Wednesday, April 22, 2009

TRIO 3N LAWAT BLOG SAYA. TERIMA KASIH !

SELAMAT DATANG

Terima Kasih diucapkan kepada trio 3N
Ngeh,Nga,Nizar
kerana melawat blog saya

Sedikit pesanan kepada kalian,cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku di Perak sekarang. Tunjuklah yang anda cerdik,jangan terus mempamerkan kebodohan anda. Ini adalah sebahagian daripada sistem demokrasi negara kita,sebagaimana rancangan 16 sept.

Kegagalan anda bertiga mempertahankan kerajaan Perak adalah kerana silap anda bertiga sendiri. Jangan salahkan orang lain,lihat diri sendiri. Sebagai sebuah pasukan lawan BN harus menggunakan setiap inci peluang yang ada untuk menjaringkan gol. Jangan salahkan BN,semuanya kerana kegagalan anda bertiga mempertahankan benteng pertahanan anda, anda alpa,anda main sambil lewa,anda ambil mudah sehingga BN berjaya membolosi jaring gol anda.

Tidak guna sekarang anda terpekik,terlolong menuduh kononnya BN main kasar,BN jaring gol off side dll.Semuanya mengikut jalan yang benar,semuanya sah. Semuanya pengadil dah putuskan. Jadi tidak perlu sekarang nak menjerit-jerit supaya diadakan perlawanan semula. Nak berlawan semula tunggu perlawanan dalam pusingan liga yang akan datang. Belum pernah ada sejarah pasukan yang kalah minta ulang balik perlawanan. Bila kita kalah maka kita salahkan pasukan lawan pula kerana mereka pandai bermain dan pandai mengambil kesempatan yang ada untuk jaringkan gol kemenangan. Boleh ke macam ni ? Apa punya turrrrrrrrr !

Apa yang berlaku di Perak hari ini adalah sebahagian daripada sistem demokrasi negara kita yang harus kita terima. Jangan hanya apabila demokrasi itu menyebelahi kita maka kita kata demokrasi. Bila tidak menyebelahi kita maka kita kata konspirasi. Kepala otak hang !

BN menerima segala perkara demokrasi yang datang. Empat negeri yang jatuh ketangan pembangkang dalam p/raya umum yang lalu BN terima dengan hati yang terbuka dan dengan penuh simboliknya kesemua MB-MB negeri yang jatuh ke tangan pembangkang ini datang menyerah tugas kepada MB-MB baru daripada pembangkang.

Tidak kedengaran langsung suara-suara penyokong BN yang melalak membantah perkara ini. Kita faham konsep demokrasi sebab itu kita terima dengan penuh tawaddhuk.

Penyokong pembangkang seolah-olah lupa pula yang peristiwa Adun Bota masuk PKR. Itupun sebahagian demokrasi.

Soal dia masuk umno balik tidak perlu timbul kerana ianya demokrasi. Sistem demokrasi negara ini juga membenarkan seseorang adun atau mp tukar parti lima,enam kali sehari pun boleh.

Pagi dalam umno,tengahari masuk Pas,petang masuk Pkr dan malam masuk umno balik. Pernah terjadi di Perak selepas p/raya umum yang lepas Adun Buntong daripada DAP iaitu A.Sivasubramaniam yang sebelah paginya umum keluar DAP,petang masuk balik. Inilah demokrasi.

Anwar Ibrahim bebas bercakap pasal 16 sept pun tiada menjadi masalah,kerana demokrasi. Beliau kata ada 31 orang akan lompat pun tiada masalah,demokrasi. Beliau kejar ahli parlimen BN hingga ke Taiwan pun tiada masalah,demokrasi.

Tuduhan mengatakan BN melarikan ahli parlimen tidak timbul,kerana 4-5 ekor lembu-lembu sapi peliharaan Anwar diarah mengejar mereka ke Taiwan pun dapat sampai ke Taiwan. Kerajaan tidak pun menyekat mereka di kaunter imigresen KLIA. Kalau kerajaan takut sudah awal-awal lagi kerajaan menggunakan imigresen untuk menyekat mereka di KLIA. Apakah ini tidak demokrasi lagi.

Terus terang saya katakan bila saya lihat perangai anda bertiga dan pengikut-pengikut anda di Perak sekarang,sama sebiji dengan perangai seorang anak lelaki saya yang berusia lima tahun . Saya ada dua anak lelaki,seorang 10 tahun dan seorang lima tahun. Bila mereka berdua ini bermain play station pasti rumah saya akan menjadi kecoh dan menggangu tugas-tugas seharian isteri saya.

