Monday, April 27, 2009

RAHSIA DISEBALIK TUNTUTAN 3 JUTA OLEH BEKAS ISTERI ADUN PAS

Tengahari tadi saya dan blogger Gerakan Anti PKR dan beberapa blogger lain termasuk Parpukari, Garamanis, Pisau dan Gomo makan tengahari bersama beberapa orang pimpinan PAS peringkat tertinggi di sebuah restoran tertutup di Subang Jaya. Sepatutnya hanya seorang sahaja pemimpin PAS yang kami temui hari ini. Tanpa dirancang ianya menjadi kepada tiga orang.

Pertemuan ini saya sudah aturkan daripada minggu lepas lagi.Ianya terpaksa ditunda kerana pimpinan PAS tersebut sibuk dengan urusan pemilihan PAS pada bulan Jun ini. Pada hari sabtu lepas beliau menghubungi saya dan bersetuju untuk berjumpa hari ini dan beliau minta ianya diadakan di tempat tertutup.

Pemimpin PAS ini adalah salah seorang yang akan bertanding merebut jawatan dalam pemilihan yang akan datang. Mulanya pertemuan hanya dirancang untuk makan tengahari sahaja lebih kurang satu atau dua jam. Tetapi ianya berlarutan sehingga tiga jam.

Sedang kami berbual-bual tiba-tiba telefon beliau berbunyi. Rupanya panggilan daripada seorang lagi pemimpin PAS kepada beliau. Memandangkan pemimpin berkenaan ada di sekitar kawasan tersebut,maka beliau pun menjemput pemimpin berkenaan datang bersama dengan seorang lagi pemimpin PAS peringkat kawasan ke tempat pertemuan kami. Oleh yang demikian kami dapat berjumpa dengan tiga pemimpin PAS hari ini. Dua daripadanya adalah pimpinan tertinggi.

Sungguh banyak cerita 'seluar dalam' dan 'baju dalam' yang dapat kami korek daripada pemimpin-pemimpin tersebut. Nampaknya segala cerita yang dikatakan oleh kami selama ini adalah benar. Memang betul PAS telah terbahagi kepada dua puak. Satu 'pas asli' dan satu 'pas pkr.

Puak 'pas pkr' ini dikenali sebagai geng erdogan manakala puak 'pas asli' dikenali sebagai geng ulamak. Menurut beliau PAS sedang menuju jalan kehancuran sekarang. Beliau bersetuju bila ditanya oleh saya, adakah apa yang PAS kata kepada Umno selama ini sedang dialami oleh PAS sekarang. Dengan pantas beliau menjawab 'ya betul ,ana setuju 100 %'.

Beliau berkata PAS akan rosak kerana dua faktor utama. Pertama kerana Anwar Ibrahim, kedua kerana kuasa yang ada sedikit sebanyak sekarang ini.

Pelbagai perkara yang sempat kami bualkan hari ini. Antaranya kes Nizar di Perak, Bukit Gantang, cerita liwat, cerita sumpah Saiful, perebutan kuasa dalam PAS, adun PAS 'belasah' balak,hubungan PAS dengan PKR dan DAP, cerita blogger pro pakatan yang lebih sudu daripada kuah serta beberapa perkara lain.

Saya hanya berminat untuk ulas dua perkara disini. Pertama adalah kes Nizar. Mengikut kata beliau punca terjadinya kes di Perak adalah kerana Nizar tidak mendengar kata pimpinan PAS yang lebih tinggi dan 'otai-otai' PAS. Sebaliknya beliau lebih suka mendengar cakap dua saudara DAP nya.

Daripada awal lagi mereka sudah menasihati Nizar supaya berjaga-jaga kerana kerajaan yang dibentuk olehnya amat rapuh,hanya dengan kelebihan tiga kerusi sahaja,serta Nizar masih kurang pengalaman lagi. Tetapi Nizar tidak mendengar kata-kata atau nasihat mereka. Bila sudah jatuh barulah beliau datang 'menyembah' Hj.Hadi,Harun Din dan Nik Aziz.

Majoriti ahli Dewan Harian PAS amat tidak selesa dengan situasi di Perak sekarang,kerana katanya ia akan merugikan jemaah mereka dalam jangka masa panjang. Tetapi apa nak dikatakan,sesuatu yang hendak dilakukan oleh Nizar, dia tidak bertanya pendapat pemimpin-pemimpin lama atau lebih kanan.




Satu perkara yang menarik perhatian saya hari ini adalah kisah perceraian Adun PAS kawasan Melor di Kelantan Wan Ismail Wan Jusoh dengan seorang wanita Kemboja. Saya bertanya kepada beliau apa kes sebenarnya. Pada mulanya beliau agak keberatan untuk bercerita.

Tetapi setelah 'dipujuk' oleh saya maka beliau pun mula membuka ceritanya. Tetapi beliau minta saya jangan panjangkan kepada orang lain kerana ianya melibatkan rumahtangga orang lain,walaupun ianya musuh politik kita.

