Thursday, July 23, 2009

POLIS !!! SILA AMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA

Seperti yang dicanangkan dua kumpulan akan bertembung dalam satu perarakan di Kuala Lumpur pada 1.ogos.2009 akan datang.

Satu kumpulan Anti ISA dan satu kumpulan Pro ISA. Apabila kedua-dua ini bertembung kita dapat bayangkan apa yang akan berlaku di KL pada tanggal berkenaan. Caci mencaci,pergaduhan atau pertumpahan darah ? Segala kemungkinan boleh berlaku.

Segalanya bermula apabila parti pembangkang berlindung disebalik nama NGO merancang untuk mengadakan satu perhimpunan Mansuhkan ISA. Maka datang pula satu kumpulan lagi untuk membuat satu perhimpunan Mempertahankan ISA.

Setiap tahun pasti akan ada saja perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang untuk menghuru-harakan Ibu Kota. Perhimpunan Bersih,PPSMI,sekarang Mansuhkan ISA dan beberapa perhimpunan sebelum ini. Hidup mereka tidak akan senang jika tidak menghuru-harakan Ibu Kota.

Apabila dua kumpulan ini bertembung sudah pasti KL akan jadi 'huru-hara' pada hari berkenaan. Baik dari segi lalulintas atau perniagaan. Penjenayah dan perompak juga akan bermarajalela pada hari berkenaan kerana mereka tahu polis sedang sibuk mengawal kedua-dua perhimpunan berkenaan. Ianya juga menyusahkan orang ramai yang berurusan di KL pada hari tersebut.
Mereka kata perhimpunan akan jadi aman jika polis tidak ganggu. Kepala otak kamu ! Jika tanpa polis sekalipun suasana tetap akan mengganggu keamanan warga kota. Orang-orang yang datang ke perhimpunan tersebut bukannya jenis manusia ,tetapi jenis beruk. Melalak sesuka hati,berarak sesuka hati, kesesakan lalulintas, meletak kenderaan sesuka hati,buang sampah merata-rata,menahan kenderaan pengguna jalan raya lain,merosakan harta awam dan pelbagai lagi.

Berapa banyak perniagaan yang ditutup kerana perniaga takut. Pemandu teksi tidak dapat cari makan,akibat kesesakan lalu lintas. DBKL juga terpaksa menanggung kos baik pulih landskap yang rosak akibat dipijak sesuka hati oleh 'beruk-beruk'. Pesakit yang dalam kecemasan menuju ke Hospital juga mengalami gangguan dan pelbagai masalah lain lagi.

Mereka sebenarnya sudah ketagih perhimpunan haram,kerana setiap kali mereka anjur beribu orang yang hadir. Padahal jumlah yang tidak hadir berjuta-juta lagi. Apabila sudah ketagih maka mereka merasa tidak bersalah untuk terus menganjurkannya. Lagi satu faktor kerana mereka melihat Kerajaan dan Polis berlembut dalam hal ini.

Saya rasa sudah sampai masanya polis bertindak tegas dalam hal ini pada kali ini. Jangan bagi muka lagi kepada mereka. Beri betis nak paha. Gunakan apa saja akta yang ada untuk mendakwa mereka kali ini. Jangan pula pihak polis pun takut untuk mengambil tindakan kerana takutkan pembangkang.

Pelbagai cara lain yang lebih sopan yang mereka boleh lakukan untuk menghantar memorandum bagi menghapuskan ISA atau mempertahankan ISA.

Kepada PDRM,kepadamu Rakyat Malaysia sandarkan agar semua perhimpunan yang dirancang di KL pada 1 ogos akan datang digagalkan atau dibatalkan. Kekalkan keamanan dan keselamatan Ibu Kota.

Perhimpunan Anti Isa klik sini

Perhimpunan Pro Isa klik sini

6 comments:

Bayan said...

Bro,Perarakan ini tak sihatlah.Bukan macam perarakan mauladur rasul.Perarakan ini ada udang sebalik mee.

Kita mesti ingat peristiwa Kebuluran d Baling Kedah yg dhebohkan oleh Alkunyiti.Pada hal orang kampong cukup makan. Alkunyiti yg jadi chief.Apa dah jadi pada masa itu.Huru hara dBangsar,Kg.Kerinci dan Pantai Baru.

Nampaknya cara yg sama juga akan dlakukan oleh pengikut2 Alkunyiti.Tapi kali ini Dato'Ibrahim Ali tak join kerana dah lain haluan.

Justeru itu mohon pihak berkuasa gunakan undang2 yg ada bagi menghalang perkara yg tak sihat.Ini Malaysia bukan Thailand.Thailand hanya satu bangsa.Malaysia ada berbagai bangsa.Bangsa chin peng ni tak kenang duntung.Yg degil sumbat....

eM said...

kepada polis...
kalaunak cekup jgn cekup ikan bilis yang jadi pak turut. Cekup jer kepala2 perancang demo ... anuar, nik ajis dll.

ddinbunga said...

salam, teman setuju PDRM semesti nya tidak membenarkan mana2 pihak untuk berkumpul macam rombolan beruk kelaparan, tak kira sokong atau menentang, yang penting keselamatan sebenar2 nya rakyat yang cintakan keamanan.

ruang bicara faisal said...

polis sekarang ni dah tak mcm polis dulu.

polis sekarang adalah polis yg takut kpd pembangkang

Anak Lenggong said...

Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya..jangan diluluskan permit permohonan kedua-dua kumpulan...puak Pembangkang kata akan dibuat secara aman..pieeerahhh masa kat perak dulu kata akan dibuat secara aman tetapi sampai sanggup tidur duiatas jalanraya.

Pihak keselamatan kena tengok dan kaji semula perkara ini..sebab bukan semua rakyat yang suka keadaan huru hara sebegini..ianya akan menjejaskan kehidupan seharian warga kuala lumpur dengan berlakunya kesesakan jalanraya dan akan menjejaskan warga kota yang mencari rezeki...diharap pihak polis dapat mencegah dahulu perkara ini daripada berlaku..jangan dibiarkan golongan yang berkepentingan peribadi dan sengaja ingin melihat negara berada didalam keadaan huruhara demi cita-cita politik mereka.

Pihak urusetia masjid negara diharap dapat menutup pintu pagar daripada ianya dilimpahi dengan perangai orang yang tak beriman dan bertemadun ini...jangan biarkan masjid negara sebagai tempat bermulanya segala sengketa..sekiranya polis bertindak keatas kumpulan ini ..biarkan sahaja mereka menanggung akibat daripada perbuatan mereka..sebab didalam kehidupan ini banyak cara yang boleh dilakukan sekiranya mereka ini benar-benar ikhlas dalam perkara yang mereka nak lakukan.

sangguna said...

jangan melayu gaduh dgn melayu sudah, ini yg pendatang2 tu mahu sebenarnya.