Thursday, August 27, 2009

KARTIKA DAN BAPANYA HANYA KEJAR GLAMOR

Terus terang saya katakan, saya amat meluat melihat Kartika dan bapanya sehari dua ini. Mereka hanya mencari glamor.

Seluruh media masa tempatan dan antarabangsa menumpukan lensa kamera kearah mereka berdua sekarang. Semuanya gara-gara hukuman sebat yang dijatuhkan terhadap beliau kerana meminum arak.Peminum arak, juga boleh jadi glamor di Malaysia.

Adakah jaminan yang Kartika tidak akan meminum arak lagi selepas dijatuhi hukuman sebat. Saya rasa tidak. Melainkan Kartika bertaubat Nasuha. Maaf ,bukan untuk bersangka buruk tetapi berwaspada.

Kepada bapa Kartika, tidak perlulah sekarang baru anda hendak melaung,melolong,dan terpekik-pekik memohon anak anda disebat segera. Semua yang berlaku ini berpunca daripada kegagalan pakcik mendidik anak pakcik. Bepuluh tahun masa yang ada pakcik tidak gunakan sebaik mungkin untuk mendidik anak,tetapi pakcik terpekik-pekik dan melolong bila hukuman ditangguhkan untuk seketika.

Kepada Kartika dan bapanya, tolong fikirkan sedikit maruah dua orang anak Kartika apabila mereka besar kelak. Jangan sampai satu hari nanti bila orang ramai melihat mereka dan orang ramai berbisik,"itu anak orang yang minum arak dan disebat 15 tahun dulu". Jangan aibkan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Kepada Kartika,saya tahu anda seorang model,anda suka kepada publisiti, tetapi tidak dalam kes sebegini. Maruah anak cucu harus dijaga.

Jika Kartika benar-benar insaf, tidak perlu anda memohon hukuman rotan dengan segera. Saya cadangkan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini anda bertaubat Nasuha. Soal rotan perkara kedua, kalau hukuman jalan terima,kalau hukuman dibatalkan juga anda harus terima. Kita serahkan kepada pihak berkuasa dan yang lebih arif untuk menentukan. Jika mereka buat silap,maka mereka yang akan tanggung dosanya. Tugas kita sebagai rakyat, patuh kepada pemerintah, selagi mereka tidak menzalimi kita.

Yang penting tekad dan keikhlasan anda untuk berubah dan meninggalkan segala perangai buruk.




22 comments:

Anonymous said...

Ku fikirkan hanya aku seorang berfikiran begitu...

ruang bicara faisal said...

oh tidak sayangku ! ku juga berfikiran seperti mu

Small Talk said...

Soalan seterusnya, kata ada suami rakyat Singapore? Kenapa tak muncul? Tak nak cari publisiti sekali ke?

Anonymous said...

dia ni sama dengan manohara dari indo tu...gila glamour...

manohara tunjuk @#$% dia yang kena dera...maka berduyun duyun lah orang malaysia kutuk kerabat diraja kelantan...bila ada blog tunjuk manohara dengan kekasih dia dari indo..senyap semua....

YANG GAMBI said...

Salam,

Kalau ada yang dah kata begitu, kawan sebenarnya lama dah nak kata begitu.... kalau kita faham komen Mufti Perak, "buat apa nak kecoh" pun sudah cukup.

Walau pun hukuman itu tidak sepenuhnya mengikut hudud kata Hadi Awang, tapi Pahang telah mengambil pendekatan menuju kearah itu supaya umat Islam tidak terasa terperanjat.

Kat Kelantan 'Serambi Mekah' kata Tok Guru, mengapa Mat Sabu terlepas ?

YANG BETULNYA, keikhlasan Kartika dan Keluarga juga perlu agar isu ini tidak menjadi bahan ejekkan.

BOCAH KAMPONG said...

salam maaf..bk tidak berfikiran begitu...

isu yang hanya di sensasikan oleh media jika kita amati kembali kartika didapati bersalah dan sanggup menerima hukuman kerana menyesal atas perbuatannya...stop...

habis bab itu.....

yang lain fikir sendiri.....tapi kalau nak cari salah....macam macam boleh jumpa....

Anonymous said...

Pendapat saya Mahkamah Syariah sekadar balun saja dengan hukuman mereka tetapi tang bab pelaksanaan, elek!

Kes kes nafkah.. sekadar keluarkan perintah, tetapi tidak monitor dari segi pelaksanaan.

KWSP? Sekadar keluarkan FATWA sahaja, tetapi pihak KWSP hari ini masih membahagikan cara KAPIAQ!.

Apa salahnya TERUS TERANG nyatakan wang KWSP tidak memenuhi syarat SIMPANAN cara Islam, maka terjatuh dalam golongan wang TIDAK halal maka tidak perlu di FARAIDKAN?

Sama seperti kes ini. Yang BERZINA, berapa mereka ini telah direjam dengan batu sampai mati? Apakah mereka akan melaksanakan Hukum ini jugak?

NAK KELUARKAN APA JUGA PERINTAH ATAU HUKUM, TELITIKAN DULU DAN SERAGAMKAN... jangan memilih bulu.

Bayangkan kiranya Kartika ini adalah sebenarnya anak SUKARNO bekas President Indonesia... Apa berani tangkap dia? Berani nak sebat dia?

