Saturday, July 25, 2009

KERAJAAN SELANGOR DI AMBANG BAHAYA !


Ingatkan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari.

Itulah gambaran yang sampai ke telinga RBF malam ini. Sebenarnya MB Selangor sudah mula lemas apabila Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan BN di Selangor.

Menurut ceritanya,apabila DS Najib diumumkan sebagai Pengerusi BN Selangor,Anwar Ibrahim telah menghubungi Khalid Ibrahim dan berpesan seperti berikut "hati-hati khalid,seminggu ja Najib pegang BN Perak,terlingkup terus si nizar".
Apabila mendengar pesanan tersebut dengar khabarnya darah tinggi Khalid naik mencanak hingga bacaannya mencecah 150/190 ,sehingga mulutnya menjadi senget sebelah untuk seketika. Nasib baik Elizabeth Wong setiap hari menyediakan air limau nipis dan susu segar asli untuk Khalid bagi mengurangkan tekanan darah tingginya.

Apa yang nak ditakutkan kepada Najib ? Najib bukannya harimau atau serigala. Najib adalah manusia biasa sama seperti kita cuma beliau memegang jawatan PM.

Apa nak dirisaukan,jika anda berada di pihak yang benar Insyaallah Allah akan sentiasa melindungi anda.

Khabar yang saya terima malam ini mengatakan,ramai Adun dan Exco Selangor telah melarikan fail dari pejabat mereka. Ada juga yang telah memusnahkan dokumen secara tiba-tiba selepas insiden kematian Teoh. Kenapa gelabah sangat ni ? Walalahualam !

Beberapa Exco Selangor juga dijangka akan meletak jawatan atau digugurkan dalam masa terdekat ini. Ada kedengaran ura-ura akan ada usul undi tidak percaya daripada Adun-Adun Selangor kepada MB Selangor sekarang. Hubungan Khalid dan Anwar Ibrahim juga retak teruk sekarang.Begitu juga hubungan Khalid dengan PAS Selangor yang diketuai oleh Hassan Ali. Ada juga berita yang mengatakan DUN Selangor akan dibubarkan.

Hubungan Khalid dan Anwar semakin renggang selepas keengganan Khalid meletak jawatan sebagai MP Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid Ibrahim mengambil alihnya. Dengar ceritanya sekarang MP Kelana Jaya pula yang menjadi mangsa tekanan Anwar agar meletak jawatan supaya kerusi berkenaan diberikan kepada Zaid Ibrahim.

Akibat tidak puas hati dengan Khalid ,maka Anwar telah mengarahkan Azmin Ali agar 'menggegarkan' Khalid dalam Sidang DUN Selangor yang lepas supaya merombak barisan Exco Selangor. Tidak cukup dengan itu Azmin gunakan pula Wee Che Keong untuk 'gegarkan' Selangor. Tanpa dijangka beberapa hari selepas itu Teoh Beng Hock pula yang menggempakan bumi Selangor.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, gagap Khalid semakin teruk,Teresa Kok dipanggilnya darling,tempat buang air kecil di pejabatnya digunakan oleh beliau untuk buang air besar.Semuanya akibat terlalu pening dengan bala yang datang bertimpa-timpa.

Disaat dalam kebingungan begini,Khalid pula tidak mendapat sokongan daripada PAS Selangor. Hassan Ali langsung tidak peduli dalam kes Teoh. Ini kerana Hassan Ali telah lama tahu cerita kejahatan DAP di Selangor. Dan pernah beberapa kali Hassan Ali bisik kepada Khalid,tetapi Khalid hanya buat tak tahu, kerana DAP pernah mengugut untuk menarik diri keluar dari Pakatan mereka.

Seandainya DAP keluar maka runtuhlah sebuah kerajaan gagap di Selangor. Sebaliknya jika PAS keluar ianya sekadar menjejaskan majoriti 2/3 yang dipegang oleh mereka,tetapi tidak meruntuhkan kerajaan,kerana mereka masih boleh memerintah dengan majoriti mudah.Sungguh malang sekali nasib PAS di Selangor,ibarat melukut di tepi gantang. Nasib baik nizar dah dapat Bukit Gantang. Kalau tidak melukut di tepi gantang dan di tepi Bukit Gantang.

