Saturday, July 18, 2009

BN SEBENARNYA MENANG DI MU & BICARA PENUTUP PRK MU SERTA GAMBAR-GAMBAR



1) KEPUTUSAN PRK

Agak terlalu lewat bagi saya untuk membuat posting penutup PRK MU kerana saya pulang agak lewat dari MU. Saya baru sampai di Shah Alam pada awal pagi jumaat (17.07.09) kerana ada beberapa kerja yang perlu disiapkan sebelum saya meninggalkan MU.

Seperti yang kita semua ketahui PAS telahpun memenangi PRK MU dengan majoriti 65 undi. Adakah keputusan tersebut benar ? Tidak bagi saya.

Kenapa saya berkata begitu ? Kerana saya masih was-was lagi dengan keputusan di peti undi Manek Urai Lama. Saya berada di pusat penjumlahan undi di Comand Centre BN. Satu demi satu keputusan yang masuk dan dijumlahkan oleh urusetia BN amat mendebarkan. Sehingga pada satu tahap dada saya terasa sakit. Semua peti undi telah dijumlahkan ,hanya tinggal keputusan di peti undi MU Lama sahaja yang belum diterima.

Pada masa itu kedudukan BN agak genting. Tiba-tiba keputusan dari MU Lama diterima dan BN menang dengan majoriti 289 undi MU Lama. Setelah kesemuanya dijumlahkan.BN menang dengan majoriti 30 undi. Sebelum meraikan kemenangan pihak urusetia sekali lagi menghubungi semua 'polling agent' BN untuk 'reconfirm' semua keputusan mengikut saluran dan pusat mengundi. Setelah selesai semua pengesahan maka keputusan muktamad BN menang dengan 30 undi.

Tiba-tiba 15 minit selepas itu pihak urusetia menerima panggilan melalui walkie talkie daripada polling agent di peti undi MU Lama mengatakan selepas kiraan semula BN hanya menang dengan majoriti 179 undi sahaja. Setelah dijumlahkan ianya menunujukan BN tewas dengan majoriti 65 undi kepada PAS.

Yang menjadi persoalan disini ialah, bagaimana boleh terjadi jauhnya perbezaan jumlah undi antara kiraan pertama dan kiraaan kedua di peti undi MU Lama ? Sesuatu yang amat pelik. Adakah polling agent BN disana buta huruf,pening lalat,kelabu asap atau telah dibeli oleh PAS ? Kalau setakat 5-6 berbeza setelah kiraan semula ,bolehlah dikira logik akal,tapi tak logik jika perbezaan sampai 110 undi.

Harus diingat PAS juga parti politik. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mencapai impian mereka menewaskan BN. Tetapi jika kita mengatakan PAS menipu ramai rakyat Malaysia tidak akan percaya,kerana imej islam,baik,pahala dan syurga sudah sinonim dengan PAS. Manakala untuk imej buruk,dosa,haram rasuah dan sebagainya dibaling terhadap BN.

PAS sanggup buat apa saja untuk mencapai kemenangan mereka di MU,kerana tidak mahu maruah mereka tercalar. Husam Minyak telah diajar cukup-cukup oleh mentornya, Anwar Ibrahim cara-cara menipu.
'Husam Minyak' dengan gelagak burung ciak sedang menjual minyak di MU. Minyak yang dijual tak laku. Dulu masa dia tak jual minyak PAS menang di MU dengan 1352 undi. Sekarang bila dia jual minyak jika benar PAS menang pun 65 undi sahaja.

Seawal jam 4 petang pada hari pengundian PAS sudah pun mendapat tanda-tanda awal mereka akan kalah. Bermula darti situ mereka mula merancang sesuatu taktik jahat untuk memastikan mereka menang atau jika ditakdirkan mereka kalah mereka merancang supaya rakyat menuduh BN menipu.

Maka pada jam 4 petang,pengarah PRK PAS MU,Ab.Fatah dan Penasihat PRK PAS MU,Abd Rahim telah mengumumkan bahawa mereka telah menang dengan majoriti 2000 undi. Mereka telah mengarahkan penyokong-penyokong mereka berkumpul di pusat penjumlahan undi di Dewan Sek Men Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai.
Pengarah PRK PAS yang juga besan Nik Aziz (kanan,berkacamata) Abd.Fatah Harun,mendahului Qadar dan Qadar apabila mengumumkan PAS menang dengan majoriti 2000 undi pada jam 4 petang
Penasihat PRK PAS ,Abd Rahim bersama proksi Chin Peng di MU'Khalifah' ini turut hadir untuk memperjelaskan hukum hudud PAS di MU.

