Saturday, June 20, 2009

UMNO PAS.EKSKLUSIF KERAJAAN PERPADUAN: ANWAR ARAHKAN HJ.HADI BINCANG


Orang lain makan nangka,orang lain yang kena getahnya. Itulah perumpamaan yang tepat untuk digambarkan dalam isu Kerajaan Perpaduan yang diheboh-hebohkan sekarang.

Allamdullilah, pagi tadi saya dan rakan blogger saya GAP diundang untuk bersarapan pagi di rumah seorang pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini. Pertemuan tersebut berlangsung di rumah beliau di Shah Alam.

Sebenarnya saya sudah lama mengenali pemimpin PAS yang berkenaan. Saya mula mengenali beliau di peringkat awal zaman reformasi ciptaan Anwar Ibrahim dulu. Tugas saya pada itu menuntut saya sering berurusan dengan beliau tentang program-program penerangan parti pada masa itu.

Hubungan saya dengan beliau kekal walaupun saya meninggalkan PKN pada tahun 2002. Saya sering menghubungi beliau. Dan saya juga mengenali ahli keluarga beliau. Saya pernah ke New Delhi India bersama beliau pada tahun 2007 kerana beliau membawa seorang kawannya mendapat rawatan kencing manis disana. Saya yang memperkenalkan pusat rawatan yang berkenaan kepada beliau kerana saya pernah membawa ibu saya mendapat rawatan disana.

Cukup setakat itu dulu kisah perkenalan saya dan beliau. Berbalik kepada kisah asal. Sebenarnya saya cuba untuk berjumpa dengan pemimpin PAS yang berkenaan sebelum Muktamar PAS yang lepas. Tetapi tidak berkesempatan. Masing-masing sibuk antara satu sama lain. Pada Khamis lepas (18/6/09) saya menghubungi beliau dan bertanyakan adakah beliau ada masa terluang. Lantas beliau meminta saya hadir kerumahnya pada hari ini jam 8.00 pagi. Katanya kita sarapan pagi bersama.

Lalu pada hari ini saya tiba dirumahnya jam 7.50 pagi bersama GAP. Selesai bersarapan pagi maka saya teruskan perbualan hal-hal politik. Soalan saya yang pertama kepada beliau adalah pasal Kerajaan Perpaduan yang sedang heboh diperkatakan sekarang ini.

Sebelum itu di meja makan kami juga sempat berbual-bual mengenai perkara-perkara politik yang lain. Antaranya ialah seorang pemimpin PAS yang di luar Perak telah mengambil wang jutaan ringgit daripada tauke balak di Perak sebelum surat kelulusan balak dikeluarkan. Tak sempat nak keluar surat kelulusan Kerajaan Perak sudah bertukar tangan.

Sebab itu pemimpin tersebut sekarang 'meroyan' meminta supaya Dun Perak dibubarkan. Habis pemimpin dan orang-orang BN ditemui olehnya meminta sokongan supaya Dun Perak dibubarkan. Dengar ceritanya tauke balak berkenaan sudah menuntut balik wang pendahuluan yang diberikan dulu. Tetapi wang tersebut telah habis digunakan untuk pemilihan PAS baru-baru ini. Sudahlah wang habis ,tetapi tewas pula dalam merebut jawatan penting tersebut. Itulah yang menyebabkan orang berkenaan jadi pening sekarang dan dia meracau dalam PAS pula. Wang habis,balak tak dapat,Dun Perak tak dibubarkan,kalah pula merebut jawatan dan tauke balak pula sedang menuntut wang. Malang sungguh nasib pemimpin berkenaan.

Berbalik kepada kisah Kerajaan Perpaduan. Anda jangan terkejut dengan apa yang saya katakan ini. Mungkin sukar bagi anda dan juga saya hendak mempercayainya. Tetapi inilah wajah orang politik. Depan kita dan dalam akhbar dia cakap lain tapi hakikatnya yang sebenarnya lain.

Sebenarnya Anwar Ibrahim lah orang yang meminta Haji Hadi berunding dengan Datuk Seri Najib tentang Kerajaan Perpaduan. Daripada p/raya kecil di Bukit Gantang sehingga ke saat ini sudah tiga kali Anwar meminta Hj.Hadi berunding dengan Umno tentang perkara ini.
Alasan yang diberikan oleh Anwar kepada Hj.Hadi ialah,beliau sudah tidak tahan lagi dengan kerenah dan tekanan daripada DAP yang semakin melampau dan juga sudah tidak tahan lagi dengan perangai serta sikap wakil-wakil rakyat PKR yang banyak masalah serta skandal.

Saya difahamkan selain Hj.Hadi, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan S/Usaha Agung PAS ,Mustafa Ali juga mengetahui perkara ini. Saya amat berharap mereka bertiga ini dapat mengesahkan perkara ini. Mohon para wartawan bertanya kepada mereka tentang perkara ini.

Anwar sering berbohong kepada rakyat,kononnya beliau tidak mengetahui agenda Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh PAS. Padahal beliau yang meminta ianya dirundingkan. Inilah wajah sebenar Anwar. Baling batu sembunyi tangan.

Pada pandangan saya pula, tujuan Anwar meminta Hj.Hadi berunding dengan UMNO tentang perkara ini adalah tidak lain tidak bukan kerana kes ingin melepaskan kes liwatnya yang akan dibicarakan di Mahkamah 1 Julai akan datang.

