Wednesday, July 22, 2009

BLOGGER SEMUA CAKAP JA LEBIH,TAPI PENAKUT



Podah chit !!!

Penakut atau dayus atau cakap tak serupa bikin ?

Itu persoalan yang aku ingin timbulkan kepada semua blogger. Baik yang disebelah sana atau yang di sebelah sini.

Seorang cina mati membunuh diri,gegak gempita seluruh dunia blogger. Kesemua blog berebut melapor dan mengulas perkara tersebut.

Inilah yang dikatakan kera di hutan disusukan,anak sendiri mati kelaparan.

Apabila aku memulakan langkah menyiarkan berita seorang gadis melayu,Wan Siti Farihan mati terjatuh dari kediamannya,hanya beberapa orang blogger sahaja yang turut sama menyahut langkah aku. Aku cukup sedih dan kecewa.

Kita semua cakap ja lebih,cakap berdegar-degar,cakap berkobar-kobar,tapi tak boleh diharap untuk membela nasib bangsa sendiri.

Kalau kita semua tak bela nasib bangsa sendiri,siapa yang lagi yang boleh diharapkan.

Kita semua selalu bercakap,kami sanggup berjuang lah,membela bangsa lah,itu lah ,ini lah, bla,bla,bla...Tetapi tiada apa lagi yang boleh dibuktikan setakat ini. Nah ! sekarang masanya. Buktikanlah !!!

Sehingga sekarang kematian Siti Fariha masih misteri. Siapa yang boleh membela nasib arwah dan keluarganya.

Kalau kita semua ini blogger-blogger bersatu untuk 'spin' cukup-cukup isu ini,maka media masa akan mula perkatakan juga isu ini. Bila media masa dah mula perkatakan,ianya akan mendapat perhatian pihak berkuasa dan rakyat seluruh negara. Barulah dunia tahu bahawasanya ada juga melayu yang mati jatuh bangunan (bukan bunuh diri).

Harus diingat,bukan semua rakyat Malaysia melayari internet. Banyak lagi rakyat yang dikampung dan di desa yang tidak melayari internet. Mereka hanya bergantung kepada TV dan suratkhabar.

Mulai sekarang aku cabar semua blogger untuk menghangatkan isu ini. Jika gagal,maka tak payah bercakap lagi selepas ini. Itu tandanya blogger tak boleh diharap.

Jika berjaya,tandanya blogger memang berkuasa untuk jayakan sesuatu. Tunjukan kepada masyarakat dan pemimpin bahawasanya mereka tidak boleh main-main dengan dunia blog. Barulah mereka semua buka mata.

Sama-sama kita tekadkan hati dengan misi KEADILAN UNTUK SITI FARIHAN.


16 comments:

che_wan said...

Salam Tuan,

InsyaAllah, sy akan muatkan didalam blog sy berkenaan isu ini.

Terima kasih diatas segala teguran.

Salam perjuangan.

Panglima Perang Cyber said...

Kesian... gua sokong bro.nanti gua sebarkan link blog bro kepada kawan2 kita.

hidup bro !

pakcik said...

akum,

tuan terlalu emosional..tuan masih tidak dapat membezakan antara isu/masalah rakyat dengan masalah persendirian..kes siti farihan tiada kaitan dengan politik dan ianya merupakan isu peribadi beliau semata-mata.

walaupun cara kematiannya lebih kurang sama tetapi ianya tiada kaitan langsung diantara kedua-duanya jika dilihat dari segi natijah/kesan selepasnya.

Biarkan siti farihan..semoga Allah merahmati rohnya..

penyair dari gunung said...

jom yeop...saya sokong

zulmin said...

hii yoo,

bro, ade tak gambar cara dia meninggal setelah jatuh... boleh buat perbandingan dgn gambar apek yg jatuh tu... hehehe
oh! ya gua jln 2 mau cari bahan utk merapu...anyway gua teramat simpati pd yg pergi tu...

guab0tak_ said...

setuju..

"mengilham harapan, mencipta masa depan"

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

betul bro
teman pun tak minat isu tbh di perbesar2kan.tman pun dah tolak tepi isu itu.tak minat.sebab puak juak dia overacting.byk isu penting yg lain perlu blogger semua perjuangkan serta beri penjelasan sebaik2nya kepada rakyat.tq

Cheguman said...

Bro,
Betul jugak...

Ada satu lagi, Bro... Para pejuang bahasa yang kononnya berjaya mengembalikan martabat bahasa melayu apabila PSPMI dimansuhkan nampaknya sunyi sepi apabila kedua-dua subjek tersebut diajar semula dalam BAHASA IBUNDA di SJK Cina dan Tamil!!!!!

Itu pun politik jugak Bro...

Anonymous said...

http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/07/antara-merekakenapa-ada-yang-hipokrit.html

Saya Rakyat Malaysia said...

bro, gua takde isi nak cerita kisah arwah Siti sebab takde sumber. setuju! kenapa takde buat suruhanjaya diraja pun untuk arwah siti! bias sungguh!!!

Pejuang Bangsa said...

SAYA SUDAH MULAKAN MASUK ISU INI DI BLOG SAYA ...TETAPI SUDAH DIJANGKA MENDAPAT KRITIKAN OLEH PENYOKONG PR ..

SAMA-SAMA KITA BERJUANG UNTUK SITI FARIHAN ..

KEADILAN UNTUK SITI FARIHAN !!

Belacak said...

Rilek bro...

Gua sokong lu!

SpotTheBloggers said...

SDR RBF

SpotTheBloggers memberikan sokongan!

BelokKiriKanan said...

Kematian Allahyarhamah takde kaitan dgn politik, so tak hebohlah....lainlah kalau kematian beliau selepas disoalsiasat HEP universiti ataupun SB atau SPRM sendiri, sudah tentu kecoh seluruh malaya. tidak ada peristiwa yg berlaku sebelumnya yg meragukan pihak polis, berbeza dgn kes Teoh yang berlaku semasa@selepas soalsiasat pihak berkuasa. keadaan kecoh jugak pasti akan berlaku kalu kes sedemikian terjadi kpd azmin ali,lim kit siang, manoharan @ karpal singh, so tak payah lah dok mainkan isu perkauman melayu cina india kat sini...

Anonymous said...

apa mau bikin.. bloggers semua lebih suka nak support ahli neraka yg baru tu. jangankan bloggers, pemimpin pun sama. siap nak bela keluarga ahli neraka tu.

Cucu Tok Selampit said...

Cucu Tok Selampit sentiasa bersama dengan perjuanganmu semenjak ku kenali Faisal Rohban memulakan blog. Teruskan usaha murni Tuan.