Tuesday, May 26, 2009

CATATAN DARI IPOH. MOGOK BERANI MATI TIADA SAMBUTAN

Pertama sekali saya mohon maaf kerana lambat membuat laporan apa yang terjadi di Ipoh.

Saya ke Ipoh jam 4.30 petang semalam untuk menghadiri majlis kesyukuran di Kediaman Rasmi.

Setibanya di Ipoh saya terus ke Kediaman Rasmi MB dimana majlis tersebut berlangsung. Setibanya disana orang ramai telah bersedia untuk menunaikan solat maghrib yg diimamkan oleh Datuk MB Perak sendiri.

Harap maaf ! Gambar kurang memuaskan. Maklumlah dirakam oleh kanak-kanak

Saya mencari jalan bagaimana untuk saya merakam gambar MB sedang mengimamkan solat. Lalu saya memanggil seorang kanak-kanak yang saya jangkakan dalam usia lebih kurang 3-4 tahun yang berada disitu dan mengajar dia cara-cara merakam gambar menggunakan kamera saya. Saya jangkakan kanak-kanak itu berada disitu kerana mengikut ibu atau bapanya.

Setelah selesai solat maghrib Datuk MB sempat memberi tazkirah lebih kurang 40 minit. Saya amat terkejut mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Datuk MB. Saya tak sangka di dalam UMNO pun ada orang yang begitu,tidak seperti yang digambarkan oleh PAS selama ini yang orang-orang UMNO ini jahil dan kafir.

Sungguh syahdu mendengarnya. Gaya-gaya sebutan juga amat mengkagumkan. Seolah-olah saya tidak percaya yang saya sedang mendengar tazkirah daripada seorang tokoh politik. Tetapi bab politik langsung tidak disebut oleh Dr.Zambry.

Datuk MB juga berjanji akan menegak dan memantapkan lagi syiar-syiar islam di Perak. Beliau akan memberi penekanan terhadap prgram-program keagamaan di Perak sepanjang pemerintahan beliau. Belaiu juga berjanji akan bertindak adil kepada semua kaum-kaum lain di Perak.

Itu janji beliau. Sama-samalah kita memberi peluang kepadanya. Kalau ada yang tak kena kita tegur. Kalau tak makan teguran, pasti beliau akan dimakan 'pangkahan maut' dalam PRU ke 13 nanti. Apa pun saya yakin beliau akan kotakan apa yang beliau katakan itu. Insyaallah...

Setelah selesai tazkirah dan solat isyak,kami beralih pula ke luar dewan untuk jamuan kenduri kesyukuran. Selepas selesai jamuan,rakyat Perak mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan MB kesayangan mereka yang berjiwa rakyat itu. Sesungguhnya rakyat Perak harus bersyukur kerana memiliki seorang MB yang betul-betul merendah diri, serta pandai mengambil hati rakyat . Sesungguhnya saya amat iri hati dengan rakyat Perak. Saya terasa ingin menjadi sebagai seorang rakyat Perak pula. Rakyat Perak harus bersyukur seribu kali kerana Allah swt,telah mengurniakan mereka seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat.

Tidak perlulah anda hendak termakan hasutan pihak-pihak sebelah sana,kononnya ini adalah MB haram,MB rampasan kuasa dan sebagainya. Seribu kali rampas kuasa pun kalau Allah swt tak izinkan ianya tak menjadi. Kun Faya Kun. Dulu penuh satu Stadium Kota Bharu dan habis masjid-masjid serta surau-surau di Malaysia orang sembahyang hajat minta seorang peliwat dibebaskan dari penjara dan dijatuhkan bala terhadap Tun Dr.Mahathir. Tapi tetap tidak ada apa-apa kesan.

Orang itu tetap terpenjara enam tahun,dan Tun Dr.M tetap sihat walafiat sehingga kini. Malah boleh buat pembedahan by-pass jantung kali kedua lagi tanpa sebarang masalah. Mengikut kajian Doktor-doktor pakar angtarabangsa,seseorang yang berjaya dibuat pembedahan by-pass kali kedua mampu hidup sehingga usia 100 tahun. Apa pun itu hanyalah kajian. Semuanya kuasa Allah.