Anak saya yang lima tahun ini pasti akan mengamuk apabila setiap kali dia kalah bermain playstation dengan abangnya. Apabila dia kalah dia akan menangis , mengamuk,membaling barang-barang dalam rumah sambil mengadu pada ibunya kononnya si abang main tipu.

Sedangkan abangnya bermain dengan betul. Sehingga satu tahap si abang terpaksa bermain sambil lewa kerana hendak bagi adiknya menang supaya dia tidak mengamuk. Apabila adiknya menang maka si adik ini akan gebang habis satu rumah 'adik terror,adik main menang' 'adik pandai main'. Padahal dia tak sedar yang abangnya sengaja bagi kemenangan kepada dia.

Begitulah juga perangai anda bertiga dan penyokong-penyokong anda. Bila tidak menyebelahi anda maka anda akan buat pelbagi tuduhan dan mengamuk dijalanan.

Rendah sungguh martabat anda bertiga dan penyokong -penyokong anda,sama taraf dengan budak lima tahun.

Kesimpulannya apa yang berlaku di Perak sekarang adalah BN CERDIK ,PANDAI AMBIL KESEMPATAN YANG ADA, ANDA BERTIGA BODOH ,TAK PANDAI JAGA APA YANG ADA.

Nizar tidak perlu lagi hendak melaung-laungkan beliau dipilih oleh rakyat dan seluruh rakyat Perak bersama beliau.JANGAN BOHONG DAN JANGAN MAIN SENTIMEN RAKYAT !!!

:- PAS hanya ada 6 kerusi dun dan 2 kerusi parlimen sahaja di Perak

:- Nizar sendiri hanya mendapat 11,994 undi di dun Pasir Panjang.Inikah yang dinamakan dipilih oleh rakyat menjadi MB ? Bukannya anda dipilih oleh berjuta rakyat Perak menjadi MB. Sultan Perak yang pilih anda jadi MB wahai Nizar ngok ngek.

Kalau Sultan Perak itu seorang Sultan yang tidak mengambil berat hal rakyat dan negeri sudah tentu dia pilih Jamaludin yang jadi MB tempohari kerana kerusi PKR lebih daripada kerusi PAS. Tapi Sultan tetap ambil anda kerana anda lebih layak daripada Jamal. Tetapi sekarang Jamal pula yang lebih cerdik daripada anda.


Kamu hanya pandai bercakap tapi isi kosong ! Ingat tak kata-kata itu daripada Jamal terhadap anda dalam mesyuarat Exco bila anda meluluskan tanah 999 tahun.Jangan buat-buat lupa wahai abang nija

Jamal dan Osman bukan menentang sambil duduk lagi,tapi mereka siap bangun berdiri lagi menentang keputusan itu. Lepas itu kamu buat undi angkat tangan siapa sokong ,siapa tak sokong. Bila dah undi angkat tangan, hancurlah.

Tiga orang saja melayu dalam mesyuarat itu,daripada 10 orang Exco. Tetapi yang Exco Pas seorang itu pula setuju dengan keputusan itu ,tinggallah mereka berdua sahaja yang tidak setuju. Kemudian Jamal dan Osman minta minitkan dalam minit mesyuarat yang mereka berdua tidak setuju. Hi ! Hi ! Hi ! saya tahu semua Nizar,jangan temberang.


:- Sedar atau tidak oleh Nizar bila beliau berkata seluruh rakyat bersama beliau ? Atau hanya kenyataan “syok sendiri”.Lupakah oleh Nizar bahawasanya
BN mempunyai 28 kerusi di dun Perak. Jangan buat-buat lupa wahai Nizar ngok-ngek.

Oleh yang demikian tidak perlulah lagi Nizar nak “syok sendiri” kononya beliau saja yang ada rakyat.Seolah-olah BN tiada rakyat.28 kerusi dun itu adakah bukankah rakyat yang pilih? Jangan ingat anda saja yang boleh keluarkan rakyat.BN pun boleh keluarkan rakyat,cuma BN tidak mahu keruhkan lagi keadaan bila kedua-dua belah pihak “rakyat” bertembung di jalan-jalan raya. Tapi kalau itu yang anda mahu BN boleh buat.



3 comments:

Panglima Perang Cyber said...

menarik !

Anonymous said...

artikel yang menarik & gempak......

Anonymous said...

hebat...teruskan usaha...