Sunday, June 7, 2009

HUSAM MUSA YANG BODOH


Selama ini saya cuba mengelak daripada membicarakan hal berkaitan dengan pemilihan PAS dalam blog saya,walaupun blogger-blogger PAS sering campurtangan dan menulis dalam blog mereka tentang pemilihan UMNO .

Ini kerana saya fikir,saya tidak perlu campurtangan dan tidak perlu peduli pun dalam hal parti mereka. Ini bukan urusan kita. Siapa menang mereka punya pasal. Itu parti mereka. Kita jaga parti kita. Tetapi hari ini saya terpaksa mengambil keputusan untuk mengulas sikit tentang perkara ini,kerana tuduhan-tuduhan daripada puak-puak jahiliah ini terhadap UMNO semakin melampau.

Apa saja yang buruk terjadi dalam negara ini atau dalam parti pembangkang,semuanya salah UMNO.Hatta Husam Musa kalah sekalipun UMNO juga salah. Jangan sampai satu hari nanti bila Malaikat Maut datang mencabut nyawa Nik Aziz pun, UMNO juga yang dipersalahkan.

Alasan yang diberikan oleh Husam Musa apabila beliau mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS adalah kerana membantah kerjasama PAS dan UMNO.

Ok,tak mengapa itu dia punya hak. Walaupun kita ahli UMNO sendiri pun tidak tahu tahap keseriusan tentang Kerajaan Perpaduan.

Cara dan gaya Husam bercakap seratus peratus menunjukan dia anti UMNO. Dia tak tahu lagi yang saya disini anti PAS melebihi tahap dia anti UMNO.

Apa yang saya persoalkan ialah ,Husam kata dia anti UMNO,tetapi daripada mula dia panggil sidang akhbar untuk umumkan dia bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas sehingga ke hari pengundian gaya UMNO seratus peratus yang dipakai olehnya.

  1. Belum pernah dalam sejarah seseorang pemimpin PAS yang ingin bertanding sesuatu jawatan memanggil sidang media khas untuk mengumumkannya. Dalam sejarah politik Malaysia ianya hanya sekali berlaku, iaitu pada tahun 1993 oleh Anwar Ibrahim apabila beliau hendak menentang Almarhum Tun Ghaffar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Maknanya disini Husam telah mengikut gaya politik UMNO yang dibawa oleh Anwar Ibrahim pada masa itu.
  2. Husam melakukan roadshow untuk bertemu dengan perwakilan PAS dibeberapa buah negeri. Ini juga budaya UMNO.
  3. Cara kempen Husam,baik melalui SMS atau Blog. Memburukan calon-calon lain sesuka hati mereka sahaja.
  4. Semasa hari pengundian,ejen-ejen Husam ada mengedarkan 'chai' ataupun senarai bayangan pasukan Husam.
  5. Politik wang,saya tetap yakin seratus peratus Husam mengamalkannya dalam pemilihan kali ini. Cuma Husam ini agak licik sikit orangnya maka sukar untuk menemui bukti.
  6. Menggunakan pengaruh dan menjual nama Nik Aziz kepada para perwakilan. Sama seperti segelintir orang-orang yang merebut jawatan dalam UMNO yang sering menjual nama Presiden dan Timb Presiden UMNO.
Selama ini puak-puak jahiliah ini sering menuduh UMNO dengan tuduhan-tuduhan seperti diatas. Hari ini orang mereka sendiri yang mengamalkannya. Ini menunjukan bahawa mereka ini semua mempunyai nafsu serakah politik yang besar. Nama Islam itu hanya sebagai gimik atau topeng sahaja untuk memperdaya rakyat.

UMNO sekarang sedang melakukan reform untuk membuang segala penyakit ini yang bermula pada tahun 1993 dan dibawa oleh Anwar Ibrahim. Tetapi dalam PAS ianya baru bermula. Tidak tahu berapa puluh tahun lagi ianya akan selesai.