Akan tetapi,walaupun nasib PAS malang di Selangor,dengar cerita,sekiranya Khalid meletak jawatan sebagai MB Selangor,Hassan Ali yang akan dilantik sebagai MB Selangor. Ini kerana beliau mendapat restu dari institusi tertentu dan sememangnya intitusi berkenaan memang mahukan beliau sebagai MB. Nampaknya anak Ali yang seorang lagi tidak boleh memasang impian yang terlalu tinggi untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor daripada Khalid.

Di Selangor sekarang,hanya Exco-Exco daripada PAS sahaja yang betul-betul menjalankan tugas dengan sempurna dan jujur. Dr.Halimah berada di kedudukan terbaik .dikalangan Exco-Exco Selangor. Begitu juga dengan Adun, Dr.Rani, Adun Meru daripada PAS berada di kedudukan no 1 sebagai Adun yang paling cemerlang daripada keseluruhan 56 Adun di Selangor.

Tetapi menurut sumber saya,perkara ini cuba ditutup oleh Khalid. Ini kerana Khalid sedaya upaya cuba memperlecehkan PAS di Selangor.

Ada seorang Adun PKR di Selangor yang melakukan rasuah,tetapi berpura-pura baik. Beliau meminta SPRM menyiasat seorang pegawai beliau yang menyeleweng wang Skim Warga Emas. Bos rasuah tak mengapa,anak buah rasuah suruh SPRM siasat.

Apa yang terjadi di Selangor sekarang memberi pengajaran kepada rakyat Selangor di masa akan datang agar tidak main-main dalam soal memilih kerajaan. Inilah yang dikatakan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Sepatutnya marah nyamuk kita cucuh ubat nyamuk atau sembur racun serangga.

Sebuah negeri yang termaju dalam Malaysia sudah menunjukan tanda-tanda kehancuran belum sampai dua tahun diperintah oleh tikus-tikus yang cuba membaiki labu. Baki 2-3 tahun lagi,apa yang bakal terjadi kita tidak tahu, samada labu tersebut berjaya dibaiki atau dijahanamkan terus. Hanya Allah yang maha mengetahuinya.

Soal memilih kerajaan bukan perkara main-main,sama seperti kita memilih syarikat untuk kita bekerja. Adakah kita hanya ingin memilih syarikat yang cantik dari luaran sahaja,tetapi tidak menjaga kepentingan pekerja dan tidak pandai menguruskan pentadbiran syarikat. Sedangkan sebuah syarikat lagi,walaupun bos mereka garang,ada bos yang korup,gaji murah dan sebagainya tetapi menjaga kepentingan dan kemudahan pekerja dengan sebaiknya. Dan selama ini telah terbukti yang syarikat itu memang yang terbaik dan mampu memenuhi kehendak pekerja serta pekerja dapat bekerja dengan aman dan sempurna.

Apa pun sama-sama kita tunggu,apakah perkembangan seterusnya di Selangor.Bubar Dun,kerajaan perpaduan atau bertukar kerajaan. ? Disini hanya satu jaminan yang saya hendak berikan kepada pembaca,iaitu kerajaan Selangor yang ada pada hari ini tidak akan kekal memerintah sehingga PRU akan datang. Percayalah cakap saya !







3 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Yup Bro Faisal. Kerajaan Selangor yang ada sekarang akan runtuh sebelum PRU13. Insyaallah.

RK said...

assalamualaiku bro,

saya memang dapat rasa. akan bertukar kerajaan dan PR akan main isu rampas kuasa sekali lagi seperti di Perak. saya yakin.harapnya, kali ini berdasarkan undang-undang yang musababnya datang dari DAP.

Anonymous said...

Assalammualaikum! Sahabat-sahabatku.

Sebagai anak jati Selangor aku memang berharap Pakatan Rakyat yang jahanam ni tumbang.


- Anak Jati Rawang