Thursday, May 14, 2009

CERITA DI SEBALIK TABIR PKR PERAK

Cerita-cerita di sebalik tabir PKR di Perak yang sempat saya korek.

Sebahagian daripada orang-orang kuat PKR Perak tidak berpuashati dengan Jamal dan Kapten Osman apabila mereka dilantik sebagai Exco. Mereka-mereka ini dulu ada yang tidak mahu bertanding kerana takut kalah dan ada yang kalah bertanding dalam PRU 2008.

Apabila mereka berdua ini dilantik sebagai Exco sudah tentulah tidak menyenangkan hati orang-orang yang kalah ini. Maka mereka harus mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan mereka berdua ini.

Antara perancang utama ialah,Mustafa Kamil Ayub yang kalah bertanding di Pasir Salak dan Sg.Manik,Hj Mail,bekas pengerusi PKR Perak sekarang ketua bahagian PKR Bukit Gantang, Ustaz Zul, ketua bahagian PKR Tambun. Kapten Usaili ,bekas adun Bota 1999.

Inilah wajah-wajah yang menjadi punca menjahanamkan kerajaan pimpinan nizar bintang tiga. Langkah pertama mereka ialah perangkap Jamal dan Kapten Osman dalam kes rasuah pada bulan ogos 2008. Dengan harapan anwar akan buang mereka berdua ini dan diadakan p/raya kecil,maka berpeluanglah mereka-mereka ini menjadi calon dan seterusnya dilantik sebagai MB atau Exco.

Untuk pengetahuan semua,sewaktu lepas pru 2008, DAP lebih berminat untuk mengangkat Adun PKR sebagai MB. Bukannya Adun PAS. Nizar bintang tiga telah mengambil jalan pintas yang cepat,kerana dia tahu PKR dan PAS tiada Adun yang lebih berkaliber selain daripada beliau.

Maka dengan segera nizar mengadakan perbincangan haram dengan DAP agar beliau diangkat sebagai MB dan dia akan berikan DAP sembilan kerusi Exco. Dan satu kerusi Exco untuk PKR. Tiada kerusi Exco untuk PAS.

Pada masa yang sama Mustafa Kamil Ayub yang kalah bertanding di Sg.Manik pun ada memasang impian juga untuk menjadi MB.

Pada satu hari semasa krisis perlantikan MB Perak antara PKR dan PAS, Jamal telah dipanggil oleh anwar ibrahim ke rumah beliau. Setibanya Jamal disana beliau melihat Mustafa Kamil Ayub juga berada disana bersama anwar, wan azizah dan syed hussin.

Mustafa Kamil Ayub turut membawa satu 'proposal' untuk diberikan kepada anwar. Kandungan 'proposal' yang dibawa oleh beliau adalah kononnya ada peruntukan undang-undang yang menyatakan MB boleh di lantik di kalangan bukan Adun.

Maknanya Mustafa Kamil ayub berkata yang beliau boleh menjadi MB Perak walaupun dia bukan Adun. Anwar ketawa terbahak-bahak bersama wan azizah melihat 'proposal' tersebut.

Untuk pengetahuan anda juga pada malam kemenangan pru 2008, sebaik mengetahui mereka menguasai Perak anwar telah menghubungi Dr.Zambry,menawarkan Dr.Zambry jawatan MB Perak sekiranya beliau melompat ke PKR.

Atas dasar menghormati bekas bos,dan memegang prisnsip kesetiaan kepada Umno,maka Dr.Zambry telah menolak dengan penuh hormat tawaran tersebut.

Kepada anak-anak muda yang mungkin tidak mengetahui perkara ini ,saya ingin memberitahu kepada adik-adik sekalian. Dr.Zambry adalah anak didik anwar ibrahim semasa dalam Umno dulu. Dr.Zambry pernah dikenakan tahanan ISA semasa krisis anwar 1998.

