Friday, August 21, 2009

DUA PERKARA PANAS DI PERMATANG PASIR HARI INI

MUJAHID YUSOF RAWA DIMINTA MENAFIKAN YANG BELIAU TELAH MENGESAHKAN CALON PAS SELEWENG DUIT RM 60 RIBU
PENGARAH P/RAYA PAS PERMATANG PASIR YANG BERCAKAP PASAL INTERGRITI,TETAPI DIRI SENDIRI TIADA INTERGRITI


Dua perkara panas berlaku di Permatang Pasir hari ini. Inilah padahnya bila mula bermain dengan api. Akhirnya membakar diri sendiri. Siapa yang mula melancarkan perang peribadi ? PAS. Kerana apa ? Kerana pengarah pilihanrayanya seorang yang bodoh,bangang dan terdesak.

Pertama, Nik Aziz telah mengarahkan Mujahid Yusof Rawa menafikan yang beliau ada bercakap dengan seseorang mengesahkan calon PAS ada seleweng duit RM 60 ribu (Rujukan,klik sini)
Sungguh tak ku sangka tulisan aku telah menggoncangkan PAS. Tetapi,aku terpaksa bayar dengan harga yang tinggi,iaitu aku terpaksa mengorbankan persahabatan aku dengan seorang teman.

Kedua,Mahfuz Omar,apabila ditanya wartawan hari ini beliau cuba menafikan yang beliau selalu ke Penjara Pokok Sena. Walaupun pada mulanya beliau mengiyakan dengan mengatakan beliau selalu ke penjara berkenaan kerana penjara tersebut berada di dalam kawasannya. Apabila didesak lagi oleh wartawan,beliau mula pusing cerita. Mana intergriti oiiii????

Saya harap wartawan akan terus mendesak Mahfuz dengan soalan berkenaan.

Jika beliau tidak menjawab dengan jujur,saya akan dedahkan pada hari ahad ini jam 12.00 tengahari.

Saya dah bertekad,saya akan malukan Mahfuz habis-habisan kali ini. Kerana beliau yang mula melancarkan perang. Sebagai anak jantan kita mesti sahut. Pengedaran wang palsu bersama logo BN yang diedarkan oleh PAS juga membuat hati saya bertambah panas terhadap Mahfuz.(Rujukan,klik sini)

Saya dah tekad,walaupun ada segelintir rakan-rakan saya yang cuba menasihatkan saya jangan campur hal peribadi,tetapi saya akan teruskan juga. Saya tidak gentar. Saya akan dedah dan saya akan lawan Mahfuz sampai ke lubang cacing.

Jika Mahfuz boleh menyerang peribadi calon BN,mengapa saya tidak boleh menyerang peribadi Mahfuz. Apakah calon BN tiada maruah dan Mahfuz saja yang ada maruah ? Lagipun apa yang dituduh terhadap calon BN adalah perkara yang telah selesai.

Update@ 1512hrs. Petikan dari Harakah...kah...kah Online :PAS akan membuat pendedahan demi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar(Rujukan,klik sini)

Dedah mahfuz ! dedah lagi !

Aku akan hancurkan kau Mahfuz !!!


8 comments:

Aku Darah Anak Melayu said...

teruskan perjuangan..
jangan gentar dengan mereka..

Anonymous said...

Pembangkang termasuk PAS banyak main kotor.Kena balas dengan setimpal.

PAS konon parti Islam,tapi perangai macam setan.

Ipoh Marley said...

BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH..teruskan perjuangan untuk kebenaran

Fatimah said...

Bro,

Looks like the PAS/PR campaign is becoming MORE EMBARASSING. The latest :

1. PAS Cadidate for Permatang Pasir involved in RM60,000 DUIT HARAM.

2. Anwar involved in a $92,200 USD DUIT HARAM.

3. Husam Musa sacked his assistant because he was afraid his assistant will 'bocorkan' his secret of receiving RM 66,400 DUIT HARAM!

So is receiving DUIT HARAM part of the PAS/PR culture now? Is it a deposit to paradise? LOL

PPUBJ said...

teruskan berjuang..

Mahfuz seorang yang suka bercakap kosong, tiada nilai, pandai melalak dan sungguh memalukan. selalu fikir dirinya betul, selalu bercakap soal integriti tapi diri sendiri kelam kabut..

Dedahkan semua skandal dlm Pas, saudara..kami doakan yg terbaik dan syabas buat saudara...AMIN..

chunnik said...

kami sokong...

bonkar ..jangan tak bongkar...

tit for tat..
butter for fat...

ada ubi ada batas...
orang buli..kita balas..

Anonymous said...

Tiada ciri2 Islamik di dalam diri pemimpin dan pecacai PAS. Yang ada hanya ciri2 makhluk yang gila menggunakan Islam untuk kepentingan tempolok sendiri.

Aku said...

salam

tahniah bro kerana telah mengdeletekan gambar itu... sebagai org islam, kita digalakkan menerima nasihat yg baik..tahniah kerana bro dapat menerima dan mendengar nasihat yg baik. biarlah perjuangan kita mencerminkan perjuangan yg benar2 bersih dari segi agama akhlaq bangsa dan negara.. jangan kita jadi sprti mereka itu yg menghalalkan apa yg haram demi karier politik mereka tapi tetap haram bagi org lain.dah tu, sempat putar belitkan ayat ayat Allah pulak apabila terkena batang hidup mereka sendiri..

selamat menyambut ramadhan dan semoga kita ikhlas dalam beribadah kpd Allah