Sunday, August 29, 2010

Pas Pun Bernafsu Juga (1)


Dalam dunia tiga perkara yang tidak dapat lari daripada diri seseorang manusia samada mereka itu orang UMNO,PAS,PKR atau DAP

1) KUASA

2) DUIT

3) NAFSU SEKS

Jangan bohonglah ,kalau salah satu perkara diatas ini tidak ada dalam diri seseorang itu walaupun serban sebesar buah kelapa di atas kepala atau janggut hingga ke hingga ke paras lutut.

Apa yang saya nak bicarakan disini ialah,walaupun PAS sebagai sebuah parti yang bernama Islam ,tetapi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya tidak lari daripada memilik salah satu atau kesemua tiga sifat diatas. Mereka pun manusia maaa......

Kalau orang kata UMNO rakus kuasa,gila jawatan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan Nik Aziz ? Semua MB-MB UMNO yang memegang jawatan MB sama-sama dengan Nik Aziz sudah berundur. Yang tinggal hanya NikAziz seorang sahaja.

Kerana apa Nik Aziz tidak lepaskan jawatan MB ? Kerana sedap pegang kuasa ? Kenapa Nizar tergila-gilakan jawatan MB sehingga mencabar Sultan ke Mahkamah ? Kerana syok maaa pegang kuasa. Semuanya kerana kuasa ! Memang syok hidup ini jika kita berkuasa.

Dulu semua orang PAS menuduh Dr.Mahathir gila kuasa kerana pegang Jawatan PM sampai 22 tahun. Sekarang Nik Aziz sudah pegang jawatan di Kelantan 20 tahun. Tinggal lagi 2 tahun untuk menyamai rekod Dr.Mahathir. Dan saya yakin jika ditakdirkan panjang umur Nik Aziz akan terus menjadi MB sehingga ke pru 2012/13. Maknanya Nik Aziz memegang jawatan MB Kelantan lebih lama daripada rekod Dr.Mahathir.

Saya soalan saya nak tanya kepada semua,pernahkah anda mendengar orang-orang UMNO atau media masa milik UMNO menghentam Nik Aziz kerana terlalu lama memegang jawatan MB Kelantan sepertimana orang-orang PAS atau Harakah kah kah kah menghentam Dr.Mahathir dulu. Fikirkan ?

Lagi satu saya minta anda fikirkan,apa yang boleh dibanggakan dengan 20 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan berbanding 22 tahun Dr.Mahathir memerintah Malaysia. Tunjukan saya satu kejayaan beliau. Tidak ada ! .

Kalau dikatakan pemerintahan Islam,apa dia ciri pembangunan insan yang berjaya diterapkan di Kelantan. Sepatutnya kalau dikatakan pemerintahan Islam berjaya di Kelantan,sudah tentu tiada lagi kes jenayah di Kelantan.

Lokap-lokap polis pasti sudah kosong di Kelantan. Tiada lagi kes dadah ,pil kuda,ubat batuk,rogol,bunuh,potong kemaluan suami,simbah asid ke muka,liwat kambing biri-biri (jangan gelak ! kes liwat biri-biri memang wujud di sana,cari sendiri di googles) . Ini tidak, kadar jenayah di Kelantan masih tinggi ,malah melebihi sesetengah negeri yang diperintah oleh 'kafir' (umno).

Terbaru adalah rusuhan bolasepak di Kota Bharu,sampai kenderaan Polis pun dibakarnya. Perkara ini tidak pernah terjadi di negeri-negeri yang diperintah oleh 'kafir' (umno),tetapi terjadi di bumi Serambi Mekah yang dipimpin oleh 'ulama'.

Itulah mentaliti PAS. Sebagaimana mereka kalah p/raya atau kes mahkamah maka mereka akan mengamuk atau membuat tuduhan membabi buta kerana sukar menerima kekalahan mereka. Begitulah juga di Stadium Kota Bharu,kerana mereka kalah bermain bolasepak,maka mereka mengamuk.

Sahabat sekalian,ternyata PAS sama sekali gagal di Kelantan selama 20 tahun. 20 tahun ini bukan satu tempoh yang pendek wahai sahabatku sekalian. Panjang,ianya amat panjang. Semasa PAS ambil alih pemerintahan Kelantan pada 1990 dan saya pada waktu itu ambil peperiksaan SPM di tingkatan 5. Sekarang saya sudah mempunyi empat orang anak.

Atau pada masa itu seorang bayi yang baru dilahirkan dan sekarang bayi itu sudah pun dewasa sudah berkahwin dan dia pula yang sudah melahirkan bayi lain. Bermakna ianya satu generasi. Itulah gambarannya yang saya hendak berikan betapa lamanya 20 tahun itu.