Sebab itu saya merasa sedih sekarang,bila anwar langsung tidak menegur atau melarang penyokong-penyokong dia menghina dan mencaci Zamry sehina-hinanya. Zambry tidak pernah menghentam anwar,Zambry tidak pernah mencerca Anwar, Zambry tetap menghormati Anwar sebagai bekas bos dan orang yang lebih tua walaupun berbeza aliran politik.

Dr.Zambry telah berpegang kepada prinsip politik yang baik. Politik tetap politik. Kawan tetap kawan. Biar ada sempadan. Jangan kerana politik kawan pun kita sembelih. Tetapi tidak kepada anwar ibrahim. Dia mengamalkan politik binatang. Hanya dua pada anwar. Kawan atau musuh.

Berbalik kepada tajuk kita. Sesiapa yang mengenali Jamal maka mereka pasti akan tahu hati budi dan perangai Jamal. Beliau adalah antara penggerak awal Parti Keadilan Nasional di Perak. Semua pelopor-pelopor gerakan reformasi tahu perkara ini. Sebab itu walaupun beliau berada di luar PKR sekarang pun, masih ada orang-orang PKR yang sudi berkawan dan menghormati beliau serta kadangkala membocorkan maklumat kepada beliau.

Sewaktu susah di zaman reformasi Jamal itulah yang menjadi tempat rujukan puak-puak reformasi yang kesempitan wang. Jika anda tidak percaya boleh rujuk kepada Saiful atau Badrul .

Berapa banyak wang dan tenaga yang telah dicurahkan untuk memajukan PKR di Perak. Ditakdirkan Allah beliau ada rezeki yang lebih pada masa itu kerana ada menjalankan sedikit perniagaan (sebelum pru 2008).

Dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan kebiasaannya orang yang berduit akan dilantik sebagai Bendahari. Begitu juga dengan Jamal,kerana pada masa itu beliau berduit maka beliau dilantik sebagai Bendahari PKR Perak. Pada waktu itu jika tidak silapnya anwar ibrahim masih lagi di dalam penjara.

Itulah yang menyebabkan beliau merasa sangat sedih,setelah berapa banyak wang dan tenaga dicurahkan untuk PKR Perak,akhirnya bila dapat kuasa begini pula jadinya. Katanya lebih baik di zaman tiada kuasa dulu,kawan-kawan pun ada keliling.

Bila ada kuasa kawan-kawan pula yang menikam daripada belakang. Sambungnya lagi sewaktu tiada kuasa boleh minum bersama-sama dengan kawan,bila sudah berkuasa tidak boleh lagi minum bersama,kerana kawan telah menjadi musuh.

Sewaktu Jamal menjadi Exco Perak pun beliau masih lagi menolong orang-orang PKR dengan memberi perniagaan kepada mereka. Jamal sering mempertahankan kepentingan PKR setiap kali ada mesyuarat pakatan rakyat atau Exco.

Pernah terjadi satu ketika dalam mesyuarat Exco. Pada waktu itu berhubung dengan perlantikan Ahli-Ahli Majlis di Perak. DAP cuba menguasai jawatan tersebut dengan melakukan pembahagian yang tidak adil. Nga Kor Ming (surah aura) pada masa itu selaku Exco yang bertanggungjawab terhadap PBT telah membuat pecahan seperti berikut.

Di Seluruh Perak ada 222 orang Ahli Majlis yang perlu dilantik dikalangan orang politik. Tidak termasuk NGO dan non partisan.

Nga Kor ming membuat pembahagian seperti ini 118 orang untuk DAP, 52 orang untuk PKR dan 52 orang untuk PAS. Ini telah menyebabkan Jamal tidak berpuashati. Beliau meminta untuk dibahagikan sama rata diantara tiga parti tersebut

Dua bersaudara yang mengawal Perak dan nizar bintang tiga

Tetapi Nga dan Ngeh menentang. nizar langsung tidak bersuara. Nga berkata,PAS setuju mengapa PKR tidak setuju ? Jamal menjawab lagi ,kalau PAS setuju biarkan mereka,tetapi untuk PKR saya tetap mahu 74 orang.

