Monday, July 20, 2009

EZAM DAKWA PERASUAH YANG BUNUH TEOH





Kalau mereka (PERASUAH) berani tuduh SPRM yang membunuh Teoh Beng Hock,maka tanpa perasaan gentar saya pula yang mendakwa mereka (PERASUAH) yang bunuh Teoh. Demikianlah kata Ezam Md.Nor dalam satu majlis ceramah di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor malam tadi (Ahad).

Kata Ezam lagi, tiada sebab untuk SPRM membunuh saksi mereka kerana ianya amat penting kepada SPRM. Sudah tentu si perasuah yang membunuhnya kerana bimbang kegiatan rasuah mereka didakwa oleh SPRM.

Mengapa kita harus takut untuk untuk menuduh mereka,jika mereka terus menerus menuduh SPRM dan Barisan Nasional yang melakukan semua ini.

Demikianlah kata-kata Ezam dalam ceramahnya malam tadi.

Komen saya (rbf) pula:-

Tahniah kepada Ezam kerana berani membuat tuduhan terbuka !

Kalau diikutkan apa yang dikatakan oleh Ezam ini memang benar. Tiada sebab untuk SPRM membunuh Teoh. Ianya adalah satu 'aset' yang amat penting kepada SPRM untuk menyiasat sindrom rasuah yang sedang melanda Selangor sekarang ini.

Sekarang penyiasatan kes ini sedikit sebanyak telah terjejas dengan kematian Teoh. Siapa yang akan untung ? Perasuah atau Penyiasat ?

Jika mereka kata SPRM yang tolak Teoh jatuh dari tingkat 14,tak mungkin hanya seorang diri sahaja kakitangan SPRM boleh angkat dan tolak Teoh ,sudah pasti mangsa akan melawan. Jadi untuk mengangkat dan menolaknya jatuh sudah pasti perlu 2-3 orang.

Adakah seorang pegawai kerajaan yang telah bekerja bertahun-tahun berani untuk untuk membunuh sesuka hati. Apakah mereka tidak perlu fikir periuk nasi serta masa depan mereka. kes bunuh bukannya perkara main-main.

Hanya orang bodoh dan bingai sahaja,yang percaya kata-kata pembangkang bahawa SPRM yang membunuh Teoh. Kepada penyokong pembangkang,tak usahlah anda terus menjadi lembu yang dicucuk hidung,percaya bulat-bulat apa yang dikata oleh tuan-tuan anda. Sampai bila anda ingin terus dieksplotasi dan diperbodohkan oleh tuan-tuan anda.

Anda digunakan semaksimum mungkin untuk membajak bendang,yang dapat hasil lumayan adalah tuan ampunya bendang. Apabila dah tua,tuan pun tak pandang kerana katanya dah tak boleh pakai lagi,sedangkan dia dah kaut untung berkali ganda hasil usaha anda mengerjakan bendang, lalu dijualnya untuk dijadikan korban pada hari raya Aidiladha. Begitulah nasib anda,sama seperti kerbau atau lembu yang digunakan untuk membajak bendang.

Ronnie Liu,Teresa Kok dan Ean Yong Hian Wah harus disiasat habis-habisan dalam kes ini. Mereka-mereka ini hanya berpura-pura sedih dan marah sekarang,padahal dalam hati mereka gembira tak terkata kerana saksi penting telah pun mati.

Sekarang mereka sedang berlagak sebagai pencuri yang berpura-pura mengejar 'pencuri' sambil menjerit pencuri...pencuri,sedangkan pada hakikatnya mereka adalah pencuri yang sebenar.

Kepada sahabat seperjuangan,percayalah cakap saya,apa yang berlaku sekarang ,iaitu tuduhan mereka bahawa BN dan SPRM terlibat dalam kes kematian Teoh ini bakal memberi keuntungan politik yang berlipat ganda kepada BN. Biarkan mereka terus menerus membuat tuduhan. Yang benar tetap akan muncul. Bangkai gajah tak mungkin dapat ditutup dengan daun pisang. Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar. Biarkan mereka terus menggali kubur mereka.

Sebagai contoh rakan-rakan sekalian boleh lihat gambar dibawah ini. Ini juga salah satu keuntungan politik kepada BN. Orang-orang Islam tidak menerima apa yang nizar lakukan ini,walaupun diberi penjelasan 12 mukasurat kertas saiz A4. Sekarang mereka boleh menilai sendiri apa yang diperkatakan selama ini benar atau tidak. Terima kasih nizar kerana telah menggali kubur anda dan PAS. Shukran..

Mengikut seorang wartawan yang datang membuat liputan upacara ini mereka sendiri pun terkejut dengan apa yang si nizar ini lakukan. Pakaiannya pun sudah cukup kata wartawan tersebut. Daripada bawah sampai keatas nizar pakai semua pakaian untuk orang-orang cina yang menghadirkan diri kemajlis pengkebumian orang-orang cina yang meninggal.
Ngeh dan Nga yang asli cina walaupun beragama kristian sekarang pun tidak memakai pakaian seperti yang nizar pakai. Nizar pula yang terlebih cina daripada cina. Inikah yang dikatakan oleh PAS bahawa mereka telah berjaya mentarbiahkan DAP ? Siapa yang berjaya tarbiah siapa ? Sebenarnya DAP yang berjaya mentarbiahkan PAS. Terus terang saya katakan ,saya tidak terkejut satu hari nanti jika Ngeh dan Nga berjaya mengkristiankan nizar. Walaubagaimana pun sebagai seorang Islam saya tetap berharap perkara ini tidak berlaku.

Tetapi tidak mustahil perkara ini boleh berlaku. Kerana nizar ini memang tergolong dalam golongan orang yang bodoh,tamak,lalai dan sebagainya. Saya berharap ulama-ahlamak PAS agar boleh kejut nizar yang sedang enak didodoi daripada terus 'tidur' lena di pangkuan Ngeh dan Nga.


6 comments:

TyCoH said...

As'salam bro Faisal,

Saya sungguh terpegun dan terpesona dengan penerangan tentang hudud dan asabiyah yang dibentangkan oleh Ustaz Kamal Saidin pada malam pidato umum semalam. Saya berharap Ustaz Kamal Saidin dapat memberi penerangan yang hebat itu kepada Nik Aziz dan para pengikutnya supaya dapat penyedaran dan kembali kepangkalan jalan sebelum terlambat. Wallahua'lam...
pybs-tycoh.blogspot.com

eXception said...

RBF, minta kebenaran utk copy artikel ini ke blog, tq very much ;-)

sangguna said...

yg pertama, teresa kok hanjing tu memang perempuan yg plg sial yg memang sengaja memancing kemarahan org melayu sejak dr kes ketuk ketampi lg.
yg kedua, nijar tu aku pun tak tau nak sebut apa kat dia, dah tak tersebut lg, tapi sebelah kiri dia tu sapa, nampak mcm bodoh aje mengikut-ikut

Hawaii five -O said...

salam

tu jadinyer kalu agama dipolitikkan
makin lama terpancullah segala penipuan oleh nizar.

kalu yer pun simpati jgn sampai aqidah tergadai... ini bukan pegang colok tapi pegang lilin cara peringati mati agama lain,

sanggup jaga hati org kafir sbb politk dan sangup gadai aqidah sebb politik..

Anonymous said...

Wah Ezam memang orang yang ada kredibiliti.

Ezam untuk PM!

guab0tak_ said...

"politik MEMBUNUH....atau MEMBUNUH politik..??"

-haramkan sahaja DAP..!!!