Jika dalam tempoh 20 tahun itu,gagal membangun ekonomi atau pembangunan negeri kerana alasan kesempitan wang ,tapi sekurang-kurangnya boleh membangunkan modal insan dan berjaya minitik beratkan rakyat tentang jenayah,keimanan,kebersihan dan lain-lain perkara sesuai dengan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Tetapi slogan hanya tinggal slogan. Kes anak luar nikah masih lagi berlambak di Kelantan.

Tempoh 22 tahun digunakan sebaik mungkin oleh seorang manusia yang sering digelar kafir,kuku besi,zalim,mahafiraun oleh PAS iaitu Dr.Mahathir untuk membangunkan negara daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian,daripada sebuah negara mundur kepada sebuah negara maju,daripada sebuah negara yang tidak dikenali kepada sebuah negara yang dikenali di seantero dunia.

Dulu orang luar negara tidak mengenali Malaysia,tetapi mereka lebih mengenali Singapura. Sekarang ? fikir sendiri. Mat Saleh pun tidak lagi terbelit-belit lidah nak sebut perkataan Malaysia ,Sepang (F1), atau KLCC. Tetapi di negara kita sendiri orang Malaysia masih lagi keras lidah nak sebut 'kelate'. Mungkin nak kena titik budu dulu 2-3 titik atas lidah mereka kot ,barulah boleh sebut dengan sempurna.

Tetapi 20 tahun PAS perintah Kelantan apa yang Nik Aziz berjaya tukar Kelantan. Hanya sekadar papan tanda islamik di tepi jalan,itu pun banyak yang dah hilang. Yang lain hanya ceramah,ceramah,ceramah. Mungkin boleh cipta rekod dunia sebagai tempat berceramah atau tempat orang mendengar ceramah paling ramai dalam dunia ialah di Kelantan.

Kata negeri Islam, berapa ramai pelancong Arab yang melawat Kelantan setiap tahun ? Tak ada pun. Mereka sendiri pun gagal membuat promosi pelancongan di negara-negara Timur Tengah. Negeri Islam kepala otak apa,kalau pelancong daripada negara Islam pun tidak berminat nak melawat. Sebaliknya orang Arab lebih berminat melawat Pulau Pinang dan Langkawi selain daripada KL.

Hanya pelancong-pelancong domestik sahaja yang berminat untuk melawat Kelantan. Itupun kerana tarikan mereka hendak membeli barang-barang siam di Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor.

Itulah serba sedikit untuk siri kali ini ,yang mana saya nak gambarkan,walaupun Nik Aziz gagal di Kelantan selama 20 tahun tetapi beliau masih lagi mempunyai nafsu yang besar untuk terus menjadi MB Kelantan.

Bersambung dalam siri akan datang.

Perhatian: Ini adalah tulisan lama saya (mei 2009) yang saya 'naikkan' kembali, mungkin pada masa itu ada orang yang belum mengenali rbf dan tidak pernah membaca tulisan ini. Kepada yang telah membacanya saya ucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan anda selama ini.


24 comments:

wénkt said...

tgk je TESCO Kelantan tu

Sebesar alam orang Cina amik alih tanah melayu

dan buat shopping kompleks utk orang Melayu

anak perak said...

saya suka p klantan...
awex sana manTOP2...
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu...

wank said...

Apa yang peliknya ?

Tak payah tgk kelantan ...

Org Cina dah amik tanah bandar-bandar besar di Malaysia sebesar berapa kali ganda alam dah lama daa .. Bukan setakat Tesco, kat luar Kelantan, ntah ape2 ntah dah diambil alih ... Yang terbaru, Wilayah Pembangunan Iskandar ..

Tak kisah la nak kata PAS gagal, UMNO berjaya, kambing pakcik kau comel ke haper skalipun, yang pasti prestasi org Melayu berbanding kaum pendatang di Malaysia masih di takuk lama ..

Sama2 lah kita muhasabah diri ..

Berhenti mengutuk sesama sendiri, bekerjalah ke arah pembangunan bersama ..

Kutukan dibalas kutukan, tidak akan ke mana ..

Apa sumbangan anda hari ini kepada Agama dan Bangsa ?

Fikir-fikirkan laa ..

Saiful KONON said...

Setuju,

Penyokong Pakatan Rosak selalu mengatakan UMNO menipu selama 50 tahun, tapi jika diteliti siapa yang menipu, material gagal spiritual pun gagal.

SpotTheBloggers said...

Opps... U r rated 5 Star Blogger. Pls visit SpotTheBloggers.

Salam Hormat.

Boyot said...