Setelah lebih kurang 10 minit bertelagah akhirnya Nga bersetuju memberi 70 orang kepada PKR. Jamal tetap tidak berpuashati dan terus melawan untuk mendapat 74 orang. Nga tetap berkeras tidak akan beri 74 orang.

Akhir sekali kata-kata ini terpacul dari mulut Jamal "sekiranya saya gagal mendapat 74 orang untuk PKR saya rela Pakatan Rakyat ini hancur".

Berdesing telinga nga,ngeh dan nizar mendengarnya. Kelu mereka seketika. Akhirnya mereka bercakap dalam bahasa cina,sudah tentu ianya tidak difahami oleh Jamal,Kapten Osman dan Exco Pas Hj.Zainuddin. Kepada nizar bintang tiga ianya tidak menjadi masalah kerana dia faham dan fasih berbahasa cina.

Sekali lagi Jamal naik angin dan menghentak meja Mesyuarat Exco tersebut kerana mereka berbicara dalam bahasa cina . Selepas itu barulah nga kor ming itu setuju memberi 74 orang kepada PKR. Itulah antara pengorbanan Jamal terhadap PKR di Perak semasa beliau menjawat jawatan Exco.

Pas kekal mendapat 52 orang kerana mereka tidak membantah. Disini kita boleh lihat bagaimana nizar sanggup melacurkan jawatan Ahli Majlis yang sepatutnya menjadi milik orang-orang Pas kepada DAP demi mempertahankan jawatan MB yang dipegang olehnya.

Kesudahannya bilangan Ahli Majlis di Perak seperti berikut. DAP 96, PKR 74 dan PAS 52. Kerana jawatan MB ,nizar bintang tiga sanggup buat apa saja.

Pada peringkat awal Jamal hilang ,beliau tidak berniat untuk keluar parti,tetapi lebih kepada sekadar merajuk dengan nizar kerana kes tanah 999 tahun dan dengan segelintir pimpinan PKR Perak yang tamak dan rakus.

Beliau sama sekali sekali tidak berada di Pahang seperti mana yang dihebohkan oleh puak-puak pembangkang kononnya dia sedang berunding dengan Najib di Pekan. Beliau mendiamkan diri hanya kerana sedang menunggu panggilan telefon daripada nizar bintang tiga. Tetapi oleh kerana sikap sombong dan besar kepala nizar langsung tidak menghubunginya.

Beliau bercadang untuk memasuki pejabat pada 2.feb.09. Tetapi oleh kerana surat perletakan jawatan tanpa tarikh beliau dihantar kepada sivakumar pada 1.feb.09 tanpa pengetahuan beliau maka beliau terpaksa berundur dengan penuh kesedihan dari PKR.

Beliau berkata beliau telah dimainkan oleh rakan-rakan beliau sendiri yang sentiasa rakus,tamak dan mengidam untuk bertanding di Behrang dan Changkat Jering.

Surat itu telah diambil di rumah ustaz zul tanpa pengetahuan Pengerusi PKR Perak dan dihantar terus kepada sivakumar. Siapa mengambil surat itu tidak dapat dipastikan. Tetapi semasa surat itu diambil ustaz zul berada di Palestin.

Mereka menghubungi ustaz zul dan bertanya dimana surat itu berada. Ustaz zul berkata surat itu berada di bawah katil di rumahnya. Maka si pemanggil ini bergegas ke rumah ustaz zul,ambil surat itu dan hantar kepada sivakumar.

Lantas Jamal berkata,buat apa lagi saya nak kekal di dalam PKR,jika sampai ketahap ini mereka buat kepada saya. Mereka sudah tidak perlukan saya lagi. Jika mereka masih perlukan saya mereka tidak akan hantar surat itu kepada sivakumar.

