Thursday, April 30, 2009

TERIMA KASIH DATO' IBRAHIM ALI & DATUK FUAD HASSAN


Sijil penghargaan daripada Perkasa

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia kerana mengiktiraf blogger - blogger.

Pada hari 20.April.2009 saya menerima sms jemputan daripada Dato' Ibrahim Ali untuk ke majlis makan malam Perkasa , sempena Perhimpunan & Sidang Kemuncak Pribumi Negara yang telah diadakan pada 22.Mac.2009 di Kompleks Sukan TNB Bangsar, KL.Klik Sini.

Dato' Ibrahim Ali telah mewakilkan kepada saya untuk menjemput semua blogger yang terlibat dalam perhimpunan tersebut ke majlis makan malam itu.

Majlis makan malam tersebut diadakan untuk meraikan petugas-petugas dan peserta-peserta. Penyampaian sijil penghargaan juga diadakan pada malam tersebut. Majlis berlangsung di Restoran Nelayan Titiwangsa. Tetamu kehormat yang turut serta pada malam itu adalah Menteri Pembangunan Wilayah Dan Luar Bandar,Dato Seri Shafie Afdal.


Setibanya di sana saya amat terkejut kerana kami diberi penghormatan yang tinggi oleh penganjur. Sebuah meja makan khas untuk blogger disediakan berhampiran dengan meja makan pihak media.


Apa yang membuatkan saya terharu adalah kerana sumbangan kami berikan tidak seberapa jika dibangdingkan dengan pengiktirafan yang diberi oleh Perkasa. Kami juga diberi sijil penghargaan oleh Perkasa pada malam itu kerana katanya kami turut menyumbang kepada kejayaan perhimpunan tersebut.


Terima kasih diucapkan kepada Dato'Ibrahim Ali dan Datuk Fuad Hassan kerana mengiktiraf blogger-blogger. Nampaknya Dato' berdua tidak memandang blogger sebelah mata. Jasa Dato' berdua kami hargai. Insyallah kami akan terus memberi sokongan kepada Perkasa.

Cerita sebenar Dato' Ibrahim Ali dan PAS - klik sini

Laman Web Perkasa - klik sini

Ingin menjadi ahli Perkasa ? - klik sini


7 comments:

GOMO said...

SALAM BRO...
SESUNGGUHNYA PENGORBANAN KITA TIDAK SEBERAPA NAMUN TELAH MEMBANTU DALAM MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU INI.

AKU JUGA MENGUCAPKAN SETINGGI TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN DATO IBRAHIM ALI ATAS PENGANUGERAHAN SIJIL INI BUAT KITA.

DAN TAHNIAH BUAT, RUANG BICARA FAISAL, GARAMANIS, GAP, DARUL EHSAN, PARPU DAN SEMUA YANG MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS PERHIMPUNAN PRIBUMI PERKASA YANG LALU.

KITA RAPATKAN BARISAN KITA DALAM MENGEMPUR SELURUH IBLIS YANG DATANG.

x-pkr said...

tahniah atas penghargaan yg bro dpt. teruskan usaha murni sdra dan rakan2 lain!!

x-pkr

Anonymous said...

Blogger2 kaki ampu umno.......
semoga Allah beri kamu semua petunjuk agar sempat melihat kebenaran dan bertaubat sblm ajal sampai....

Anonymous said...

aku lebih rela jd pencacai dan kaki ampu UMNO drpd jd pencacai PAS yg jadi barua kafir komunis DAP...

aku org klantan tp bosan ngan PAS,kerja ceramah saja,tp kerja habuk tarak....

Anonymous said...

Dalam PAS,ulama temberang lagi banyak..tol x?ulama betol x main politik.Dlm pas ada ulama mi celup,mi goreng,mi magi segera pun byk...

Anonymous said...

siapa yang ajar kamu bahawasanya ulama betol x main politik?????

nabi muhammad s.a.w. itu sndri berpolitik....

lainkali jgn berpikir pakai lutut ...

Anonymous said...

bende ni simple je nak pikir..

dia belanja ko makan.
belanja ni selalu bersebab.
dia ada sebab belanja ko makan!

jgn jadi bengong brader..kata suka politik.tak reti baca politik lah lu ni.takyah main politik lah mcmtu..