pun mulalah keluar rumah,kerana perasaan malu dah beransur-ansur hilang.

Perangai makcik Bedah terus tak berubah. Dia terus dengan perangainya itu. Dijajanya seluruh kampung,kononya Leha belajar di negeri orang putih tak bagus,bercampur dengan orang kapir, makan minum tak halal dan pelbagai tohmahan lagi. Dia asyik memuji anaknya,katanya Ani bagus,sering mendapat markah yang baik semasa peperiksaan di universiti.

Masa berlalu begitu pantas lagi,tiga tahun telah berlalu,maka kedua-dua anak dara ini pun tamatlah pengajian. Banggalah kedua-dua ibu bapa ini kerana anak masing-masing telah berjaya.

Orang-orang kampung itu pun turut gembira dengan kejayaan mereka berdua ini. Persiapan untuk majlis sambutan dan kenduri juga diadakan oleh orang-orang kampung secara gotong royong bagi menyambut mereka berdua ini.

Pagi-pagi lagi rombongan orang-orang daripada kampung ini sambil membawa bunga manggar berarak ke stesen bas ekspres di pekan yang terletak tidak jauh daripada kampung itu, untuk menyambut kepulangan anak-anak kampung mereka yang berjaya di menara gading. Makcik Bedah dan Makcik Timah pun turut sama ke stesen bas.

Dengan penuh girang makcik Bedah menanti anak kesayangannya turun dari bas. Maka turun lah mereka berdua ini daripada. Leha turun dengan segulung ijazah kelas pertama. Tiba-tiba muka makcik Bedah terus jadi pucat bila lihat Ani turun bukan membawa segulung ijazah bersama tetapi mendukung seorang bayi kecil.

Orang-orang kampung pun turut sama hairan. Makcik Bedah bertanya kepada Ani,anak siapa ini ? Maka jawab Ani cuculah mak lah. Cucu aku ? Orang kampung semakin hairan. Keadaan kelam kabut, maka Pak Ali sebagai ketua kampung pun terus ke depan untuk menenangkan keadaan.

Pak Ali minta semua diam,kerana dia ingin bercakap dengan Ani. Lalu Pak Ali pun bertanya Ani apa sudah jadi ?

Jawab Ani bayi tersebut adalah anaknya hasil daripada hubungan sulitnya dengan seorang pelajar warga asing semasa dia belajar di universiti dan lelaki tersebut telah pun melarikan diri pulang ke negara asalnya.

Mendengar jawapan tersebut keadaan makcik Bedah bertambah kusut,lalu diterkamnya Ani bagaikan harimau menerkam mangsanya.

Kau dah malukan emak ani ! Kau dah conteng arang ke muka mak ! Sampai hati kau buat mak macam ini ! Raung makcik Bedah sekuat hatinya.

Tiba-tiba suara makcik Bedah menjadi semakin perlahan dan dia semakin lembik,lalu terus jatuh. Makcik Timah dan Leha memangku kepala makcik Bedah. Setelah diperiksa oleh oarang kampung makcik Bedah telah pergi mengadap yang maha Esa. Ina lilah hi waina lilah hi rajiun.

Maka majlis kenduri kesyukuran oleh orang-orang kampung telah bertukar menjadi kenduri tahlil pada malam tersebut.

Moral of the story. Jangan suka mengata orang lain, satu hari akan kena batang hidung kita sendiri.

Ingat ! Allah Maha Kaya . Allah Maha Adil. Allah Maha Saksama !

2 comments:

sarjanhn said...

Salam,

Rasanya Saya tahu nama "warga asing" yang kerjakan si Ani tu, bunyi dia macam Ngeh atau Nga,....tapi salah satula!

Wong Pencen said...

'Moral of the story' yang Faisal paparkan di sini adalah satu nasihat yang sangat baik. Elok diambil perhatian semua orang, ternasuk Faisal sendiri.

Yang saya lihat, dalam memaparkan idea, Faisal sendiri pun banyak juga mengata orang. Banyak jugalah kata-kata dan ungkapan yang tidak enak digunakan untuk merujuk kepada orang atau pihak tertentu.

Bukan apa, tidak wajar kita bercerita untuk memberikan pengajaran kepada pembaca sedangkan yang bercerita itu sendiri kelihatan seperti tidak mengikuti nasihatnya sendiri.