Friday, May 15, 2009

KENAPA PAS DITIMPA BALA DI PERAK ?


Nik Aziz setuju !

Haji Hadi setuju !

Lantas mereka berdua meminta Dato'Mufti memberitahu Ahmad Awang,sebagai Pesuruhjaya Pas Perak.

Apabila Dato' Mufti memberitahu Ahmad Awang, di bawah inilah jawapannya.

Lebih baik kita bekerjasama dengan kafir daripada bekerjasama dengan orang zalim (UMNO).

Itulah kata-kata Pesuruhjaya Pas Perak Al-Ustaz Ahmad Awang kepada Mufti Perak bila dicadangkan bentuk kerajaan UMNO-PAS di Perak selepas p/raya umum yang lepas.

Apa yang terjadi pada PAS di Perak hari ini adalah kesan daripada kata-kata celupar mulut Ahmad Awang.

Bala kalau Allah nak turunkan tak lama wahai sahabatku sekalian. Sebab itu lain kali bercakap kena berhati-hati sikit.

Umno zalim ? Ya betul !

Di Malaysia,Umno tidak benarkan masjid didirikan,tidak benar azan,tidak peduli hal zakat,rakyat dilarang mengerjakan haji, setiap hari rakyat yang menentang Umno ditangkap dan dibelasah hingga mati. Dan pelbagai lagi kezaliman yang dilakukan oleh Umno sehingga ribuan rakyat mati dibunuh,seperti rejim pol pot di Khmer Rouge.

sila klik pada imej untuk melihat dengan jelas

Dapatkan majalah Milenia Muslim di pasaran untuk membaca dengan lebih lanjut wawancara dengan Mufti Perak. Saya sengaja tidak paparkan kesemua kandungan disini,kerana fikirkan penerbit majalah tersebut pun berniaga juga.

Adalah tidak adil kepada mereka jika saya paparkan disini secara percuma. Boleh didapati di Seven Eleven atau toko-toko buku yang lain. Harganya RM 6.50.

sila klik pada imej untuk melihat dengan jelas

Banyak lagi temubual menarik bersama Dato' Mufti Perak. Antaranya,beliau cadangkan nama nizar sebagai MB kepada Sultan Perak dan kisah nizar bawa satu rombongan ke pejabat beliau,sehinggakan tidak cukup kerusi.

Kepada penerbit majalah tersebut,memandangkan saya dah tolong promote,kalau rasa nak bagi komisyen kepada saya pun boleh juga. Sila e mail kepada faisalrohban@gmail.com. Kalau rasa tak nak bagi pun tak kisah.



8 comments:

mie said...

masak3x..huhu~

Waris Pahang said...

Cerita yang menarik, sebenarnya sudah lama saya tahu cerita ini.

Apabila pengakuan dibuat oleh Harusani maka membenarkan apa yang pernah saya dengar.

Ahmad Awang, kamu telah melakukan kemungkaran kerana suka melihat umat Islam berpecah belah.

garamanis said...

BRO,

TANG INTRODUCTION DAH SEDAP DAH..MAI TANG HUJUNG-HUJUNG TERTELAN JUGAK GIGI PALSU AKU..

HE..HE..HE

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Faisal,
Jangan ungkit komisyen... adakah saudara nak jadi macam Nizar yang berjuang untuk kerusinya?

Gurau je...

Faisal tak begitu. Nizar pun tak begitu asalnya. Niat asal perjuangan Nizar ikhlas. Itu sebab Allah beri dia peluang menjadi MB.

Apabila kita diberi kesusahan, kita akan mengatakan bahawa ini semua ujian Allah. Namun kita lupa bahawa kuasa yang kita miliki juga satu ujian Allah.

Apabila bersekongkol dengan kafir harbi, beginilah jadinya.

Jeffry said...