Orang seperti Husam ini bukan saja nafsu politik besar. Nafsu seks juga besar. Tak cukup satu bini,tambah lagi satu bini. Dah puas merasa melayu punya 'kebab' berbelas-belas tahun maka dia beralih arah mencuba cina punya 'kebab' pula. Isteri muda Husam adalah seoarang cina Singapura. Dan saya difahamkan isteri cina beliau ini mempunyai pertalian keluarga dengan Israel.

Isteri tua di Kg.Kota, Kota Bharu. Isteri muda di Kondominium Putra Villa KL,berhampiran dengan Ibu Pejabat UMNO di PWTC. Bagaimana seorang Exco PAS yang selama ini dicanangkan miskin tetapi boleh hidup mewah dan boleh letak isteri muda disebuah kondo ditengah-tengah Bandar KL. Mana dapat duit banyak ni ? Rasuah ke ? Nah ! sekarang ambil pula tuduhan rasuah yang aku lemparkan kepada orang PAS. Selama ini mereka hanya menuduh orang-orang UMNO rasuah. Hari ini biar mereka rasa pula.

Pernahkah anda melihat Husam Musa mengikrarkan pendapatan dan harta beliau ? Jika Husam merasa beliau benar-benar ikhlas dan tidak mengamalkan rasuah beliau sepatutnya tampil dengan sukarela mengikrarkan segala pendapatan,perbelanjaan dan harta beliau. Jangan bagi alasan pemimpin UMNO tak buat. Selama ini anda selalu canang yang anda lebih baik daripada pemimpin-pemimpinUMNO,maka sekarang anda kena buktikan.

Saya sebenarnya merasa sangsi dan pelik bila dua orang Adun BN Kelantan memohon maaf kepada Husam disaat-saat akhir sebelum hari pemilihan PAS. Saya cuba mengorek cerita ini dengan beberapa orang rakan di Kelantan. Saya mendapat tahu,tetapi belum tentu kesahihannya,katanya ia dituntut oleh Husam. Jika kedua-dua Adun berkenaan tidak memohon maaf pada tarikh yang Husam tetapkan,maka Husam akan meneruskan saman. Dan saya difahamkan jika kedua-dua Adun berkenaan setuju mengikut syarat Husam,mereka berdua akan dianugerahkan juga kawasan balak di Kelantan. Jika tidak bersetuju,maka Husam akan meneruskan tuntutan saman.

Nampaknya selepas ini Husam Musa sudah boleh melupakan cita-citanya untuk berdebat dengan Zahid Hamidi,kerana beliau sudah tidak setaraf dengan Zahid. Husam sekarang ini hanya ahli PAS biasa. Kerana terlalu rakus hendak mengejar jawatan Menteri Kewangan yang dijanjikan Anwar,maka Husam hilang segalanya.

Allah Maha Kaya,minggu lepas Husam perlekeh Ezam kononnya tidak setaraf dengan beliau untuk berhujah di TV 9. Padahal, yang sebenarnya Husam takut jika Ezam bertanya soal balak yang diselewengkan olehnya di Kelantan. Ezam tahu semua ini,kerana Ezam pernah berkawan rapat dengan Husam satu ketika dulu. Oleh kerana Husam yang memulakan perang dengan Ezam semasa prk K.Trg,maka Ezam pun menyahut cabaran perang tersebut.

Ambik kau ! tak sampai dua minggu kau dah hilang segala jawatan dengan cara yang hina. Kalah pemilihan sehingga 200 undi. Inilah akibatnya bila orang suka bercakap besar. Dalam UMNO pun dah ramai orang yang selalu bercakap besar yang dah bungkus.

Saya yakin seratus peratus,jika Hujah antara Ezam dan Husam diteruskan pada malam tersebut ,seluar Husam akan terlondeh habis sehingga ke seluar dalam pun terlondeh.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kenapa husam menjadi begini sila lihat disini.


