Thursday, August 20, 2009

16 SEPTEMBER DATANG LAGI


Hari ini tanggal 20.Ogos.2009. Jika dunia tidak kiamat,Insyaallah kita akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara ke 52 dalam masa 11 hari lagi.

Jika tiada aral melintang juga orang-orang PKR,PAS dan DAP akan menyambut ulangtahun pertama tertubuhnya 'kerajaan langit' pimpinan Anwar Ibrahim pada 16.Sept ini. Iaitu kira-kira 26 hari lagi.

16 SEPTEMBER ! Bikin ramai orang jadi gila. Dahulu saya pernah berkata,hanya orang gila yang percaya kata-kata orang gila. Orang tua-tua juga pernah berkata, jika berkawan dengan orang gila,maka kita pun turut sama akan jadi gila. Itulah yang terjadi menjelang 16.Sept tahun lalu. Ramai orang jadi gila,kerana terpengaruh dengan orang gila. Termasuklah ustaz-ustaz daripada PAS.

Menjelang 16 Sept,tahun lalu, ramai yang jadi bodoh dan gila seketika. Termasuklah orang-orang UMNO. Saya berkata begitu kerana, ada juga orang-orang UMNO sendiri yang percaya kepada teori 16.Sept. Mereka bimbang dan menghubungi sana-sini termasuk juga sms yang bertebaran,kononnya orang ini akan lompat,orang itu akan lompat,parti itu akan keluar BN,parti ini akan keluar BN.

Orang-orang PAS,PKR dan DAP lagi teruk gilanya,kerana terbayang-bayangkan kuasa yang akan mereka dapat. Yang paling teruk gila adalah Ahli Parlimen Ampang, Ahli Parlimen Kuala Langat dan Pokok Sena. Ketiga-tiganya telah terbayang jawatan menteri,hinggakan Ahli Parlimen Ampang pada masa itu telah belajar naik kereta duduk dibelakang, belajar berjalan sebagai seorang menteri serta mereka cipta beberapa tandatangan yang sesuai untuk dipakai oleh seorang menteri.

Manakala Ahli Parlimen Kuala Langat pula telah pergi tempah bush jacket,kot,blazer dan pelbagai lagi di kedai pakaian lelaki terkenal iaitu, Wardrobe. Kononnya beliau bakal menjadi Menteri Sumber Manusia. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Pokok Sena yang telah membuat raptai angkat sumpah di Pejabat PAS,Jln Raja Laut KL. Beberapa hari selepas 16 sept,beliau pergi ke luar negara, untuk menenangkan fikiran.

Harapan tinggal harapan. Itulah kebijaksanaan perang saraf Anwar Ibrahim. Bikin ramai orang jadi bodoh,gila dan mereng seketika. Apa motif sebenar 16 sept saya akan huraikan pada 16.Sept akan datang.

Saya sendiri pun naik pening menjelang 16 sept. Bukan pening dengan perang saraf Anwar. Tetapi pening dengan segelintir kawan-kawan dan saudara mara yang menghubungi saya bertanyakan 16 sept. Akhir sekali bila saya pun sudah tidak tahan dengan persoalan yang sama sering ditanya,maka saya mengambil keputusan untuk menyediakan jawapan yang sama kepada semua dan tidak perlu lagi mereka menanya soalan tambahan yang karut marut.

Apabila datang saja soalan begini kepada saya, "faisal,bagaimana dengan 16 sept ini,aku risau lah,anwar dah cukup oranglah". Jawapan saya senang saja "kalau anwar jadi pm 16 sept,aku akan lari berbogel daripada istana negara hingga ke dataran shah alam. sebaik sahaja anwar selesai angkat sumpah di istana,aku akan mula berlari dari depan istana negara melalui federal highway dan aku akan singgah di depan angkasapuri untuk buat sedikit show,kemudian teruskan larian hingga tamat di dataran shah alam".

Itu sahaja jawapan yang saya boleh berikan untuk meyakinkan kawan-kawan,kerana telinga saya sudah letih mendengar persoalan yang sama dan mulut saya sudah jenuih menjawab.

Kata-kata itu juga saya lemparkan kepada penyokong-penyokong pembangkang yang memperli saya,kononnya mereka akan mengambil alih kuasa pada 16 sept. Tetapi, apabila saya meminta mereka melakukan perkara yang sama sekiranya Anwar tidak menjadi PM pada 16 sept ,mereka tidak berani. Kerana apa ? Kerana mereka sendiri pun tidak yakin. Sebaliknya mereka kata saya buat kerja gila. Podah chit ! Mulut saja besar,tapi hati kecil. Ibarat kata pepatah,cakap berdegar-degar,tahi tersangkut di gelegar.

Saya bukan gila,sahabat sekalian jangan ingat saya ini terlalu bodoh untuk membuat janji begitu. Saya berani berjanji begitu kerana saya yakin bukan lagi 100 %,tetapi entah berapa ribu ratus peratus yang perkara tersebut tidak akan berlaku.

Walaupun ada segelintir penyokong UMNO sendiri yang mencemuh tindakan Datuk Seri Najib pada masa itu menghantar rombongan Ahli Parlimen BN ke Taiwan,tetapi tidak bagi saya.

Hanya orang yang faham politik sahaja tidak akan mencemuh. Ianya satu tindakan psywar yang cukup bagus dimainkan oleh Najib. Anwar lagi pening kepala. Dia ingat dia sudah bijak,tetapi Najib lagi bijak. Untuk 'cover' malu ,maka Anwar menghantar beberapa lembu peliharaannya ke Taiwan bagi memburu MP BN.

Akhirnya,lembu-lembu berkenaan juga yang sedap kerana dapat pergi 'holiday'. Yang sedap lagi Tian Chua dan Elizabeth Wong kerana dapat 'berbulan madu' habis-habisan dalam satu kamar hotel di Taipei. Ramai orang tidak mengetahui, inilah sebenarnya punca penyebaran gambar bogel Elizabeth. Kerana Helmi amat bengang dengan tindakan Elizabeth Wong yang tidur sebilik dengan Tian Chua semasa di Taipei. Pasal itu jugalah yang menyebabkan sehingga sekarang Anwar masih mengkuaratin Helmi di Indonesia. Kerana risau bila Helmi balik ke Malaysia dan ditahan oleh polis maka pelbagai cerita akan timbul di Mahkamah kelak.

Anwar sering menganggap dirinya bijak dalam berpolitik. Saya tidak menafikan dia seorang yang bijak. Saya akui dia bijak. Ada masanya orang yang bijak akan jatuh ke dalam telaga buruk kerana terlalu bijak sangat.

Dalam masa yang sama kita juga jangan lupa Najib juga seorang yang lebih bijak. Itulah yang membuat Anwar sasau. Sebab itu Anwar harus cari jalan untuk pancung Najib habis-habisan. Orang bijak yang diam lebih bijak daripada orang bijak yang bercakap banyak.

Anwar bertambah pening sekarang,bila melihat Muhyiddin pula yang mula tunjuk bisa. Selama ini Anwar nampak Najib sahaja yang menjadi halangan kepadanya dan dia fikir dia boleh 'makan' Muhyiddin. Ternyata Anwar silap,kerana beliau harus melepasi dua periuk api sebelum berjaya masuk ke medan musuh. Lagi dia sasau.

Berapa lama lagi dia sendiri pun tidak pasti untuk melepasi periuk api yang berkenaan. Berjaya atau tidak dia sendiri pun tidak pasti juga. Tetapi, saya yakin dia akan rebah ditangan askar beliau sendiri.

1 comment:

ISLAM bukan PAS said...

hah? takder orang komen? pelik..