Tuesday, August 25, 2009

BN MENANG DI PERMATANG PASIR

Kempen PRK Permatang Pasir telah pun melabuhkan tirainya. Hari ini dua puluh ribu lebih pengundi akan menentukan Adun pilihan mereka. Samada mereka mahukan calon kuda tua yang telah enam kali rebah atau kuda muda yang penuh dengan stamina.

Jika Salleh Man kalah lagi hari ini maknanya ini adalah kekalahan beliau yang ke tujuh. Selepas ini boleh boleh ucapkan sayonara kepada sebarang pertandingan dalam p/raya. Jika beliau terus bertanding maknanya beliau seorang yang tidak tahu malu.

Jika Rohaizat kalah, ini adalah kekalahan pertama kepada beliau. Ianya tidak akan memudarkan semangat beliau untuk terus bertanding lagi selepas ini. Itulah harapan saya. Tetapi,tidaklah saya tahu jika beliau sudah merasa serik untuk bertanding lagi selepas ini.

Saya tidak mahu menulis dengan lebih panjang lagi. Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah tentang keputusannya.

Dalam PRU 2008, PAS memenangi kerusi ini dengan majoriti lima ribu lebih undi. Dalam PRK Parlimen Permatang Pauh 2008, untuk DUN Permatang Pasir dimenangi oleh PKR dengan majoriti tujuh ribu lebih undi. Ini bermakna majoriti mereka bertambah dua ribu lebih dalam masa lima bulan.

Jika kita lihat keputusan di atas,kita sudah boleh berkata yang PAS akan menang dalam pertandingan kali ini. Ini kerana kawasan ini adalah kubu kuat mereka dan dibantu lagi oleh sindrom Anwar Ibrahim.

Tetapi,dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. BN memenangi semua PRK antara 2004-2008,bermula di Kuala Brang,Pengkalan Pasir, Ketari, Batu Talam, Machap dan Ijok. Bila tiba PRU ke 12 pada Mac 2008, siapa sangka Selangor dan Perak boleh terlepas dari genggaman BN . Siapa sangka BN kalah di beberapa kubu kuat mereka. Itulah politik.

Untuk Permatang Pasir,naluri dan hati kecil saya mengatakan BN akan menang dengan majoriti dibawah 100 undi.

Itu adalah pandangan peribadi saya. Masing-masing ada hak untuk mengeluarkan pandangan. Sama-sama kita tunggu keputusannya nanti.


17 comments:

Aku Darah Anak Melayu said...

Insyallah sama2 lah kita berdoa untuk kejayaan saudara rohaizat..

Jeffry said...

UNDI NI MCM LOTERI. KDG2 ANGKA BOLE NAIK ATAU TURUN. BEGITU JUGAK NASIB. MCM PUTARAN RODA. KEJAP DI ATAS KEJAP DI BWH. TP DLM FIRASAT AKU KALI NI BN KEMUNGKINAN BERADA DI ATAS BERDASARKAN KEADAAN SEMASA TP DENGAN UNDI YG TIPIS. APE PUN KITA TUNGGU SEHINGGA KIRAAN UNDI SELESAI

Anonymous said...

Blogger pembangkang kutuk habis YB Zulkifli Nordin (YB PKR)


http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/maaf-yb-zul-afidavit-pembelaan-yb-lunas.html

Anonymous said...

InsyaAllah BN menang.. member aku pembangkang sendiri pun yakin BN menang..aku lagi yakin BN menang..kalu kalah takpa, PRU nanti ada lagi..

Anonymous said...

Mai kita tengok nanti kat Kubu BN pulak.

Anonymous said...

Apa Umno menang majority kurang 100? hehehehehehe

Anonymous said...

Apo nak dikato !

Rakyat Permatang Pasir telah membuat keputusan mereka

Mereka nakkan PAS oleh itu hormatilah pendirian mereka.

Pada pandangan peribadi aku UMNO telah silap strategi.