Bagaimana mereka boleh tahu yang mereka menang 2000 undi ? Adakah mereka ini malaikat yang boleh menembusi semua peti undi dan boleh kira undi di dalam peti undi tersebut sebelum proses pengundian tamat dan peti undi dibuka ?

Nampaknya pengarah PRK PAS MU telah mendahului Qada dan Qadar. Mereka juga telah mendahului SPR. Cuba bayangkan jika ini dilakukan oleh Pengarah PRK BN,sudah tentu pelbagai kata nista dan tuduhan jahat akan dilemparkan terhadap BN.

Cerita sebenarnya adalah begini. PAS menjangka mereka akan kalah,lalu mereka membuat pengumuman palsu dan mengarahkan penyokong mereka berhimpun disana. Seandainya keputusan yang diumumkan menyebelahi BN,maka mereka akan berkata BN menipu dan penyokong-penyokong mereka yang menanti di Pusat Penjumlahan Undi akan mengamuk serta merusuh kerana kononnya BN menipu.

Inilah perangai pemimpin yang kononnya memperjuangkan islam. Asal saja buka mulut untuk bercakap pasti menipu. Tapi bila hati penyokong sudah buta,apa lagi nak dikata. Terus menerus mereka ditipu dan dieksplotasi oleh pemimpin mereka yang alim kucing.

Saya berharap BN Kelantan harus memikirkan untuk mengambil sesuatu tindakan terhadap keputusan ini. Banyak yang boleh kita ragui terhadap keputusan ini. Antaranya ialah undi rosak yang melebihi undi majoriti.

2) JENTERA KEMPEN BN

Jentera kempen BN di MU adalah yang terbaik dalam PRK selepas PRU ke 12 tahun lepas. Ternyata ianya mantap dan semua saling bekerjasama antara satu sama lain.

Mengambil pendekatan meletak semua pusat operasi sayap-sayap parti di bawah satu bumbung adalah satu langkah tepat. Ianya memudahkan kerja-kerja kempen dan arahan-arahan tugas.
Kerja-kerja kempen turun ke bawah yang dijalankan dengan baik oleh Pimpinan Wanita Umno Pusat

Bilik Operasi Wanita BN di Comand Centre BN

Jentera Wanita BN juga menjalankan tugas dengan baik dan amat berkesan. Sumbangan dan jasa wanita terhadap PRK MU ini haruslah kita hargai. Tahniah kepada Ketua Wanita yang baru serta barisan kepimpinannya yang boleh diharap untuk menjalankan tugas walaupun tanpa ketua bersama setiap hari. Gandingan Datuk Kamalia,Kak Midah dan Kak Rosni serta pimpinan Wanita BN Kelantan ternyata mantap. Mereka-mereka semua ini turun kebawah untuk buat kerja ,bukan sekadar datang tunjuk muka atau mencatit kehadiran sahaja. Tahniah juga kepada petugas-petugas di Pusat Operasi Wanita,Cik Haiza,Cik Moli,Cik Ikin dan En.Awin serta yang lain-lain yang sentiasa memberi kerjasama kepada jentera petugas BN.
Gambar ini saya rakam ketika Khairy selesai berwudhuk untuk sembahyang Maghrib di Comand Centre BN.
Ceramah Khairy dalam Program Pentas Pemuda BN yang berjaya memukau ribuan hadirin termasuk anak-anak muda

Pemuda BN juga memainkan peranan penting dalam kejayaan BN mewujudkan gelombang biru di Kelantan. Ternyata Ketua Pemuda BN,YB Khairy Jamaludin serta barisan kepimpinannya telah menjalankan tugasnya dengan baik,sehingga berjaya menarik sokongan pengundi muda yang banyak untuk mengundi BN. Kata-kata pengarah PRK PAS ,Ab.Fatah bahawa Khairy hanya beromong kosong apabila mengatakan pengundi muda bersama BN telah memalitkan muka Ab.Fatah dengan arang. Ternyata benar pengundi muda bersama BN. Inilah bagusnya apabila seorang Ketua Pemuda tidak memegang jawatan dalam Kerajaan,kerana beliau dapat memberi tumpuan kepada tugas-tugas parti.