Bro,

aku berterima kasih dgn Tuan Guru, kerana beliaulah, ramai GRO-GRO yg cun melecun di KL, kalo tanya dia org ni boleh kata 70% org kelate. Kalau Tok guru berjaya memajukan dan memakmurkan kelate tak merasalah nak tonyoh awek2 muda yg come lote dari kelate,

TQ Nik Aziz aku tuntuk ko kat akhirat sebab ko lah aku suka pegi main dgn GRO

Anonymous said...

aku sokong
Nik Ajis gagal 100% memajukan Klate dr segi pembangunan n akidah penduduknya.
xcaye?
meh kat kmpg aku
bsepah2 anak2 muda telan pil kuda
budak umo 8 taun da pandai pecah rumah, mcuri tengah2 hari buta mase org nak g smyg jumaat!

Gerakan Timur said...

yup.. betul tuh bro.. klu tak takkan iklan "ubat kuat" terpampang di haramkah daily. Ada gak dijual di sebahagian ceramah2 yang diorang buat... hehehehe...

Nantikan pendedahan panas, projek rakyat BN terbaru yang disabotaj oleh kerajaan Fuckatan Haram di Selangor esok, jam 8.30 pagi di blog Gerakan Timur, http://gerakantimur.blogspot.com

Anonymous said...

wank said. kau suruh orang pas tu berhenti dulu mengutuk sesama melayu/islam kerana mereka yang mula dulu.

Anonymous said...

bro..kejayaan nik ajees yg paling besar ialah melahirkan generasi yg kuat mencarut.. mencerca..makihamun..menghina dan lain2 yg sama waktu..

wmu350 said...

panjang tu bro....tapi saya suka dgn isu2 yg saudara utarakan disini.....adil dan saksama...sekarang padang sama rata...teruskan perjuangan dan hasrat yg murni untuk mengimbangi pemikiran rakyat yg membaca...akhirnya tepuk dada tanya selera....

UMNO PERLU DIHAYATI
BUKAN DIWARISI....

Anonymous said...

Negeri Kelantan tolong segera perbaiki keadaan ini....

Hari tu sebelum puasa saya pergi kesebuah pulau di Terengganu. Balik ke KL saya ambil penerbangan dari Kota Bahru. Bila sampai diruang menunggu balai berlepas, hidung saya terus ditampar dengan bau busuk yang memang menyakitkan hidung. Bersama saya adalah puluhan pelancong luar negara.

Rupa2nya bau busuk tersebut datang dari karpet lama dan usang (warna pun dah luntur) yang dihamparkan ditempat menunggu. Saya merasa sangat malu dengan komen yang dibuat oleh beberapa pelancong asing yang datang. Pelacong asing bukan tahu negeri mana. Yang mereka tahu 'IS THIS MALAYSIA'S STANDARD'?

Islam menitikberatkan kebersihan dan memuliakan 'tetamu'.

Bengang

melayu atas pagar said...

Kegagalan PAS memerintah di Kelantan sebenarnya menyerlahkan kejahilan mentaliti juak juak ini selama 20 tahun.

Apabila nafsu rakus 'the so called ulama' ini melampaui pemikiran rasional, maka timbullah dengan sindrom mengkafiran sesama umat Melayu, sindrom sembahyang dua imam, sindrom mengharamkan sembelihan umat Melayu UMNO, sindrom pekak dan bisu parti dan berbagai lagi sindrom yang telah menghancurkan juak juak ini secara perlahan lahan.

Setiap percakapan dan perbuatan juak juak ini akhirnya telah berpatah kembali kepada iman dan akidah mereka.

Maka tidak hairan mengapa berlakunya penganut kafir sudah boleh bertazkirah di dalam masjid, berpolitik di dalam masjid, menggunakan ayat ayat suci Al Quran untuk tujuan politik.

Kerana yang pastinya adalah parti PAS hanyalah sebuah parti politik yang telah membelakangkan Islam secara total tanpa disedari.

Sportster said...

wow bro RBF... sangat benar apa yg bro tulis...

Anonymous said...

Yg paling best PAS punya achievement sanggup bersekongkol dgn cina komunis Lim Kit Sial DAPigs yang mana hendak menyapu Melayu pada 13hb MEI 1969 dari Malaysia....

Anonymous said...

pas pon bernapsu ma.nnti,x lama lagi eli wong pon dibagi masuk masjid pakai skirt pendek bagi tazkirah kat tepi mimbar.poknik pon kata,takpo,isle benarke pasal nak tarik eli masuk isle...kahkahkah....berminat sangatkah eli dn kawan2 yg sewaktu dengan ajare isle...:)

aku pon ada komen jugak kat satu blog urang pas.dia tulis,semua gejala sosial cam buang bayi dsb adalah berpunca dari umno.so,aku bidas balik,camne dengan gejala buang bayi dan masalah sosial di kelantan,negeri tadahan wahyu jajahan wali selipar 65K?nak salah kat umno jugak ker... :))

susah kalau urang da taksub dengan wali selipar nih...bagi mereka,wali selipar cam maksum,takleh buat salah.