Mereka sudah tidak perlukan saya buat apa lagi saya terhegeh-hegeh,ibarat hidung tak mancung,pipi terserong-serong nak kekal dalam PKR lagi.

Inilah akibatnya bila terlalu rakuskan kuasa,sehingga tidak boleh bersabar sedikit.

Orang-orang PKR Perak rakus kuasa,nizar bintang tiga rakus kuasa,DAP pun rakus kuasa,akhir sekali hancur semua. Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

Tuan-puan sekalian percayalah cakap saya,Pakatan bintang tiga ini akan hancur bukan kerana diajar oleh rakyat,tetapi oleh kerana orang-orangnya sendiri yang tidak jujur,yang tamak dan yang belot akibat rakuskan kuasa.

Ahli-ahli PKR pun bukannya orang baik-baik. Kebanyakan mereka-mereka ini adalah sampah atau lanun dalam Umno dulu. Samada mereka dipecat atau mereka tinggalkan Umno kerana gagal mendapatkan kepentingan mereka dalam Umno. Apabila gagal dalam umno,maka mereka mencuba nasib di dalam PKR pula.

Sebab itu sesekali saya rasa bersetuju juga andainya diadakan p/raya baru di Perak. Kerana kita dapat melihat perpecahan antara mereka berebut kerusi dan berebut menjadi calon. Dulu bila diminta menjadi calon ,semua menolak kerana tidak menjangka akan menang. Bila orang lain bertanding dan menang maka dicari jalan bagaimana nak 'sembelih' orang yang menang tersebut

Sekiranya kerusi Changkat Jering dan Behrang kosong,maka orang yang bercita -cita untuk bertanding ialah,Mustafa Kamil di Behrang dan Hj.Mail di Changkat Jering.

Sudah ada komplot halus dikalangan PKR untuk menyingkirkan nizar bintang tiga sebagai MB Perak.

Sekiranya PKR menang di kedua-dua kerusi berkenaan,Mustafa Kamil akan dilantik sebagai MB bagi menggantikan nizar,manakala Hj.Mail sebagai Exco menggantikan tempat Kapten Osman.


Tetapi Allah maha kaya,manusia hanya mampu merancang,Allah jua yang menentukan segalanya. Dengan izin Allah semua sekali hancur.

Perkara yang perlu anda ketahui.

1) Memang benar wujudnya Mesyuarat Exco dalam bahasa cina semasa nizar menjadi MB.

2) Undian angkat tangan dilakukan sewaktu Jamal dan Osman menentang pemberian tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baru di Perak. 7 exco bukan melayu dan 3 exco melayu. Siapa menang ? Exco Pas bersetuju kerana takutkan kepada nizar bintang tiga.

3) Jamal menghentak meja sambil meminta ianya diminitkan dalam minit mesyuarat yang beliau tidak bersetuju sambil beliau berlalu keluar meninggalkan bilik mesyuarat.

4) Kapten Osman bukan saja menentang sambil duduk malah bangun berdiri sambil kedua-dua belah tapak tangan menepuk meja kerena membantahnya. Beliau juga meminta ianya diminitkan yang beliau tidak setuju lalu keluar dari bilik mesyuarat juga.

5) Ngeh dan Nga mengejar sambil memanggil-manggil Jamal di luar bilik mesyuarat. Dengan arahan satu jari sahaja Jamal halau mereka masuk balik ke bilik mesyuarat.

6) Nizar sering membebel benda-benda yang sama dan mengarut setiap kali mesyuarat exco,lantas exco Pas mencuit Jamal sambil bertanya,kau tak boring ke dengar perkara yang sama saja setiap minggu. Jamal hanya tersenyum.

7) Jamal berkata kepada Nizar "kau bercakap ja pandai dan banyak , tapi isi kosong" .

