Aksi pertama bila pertama bila diminta berdamaimuka kedua-dua mereka masih lagi dalam keadaan geram antara satu sama lain
Semalam jam enam petang saya berada di Stadium bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang Selangor.
Sewaktu sedang menunggu rakan-rakan saya tiba, berhampiran Pusat Penerangan MSN,terdengar riuh rendah. Lalu saya menoleh kebelakang untuk melihat apa yang terjadi. Rupanya-rupanya dua kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun sedang berentap mulut berpunca daripada ejek-mengejek. Seorang penyokong Selangor,seorang penyokong Kelantan.
Melihat seolah-olah tiada orang yang mahu meleraikan pergaduhan mulut itu,maka saya mengambil keputusan untuk meleraikannya ,sebelum perkara lebih buruk terjadi. Walaupun sebahagian orang ramai yang berada disitu terhibur dengan gelagat dua kanak-kanak itu dan dijadikan bahan gelak ketawa mereka tetapi tidak bagi saya. Kalau dibiarkan makin lama saya bimbang makin menjadi.
Lantas saya terus meleraikan pergaduhan mulut itu dan mendamaikan mereka kembali. Inilah bolasepak. Daripada kanak-kanak sehingga ke dewasa semua merasa bahangnya. Selepas saya mendamaikan mereka saya tanya mana penjaga mereka.
Kanak-kanak yang penyokong Kelantan itu berkata, 'kito tak mari dengan ayoh,kita mari dengan pak sedara kito,ayoh kito ada Kota Bharu.Kita mari dengan bas penyokong Kelantan' sambil menunjukan bapak saudaranya kepada saya.
Kanak-kanak penyokong Selangor itu pula datang dengan bapanya,tetapi bapanya sedang minum di medan selera berhampiran.
Itulah sebahagian daripada masam manis kehangatan perlawanan akhir semalam. Esok , saya akan postingkan kisah lembu yang tak tahu protokol tengok perlawanan akhir semalam.




7 comments:
Bengong mu ni....
Tgk tang tajuk,beriya iya aku nak baca...ingatke ada gaduh besar...setakat bebudak tu tak payah le tulis dlm blog...tolol..
ABE, MACAMANA KELATE BULE KALOH?
kpd anonymous
memang itu pun yang saya nak. saja nak gempak letak tajuk camtu. maaf ya jika awak terkena perangkap saya.
Saya anon yg kat atas tu.Tak pyhle siar komen yg ni.Minta maaf le saya teremosi sikit.Bila saya baca jwpn dr abg faisal,takde pun memaki saya balik,tu yg sy respect skit.Biasale asam garam penulis blog kadang2 mendpt pujian dan kadangkala sebaliknya.Tak semuanya menyokong.Saya rasa bersalah pula..teruskan berjuang tp dgn cite yg benar tanpa menyebelahi sesiapa..sy pun minta maaf juga...wassalam..
saya maafkan. setakat kena maki saya dah biasa.
maki saya takpe,saya akan siarkan komen. maki org lain saya tak siarkan.
terima kasih.
oppsss terlupa lak
maki nizar,anwar dan husam musa no prob. saya akan siarkan komen
berjuang untuk bangsa....hidup melayu
Post a Comment