The Clown said...

Semua manusia sama sahaja dan politik adalah najis bagi segala najis yang ada di dunia.

Anonymous said...

ni la balasan tuhan sebab guna agama untuk keuntungan politik peribadi.. ceramah agama konon.. tapi rakyat semakin jauh dari tuhan.. sebaliknya semakin marah dan dendam dengan UMNO.. kalu perjuangkan islam kerana tuhan tentu maksiat semakin kurang sebab masyarakat takutkan tuhan.. -samdol-

Anonymous said...

Rasulullah dah ingatkan.. Yang paling aku takuti di akhir zaman nanti 'ulamak suk' yang menjual agama untuk diri mereka.. mereka ini adalah penyeru2 di pinggir api neraka.. -samdol-

Anonymous said...

La setakat bau karpet kapal terbang busuk tu biasa la...p la tgk umah depa...pengotoq oi

Budak_Perak said...

Awat pahang tu maju sangat ke ... ?? nak cakap pun malu la.. Ada yang tak dapat air paip lagi kat sana macam mana tu..?
pi sekolah dengan sampan pun ada.. unik tu ... pahang kat mana yek ?
kat indon kot.. hahahaha

Anonymous said...

Salam..

syabas RBF..teruskan usaha kita memerangi kesesatan PAS..

PAS memang hamba nafsu..mereka berjuang bukan untuk tegakkan Islam..tetapi untuk jatuhkan UMNO semata2..dendam kesumat mereka seperti puak Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam dulu, bermusuh dengan satu kabilah..akan dibalas bunuh smpai anak cucu, sama seperti Nik Ajis brdendam pada UMNO..kunun!

PAS skrg ibarat seorang laki2 yag berlakon alim dikgnya..kgnya xde awek cntik2..xde awek goda, so alim sakanlah dipamer, kgum abis org kg..tup2..kena gi KL..jmpe awek2 cun lg menggoda,..smbil laki2 tu fikir..ehh bile lg nk dpt peluang cmni..sapuuu laahh.. wktu tu terujilah alim ke taik kucing jer..

Anonymous said...

kah kah kah

kalu masuk je bab kelantan..

ramainya nak kasi komen...

ramainya yg dengki

kah kah kah..

dengki sebab apa...???

sebab kamu semua kekurangan dari kelantan...ataupun kamu dalam hati terasa rendah diri dgn kelantan... ha ha ha ha ha ha...

cth terbaik..anon yg komplen pasal karpet kat airport... apa punya tahap mental... 1. kuat menfitnah 2. airport terletak dibawah siapa???

wenkt pun otak kemetot.. takyah cakap kelantan lah... silap2 kalu takde bantahan, kg.baru.kl pun korang kasi pada apek... fitnah jugak no.1... sebesar alam tu besar mana?? ha ha ha... kamu tahu ke apa master plan dan agreement yang dibuat?? ha ha ..kalu nak mare sgt..mare la dgn orang2 berpangkat "dalam pagar".. kah kah kah... tatau baik duk diam, kalu bercakap..tahap mental kamu orang semua akan tahu... kah kah kah....

so... byk komentar adalah sama spesis dgn 2 org (@lembu) yang diatas...kalu kamu lebih...ha ha ha.. takde la jadi mcm ni..

Anonymous said...

sekurang-kurang nya ada usaha utk perbaiki akidah..contoh nya kempen menutup aurat yg dilancarkan Tok Guru.tapi menteri cakap membazir..dan sekurang-kurang nya Tok Guru ttup pusat judi..disko2 di kelantan..duit kerajaan negeri pown dipindah ke bank Islam..ape yg UMNO da buat selama 50 tahun??jenayah meningkat,zina meningkat dan ape usaha UMNO???bio aq terangkan 1..1

1)kedatangan pussycat dolls ke MALAYSIA
2)eh SLASH pown datang MALAYSIA..ada keturunan YAHUDI mamat to
3)pitbull pown datang MALAYSIA.wat konsert sampai pagi.
4)yg terbaru pertandingan hias pengantin di surau al_falah.
5)rancangan2 sosial yg merosakkan akidah pown makin bnyk UMNO buat.

korang xsedar kew.sume nie mmg sengaja dibuat untk melekakan kita daripada melihat kesalahan2 yg dilakukan UMNO. mereka mmg nk kita leka dgn bende2 nie semua. bila kita dah leka..dye org akan bemaharajalela memegang kuasa.kenapa??kita duk sebuk dgn konsert rock n sebagai nya sampai kita lupa tanggungjawab kita.