Thursday, July 30, 2009

RASUAH TERKINI DI SELANGOR !!!


HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI !

Sungguh tak ku sangka, harapkan wajahnya saja seperti orang bertaqwa, rupa-rupanya sama juga jadi penyamun..."

Bertahun-tahun lamanya rakyat Selangor didendangkan dengan lagu Umno/BN Rasuah yang dinyanyikan oleh PKR,PAS & DAP. Hampir setiap malam lagu tersebut dinyanyikan setiap ceruk Kampung,Desa dan Kota.

Akhirnya lagu tersebut diterima oleh rakyat Selangor dan diterjemahkan dalam peti undi mereka pada 8.march.2008.

Rakyat mengharapkan mereka lebih baik daripada BN. Tetapi sekarang rakyat Selangor telah dihampakan.

Kata-kata manis mereka selama ini umpama tuba yang harus ditelan oleh rakyat Selangor sekarang.

Daripada Adun Jantan ke Adun Betina,daripada Cina kepada Melayu,daripada yang ada jawatan tinggi hingga ke jawatan rendah semuanya RASUAH. Itulah situasi di Selangor sekarang.

Seminggu dua yang lepas rakyat dikejutkan dengan pelbagai kes rasuah dan penyelewengan di Selangor. Selepas itu si perasuah ini terus menuduh ini semua konspirasi BN. Cara yang paling mudah untuk mereka melepaskan diri.

Tetapi rakyat tidak sebodoh itu, bak kata satu pepatah inggeris 'dont insult the peoples intelegent'.

Seperti yang RBF pernah kata sebelum ini. Ada dikalangan Exco dan Adun di Selangor yang sudah mula melarikan atau memusnahkan dokumen dari pejabat-pejabat mereka.

Yang terbaru pula,seperti yang dilaporkan oleh GERAK pada hari ini.

Artikel dibawah ini saya salin daripada blog rakan saya MIK.

Jam 11.30 pagi tadi, bertempat di pejabat SPRM Selangor, Pengerusi Gerakan Intergriti Dan Anti Korupsi [GERAK] Mohd Nazree Yunus telah menyerahkan senaskah dokumen pengaduan penyelewengan terhadap seorang wakil rakyat Selangor untuk siasatan lanjut pihak SPRM.

Wakil rakyat Selangor lagi…??

Syabas diucapkan kepada Sdra Nazree yang tidak mengendahkan tekanan yang cuba dimainkan oleh pihak pembangkang setelah tercetus isu kematian misteri Teoh Beng Hock.

Sesuatu yang menarik disini ialah menurut sumber-sumber dari wakil wakil NGO yang mengiringi Nazree pagi tadi mengesahkan bahawa aduan tersebut adalah keatas wakil rakyat BUKAN dari parti DAP…..

Hah! Ini bermakna laporan yang dikemukan oleh GERAK sebentar adalah menjurus kepada wakil rakyat samada dari PKR ataupun PAS…!

Adakah beliau seorang Exco..? “ No komen “ jawab wakil NGO itu pula.

Yb melayu atau bukan melayu…?
Jawapan ini terpaksa Blogmaster Black Out sebab sudah berjanji dengan wakil NGO tersebut untuk tidak menyiarkannya.

"sungguh tak ku sangka, harapkan wajahnya saja seperti orang bertaqwa, rupa-rupanya sama juga jadi penyamun..."

Pihak Blogmaster juga difahamkan bahawa dokumen yang diserahkan itu adalah merupakan pengaduan berkaitan peruntukan dana sebuah DUN yang habis dibelanjakan secara tidak berhemah melebihi suku jutaan ringgit dalam tempoh beberapa bulan sahaja….., juga beberapa transaksi berkaitan perbelanjaan dan tuntutan [claim] yang sangat meragukan!

Semoga pihak SPRM akan teruskan usaha membenteras penyalahgunaan wang rakyat Selangor oleh mana mana wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab.

5 comments:

Jeffry said...

NGKO NIE JENIS MANGKUK HAYUN. PENCACAI TEGAR PARTI UMNGOK.

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari GPMS Cawangan Wangsa Maju amat mengagumi pengendalian blog anda.

Apa yang kami harapkan kita dapat bekerjasama selepas ini dalam memberi idea dan info2 terkini mengenai masa depan generasi baru di Negara kita khususnya di kalangan Generasi Melayu.

Kami juga meminta jasa baik dari pihak anda agar dapat mempromosi blog kami buat tatapan masyarakat.

Sila layari blog kami di www.gpmswangsamaju.blogspot.com dan berikan komen2 anda.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan kami, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

Sekian, Ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU

Parpu Kari said...

AKU BENCI BETUL DENGAN DUPLICATE SETAN!

Anonymous said...

Jeffry ni dah kena liwat dek anwar baru nak sedar kena tipu.

Parpu Kari said...

JEFFRY SETAN