10 comments:

Kumbang said...

Salam Tuan RBF,
Inilah orang cakap jgn sombong dengan gelaran dan pangkat. Bila-bila masa Tuhan boleh tarik.
Husam dan Ezam tidak pernah setanding.
Ezam lebih berani menongkah arus daripada menggadaikan prinsip dan alif ba ta yang dipegangnya. Husam hanya tahu menggadaikan semua yang ada demi kuasa. Adakah mereka setanding?

Anonymous said...

Encik Faisal,

Sekarang yang lebih kritikal untuk melayu adalah perpaduan sesama Melayu Islam.. Kita usahakan.

Saya bersetuju dengan Encik Faisal mengenai budaya pelik antara penyokong PAS dan PKR iaitu fitnah menfitnah dan mencarut dan menyumpah sesama orang Islam dan fitnah tuju kepada orang UMNO dan pemimpin Melayu. (Dulu tak macam ni.. tapi sejak gabungan Pakatan Rakyat dah jadi tak elok). Adakalanya saya rasa PIHAK LAIN yang tulis blog tersebut, bukan orang PAS atau PKR.. ini hanya detik di hati saya.

Cuba baca blog2 berkaitan.

Saya rasa kalau kita nak dapat berkat hidup di duniadan akhirat , fitnah dan mencarut perlu di hentikan ,.. ini pada semua parti parti dominan Islam Melayu..

Kita orang Islam kena bersatu..tak kiralah UMNO ke PAS ke.. Wajib bagi pemimpin Islam Melayu berusaha ke arah ini...

Cuba semak blog kaum lain...cuba lihat perkataan-perkataan yang di lemparkan kepada pemimpin melayu kita... Masalahnya orang Melayu kita tak faham.. blog2 tersebut di tulis dalam BAHASA INGGERIS..

wénkt said...

gabungkan melayu
dari 4 pecahan
menjadi satu
yg bersatu

Parpu Kari said...

SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Sedingin Salju said...

Ha itulah jangan suka kutuk orang. Padan muka depa.

Anonymous said...

oi faisal bodoh, kau tak baca ke yg kes Husam tu, pemimpim umno dah minta maaf, sebab mereka buat fitnah
sahaja.....
bangang betul kamu ni....samalah dengan pengunjung blog ni yg menyokong kamu tu....
Bodoh, baca lah lain2 akhbar jangan bergantung akhbar umno je....

Anonymous said...

mlas nak ckp bro yg merayu marah kwn x dpt apa2 d Selangor siapa dia siap ungkit lagi,oop tak mau ckp lebih nanti org marah pula

JANTAN said...

Sdra Faisal;
Jelas dari hujah sdra, HUSAM adalah talibarut Anwar Ibrahim. Anwar ini pembawa Virus. Bila beliau masuk UMNO Anwar bawa virus ini ke dalam UMNO. Sepanjang kerjayanya dalam UMNO ditinggalkan beratus2 yang mati political career mereka.

Kini virus itu dibawa ke dalam PAS. Parti pseudo-Islam mula berantakkan. Ini virus Anwar. Cuma DAP sahaja yang imune dengan virus ini.

Dlm PKR semua berantakkan. Yg tinggal anggota asal ialah Azmin, Saifudiin, Mustafa Kamil dan beberapa kerat lagi. Percayalah Saifuddin tunggu masa ke PAS, Mustafa mungkin balik ke UMNO. Yang tinggal hanya Azmin kerana Azmin ada "hubungan istimewa" dengan Anwar.

Salam Reformasi sudah jadi Salam Melayu Mati. Kerana virus Anwar hanya membunuh orang Melayu.

future phenomenon said...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

Anonymous said...

salam bro..
ko mmg bagus..
ko mmg bijak..
ko mmg cerdik..
tp syg..
ko cukup BANGSAT!