Masih berlaku perpecahan dikalangan ahli UMNO diantara penyokong calun yang akhirnya UMNO juga yang rugi.

Pucuk Pimpinan Parti cubalah fikir-fikirkan. Dengarlah nasihat dan pandangan akar umbi.

Bak kata pepatah pucuk yang subur itu adalah kerana akar umbinya.

HIDUP UMNO!
DULU KINI DAN SELAMANYA.

UMNO said...

Taniah atas kemenangan BN hari ini di PP

Anonymous said...

taniah

ahli pas said...

sungguh tepat analisa kamu. BN menang 4552. tahniah sejuta kali.Ini kemenangan BN yang ketujuh dalam PRK. Teruskan lagi analisis kamu jika ada PRK lagi.

Anonymous said...

kebenaran berbicara jua..

Anonymous said...

Sapa menang kawan?
Tolong lah sikit...saya belum tahu lah, sebab saya hanya baca you punya blog...tak dengar berita sari sumber lain.

PRO R B F

Wong Pencen said...

"Jika Salleh Man kalah lagi hari ini maknanya ini adalah kekalahan beliau yang ke tujuh. Selepas ini boleh boleh ucapkan sayonara kepada sebarang pertandingan dalam p/raya. Jika beliau terus bertanding maknanya beliau seorang yang tidak tahu malu."

Berdasarkan olahan yang saya petik di atas, bolehkah saya menganggap bahawa Faisal berpandangan BN dan UMNO sepatutnya tidak lagi bertanding dalam mana-mana PRK selepas ini?

Saya sekadar mengutarakan bahawa pendekatan kempen sebagaimana yang Faisal utarakan sebenarnya memang tidak berkesan untuk menarik dan meraih sokongan. Mungkin seronok dibaca kerana sensasi tetapi tidak mendatangkan hasil dalam bentuk sokongan.

Sebagaimana UMNO wajar berubah untuk meraih sokongan, penyokong UMNO, termasuk bloggers, juga wajar memperkenalkan pendekatan baru sekiranya mahukan kejayaan.

Janganlah menjadi seperti penoreh getah yang mengharapkan hasil susu kacang soya. Berbuat perkara yang sama akan menghasilkan perkara yang sama.

decoy said...

Aku setuju dengan Wong Pencen, bloger macam Faisal ni yang buat Umno semakin lemah. Apa beza rbf dengan bloger pembangkang? langsung takde malah lebih teruk dan nampak sangat tak berkualiti. Kadang2 hujah tu langsung tak masuk akal sampaikan kawan aku yang selama ni duduk atas pagar dan inagin join Umno terus berubah fikiran bila baca bolg rbf. Tolong la ubah cara tulisan tu jangan bagi nampak yg anda ni tak educated. Nampak gaya tulisan SPM pun tak pass.

ruang bicara faisal said...

saudara decoy

sekilas ikan di air ku tahu jantan betina.

sama juga dengan

satu komen mu shj,ku tahu parti mana yang kau kiblatkan. tidak perlu hendak menyamar dan berpura-pura menjadi ahli umno.

hujah masuk akal atau tidak masuk akal bukan kerja kau.

itu blog aku,medan luahan perasaan hati dan pendapat aku. aku tidak memaksa kau datang untuk membacanya.

datang mu tidak diundang

pergi mu tidak dihalang.

faham-faham sendirilah...

Anonymous said...

bercakarlah sesama kamu umno..supaya kami anak melayu ini terus di atas pagar..akhirnya kami roboh entah kemana..kalian lah kami pertanggungjawabkan! geram marah kami siapa kamu ingin mendengar wahai bangsaku..bangsa bakal berkubur..tunjukkan kami anak muda ini..erti ikhlas bangsa melayu kita..bukan di bibir PAS, dan bukan di tembolok UMNO..kami mahu bangsa bersatu..melayu untuk melayu..

Anonymous said...

Agama yg penting bukan bangsa.