Begitu juga di Perak,kalau Allah tidak izinkan Nizar jatuh maka dia tetap tidak akan jatuh. Sama dengan situasi 16 september. Sepatutnya nizar dan penyokong-penyokongnya kena muhasabah diri dan fikir apa kesilapan mereka dan perbetulkannya.

Begitu juga dengan penyokong-penyokong PAS. Mereka tidak perlu hendak menyalahkan BN dalam kes ini. Anda perlu salahkan nizar. Kerana dia gagal. mengemudinya dengan baik. Sepatutnya anda semua desak nizar letak semua jawatan dia di dalam PAS akibat daripada kegagalan dia itu.

Saya beri satu contoh, sewaktu Adun Bota masuk PKR,adakah anda mendengar sepatah pun perkataan daripada Pemimpin BN yang menyalahkan PAS atau PKR. Mereka terima ini semua sebagai salah satu prinsip demokrasi di Malaysia. Demokrasi di Malaysia membolehkan seseorang wakil rakyat menukar parti sehingga 17-18 kali sehari pun tidak menjadi masalah. Pernah juga terjadi di Perak bulan Mac 2008. Pada paginya seorang Adun DAP kawasan Buntong keluar DAP dan pada petangnya masuk kembali.

Berbalik kepada kisah Adun Bota,selepas beliau memasuki PKR,tiada satu patah perkataan pun daripada Pemimpin BN yang menyalahkan PAS atau PKR. Sebaliknya mereka menyalahkan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Perhubungan BN Perak pada masa itu. Sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan. Inilah yang perlu dilakukan oleh PAS sebenarnya. Jangan kerana kebodohan kita , maka kita salahkan orang lain.

Berbalik kepada cerita asal. Dr.Zambry juga berpesan kepada seluruh rakyak Perak dan juga rakyat-rakyat Malaysia yang beragama islam agar berpuasa sunat pada hari Khamis ini (28.5.09) sebagai tanda kesyukuran kerana kemenangan di pihak yang benar akhirnya muncul untuk mengatasi kebathilan dalam kes Perak ini.

Kepada mereka-mereka yang berpuasa pada hari berkenaan dijemput hadir ke majlis berbuka puasa di Kediaman Rasmi MB pada hari tersebut.

Majlis selesai lebih kurang jam 11.00 malam. Dan saya pun pulang ke hotel Casurina yang terletak tidak jauh daripada Kediaman MB sambil ditemani oleh blogger Penyair Dari Gunung. Beliau adalah anak tempatan.

Pada hari ini pula selepas sarapan kami lebih kurang jam 8.30 saya dan blogger PDG bergerak ke Wisma suku sakat komunis yang terletak tidak jauh dari Bangunan Darul Ridzwan. Tujuan kesana adalah untuk melihat sambutan orang ramai terhadap program 'berani mati' yang dianjurkan oleh suku sakat Chin Peng.



Setibanya disana saya lihat sudah ada Anggota Polis berada disitu. Lebih kurang 15 minit saya mendengar riuh rendah. Rupa-rupanya Polis menangkap 5 orang pekerja yang sedang memasang khemah disitu.

Jam hampir 10.30 pagi,saya bertanya kepada blogger PDG ,jam berapa program bermula,kerana masih belum ada orang ramai yang berkumpul. PDG berkata jam 10.00 pagi. Saya pun pelik kenapa tiada sambutan. Hanya sekadar 70-80 oarang saja dan saya boleh katakan 99 peratus adalah cina dan india. Mana melayu pergi ?

Saya jadi pelik,kalau dengar daripada cerita mereka yang gempak itu dan rekod yang lepas-lepas pasti beribu-ribu orang yang akan datang. Tapi kenapa hari ini suasana jauh berbeza. Yang paling saya terkejut adalah sambutan daripada orang melayu yang amat dingin.