Saya berharap jika ada lagi PRK selepas ini ,tidak ada lagi suara-suara sumbang daripada orang-orang BN sendiri yang meminta Khairy atau orang itu,orang ini tidak boleh boleh turun berkempen. Itu semua karut,itu semua mainan pembangkang,kerana mereka semua takut dengan orang-orang tersebut. Mengapa kita semua harus terikut-ikut rentak mereka. Kita kena ingat dalam politik ini jika seseorang itu digemari atau disukai oleh musuh kita,maka orang tersebut adalah orang yang lemah. Sebaliknya,jika seseorang itu dibenci,dimaki dan difitnah oleh musuh kita ,maka orang itu adalah orang yang kuat. Begitulah juga dalam situasi yang dihadapi oleh Khairy. Sebenarnya kehadiran Khairy di MU amat tidak disenangi oleh PAS. Kerana mereka tahu Khairy adalah seseorang yang boleh buat kerja dan mampu menggempur PAS. Hasilnya telah kita ketahui hari ini. Sekalung tahniah kepada Pemuda BN.
"Ambo ni daripada muda sampai ke la ni tak pernah lari daripada UMNO"- Itulah kata-kata pak cik ini kepada saya

Lihat bendera apa yang tertampal di dinding rumah makcik ini dan rumah di bawah ini

Petugas-petugas BN disetiap peti undi juga memainkan peranan yang penting dan sentiasa memberi komitmen yang padu terhadap tugas atau program yang dianjurkan. Sekalung tahniah juga kepada mereka. Sesekali saya juga terfikir,kalau ikutkan cerita pembangkang UMNO seolah-olah sudah mati dan tiada lagi penyokong BN di Kelantan. Ini kerana apabila kita sebut sahaja perkataan Kelantan,dalam fikiran kita terus terlintas PAS KUAT di Kelantan. Ternyata silap. Saya rasa tidak salah jika saya katakan orang-orang UMNO di Kelantan lebih sayang dan cintakan UMNO berbanding dengan orang-orang yang negeri lain. Satu pemandangan biasa di MU,penyokong-penyokong BN memasang bendera BN di rumah mereka. Bukan setakat satu dua rumah yang pasang,yang saya temui dengan mata saya sendiri ratusan rumah yang pasang. Saya tidak jumpa perkara begini di Permatang Pauh,Kuala Trengganu dan Bukit Gantang.
Apabila peliwat dan penipu bertemu, hasilnya PAS hancur di MU

Sedang memikir apa lagi yang boleh ditipu,dikata dan dipesongkan.

Siapa sangka di Kelantan boleh ada sebuah Kampung yang kubu kuat BN. Iaitu Kg.Lela Jasa di Laloh dalam Dun MU. Hanya dua buah rumah sahaja yang menyokong PAS di Kampung tersebut. PAS terpaksa bawa Nik Aziz untuk baca khutbah dan sembahyang jumaat di Kampung tersebut. Tetapi yang lebih seronok didengar ialah,pada hari berkenaan penduduk Kampung tersebut berpakat dan keluar bersembahyang jumaat di Kampung lain. Kata mereka,kerana tidak mahu mendengar khutbah jumaat yang mengandungi unsur politik dan tidak mahu sembahyang jumaat dijadikan sebagai medan kempen PAS. Maka tinggallah Nik Aziz dan rombongannya sebanyak 30 buah kereta dan penyokong-penyokong PAS daripada Kampung lain yang bersembahyang jumaat disana. Hasrat Nik Aziz untuk mentarbiah penduduk Kg.Lela Jasa tidak kesampaian dan hasilnya BN menang di peti undi Laloh (Kg.Lela Jasa termasuk dalam peti undi Laloh) dengan majoriti 89 undi. Cawangan-cawangan umno di tempat lain harus belajar dengan UMNO cawangan Kg.Lela Jasa bagaimana untuk menguatkan cawangan mereka.

AKHIR KATA

Akhir kata terima kasih yang tidak terhingga dan sekalung tahniah kepada BN Kelantan yang diketuai oleh Tok Pa kerana berjaya menjadi Tuan Rumah terbaik dalam PRK kali ini.
Khemah C1 Comand Centre BN

Wi Fi disediakan setiap sudut di Comand Centre

Surau di Comand Centre

Tempat rehat dan tidur petugas

Bilik mandi untuk petugas dan pelawat

Semua kemudahan dan kelengkapan disediakan dengan cukup baik,walaupun tempat tersebut agak pendalaman sedikit. Wi-Fi sampai kedalam bilik tidur dan bilik air juga disediakan.

Terima kasih juga tidak dilupakan kepada Setiausaha Kerja BN,Datuk Rauf yang sentiasa memastikan semuanya berjalan lancar.

