Friday, July 31, 2009

MAFIA !!! DAP PERAS UGUT DUIT EXCO,ADUN & AHLI PARLIMEN

DAP bukan sahaja membunuh,mafia dan bersekongkol dengan kongsi gelap, malah turut sama memeras ugut wakil rakyat mereka. Sesiapa yang melawan atau tidak menuruti arahan mereka,tahulah nasib mereka kemudian hari.

Itulah DAP. Sebuah parti yang mengikut amalan komunis tetapi dipuja oleh segelintir melayu dajal pada masa kini.

RBF baru mendapat satu satu info daripada seorang wakil Adun DAP di Selangor. Adun ini adalah orang yang tidak sama kem dengan Geng Lim Dua Beranak ,serta Singh Tiga Beranak. Sebab itu Adun ini tidak mendapat jawatan Exco di Selangor,walupun beliau seorang Adun senior. Tetapi Lim Dua Beranak tidak berani mengenepikan Adun ini sebagai calon. Ini kerana Adun ini mempunyai pengaruh yang besar di Klang.

Kisahnya begini,katanya DAP bukan saja memeras ugut kedai-kedai urut,pub dan cyber cafe saja di Selangor. Tetapi mereka turut memeras ugut Exco,Speaker,Adun dan Ahli Parlimen DAP. Sesiapa yang berani melawan pasti akan didatangi samseng-samseng tertentu untuk menggangu atau tidak terpilih sebagai calon lagi selepas ini.

Semua gaji mereka yang saya sebut diatas yang dibayar oleh kerajaan negeri atau pusat disalurkan terus ke akaun DAP Pusat. Mereka-mereka ini telah dipaksa untuk menandatangan satu borang persetujuan untuk diserah kepada Jabatan Perbendaharaan bagi membolehkan gaji mereka disalurkan ke akaun DAP Pusat.

Bagi Adun atau Ahli Parlimen gaji mereka dipotong 15 % untuk tabung DAP Pusat. Manakala bagi Exco,Speaker, atau lain-lain jawatan dipotong 20 % . Jika seseorang Adun itu memegang jawatan Exco atau Speaker gaji mereka akan dipotong 35 % keseluruhannya.

Selepas selesai segala potongan barulah baki gaji mereka-mereka ini disalurkan ke akaun masing-masing. Oleh sebab itu juga, Adun dan Ahli Parlimen DAP menerima gaji lewat setiap bulan. Kebiasaannya mereka menerima gaji 15 haribulan keatas. Ramai Adun dan MP mereka yang merungut tentang perkara ini,tetapi mereka tidak berani bersuara,kerana takutkan samseng dan mafia.

Kata mereka,macamana tidak berlaku rasuah atau penyelewengan peruntukan Dun ,ini kerana gaji mereka sendiri pun tidak mengcukupi. Terutama bagi Ahli Parlimen dan Adun yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan negeri.

Saya diminta mendedahkan perkara ini,kerana mereka mahukan potongan ini dikurang kepada 5 % atau dihapuskan terus. Mereka juga mahu rakyat tahu bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk perbelanjaan. Oleh kerana itulah berlakunya rasuah dan penyelewengan dikalangan Wakil Rakyat DAP.

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga mengarahkan Exco-Exco Selangor mencari duit sebanyak mungkin sementara mereka masih berkuasa. Untuk apa wang itu ? Nantikan dalam posting yang akan datang...

2 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..MUNGKIN DUIT TU UTK MEMBIAYAI PENYANGAK2 KONGSI GELAP MEMBUKA KEGIATAN HARAM LAIN PULAK..DASAR PENYANGAK MMG CMTU..HARKK PTUIHH!!

eMNo said...

DAH TAHU dap DAN kongsi gelap MEMANG PENYANGAK, PENCACAI PAS YANG LEBIH ISLAM DARI ORANG ISLAM LAIN SOKONG PENUH dap. KALAU SURUH PELUK ORANG dap, DEPA PELUK DENGAN PENUH NAFSU.