Hanya beberapa melayu yang berkopiah sahaja yang berada disitu termasuk yang saya kenali iaitu bekas Ketua Pemuda Pas Perak yang berjanggut panjang dan dikenali sebagai Azli Taliban.Yang melayu sekerat-kerat pula ialah nizar dan Adun Titi Serong.

Yang si Adun Titi Serong ini pula berjalan ke hulu ke hilir membawa sebiji beg hitam ditangan ,sambil mulutnya berkumat-kamit. Saya syaki beliau sedang berbomoh untuk menghalau anggota Polis daripada terus berada disana. Tapi bomohnya tak menjadi,semakin dibomoh anggota Polis semakin tegas.

Selepas itu saya lihat mereka memasuki pejabat suku-sakat chin peng untuk mengadakan sidang media. Saya difahamkan semasa sidang media diadakan seorang lelaki cina bernama Koon Yew yang juga seorang jurutera bersara menderma RM 200 ribu kepada DAP supaya diadakan satu p/raya kecil di Perak. Maksudnya DAP perlu menyuruh salah seorang Adun mereka meletak jawatan dan adakan prk.

Walau bagaimana pun selepas itu saya mendapat satu maklumat dalaman daripada seorang rakan saya yang juga orang kuat PAS di Perak. Beliau berkata kepada saya perkara itu memang dirancang oleh dua orang saudara mara chin peng iaitu ngeh dan nga.

Wang itu adalah wang milik DAP dan diberi kepada orang berkenaan supaya dia buat gempak semasa sidang media. Dengan tujuan supaya media dapat menjadikan ianya bahan berita,kononnya ada rakyat sanggup berkorban untuk mereka.

Samalah juga dengan kisah lelongan serpihan plak bodoh di bawah 'pokok demokrasi' oleh DAP. Semua wang dan pembeli telah diatur oleh ngeh dan nga. Mereka hanya berpura-pura melelongnya untuk menunjukan kepada rakyat bahawa mereka mendapat sokongan rakyat yang sanggup membeli serpihan plak itu dengan harga belasan ribu ringgit.

Selepas sidang media mereka semua keluar ke jalan besar untuk berarak menuju ke Mahkamah Ipoh,kerana pada masa itu beberapa ketua-ketua kampung berbangsa cina di Perak akan memfailkan saman kepada Kerajaan Perak kerana memecat mereka.



Pada masa itu Polis memulakan tangkapan kerana mereka berhimpun secara haram. Antara yang saya kenal ialah bekas speaker DUN Perak,iaitu Siva The King dan ketua mafia dalam Sidang Dun Perak 7.mei lalu iaitu chang ming kai,adun Simpang Pulai. Padan muka kau ! Saya juga nampak beberapa lagi tangkapan lain.Tetapi saya tidak mengenali mereka.

Selepas itu satu lagi arahan bersurai dikeluarkan oleh anggota Polis. Saya kira itu adalah arahan yang ke 7 atau ke 8. Lalu saya dan blogger PDG mengambil keputusan untuk berlalu pergi dari sana.

Yang membuat saya ketawa dan betul-betul kelakar sangat hari ini ialah apabila saya lihat nizar hadir berpakaian suit, lengkap dengan kot dan bertali leher rasmi Kerajaan Perak. Saya kesian pula melihat mamat ini. Nampak sangat otak dia terputus wayar merah. Sedangkan orang lain hadir hanya berpakaian t-shirt hitam.

Selepas bersurai dari sana, saya dan blogger PDG bergerak ke Jalan Yong Kalsom untuk makan tengahari di kedai 'nasi wongey' yang tersohor di Ipoh.

Selepas makan 'nasi wongey' faham-faham saja lah,mata mesti mengantuk punya. Apa lagi terus rebahkan badan di katil lah. Sedar-sedar dah jam 4.00 petang. Terus kemaskini blog untuk hidangan anda semua.

Hanya setakat ini dulu catatan dari Ipoh. Saya harus kosongkan kamar hotel ini sebelum jam 7 petang. Jika tidak saya kena bayar penuh untuk satu hari lagi. Saya akan berangkat pulang ke KL sekejap lagi.