8) Minggu sebelumnya nizar berkata kepada Jamal beliau akan beli kereta Perdana baru untuk kegunaan exco. Minggu depan bila ngeh kata nak beli camry,maka nizar terus bersetuju untuk membelinya tanpa mengambil kira pendapat-pendapat exco lain. Lantas beliau mengarahkan pada jam itu juga supaya Datuk Suk memesan 15 biji camry.

9) Tandas bangunan SUK sentiasa bau hancing semasa pemerintahan mereka. Kerana terlalu ramai golongan yang tidak membasuh kencing serta mengepam tandas berkunjung ke sana.

10) Pegawai-pegawai kerajaan sering mengadu kepada Jamal dan Kapten Osman tentang perilaku ngeh dan nga yang sering memberi arahan terus kepada mereka supaya pembelian barang-barang dan pembekalan diberikan kepada syarikat-syarikat seperti yang mereka berdua arahkan.

11) Seringkali tender-tender balak atau tender lain yang ada nama melayu ditolak,sambil menjerit " itu Umno punya,tolak,tolak".

12) Satu hari mereka menggunakan nama kroni mereka yang melayu untuk tender balak,Jamal dan Kapten Osman menjerit, "itu umno punya tolak,tolak".

13 ) Dengan niat memperli,apabila tender nama-nama cina dibincangkan,Jamal dan Kapten Osman terus menjerit "lulus,lulus" ,sebelum ianya dibincangkan. Dengan muka selamba nizar berkata "ok lulus, Yb Jamal dan Yb Kapten Osman pun bersetuju ianya diluluskan".

14 ) Dengan niat memperli Jamal berjumpa dengan s/usaha politik nizar,miscabul munir dan berkata ,kalau orang-orang Umno atau BN mohon apa-apa jangan luluskan apa-apa langsung Luluskan kepada orang-orang kita sahaja. Maka dengan otak bebal dan selamba sahaja s/usaha politik yang bebal ini terima arahan Jamal tanpa memahami maksud sebenar Jamal.

15) Nizar adalah seorang yang pembohong dan sering bercakap bohong. Hanya orang yang rapat dan pernah bekerja dengan dia sahaja yang tahu dan memahami. Jamal berkata nizar langsung tidak ada sedikit pun perasaan kasih dan sayang pada bangsa sendiri demi memenuhi nafsu serakah dia untuk terus duduk di kerusi empuk MB. Dia sanggup buat apa sahaja janji DAP tidak usik kerusi MB kepunyaannya.





17 comments:

Anonymous said...

terima kasih diatas malumat yang panjang lebar ini.

Anonymous said...

salam...

saya baca dari atas sampai bawah...

tak nampak pun satu bukti atau fakta2 yang jelas didalam cerita tersebut...

posting nie dah mcm crita kosong tapi fakta takde...

kalau boleh siarkan sekali fakta dan bukti2...

baru org leh percaya...

jgn mintak org untuk percayakan kite...

kalau crite kite ade fakta dan bukti kompem org percaya...

salam

ruang bicara faisal said...

kalau otak dah bebal dan minda tertutup serta hati hitam bagi satu gunung punya bukti pun akan tetap tidak percaya.

contoh: sumpah laknat saiful tu bukan perkara main-main,tapi oleh kerana hati dah hitam,maka sumpah laknat itu dijadikan cacian.

Sebaliknya orang yg tidak berani bersumpah itu dijulang sebagai suci bersih dan pahlawan

saya tidak minta orang percaya,dan saya tidak minta anda baca,malah saya tidak menjemput pun pembaca polong seperti anda yg tidak ada identiti ini membacanya dan percaya.

tetapi apa pun terima kasihlah saya ucapkan kerana sudi melawat blog saya,membaca dan memberi komen lagi.

maknanya anda sudah mengiktiraf saya kerana anda sudi melawat dan membaca blog saya.

terima kasih yaaaaaaa !!!!!!

KONON said...

Tak caya sudah! anak cucu aku yang rugi bukan aku :*

Anonymous said...

