Thursday, July 30, 2009

JADIKAN KISAH ZULKIFLI @ 'YASMIN' AHMAD SEBAGAI PENGAJARAN


PENGUMUMAN DAN PERMOHONAN MAAF

updated by rbf@1600hrs

Memandangkan ada beberapa komen yang telah dihantar kepada saya mengenai kisah sebenar Yasmin Ahmad,maka dengan ini saya memadamkan sebahagian artikel ini.

Terima kasih kepada yang menjelaskan perkara sebenar. Jasa anda amat dihargai. Sepatutnya pihak berkuasa Agama Islam harus muncul dan menjelaskan perkara yang sebenar. Agar masyarakat tidak terus terkeliru.

Oleh yang demikian saya (RBF) memohon maaf kepada pihak ahli keluarga,sahabat handai dan sesiapa jua kenalan Yasmin Ahmad yang terasa hati dengan artikel saya sebelum ini.


Di bawah ini adalah sebahagian artikel sebelum ini

Saya tidak menafikan jasa 'yasmin' dalam dunia perfileman negara. Tetapi kita juga harus tidak melupakan semua filem atau iklan yang beliau buat mendapat bayaran. Berapa jumlah bayaran kita tidak pasti. Bukannya beliau buat filem atau iklan secara percuma. Tidak timbul soal kita tidak mengenang jasa beliau.

Beliau juga tidak mengenang jasa kerajaan terhadap beliau. Sebab semasa hayat usianya beliau tidak menyokong kerajaan. Beliau lebih cenderung menyokong pembangkang. Beliau hanya menyokong kerajaan untuk mendapat projek-projek sahaja. Beberapa tahun dulu beliau pernah 'berentap' dengan Menteri Kebudayaan,Kesenian & Warisan pada ketika itu iaitu Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim berhubung dengan sebuah filem beliau yang menimbulkan kontrovesi.

Oleh yang demikian,sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia marilah kita sama-sama lihat orang disekeliling kita,tidak kira ahli keluarga,saudara-mara,sahabat handai atau kenalan-kenalan kita. Jika mereka melakukan perkara yang tidak betul,sama-samalah kita nasihati mereka.Jika tidak kita turut sama menanggung dosa di akhirat kelak.

Kepada Marina Mahathir,bawa bersabar. Tiada guna anda melenting sekarang. Segala 'akaun' beliau telah ditutup. Hanya tinggal untuk dihisab. Sepatutnya anda melenting semasa hayat beliau masih ada. Segalanya telah terlambat. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan beriman. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa beliau.

Kepada pihak Kerajaan, jadikan ini sebagai iktibar. Semoga perkara-perkara sebegini tidak timbul lagi di sebuah Negara Islam seperti Malaysia.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Yasmin Ahmad.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum.

Al-Fatihah

5 comments:

Anonymous said...

Izinkan saya memperbetulkan sedikit apa yang telah dinyatakan di dalam artikel ini. Allahyarham Yasmin adalah salah seorang jemaah kami semasa menunaikan Haji pada tahun 2003. Ketika itu dia baru bernikah (dalam seminggu atau dua)dengan seorang Cina mualaf sebelum keberangkatannya ke Mekah. Jadi, 100% tidak benar bahawa dia telah bernikah dengan seorang bukan Muslim. Saya bukanlah kawan rapat kepadanya tetapi setakat yang saya tahu semasa saya berada di sana, saya menganggapnya sebagai seorang yang baik, peramah dan lekas mesra. Semoga Allah mengampunkan segala dosanya. Aamiin.

Salam

Anonymous said...

Itulah hebatnya undang2 UMNO.

Anonymous said...

salam,

Mohon dibetulkan artikel di atas.
Arwah bukanlah seperti yang tertulis dalam artikel di atas.
Arwah tidaklah dilahirkan sebagai lelaki.

Allah swt telah memilih arwah sebagai insan istimewa untuk berhadapan dengan ujian besarNya, yang merupakan satu dalam sejuta.

Namun, di sini, ingin ditegaskan, sesungguhnya arwah telah mengikuti segala yang dinasihatkan oleh majlis agama dan kerana itu arwah telah memilih jalannya atas nasihat majlis agama.

Mohon sangat sangat dibetulkan artikel di atas.
Al Fatihah untuk arwah.
Sekian terima kasih.

tapi bukan aku said...

Salam,

Bukankah Yasmin Ahmad ini sebenarnya dilahirkan KHUNSA? Jadi dia berhak memilih untuk menjadi lelaki atau perempuan.

Apa yg saya ketahui, walaupun ibu bapanya mengetahui yg Yasmin khunsa, dia telah dibesarkan sebagai anak lelaki sehinggalah dia dewasa di mana dia telah merujuk kepada jabatan agama untuk memilih menjadi perempuan kerana kecendurungan sifatnya kepada wanita. Jadi di sini tiada salahnya Yasmin Ahmad. Harus diingat lelaki yg menukar jantinanya kpd wanita itu adalah HARAM...TETAPI, Yasmin Ahmad tidak menukar jantina, dia ada kedua2nya.

irfan amir said...

Hmm asal boleh masuk kn politik, zzzz