Salam Sayang Ipoh Mali.....

13 comments:

deepthroat said...

Brother,

Check sumbangan jurutera pencen LAP itu bertarikh 31 Mei 2009. Post dated rupanya. Hari Ahad pulak tu.. Gambar check boleh dilihat di blog cina islam adun titi serong aka bomoh cina mualaf.

Kalau betul apek tu banyak duit kena segera periksa dari mana sumbernya. Sekadar pencen jurutera LAP mana dapat duit banyak. Rasuah gamaknya kot!

deepthroat said...

Brother,

Check sumbangan jurutera pencen LAP itu bertarikh 31 Mei 2009. Post dated rupanya. Hari Ahad pulak tu.. Gambar check boleh dilihat di blog cina islam adun titi serong aka bomoh cina mualaf.

Kalau betul apek tu banyak duit kena segera periksa dari mana sumbernya. Sekadar pencen jurutera LAP mana dapat duit banyak. Rasuah gamaknya kot!

Tungaklangit said...

bro faisal

kenapa org pas tu pakai baju hitam pulak??? tak tahu hukum ke dia... macam berkabung org cina mati aje??

mungkin dia ni pun dapat sedikit imbuhan dari nga dan ngeh kot??

anyway good work..

Cucu Tok Selampit said...

Tuan Faisal,

Terima kasih di atas "posting" dari Ipoh yang kemas dan menarik.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

mmg tman nak join anda di rumah resmi mb tapi apakan daya koje.bz bebeno.lain kali kita leh jumpe k.

nazijo said...

En.Faisal,

Thanks dengan gambar2 yang agak bagus...

Kelakar betul tengok muka Nizar..macam lembu kena tarik hidung!!!

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Salam Bro,
Seperkara yang sering diungkit pembangkang ialah Zamry berketurunan India Muslim.

Untuk makluman, Sultan Mansur Shah yang membawa empayar Melaka ke puncak kegemilangan adalah berdarah India Muslim. Kaum India Muslim sejak bermula sejarah Melayu hingga kini memainkan peranan penting dalam membina negara bangsa dan negara kota sama seperti Bugis, Minang, Mandailing, Banjar, peranakan Arab, dan sebagainya.

Semuanya termasuk dalam maksud 'Melayu' mengikut Perlembagaan Persekutuan.

TokAyah said...

Terima kasih Tuan Faisal maklumat yang disampaikan. Sama-sama kita sedarkan melayu-melayu PAS dan PKR yang belum sedar. Yang buta kita celikan, Yang buat-buat pekak badak nanti kita bagi dia main mercun banyak-banyak musim raya cina depan pehabat DAP.

rauna said...

Bro Faizal, Nizar ni ada pertalian darah dgn Mr.Bean ke? mcm adik beradik jea..tp Mr.Bean bodoh pandai, Nizar ni lak bodoh sombong...confused la.

RK said...

salam bro Faizal,

erm,baguslah kalau x ramai melayu yg hadir.
harapnye sbb terjadi adalah mereka da mule x percaye dan sedar akan keadaan melayu itu sendiri.

=)

Hawaii five -O said...

hahaha kelakar, telatah org2 cina DAP, yang baghlal Melayu dan semi Melayu nampak betul jadi barua besar,

nak tanya kat nizar , DAP ni pejuang demokrasi ker??

sudahlah nizar makin besar RIAk kau, makin banyak bala akan tertimpa pada kau nanti.......

AnakWatan said...

apa nak jadi la dgn pakatan gay nie arrrr...

mula mula baring atas jalan raya....

pastuh bersidang bawah pokok...

la nie.. mogok lapar pulak....

iskh iskh.... boleh masuk Ripley's Believe It or Not nie.... kuang kuang kuang....

Anonymous said...

BINI SIVA PEGI BLAJA KAT LUAR NGRI APPLY BIASISWA KERAJAAN PERSEKUTUAN...

BETUL BETULHINDU CELAKA SIVA KUMA HARAM JADAH