MACAMLER KAT DALAM HARAKAH TU BANYAK BUKTI ATAU FAKTA YANG DITONJOLKAN. DAH LER BAHASANYER BERTERABUR, AYAT PLAK TAH HAPA-HAPA PASTU YANG PELIK PULAK RAMAI TUL PUAK-PUAK PAS YANG PERCAYER. SEDARLER SEMUA, KALAU TAKDER PEROSAK BANGSE MACAM PUAK2 PAS TU KAT PERAK NIE, TAK HILANG 6 KERUSI ORANG MELAYU NIE. APA SANGAT LER 6 KERUSI PAS NAK DIBANDINGKAN DENGAN 29 KERUSI UMNO + BEBAS.
FAKTOR NOMBOR,
UMNO + BEBAS = 29
MCA + BEBAS = 2
DAP + PKR = 22
PAS = 6
DEMI NAK JADI MB, SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN ORANG KAFIR. MOTO BARU PAS, UNDI 'ISLAM & KAFIR ANDA SELAMAT'. KELAKARNYE BUNYINYEEEEEEE HEHEHEH

yang ikhlas,
Haza

x-pkr said...

Jamal dulu pernah bawa Saiful Izaham pegi Munich jumpa AnWAR, semua Jamal tanggung! Byk duit Jamal dia kebas..

Skg saiful antara pecacai AnWAR paling kuat pukul Jamal! Bukan atas dasar kebenaran, lebih kpd ikut-ikutan...

krn AnWAR dah balon Jamal berbakul-bakul, pecacai pun ikut la. itu cara mrk.

sapa paling kuat balon jamal, pasti ada tempat di hati AnWAR.

joostspring said...

caya lah bro

Anonymous said...

INGAT SATU MASA NANTI APABILA ANAK CUCU CICIT KITA BERTANYA KENAPA MELAYU TIDAK LAGI BERKUASA, MAKA JANGAN KITA SALAHKAN SESIAPA! SALAHKAN BANGSA KITA SENDIRI, SALAHKAN MELAYU KERANA KITA SENDIRI YANG BERPECAH DAN KITA SENDIRI YANG ALPA DAN BUTA HATINYA! KERNA KUASA KITA SANGGUP BERPECAH, KERNA WANG KITA SANGGUP BERTELAGAH DAN KERNA DEK PANGKAT KITA LUPA SIAPA DIRI KITA, APA BANGSA KITA, BAGAIMANA MASA DEPAN KITA! ISLAM YANG KITA LAUNGKAN DIKABURI DENGAN DARJAT, PANGKAT DAN HARTA! BANGSA LAIN BERGELAK KETAWA PADA KETIKA SULTAN SENDIRI DI DERHAKA OLEH BANGSANYA YANG RAKUSKAN NAMA! KITA MUNGKIN TIDAK DAPAT MELIHAT MASA DEPAN NAMUN SEJARAH TELAH MENGAJAR KITA BAGAIMANA JATUHNYA SESUATU EMPAYAR, JATUHNYA SESUATU BANGSA AKIBAT PERMUSUHAN SESAMA SENDIRI.

Ahli Umno said...

terima kasih banyak bro faisal atas pendedahan yang exclusive ini.barulah sy faham cerita sebenar di sebalik kisah YB Osman dan YB Jamal ni..Sesungguhnya mereka ini wajar di nobatkan menjadi pejuang melayu..di Perak.

Kepada Anonymous yang tidak menyukai artikel ini carilah blog2 dari pihak anda yang sentiasa menyokong parti yang anda amat sayang dan cintai. Seperti kata bro Faisal tidak minta orang percaya,dan tidak minta anda baca,malah tidak menjemput pun. Anda sahaja hidung tak mancung pipi tersorong-sorong nak buka dan baca dan dengan muka tak malu member komen.Kalau tak puas hati buat blog sendiri karang cerita sendiri dan komen la sendiri kata blog anda bagus.Buat blog ini percuma bukan kena bayarpun.

