Wednesday, August 26, 2009

KALAU PAS KUAT,TENTU BN HILANG DEPOSIT.

Seperti dijangka saya dilanyak cukup-cukup bila keputusan PRK Permatang Pasir diumumkan. Semuanya gara-gara posting saya yang sebelum ini mengatakan BN akan menang dengan majoriti di bawah 100 undi.

Pelbagai kecaman dan perli yang saya terima , baik melalui ruangan komen,e mail, sms dan juga panggilan telefon. Saya terima seadanya segala kecaman tersebut. Kalah menang adat bertanding. Walaupun sudah tujuh kali BN kalah dalam 'rally' PRK penggal ini,ianya tetap tidak mematahkan semangat saya.

Saya meramalkan BN akan menang. Itu tidak menjadi kesalahan. Ramai orang yang meramalkan mengikut pandangan masing-masing. Mahfuz Omar sendiri mengatakan PAS akan menang dengan 1 undi. Sayuti Omar,seorang penulis politik terkenal pun meramalkan PAS akan menang 300 undi(Rujukan, klik disini).

Semua orang layak mengeluarkan pendapat masing-masing dalam sebuah negara yang demokrasi. Maka saya pun layak mengeluarkan pendapat saya. Anda juga layak memperli atau mengecam saya. Tidak mungkin saya sebagai seorang penyokong BN hendak mengatakan BN akan kalah. Sudah pasti saya harus dukung pasukan yang saya sokong. Jika di Pekan atau Putrajaya ada PRK pada masa akan datang,sudah pasti orang-orang PAS juga akan mengatakan mereka akan menang di sana. Menjadi hak kita menyokong pasukan yang kita dukung.

Jika melihat kepada serangan-serangan peribadi PAS terhadap calon BN,sepatutnya PAS menang dengan majoriti melebihi sepuluh ribu atau calon BN kehilangan deposit. Tetapi,apa yang dah jadi ? Majoriti PAS menurun,dan undi BN tidak lari banyak daripada apa yang dikutip dalam PRU ke 12 pada tahun 2008.

Maknanya PAS masih belum benar-benar hebat di sana. Jika dalam PRU 12 ,PAS menang 5000++, selepas itu dalam PRK Permatang Pauh 2008, bagi DUN Permatang Pasir, PKR menang 7000++. Ianya menunjukan peningkatan yang mendadak. Sepatutnya dalam PRK kali ini majoriti itu terus naik lagi hingga ke 10000, tetapi apa yang terjadi,ianya turun mendadak. Apa dah jadi ? Adakah itu boleh dinamakan kuat ? Kepada penyokong PAS , jangan terlalu syok sendiri. Angka-angka juga harus dilihat dan diteliti. Jangan hanya nampak syurga sahaja.

Saya tahu,ramai yang akan berkata,walau berapa majoriti sekalipun ianya tetap menang. Ya betul, saya tak nafikan. Tahniah diucapkan kepada yang menang. Akhirnya kuda tua yang sudah enam kali rebah menjadi juara jua. Tetapi apa gunanya kemenangan jika ianya menjurus ke arah sebuah kehancuran,terutamanya dikalangan Islam dan melayu.Perpaduan yang ditawarkan tetapi kehancuran juga yang diburu.

Kepada ahli-ahli PAS,selamat bergumbira di syurga...

7 comments:

Anonymous said...

Saudara Faizal,sy suka baca artikel awak. Hujah anda tajam lagi bernas. Sy berpendapat dalam mana2 PRK akan datang, BN akan kalah TETAPI majoriti pembangkan pasti merosot. Kerana dalam PRK akan terbuka semua pekong pembangkang. Gerak saraf UMNO kena tunjukkan yang pembangkang memang sangat korup. Sehinggakan rakyat akan fikir, lebih baik aku undi BN yg korup sikit daripada undi PR yang korup terlampau banyak. Sekarang ni perang persepsi. Imej BN org dah cop rasuah. Kena ada usaha berterusan untuk jadikan PR ni ikon korupsi, pelacuran, hina Islam dan tak boleh harap. Bila orang ingat PR, orang ingat korupsi, gagal pentadbiran dan lain2. BN/UMNO tetap kena baiki imej. Tapi jangan bimbang, at least ada 2 PRK lagi. Satu di Galas, Kelantan satu lagi di Hulu Langat. Kedua2nya Adun PAS dan PKR, sedang tunggu masa ke syurga ciptaan Nik Aziz.

Anonymous said...

Telahan saudara yang BN akan menang walaupun petunjuk-petunjuk menunjukkan sebaliknya bercanggah dengan slogan yang saudara pilih - Berkata Benar Walaupun Pahit. Ini mempamerkan nilai blog saudara.

ruang bicara faisal said...

kpd anon no 1,saya hargai sokongan anda terhadap blog saya.

cuba kita fikirkan bersama,kenapa asyik adun dan mp mereka shj yg mati ?

ruang bicara faisal said...

kpd anon no 2

maafkan saya.

saya akui kesilapan saya. komen anda menyedarkan saya. saya akan cuba memperbaiki.

terima kasih banyak2. salam ramadhan diucapkan

Dee said...

Biasa lah Puak Angkuh Sombong (PAS) walaupn benda tuh sekecil hama mereka akan perbesarkan hingga sebesar dunia. .Parti Ahli Syurga(PAS) lah katakan. .Permatang Pasir adalah kubuh Parti Angkut Sampah(PAS) sejak 1999 undi mereka dpt dlm lingkungan tang juga. .Kekuatan hamPAS kelapa takat tuh jer tak berganjak pun.

YANG GAMBI said...

Salam RBF,

Segala-galanya telah ditentukan, UMNO Permatang Pauh yang menjadi teraju perlu memikirkan jalan terbaik untuk mendapat keyakinan masyarakat di sana.....

relaxjom said...

Salam Saudara RBF,

membaca hasil tulisan saudara, adakalanya lebih berat kepada sesuatu pihak sahaja.

Ada yang saya setuju dan ada juga yang saya tidak bersetuju ...