Friday, May 22, 2009

SATU PERINGATAN KEPADA SEMUA

Gambar dipetik daripada Malaysiakini


Pertama sekali marilah kita sama-sama sedekah AL-FATIHAH kepada saudara sesama Islam kita iaitu Tuan Ismail Yaacob, Adun Manek Urai, Kelantan yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi (jumaat -22/5/09). AL-FATIHAH.....

Kedua marilah kita sama-sama berdoa kepada agar semua urusan beliau di dalam kubur dipermudahkan serta rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Mulia sungguh saudara kita meninggal dunia,kerana di waktu subuh-subuh hari di pagi jumaat pula. Barangsiapa yang meninggal dunia selepas waktu asar hari khamis hingga ke waktu asar hari jumaat ,maka seseorang itu terlepas dari azab kubur.

Ketiga, saya nak peringatkan kepada semua,baik yang disebelah sini atau di sebelah sana. Saya perhatikan daripada dulu lagi,setiap kali ada seseorang Adun atau Ahli Parlimen meninggal dunia,ianya seolah-olah satu pesta kepada orang-orang politik.

Mayat belum masuk kubur lagi,kita semua sudah bercakap pasal p/raya. Apa semua ini ? Kita seolah-olah tidak menghormati si mati dan ahli keluarganya.

Sebagai contoh hari ini,sebaik sahaja adun Manek Urai ini meninggal dunia,sudah ada blog-blog seawal pagi lagi sudah bercakap pasal p/raya. Kemudian jam 11.oo pagi pula Hj.Mustafa Ali pula bercakap pasal p/raya juga. Kemudian disebelah petang pula PM dan TPM pula bercakap pasal p/raya. Bukan mereka sahaja yang bercakap,ribuan lagi rakyat Malaysia yang bercakap pasal p/raya sebaik sahaja berita kematian itu diumumkan.

Apakah kita semua tidak boleh bersabar seketika ? Adakah tiada lagi hari esok atau lusa lagi untuk bercakap pasal p/raya. Mayat belum masuk kubur,tanah kubur masih merah lagi,kita semua sudah bercakap pasal p/raya.

Tolonglah wahai semua. Jangan terlalu teruja sangat dengan p/raya. Setakat buat pengumuman tentang kematian itu boleh lah. Jangan bercakap pasal p/raya sekurang-kurang untuk seminggu bagi menghormati si mati dan ahli keluarga mereka.


5 comments:

Anonymous said...

Kesian, sipulan baru meninggal satu hari,PAS sudah mula mengejek2 BN pasal pilihanraya.

Takde respect ke?
Tak boleh berehat dari berpolitik ke?
Langsung takde berhati perut ke?

Muhammad Danny said...

setuju sangat ngan post ny..
saya sedih bila tengok berita dok lapor sal kematian dy and cakap sal kemenangan dy tk 5 penggal..

ad eloknya kalu kita mengingati jasanya dan bukan setakat kemenangan..

semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. InsyaAllah..

Pejuang Bangsa said...

ini semua kerja org pas la ..merea teruja sgt nama pilihanraya

siap td dlm ceramah di penanti cakap ini semua Allah hendak tunjuk kepada BN yg tak mahu bertanding d Penanti ,dan kena bertanding di Manik Urai .

Anonymous said...

Bila Tok Guru berbelit, "Usahkan komunis, nasionalis pun saya tolak. Orang nasionalis ialah orang yang menolak Islam. Tolak Islam, ambil separuh-separuh" . Petikan dari Sinar Harian.edisi kelantan, 28 Mei

jadi DAP yang menolak Islam boleh dikatakan nasionalis, mengapa Tok Guru masih bekerjasama yer ???

-ore_kelate-

Anonymous said...

benggong la mu ni...takda otak nak fikir....