Kepada bro faisal teruskan pendedahan demi pendedahan kebenaran di blog ini.Saya akan menyokong perjuangan saudara faisal parpukari dan rakan2 bpn lagi.

Anonymous said...

aku anak KG BALUN malas
nak ceritakan .....

simpan je cerita karat ko orang..

GOMO said...

SALAM BRO..
MANTAP ARTIKEL NI.
KAWAN COPY GAMBAR DAN LINK KAN ARTIKEL NI SUPAYA DAPAT DIPELAJARI OLEH RAKYAT PERAK DAN MEMBUKA MATA PAKATAN PEMBANGKANG NI.

TERUSKAN BERJUANG BRO...

he he he gambar kawan takkelihatan...dikaburkan..cantik..

ruang bicara faisal said...

kepada anak KG BALUN

kenapa pula malas nak ceritakan ?

saya pun nak dengar juga cerita versi anda

malas nak cerita atau sukar nak terima hakikat .ha ha ha

kalau cerita saya cerita berkarat

tolonglah cerita cerita berkilau anda. saya sudi mendengarnya. adn saya akan publish komen anda.

jom ceritakan....

katakanlah dengan benar bahawasanya anda takde cerita pun.kah kah kah

Anonymous said...

aku cadangkan mcm ni la. kalo ada pilihanraya, minta pengundi semua undi org melayu jer, xkira la dia parti ape. kalo bn letak melayu pr letak cina, kita undi melayu. kalo pr letak melayu, bn letak cina, kita undi melayu walaupun dia pembangkang. biar kaum lain kalah. baru diorg tau org melayu macam mana. kalo dua2 letak melayu, terpulang pada korang. kalo dua2 letak bukan melayu, xyah undi kita tido lagi bagus. ok x idea aku. dapat gak pahala beb pilih pemimpin orang islam.

Tasek said...

cadangan kat atas ni pun kdg2 tak jadi dlm konteks nk selmatkan org melayu..

cth yg nyata adalah di Pasir Panjang, Perak.. Calon melayu iaitu nizar didalam PAS dan calon India mewakili MIC dlm BN.. Mak saudara sy di Pasir Panjang trpkasa memangkah Nizar.. sbb dipikirkan nizar ni melayu dan mewakili PAS pula (tapi lebih suka klu Nizar ni dlm UMNO).. tapi sygnya Nizar ni walaupun Melayu tapi sekerat2.. dia ni Melayu bertopengkan Cina DAP..

Mirza said...

Thanks ........Walaupun saya tidak berapa menyokong UMno , tapi saya tahu Nizar ini bukan jujur orangnya..peristiwa di Masjid Simpang membuktikannya.

Anonymous said...

Setuju dengan cadangan di atas.Skang undila sape2 asalkan melayu. Biaq pila PAS atau UMNO.Melayu dulu baru parti.Aku dan benci gile ngn DAP yang naik kepala. Perak di anggap kerajaan Cina oleh DAP semasa kempen bukit gantang. Tumbangnya Perak tumbang kerajaan cina.What the f**ck?

Pemuda Sunnah said...

Salam...

Anak Kg Balun tanak cerita sal takut kena balun kot..

Apa cerita masjid simpang?

Saya sedihlah apa yg berlaku di perak, rasa macam nak balun (pukul) sampai puas memana cha ya nun alif yg naik atas meja kat dewan DUN Perak ngan makan dalam dewan tersebut tempoh hari.

-Menunggu melayu bersatu setelah anwar ibrahim diberi hidayah oleh Allah untuk kembali insaf. Saya tidak tahu samada AnWar ni betul atau tidak. Tapi logik akal boleh berfikir yg dia ni selalu putar belit fakta yg ada supaya apa sahaja yg dia kata menjadi sedap didengar. Awas, jika anda mendengar sesuatu yg sedap dari Anwar sila kaji kebenaran fakta tersebut.

Salam...