Terima kasih juga kepada penduduk DUN MU,yang banyak memberi kerjasama kepada saya sepanjang saya menjalankan tugas saya. Terima kasih kepada Abe Soh di Kg. Manjor,Kak Ros di Laloh, Mek di Lata Rek,Abe Mat di Peria Baru, Pok Li di Sungai Perial,Suriati di Sg.Sok,Pak Teh di Lepan Jenut,Pok Mat di Chucuh Puteri,Along di Manek Urai Baru dan Mamat di Manek Urai lama. Kalian semua sentiasa dalam ingatan saya.

Terima kasih juga kepada rakan setugas saya, Kak Zah dari Rawang dan Kak Bi dari Gombak.
Semua yang saya sebut diatas dan ada yang tidak disebut (harap maaf) telah memainkan peranan masing-masing yang penting dalam sebuah pasukan sehingga berjaya mewujudkan gelombang biru bertapak kembali di Kelantan.
Dua orang tempatan yang banyak membantu tugas saya

TPM (terlindung,bertopi BN) menerima sambutan meriah di Kg.Manjor
TPM sedang mengimamkan solat di Kg.Temalir
Walaupun tidak memegang apa-apa lagi jawatan tinggi dalam parti,tetapi Tan Sri Anuar Musa tetap turun padang membantu jentera kempen BN. Bravo The Red Warriors !
Datuk Mukhriz turut sama berkempen di Kg.Sg sok
Ahmad Maslan dan Mukhriz pada hari penamaan calon.
MB Perak sentiasa mendapat sambutan hangat di MU.
Hj.Hadi berpeluh menjawab soalan wartawan berhubung kehadiran Nasaruddin di MU.Siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.
Si pemakan makanan anjing semasa dalam tahanan ISA (teresa kok) turut hadir ke MU. Dia datang kempen untuk kuatkan Azan di semua surau dan masjid seluruh MU.

Minyak oh minyak kenapa kau tak laku ?Islam cara PAS. Dulu konsert haram,sekarang dah jadi halal.
Si gagap ini turut menghiburkan pengundi di MU dengan telatah-telatah lucunya,serta sandiwara -sandiwara sedih.
"Sayalah juara ! Dah banyak saya belasah. Azizan punya,Sukma punya,Dr.Munawar ,Mior dan Saiful punya. Tiada siapa yang boleh lawan saya".

Slogan PAS di MU "Tok Guru Memimpin Manek Urai Berkat" .Yang sebenarnya adalah seperti ini "Tok GAru Menggaru,Manek Urai Berkurap"

Stesen Keretapi Manek Urai. Di MU pun ada pekerja Bangladesh juga. Mereka ini bekerja di ladang-ladang berhampiran.



TNB pun buka Bilik Gerakan juga di Manek Urai Baru. Kalau orang PAS tengok gambar ini,pasti mereka akan kata BN salah guna TNB untuk kempen BN kerana TNB buka Bilik Gerakan. Tujuan Bilik Gerakan TNB ini dibuka adalah untuk sebarang aduan atau tindakan segera jika berlaku sebarang gangguan eletrik semasa tempoh berkempen. Untuk kemudahan bersama,termasuklah untuk kemudahan Markas PAS. Kalau letrik putus lama-lama nanti PAS kata BN juga yang sabotaj. Senangnya jadi Parti Islam dan kopiah atas kepala,silap sikit atau apa-apa yang buruk terjadi terus tembak BN dan penyokong pun ikut membabi buta hentam BN.

Suasana hari pengundian di Laloh



Saat yang membuatkan saya sedih. Banyak kenangan pahit manis yang terlakar di Comand Centre ini selama 10 hari saya dan rakan-rakan lain berkampung di MU. Gambar ini saya rakam pada 15.07.09 iaitu sehari selepas PRK MU. Kelihatan pekerja-pekerja sedang membuka khemah-khemah Comand Centre.

14 comments:

najamarine said...

tahniah bro faizal..

terharu juga dengan kesungguhan dan pengorbanan petugas2 umno di Manik Urai...

ada hikmahnya jika Allah belum tunaikan permohonan umno untuk menang di kelantan..mungkin jika menang hura hara besar berlaku atas PENIPUAN ulama'2 PAS yg munafik tu..mereka yg create masalah untuk tuding kepada UMNO..perkara biasa yg di lakukan mereka sejak azali lagi..

kelakau la tgk bro menoreh!!hahaha..

jiwa-najamarine.blogspot

RK said...

assalamualaikum bro faisal..

sama seperti PR juga, segala spekulasi boleh diberi, segala nista boleh dilempar, biar nyata perbezaan 110 undi kiraan semula, (tiada kiraan ketiga?)
yang membezakan hanya BUKTI, namun telah dijangka jika ada jua bukti pasti akan dilaungkan kepalsuan.

hanya org biasa seperti saya dan penduduk MU mampu berdoa, kemenangan si penipu direbahkan Allah jua.kemenangan yang jujur akan diberkati.
begitulah sebaliknya juga jika permainan ini dimainkan BN.