Saya kena amanah dengan apa yang diceritakan oleh beliau. Maka tidak boleh untuk saya ceritakan disini. Cuma satu sahaja yang boleh saya pesan kepada anda disini. Jangan ingat orang yang parti islam dan kopiah putih atas kepala ini baik dan alim semuanya. Jangan tertipu dengan mereka. Itu sahaja yang saya boleh beritahu.


Satu hal lagi,kenapa tiba-tiba isteri beliau minta tuntutan harta sebanyak RM 3 juta daripada beliau ? Sebagai seorang bekas isteri sudah tentu beliau tahu tentang kedudukan kewangan bekas suaminya.

Contohnya, adalah tidak munasabah sekiranya Pak Mat Tempe sebagai seorang penjual tempe menceraikan isterinya, kemudian isterinya pergi buat tuntutan berjuta-juta ringgit terhadap Pak Mat Tempe. Sudah pasti isterinya tidak akan membuat tuntutan sedemikian kerana dia tahu kedudukan kewangan Pak Mat Tempe ini dan sudah tentu Pak Mat tidak mampu untuk menunaikannya.

Tetapi kenapa bekas isteri adun Melor berani membuat tuntutan sebanyak RM 3 juta kepada bekas suaminya ? Kerana dia tahu bekas suaminya ada wang sebanyak itu dan mampu memberikan kepadanya jumlah tersebut. Banyak tu RM 3 juta wahai sahabat sekalian. Kalau disusun not RM 50 mungkin penuh boot kereta Waja.

Satu hal lagi,kenapa selepas bekas isterinya buat tuntutan 3 juta di mahkamah tiba-tiba Wan Ismail mendapatkan perintah mahkamah supaya menghalang media masa daripada membuat sebarang liputan sepanjang kesnya di sebut dimahkamah ? Kerana takut bocor segala hal sulit mulit keluar daripada bilik perbicaraan.

Beliau amat bimbang sekiranya bekas isteri beliau,memberitahu mahkamah yang beliau mempunyai wang yang banyak serta mampu membayar kepadanya sebanyak RM 3 juta.

Daripada datangnya wang beliau yang banyak itu,sedangkan gaji sebagai wakil rakyat (adun) lebih kurang 4-5 ribu sahaja sebulan ? Darimana lagi kalau bukan dari hasil balak. Terbaru, Wan Ismail mendapat konsesi balak bernilai RM 6 juta. Itu yang terbaru, yang lama kita tak tahu lagi.

Inilah wajah hodoh dan busuk segelintir pemimpin-pemimpin PAS, pakai kopiah atas kepala,naik pentas ceramah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran kemudian hentam Umno,kononnya rasuah,salah guna kuasa,tipu rakyat dan pelbagai lagi. Tetapi hati sendiri lebih busuk daripada bangkai.

Sampai bila lagi rakyat Kelantan hendak tertipu dengan pemimpin-pemimpin sebegini. ?

TAMBAHAN
(updated by faisal/ 28.4.09 @ 1205hrs)

Saya ada menerima satu komen oleh seorang pembaca yang meminta saya melawat blog beliau untuk mengikuti kisah Adun Melor.

komen yang dihantar. boleh rujuk di ruangan komen tajuk ini di blog saya

Setelah melawat blog beliau saya terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh beliau.
Sahabat sekalian boleh melawat blog beliau untuk bacaaan lanjut.

5 comments:

najamarine said...

salam saudara...

sebenarnya sudah boleh di agak keperibadian mereka2 itu,tapi sampai bile nak tutup pekong?bende busuk lama2 akan di hidu org juga.

YA ALLAH..tunjukkan lah kekuasaan mu...tunjukkan lah segala kebenaran supaya rakyat tidak lagi di dendangkan dengan kepura-puraan mereka2 ini..

tinggalkan lah perjuangan anwar ibrahim bapa segala munafik.tiada apa yg di perjuangkannya hanya semata2 untuk menjadi perdana menteri..kemudian menjual malaysia kpd yahudi laknatullah.

GOMO said...

SALAM BRO...
EMMM NI LAH DIA KALAU PUAK EDROGAN DAH MULA MERACUNI PEMIKIRAN PAS TULEN. HABIS DI SESAH NYA UNTUK DI SUMBAT DALAM TEMBOLOK. APA SEKALIPUN SERONOK DENGAR 3 ORANG DARI PEMIMPIN TERTINGGI PAS...

BANYAK MAKLUMAT DAN HAL YANG SEMEMANGNYA SADIS JIKA DI BONGKAR SEGALANYA...

Anonymous said...

Sila baca blog saya tentang kes penceraian adun Melor.
sangshams.blogspot

GOMO said...

EKSLUSIF BUAT PAS http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/ekslusif-pertemuan-kami-dengan-pemimpin.html

Anonymous said...

salam

akhir zaman nanti akan muncul puak2 yang tahu akan ilmu2 agama ni akan jual agama untk tembolok dan perut sendiri. P ramlee dah tunjukkan ceritanya dalam Musang berjanggut, mcm tok nikah khawin , nak tau tgk jelah musang berjanggut tu lah