Thursday, August 27, 2009

BN RASUAH ADUN LUNAS !!!

Adun Lunas terus menjadi mangsa serangan peribadi

Seperti biasa, bila ada saja Adun atau orang-orang PKR ,DAP atau PAS keluar parti mereka,maka gegak gempitalah seluruh alam maya ini dengan pelbagai tuduhan. Samada tuduhan peribadi terhadap orang berkenaan atau tuduhan terhadap UMNO ,semuanya ada. Termasuklah tuduhan BN merasuah mereka. Tuduhan dibuat secukup rasa supaya sedap halwa telinga mendengarnya.
Anak dara tua

Sebagai contoh anda boleh lihat rujukan yang disertakan ,bagaimana anak dara tua yang tak laku ini menyelar Adun Lunas.(Rujukan,klik disini)

Itulah yang membuatkan Ahli Parlimen Kulim,Zul Nordin mengeluarkan kenyataan balas terhadap anak dara tua berkenaan. (Rujukan, klik disini)

Saya ingin mengajak pembaca sekalian serta sahabat handai dan ahli keluarga saya yang menyokong PAS yang sering melawat blog saya ,memikirkan sejenak perbandingan yang saya katakan ini.
.Masihkah kau ingat ??? Inilah punca sebenar tumbangnya Nizar di Perak

Apabila Adun Bota daripada BN , Datuk Nasaruddin menyertai PKR, January lepas, gegak gempita seluruh penyokong-penyokong dan pemimpin pakatan menyokong tindakan Datuk Nasa. Mereka halalkan semua itu. Adakah anda mendengar sepatah perkataan daripada pemimpin BN atau Adun-adun BN Perak menyalahkan Anwar Ibrahim ? Tidak.Sama sekali tidak. Sebaliknya mereka menyalahkan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali,selaku Pengerusi BN Perak pada waktu itu. Hinggakan Tajol Rosli mengambil tindakan melepaskan jawatan tersebut.(Rujukan,klik disini)

Tetapi...

Bila saja berlaku Adun PKR dan DAP keluar parti mereka,keluar saja,tidak sertai BN pun,maka segala jenis muncung senapang dihalakan kepada BN. Inilah bezanya mentaliti orang-orang BN dan pembangkang.

Yang lebih malang lagi,penyokong yang turut sama bebal percaya cakap pemimpin. Pemimpin mereka hendak tutup kelemahan mereka dan menyalahkan BN, mereka pun turut sama menyalahkan BN. Apalah jenis baghal punya penyokong,saya pun tidak tahu.

Sepatutnya dalam kes di Perak, Nizar harus 'disembelih' habis-habisan oleh penyokongnya kerana kecuaiannya mengemudi sebuah kerajaan hingga terlepas dari genggaman. Beliau gagal menjalankan amanah yang diharapkan,kemudian beliau salahkan kepada orang lain. Tetapi kerana penyokong-penyokong mereka jenis kelas ketiga, maka Nizar yang sepatutnya 'disembelih' dijulang pula sebagai hero. Apalah malang sangat nasib hangpa semua ini,terlalu mudah ditipu oleh orang yang kamu puja. Kalau kamu perintah negara ini,saya rasa hancur lebur negara ini.

2 comments:

Ekeng A/L Etong said...

PKR memang terkenal pelakon terbaik dan juga pakar putarbelit.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

sdra
saya setuju dgn pendapat sdra bahawa nizar akan menjual negeri Perak kalau dia terus berkuasa.Penyokong Pas mmg sgt bodoh.penyokong PKR sgt ganas.Penyokong DAP sgt racist.