Anonymous said...

bro RBF ni yg nak balik ke PD ke?

GOMO said...

SALAM BRO...
MANTAP...
TAHNIAH ATAS TUGASAN ANDA DI SEPANJANG PILIHANRAYA KECIL MANIK URAI.

SYABAS DI UCAPKAN....

Anonymous said...

tahniah brother & jentera BN...

Anonymous said...

Great post en faisal! Masa kita menang dgn 30 undi tu sy dh menjerit x sedar diri. Dh call bgtau semua org kampung.

Sadly ada recounting n kita kalah sgn 65 undi. Yg lebih menyedihkn kita tak mintak kira semula. 2x keciwa...huhu

Kemenangan tipis di MU bukti org dh muak dgn pas. Btw,tq selitkn gmbr sy. C u in next prk x pun pru nnt.

>WANITA NADI RAKYAT<

Anonymous said...

Harap perkara ni BN report kat Mahkamah. Biar hakim putuskan yang BN menang di Manek Urai

Shah Qamary said...

mmg mantap. tahniah n terima kasih dari penyokong2 umno yg xterlibat. terima kasih kerana saudara turut serta menegakkan bendera umno di bumi kelantan.

kami di luar MU xnampak realiti sebenar di sana waktu tu. dan atas pendedahan dari saudara, insyaALLAH rakyat semakin nampak, dan penyokong umno semakin bersemangat.

Anonymous said...

Selalunya Poll agen adalah orang yang terpilih, muda, mata yang bagus.. sebab pembilang (spr) mungkin juga dari penyokong PAS, nk tipu boleh sangat.

Usah bawa ke mahkamah..

Moral BN naik mendadak...

PAS (PR) hampir tersungkur di kubu sendiri.

Tahniah kepada semua..

Pas menang, tapi nazak

Wassalam...

PS: Walaupun pas menang, tapi cerita MU tak abis lagi.. Pelik ek mereka kali ni...

Anonymous said...

Ambo puji, Hebat.

Jentera BN tak perlu suruh.. gerak sendiri

Kijo sunguh2

Tahniah BN

Hok MU Lama tu, rasanya silap dengar atau silap tengok..

Anonymous said...

en faisal..tmpat penginapan tu free ke??sape sponsor?UMNO??byk duit..mane diorg kebas??ade kutipan derma ke??ke melalui bayran tahunan??tgk siap buat mcm2 lg??xrase diri tu berdosa ke mggunakan kemudahan yg disediakan by duit rakyata,,aku xredha ngan duit aku untok pelaburan sbelah pihak je..sry

ruang bicara faisal said...

kpd anon

kalau awak dpt buktikan yg umno pakai duit rakyat utk tempat penginapan kami,hari ini juga saya keluar umno dan masuk pas.

minda mesti terbuka sikit. kami punyai pemimpin yg otak berjalan utk cari duit. bukan seperti pemimpin pas yang terus menerus dok kerah keringat ahli dgn cara kutip derma atas alasan perjuangan. tetapi pemimpin kaya raya,rumah besar,kereta besar bini ramai. kerja menipu ahli kononnya parti dan pemimpin takde duit.

tugas pemimpin adalah memberi kpd ahli. bukannya terus dok perah duit ahli.

sebelum awak nak bercakap pasal dosa dgn saya,baik awak pergi tanya pemimpin pas selama in i mereka rasa berdosa tak dok kerah duit rakyat melalui derma atas alasan perjuangan.

hanya org2 yang otak udang seperti anda shj yg percaya pas tu baik,jujur,ikhlas dan islamik.

Anonymous said...

hello bro,


Pirraaahhhh... mangkok

Anonymous said...

BN guna duit partinya
PAS guna duit partinya

Sama je..

Tak baik menuduh sebarangan.. Kalau BN guna duit rakyat, dah lama si Nuar tu melalak.

prk permatang pauh hari tu.. kat mana Nuar ambik pitis? Banyak oooo.. PRK paling Grand dari PKR. mungkin duit parti PKR..