Friday, May 8, 2009

SEPATAH DUA KATA DARI PERAK

En.Hamdan Taha

Saya menerima satu pesanan daripada Pegawai Khas MB Perak,En.Hamdan Taha yang mewakili MB untuk dihebahkan kepada kepada umum.

Assalamualaikum wbt.

Saya bagi pihak Datok Seri Dr.Zambry Bin Abd Kadir,Menteri Besar Perak serta Ahli Exco,
Ahli Dewan BN dan Ahli Dewan Bebas yang menyokong BN ingin merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Perak dan seluruh rakyat Malaysia kerana turut sama mendoakan kejayaan Sidang Dewan yang bersidang pada hari ini (7/5/09). Walaupun ada usaha terancang dari pihak DAP, PAS, dan PKR untuk membatalkan Sidang DUN pada hari ini.

Mereka membuktikan diri mereka adalah kelompok yang terdesak dan tidak mempunyai etika sebagai sebagai ahli yang mewakili rakyat.

Hasrat mereka jelas untuk membatalkan Sidang DUN dengan pelbagai kaedah termasuk menyekat Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perak untuk bertitah.

Tetapi mereka terlupa kekuasaan ini adalah hak ALLAH SWT dan ALLAH yang menentukan kepada siapa untuk diserahkan amanah menjaga Rakyat,Negeri dan Negara.

Selama lebih lima jam Ahli DUN BN bersabar walaupun mereka memaki hamun,menghina dan mencerca termasuk menyentuh soal peribadi dan kaum.

Dalam keadaan tegang begitu pun Datok Seri Menteri Besar tetap tenang. Hari ini juga membuktikan kesemua Ahli Dewan BN juga Ahli Dewan Bebas bersatu,bekerjasama senada dan seirama. Mereka berpadu tenaga untuk menjayakan Sidang Dewan terus berjaya.

Walaupun kita berjaya bukanlah bermakna perlu diraikan secara berlebihan. Ambillah sejarah hari ini sebagai pengajaran betapa sukarnya kita mempertahankan kuasa jika ia pernah hilang.

Kita perlu terus bersatu,kuatkan jentera, teruskan kerja ,beri kesedaran kepada keluarga dan teman-teman. Kejayaan hari ini bukan kejayaan Umno atau BN dan bukan juga kejayaan Ahli Dewan BN,tetapi kejayaan kita semua, yang cinta kepada keamanan.

Terima kasih atas doa rakyat sekalian.

Hamdan Taha

Mohon rakan-rakan bloggers menyebarkan pesanan ini.

7 comments:

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

YAB Zamry kelihatan profesional. Bekas MB Nizar sejak awal lagi nampak kusut dan seolah-olah ada remote control kat belakang dia.

ariy said...

Sudaraku semua fikirkan kenapa Raja Nazrin panggil Nizar dan seekor lembu tu? Sebabnya Tuanku tahu Nizar sorang tak mampu kawal adun PR. Alhamdulilah, semua dah selamat.

azman wong said...

allahamdullillah.... kehadrat Allah, tiada daya dan kuasa segalanya atas kebesaran kekuasaan Allah semata....

demikian drama dan sendiwara DAP bersama tungganganya Nizar dari awal pemerintahan sehinggalah kemelut di dalam Dewan Undangan Negeri.... sehingga saat ini masih mencanangkan kisah atau rintitan yang direka dengan pembohongan dan penipuan, tanpa segan dan hormat kenyataan pembohongan dan fitnah kepada Tuanku Nazrin terus menyatakan bisikan diraja tersebut menyatakan rasa sokongan dan mahu bekerjasama dengan Pakatan Pembangkang dan akan membubarkan DUN. Tiada hormat, kurang ajar, biadap, pembohongan dan fitnah itulah fahaman dan pembawakan parti pembangkang ala bintang tiga.

menjunjung kasih kepada Tuanku yang sanggup bersama dan menunggu kian lama dan akhirnya satu kejayaan rakyat Perak yang cintakan keamanan, kesejahteraan,perpaduan dan bernilai murni. TAHNIAH Dr.Zambry & Barisan Exco & ADUN BN & Bebas serta setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM yang menjaga keamanan dan ketenteraman awam....

Anonymous said...

Seharusnya panggil Nizar dan minta dia bentangkan apa sebenar halatuju dia untuk membangun Perak?

Agenda jelas pertama mereka.. HARTA.. 999Tanah, BALAK..

Yang tu, anak aku kat sekolah pun boleh buat kalao dia dijadikan Menteri Besar!

Bota

Anonymous said...

piraaaaaaaaa.... akan ruyup kome oiii

Anonymous said...

pirah..........

auntyziezah said...

Tahniah BN Perak teruskan perjuanganmu.Kita tidak mahu Perak dikuasai bunga bunga komunis yang mula nak bertapak kembali.