SALAM ZIARAH BRO
PERGHH..CUKUP PANAS!!..BIBIR KU CAIR BILA BACA INTRO JE..HEHEHE..OK NAK G CARI MAJALAH MILENIA PASNI HUUHUHU..UP!..UP!..AND AWAYYY!!

kucing pembela said...

well .... like i owayz said 2 my rempit frenz ... "karma is a bitch" .... (dengan izin,ayat kuang ajo sket) xoxoxoxoxooxoxoxo .... layannnn

Itulah padahnya lawan kata org tua, rasakan lah!!!! apa2 pown kita doakan semua berakhir dgn baik

matkentut said...

Dalam dunia ini hanya ada 3 golongan shj..pertama mukmin..kedua kafir..ketiga munafik..
Mukmin dan kafir adalah nyata tetapi munafik berpura2...Didalam Alquran dinyatakan bahawa org2 munafik itu apabila diajak berhukum dengan hukum Alquran (hudud )nescaya mereka berpaling dan menghalangi orang lain dari melaksanakannya...diantara orang2 Pas dan orang2 Umno siapakah yang sangat2 tidak suka dengan hukum Allah itu??...lu fikirlah sendiri beb.

ruang bicara faisal said...

KEPADA MAT K#@#@T

sesuai dengan nama anda itu,maka saya anggap idea anda inipun sekadar berada di tempat yang kentut tu keluar.

golongan munafik yg no 1 di malaysia ialah pas. mereka hanya berpura-pura memperjuanngkan hudud. mereka tidak serius. kejap nak buat,kejap tak nak buat.

mereka hanya berpura-pura nak memperjuangkan hudud. hanya untuk mengabui mata rakyat yg beragama islam.

mereka tidak serius.jika dulu dikatakan dr m tolak draf hudud kenapa mereka tak hantar draf itu dizaman pak lah jadi pm atau di zaman najib sekarang.

pas hanya nak menggunakan isu penolakan oleh dr m saja sebagai point utk ceramah. karpal singh pun tolak,malah siap kata langkah mayat saya dulu. dr m tak kata begitu. tetapi apa yg karpal singh kata pas tak jadikan point.tetapi yg dr m kata pas jadikan isu.

pas hanya berpura-pura nak memperjuangkan hudud. jika pas betul nak memprjuangkan hudud sampai sekarang pun pas tidak akan berhenti-henti atau berusaha pelbagai cara untuk memastikan hudud dilaksanakan.

pas boleh buat kempen dan demo untuk bantah isa,pas boleh tahan kereta sultan untuk mengekalkan kuasanya di perak. pas boleh buat demo utk ppsmi,pas boleh buat demo utk bersih.

tunjukan saya saya demo yg dibuat oleh pas untuk memperjuangkan hudud. tidak ada.

jika betul2 pas nak memperjuangkan hudud pas harus buat sebagaimana mereka buat di memali dulu.

jika pas sanggup buat begitu saya sendiri pun sanggup bermandi darah untuk mempertahankan hudud.

tempoh 20 tahun pas di kelantan,kalau setiap hari mereka desak kerajaan saya yakin sekarang hudud sudah berjaya dilaksanakan di kelantan. tetapi apa pas buat selama 20 tahun. hanya sekali hantar draf pada 1990 kemudian 20 tahun dok jaja cerita sama. lain lah kalau 20 kali hantar draf 20 tahun jaja cerita.

pas bohong ja nak laksanakan hudud.sekadar gimik ja. saya cabar kalau pas ikhlas memprjuangkan hudud hantar kembali draf hudud yang pernah ditolak oleh dr m dulu kepada datuk najib sekarang.

saya yakin pas tak akan hantar kpd datuk najib. kalau pas berani hantar kpd datuk najib ,saya akan berlari bogel keliling negeri kelantan.

sampai begitu sekali janji yg saya sanggup buat. kenapa saya berani berjanji begitu. kerana saya tahu pas tak akan buat.

saudara ingat senang ke saya nak berjanji begitu kalau saya yakin pas akan buat. siapa nak lari bogel wehhhhhh......