Monday, May 18, 2009

ANIFAH AMAN FITNAH ?



Bravo !!!

Tahniah Datuk Anifah Aman !!!

Datuk Anifah Aman telah menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Luar yang bagus dan baik. Selepas sebulan lebih dilantik sebagai Menteri Luar beliau telah menjalankan satu misi yang amat penting kepada Malaysia.

Beliau telah melawat Amerika Syarikat tanpa rasa gentar dengan virus H1N1 untuk memenuhi undangan S/Usaha Negara Amerika,Hillary Clinton.

Yang paling penting sekali semasa disana beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik,iaitu membersihkan segala fitnah yang dilemparkan oleh anwar ibrahim.

Kelam-kabut anwar dibuatnya apabila dalam sidang media bersama Hillary Clinton ,Datuk Anifah Aman telah membongkarkan rahsia anwar yang sebenar berhubung projek 16 sept.

Malu tidak terkira gamaknya anwar ini, hingga tergesa-gesa mengambil tindakan ingin menyaman Datuk Anifah Aman. Mana tak malunya wahai sahabatku sekalian,dia dok pi kelentong benda lain kat AS,tiba-tiba Datuk Anifah pula pi cerita benda yang sebenar.

Nampaknya akaun anwar tak berisi lagi lah gamaknya bulan ni. Tiada lagi transaksi perbankan daripada bank-bank di AS ke dalam akaun anwar atau Azmin mulai bulan ini. Kerana cerita sebenar telah terbongkar.

Bukti anwar dalam ketakutan dan kelam kabut anda boleh lihat disini. Beliau cuba mengabui mata masyarakat dunia ,kononnya beliau di pihak yang benar. Hinggakan surat peguam beliau kepada Datuk Anifah dalam bahasa inggeris disiarkan di blog dia. Agar senang saudara mara Uncle Sam di AS untuk memahami apabila membacanya melalui blog beliau dari AS.

Habislah kau,wahai Anwar dan Azmin,dah berpuluh juta duit yang dihabiskan oleh AS terhadap kamu berdua,tetapi kamu gagal memenuhi hasrat mereka untuk menawan Selat Melaka dan membina Pangkalan Tentera mereka di Malaysia.

Kamu melaporkan perkara-perkara bohong kepada mereka. Kamu tidak menceritakan perkara yang sebenar iaitu ,kamu gagal menumpaskan Pahlawan Melayu Moden dari Pekan,Pahang untuk mencapai misi 16 sept.

Nasib baiklah ada seorang Pahlawan Sabah yang berani pergi menceritakan perkara sebenar tentang pembohongan kamu



Hey anwar podah chitttt.... ptui ! ptui ! ptui ! sikit-sikit saman,sikit-sikit akuan bersumpah. Kamu ingat rakyat Malaysia bodoh ke dengan permainan kamu itu untuk mengabui mata rakyat. Kami tak bodoh wahai anwar,kami tahu taktik licik kamu.

Dulu semasa kes kamu dengan Saiful pun,kamu pergi saman Saiful. Kenapa saman ? Kenapa tidak buat laporan polis kerana Saiful 'memfitnah' kamu meliwat dia ?

Kami tahu wahai anwar,kalau kamu buat laporan Polis,maka Polis akan menyiasatnya dan memakan masa yang cepat. Dan perkara sebenar akan terbongkar.

Tindakan menyaman adalah untuk mengabui mata rakyat,kononnya kamu difitnah dan kamu tahu sesuatu kes saman akan memakan masa yang lama untuk perbicaraanya. Silap-silap semasa kes saman berkenaan berjalan di Mahkamah kamu telah pun berada di dalam bilik kecil 5 kaki ke dalam tanah.

Sekarang kau rasa wahai anwar ! Kamu rasa ! Seandainya 'betul' Datuk Anifah membuat fitnah kepada kamu di luar negara,maka kamu harus merasakan betapa pedihnya diri kita bila difitnah,seperti mana kamu pergi membuat fitnah terhadap tanahair kamu sendiri di luar negara dan sebagaimana kamu melemparkan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin BN. Begitulah yang dirasai oleh mereka-mereka seperti mana yang kamu rasa sekarang.

Kamu jangan kelentong wahai anwar. Kami tahu apa yang kamu buat dan janjikan untuk mencapai misi kamu 16 sept. Semua orang kamu janjikan untuk memberi jawatan Timb Perdana Menteri, Menteri dan Timb Menteri asalkan orang itu boleh membantu kamu mencapai misi kamu. Hatta, pondan di Lorong Hj.Taib pun kamu sanggup berjanji memberi jawatan Menteri sekiranya mereka juga membantu kamu mencapai misi 16 sept.

Satu soalan kepada pembaca untuk direnungkan bersama: -

Jika anwar ibrahim tidak mempunyai hubungan rapat dengan AS ,kenapa beliau terus melatah dan menafikan dengan begitu cepat apa yang dikatakan oleh Datuk Anifah Aman di AS ??? Renung- renungkan !!!