Beliau merasa malu terhadap Hj.Hadi untuk jelaskan maksud sebenar,maka digunakan olehnya alasan tekanan daripada DAP dan sikap wakil-wakil rakyat PKR. Anwar tahu,beliau akan menghadapi cabaran yang cukup getir dalam kes liwatnya.

Sebab itu beliau akan guna apa jalan sekalipun agar beliau akan terlepas daripada tuduhan tersebut. Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang hilang kepercayaan terhadap Anwar dalam kes liwat yang dihadapinya. Sikap konsisten Saiful juga membuka minda rakyat untuk mempercayainya. Apa saja yang dikatakan oleh Anwar atau para 'pelakonnya' akan disanggah oleh Saiful melalui blognya.
Jika Saiful ini seorang penipu, beliau tidak berani menjawab segala kenyataan Anwar terhadapnya. Sekarang sudah hampir setahun Saiful bersumpah laknat,jika beliau seorang penipu sudah tentu ada bala yang menimpanya. Saiful juga berani menampilkan wajahnya dimana-mana,tidak seperti Azizan pada tahun 1998.

Sikap-sikap Saiful inilah yang membuatkan Anwar semakin hari semakin gerun. Mahkamah dan sistem kehakiman akan 'dilanyak' cukup-cukup oleh Anwar sementara menunggu saki baki hari dalam bulan Jun ini berakhir. Ini dengan tujuan supaya rakyat tidak lagi mempercayai Mahkamah.

Setelah difikirkan masak-masak,maka hati saya berkata,tidak mustahil jika benar Anwar yang meminta Hj.Hadi berunding dengan UMNO tentang Kerajaan Perpaduan. Kerana ingin membebaskan diri beliau. Manusia jika dalam keadaan terdesak sanggup lakukan apa saja. Penagih dadah sanggup menyuntik dadah di buah zakar jika dalam keadaan terdesak memandangkan tempat lain sudah tidak boleh disuntik lagi. Anak sanggup bunuh ibu kerana wang. Kambing pun diliwat oleh manusia bila nafsu sudah memuncak.

Oleh yang demikian diakhir kata ini,saya dan rakyat Malaysia yang lain benar-benar ingin menuntut Hj.Hadi , Nasharuddin Mat Isa dan Mustafa Ali mengesahkan apa yang saya catitkan ini, Jangan biarkan diri anda terus menerus dimaki hamun oleh pengikut-pengikut anda kerana anda semua ingin melindungi orang lain. Ibarat pepatah saya seperti di pembuka bicara yang diulangi sekali lagi disini iaitu 'orang lain yang makan nangka,orang lain yang terkena getahnya'.


Jumlah pesakit mental makin bertambah di Malaysia. klik sini


Terima kasih kepada kak ##r### diatas hidangan sarapan pagi yang enak.

7 comments:

shonzu said...

Syabas saudara Faisal... patut la kita lihat dan dengar idea ni dari Presiden PAS sahaja. Tapi apa konsep kerajaan perpaduan yang Hj. Hadi mahukan, tak pernah beliau utarakan pun.

Peristiwa ni mengingatkan kita pada Zahid Hamidi (menuduh Dr Mahathir mengamalkan korupsi, kronisma dan nepotisma pada Perhimpunan Agong UMNO 1998) yang menerima arahan dari AnWAR juga. Tapi kali ini seorang Presiden parti yang kononnya terlalu Islamik mengikut kehendak dari seorang raja peliwat!!! Nampaknya AnWAR terlalu terdesak untuk mengalihkan perhatian umum terhadap kesnya di mahkamah nanti.

Semoga selepas ini banyak lagi kebenaran akan muncul untuk kita lihat siapa sebenarnya petualang dalam negara kita ni.

Jeffry said...

KEBENARAN PATUT DI SINGKAP DGN SEGERA!. JGN TUNGGU LAGI..SEBARKAN!!

Muhammad Azli Shukri said...

pendedahan yang berani

The Unspinners said...

Kami adalah kumpulan pancaragam, The Unspinners.

Kami dendangkan lagu-lagu kebenaran dan merungkai pembohongan dan putarbelit.

Sila mampir untuk mendengar lagu-lagu dari album terbaru kami seperti:

1. KY Jelly boleh hilangkan kesan tetapi ...
2. Mahaliwat Desperado nak tangguh kes.
3. Mubahalah tak mau, Mahkamah tak mau

Terima kaseyyyyy ...

Pedang Bertuah said...

Tuan,
Sudah terang lagi bersuluh... tapi puak-puak fanatik diaorg ni tak jugak nak terima hakikat.
Nak buat camner, dah al-juburi tu maksum pada kaca mata diaorg.
Bloggers yang cuba menyatakan kebenaran macam Tuan semua dianggap musuh dan pemfitnah.
Nampak sangat ler hati dah dihijab dari melihat kebenaran.
Sedih melihat orang Melayu berpecah belah camni.

Pejuang Bangsa said...

tahniah faisal !! ini pendedahan yabg gempaq juga tetapi aku rasa media spt malaysiakini tidak akan percayai ini semua .Mereka lebih percaya cerita utk dimuatkan dlm laman web mereka spt rosmah puaka,saiful pernah tel ke mindef (pahang daily )

walau apapun ,maklumat ini cukup berguna dan tidak mustahil anwar melakukan semua ini...

darul ehsan today (det) said...

niyamah.... anwar Al-Juburi...