Sekali lagi Tahniah diucapkan kepada Datuk Anifah Aman kerana telah berjaya memulihkan sedikit sebanyak imej negara yang telah dicalarkan oleh pengkhinat bangsa di luar negara.

Inilah wajah sebenar dan ciri-ciri Menteri yang diperlukan oleh negara kita dalam menghadapi cabaran getir yang bakal mendatang.

Oleh yang demikian saya mohon pembaca-pembaca yang budiman sekalian agar meninggalkan komen-komen anda di ruangan ini sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Anifah Aman.

Transkrip sidang media Datuk Anifah Aman dan Hillary Clinton. Klik sini

16 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Tahniah dari kami Dato' Anifah. Malaysia memerlukan lebih ramai orang sepertimu untuk menyanggah dan membogelkan pendapat AnWar "The Drama King" Ibrahim. Tahniah juga buatmu rbf, sekarang sudah jadi blogger terkenal. Semoga lebih banyak pembohongan puak-puak sana yang dapat saudara bongkarkan. Mungkin suatu hari kita boleh berjumpa, minum dekat mana-mana korotiam dekat Shah Alam?

Anonymous said...

terima kasih juga buat dato anifah sebab bangkitkan hal atantuya...

Syeikh Al-Hafiz said...

Tahniah. Tak lama lagi tercapailah hasrat dari Permatang Pauh ke Penjarajaya.

Grand Marquis said...

Ni excerpt saya ambil dari blog
http://marahku.blogspot.com/2009/05/fish-has-taken-bait-time-to-reel-it-in.html

Saya rasa, siapa yang sudah lama kumpul fakta pasal Anwar ni boleh listkan bukti kelakuan Anwar di bawah ni satu persatu.

Lawak sungguh kelakuan orang-orang Anwar ni. Kalau pepatah melayu kata baling batu sembunyi tangan. Sekurang-kurangnya tangan yang baling batu tu masih cuba disembunyikan. Tapi Anwar ni, lepas baling batu, tangan pun tak sembunyi, tapi ada hati nak kata dia tak baling batu.

Contohnya, no i dan ii.
i)our Client is a dishonest person both in his private and official capacity;
ii) our Client is a liar;

Saya pinjam kata-kata RPK. If Anwar is not a liar, Madonna is a virgin.

Apakah masih ada orang yang masih boleh di perbodohkan lagi oleh orang seperti Anwar. Tak paham aku.

I read with great interest Snakaran Nair's claims on their letter of demand as published on the Opposition leader's blog, it lists among others that Anifah's words impute that

i)our Client is a dishonest person both in his private and official capacity;
ii) our Client is a liar;
iii) our Client is an untrustworthy person as well as an unfit politician;
iv) our Client is unfit to hold public office;
v) our Client is unprincipled and corrupt;
vi) our Client has committed a criminal offence punishable with imprisonment;
vii) our Client is unethical; and
viii)our Client wantonly abuses his position in public and private office.

anaf said...

Wa respect sama lu Dato' Anifah!

-don- said...

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/05/remarks-with-malaysian-foreign-minister.html

settler aka saya said...

nice job dato' anifah..

u r our hero..our malaysian hero!

sangguna@gmail.com said...

Datuk Aniffa Aman, memang bagus, kita harus berani kerana benar, takut kerana salah.

Pejuang Bangsa said...

tahniah Dato Anifah ...anda adalah hero Pahlawan dari Sabah seperti Shafie Afdal

Menteri luar malaysia dulu spt Rais dan syed hamid jarang sekali menjawab terang2 tuduhan fitnah Anwar di luar negara tetapi kini Anifah Aman mengejutkan dunia dengan pertahankan kerajaan Malaysia dan juga menempelak Anwar iaitu agen Yahudi di Malaysia

Anonymous said...

faisal babi,anjing,anak haram
haram jadah,pukimak,bangsat,sial.
kalau dapat kata aku pecah kepala kau aku kerjakan.

ong said...

syabas datuk anifah ! belum pernah saya lihat seorang menteri luar malaysia sehebat ini. sekarang saya percaya jika dsai offer u as a dpm

sivaraj said...

congs to u datuk anifah

Anonymous said...

terima kasih tidak terhingga kepada datuk anifah

Anonymous said...

kenapa anon sorang tu meroyan sampai sumpah seranah si faisal ni. Ni musti kes tak dapat di 'Tunggang' oleh BroAnwarBinIbrahim (Influenza A H1N1).....

Anonymous said...

NIZAR ANJING DAP, MMG NIZAR LAKNATUALLAH KERANA LEBIH TAKUTKAN DAP DARI ALLAH.

rizuan mh said...

salam ziarah BPN,

alhamdulillah..

selama ini dunia ditipu oleh brader ni tapi ari ni penipuannya dibongkar juga oleh org Malaysia.

kita tggu dan lihat ape reaksi media barat