Mahkamah Syariah perlu kejapkan Institusi mereka dulu.

BALU

Anonymous said...

Eloknya bagi 40 @ 80 sebatan. Biar 2 beranak ni tau langit tinggi rendah.

najamarine said...

Kes KARTINA ni bro,bukan kes yg baru dan pertama..

tetapi oleh kerana kartika seorang model dan mengaku bersalah tanpa merayu..juga memilih untuk di sebat bukan membayar denda menjadikan dirinya fokus oleh media2.

perlu juga kita sedar,media lah yg memainkan peranan ini bukan mereka yg memanggil kartika..ade andaian juga bapanya sekadar mengambil kesempatan depan lensa untuk menjadi glamour..

jika bende ini berlaku ke atas keluarga saya,masyaallah..malu dengan Allah,malu juga dengan masyarakat..kemungkinan besar saya dan keluarga akan menyembunyikan diri buat seketika sehingga sume senyap..bukan bermekap bagai di depan camera menjadikan diri fokus dunia untuk menagih simpati.

imej mahkamah syariah kita juga tercalar dengan pelaksanaan ini.ade hikmahnya KARTIKA memilih hukuman sebat..secara tak langsung menyerlahkan lagi kekurangan peruntukan undang2 syariah kita di mana perlaksanaan hukuman tidak bersungguh2 dan di ambil acuh tak acuh oleh mahkamah syariah negara kita..bayangkan hukuman telah sedia ada tetapi perlaksanaannya TIADA???

janganlah kita menyalahkan keluarga KARTIKA lagi..kita doakanlah agar keluarga kita tidak tergolong dalam manusia yg suka melakukan larangan ALLAH.semua yg berlaku ada hikmahnye..

wallahualam.

The 6th Musketers said...

Salam..

Bagi saya, media terlalu memberikan liputan luas mengenai isu ini. Satu muka surat khabar penuh dgn artikel isu Kartika ni.

http://nasionalis1982.blogspot.com/

Anonymous said...

untuk kali ini, saya bersetuju dengan saudara..

Anonymous said...

pergi la carik hadis orang yang meminta dirinya dihukum, Allah beri rahmat 7 para sahabat keatasnya. Aku dengar dari seorang ustaz dalam rancangan helo malaysia.

aku tak tau hadis tapi kalau nak kebenaran, cari.

bagi aku, kalau tak cukup ilmu, jangan sewenang-wenang nak komen pasal hukum tuhan. sebab korang bukan tuhan!

Anonymous said...

hukuman rotan


http://www.surfjunky.com/?r=takbirselalu

ruang bicara faisal said...

kpd anon 12:24

kenapalah ada org mcm kau ni dlm dunia ini. bodohnya tahap pemikiran kau. kalau mcm ni punya org yg jadi pemimpin hina dan hancurlah islam

berlagak pandai,tapi bodoh

aku tak pertikai hukuman wahai bingai. aku pertikai cara kartika dan bapanya yg lebih2 nak dapat liputan media.

ada faham ke samdol ?

adik manis said...

wooiii faisal...
hang x g semayang jumaat ke... kul 1.14 pm blh bg komen lg???
insaf lah weiii.. cakap berbuih2... tp x serupa bikin...

Topet said...

crap entry....

dia yang nak disebat...sapa tah yang suruh kartika merayu..bukan PM ka?
dey macha..pikiaq la..dia sendiri yang nak disebat...yang lu jadi gila babi awatnya...siapa yang membesarkan isu ni kalau tak media massa....bodo takleh nak diajaq

sangguna said...

anak beranak ni ingat kena rotan tu blh hapus dosa ke, aku setuju dgn kau rbf klu dah betul2 taubat nasuha, udah le tak payah nak kecoh2 lg.
sekali tengok nampak mcm diorang bangga pun ada, bangga tak bertempat, mengaku salah minum arak lepas tu mintak disebat dan kecoh satu malaya.
klu dia tak ditangkap rasa2 kau dia menyesal tak minum arak.
skrg dah jd mcm ni mak bapak dia jugak yg malu.

Melayu Islam said...

Salam ya faisal,

lebih cepat kartika kena sebat lagi bagus.

banyak lagi benda lain yang rakyat nak kena buat selain fikir pasal model tu.

melayuislam.wordpress.com

-don- said...

aku setuju ngan ko faisal..memula aku tgk isu ni, aku rasa kartika ni patut jadi contoh org yg redha ngan ketetapan hukum agama...tapi masalahnya lepas tengok gaya dia keluar tivi tempoh hari, baca statement dia & statement ayah dia skali, aku rasa meluat dan naik menyampah pulak dengan anak beranak ni..seolah2 sebok mencari publisiti murahan di tengah2 isu ni..macam yang kau kata la, pak dia ni pun bukan reti jaga anak..tu yang sampai anak minum arak semua..kartika ni pula dah teguk arak tu, bila kantoi gini baru nak "sedar" konon..sebelum teguk benda alah tu, ada dia pikir kesudahannya?..maknusia..maknusia..

mungkin lepas dia jalani hukuman, dia boleh cari peluang berlakon filem atau setidak-tidaknya jadi duta tudung ke..duta carlsberg ke..sebelum tu, sekarang ni kena kaut publisiti puas2 supaya femes..

ruang bicara faisal said...

kpd adik manis

tahniah kerana telah menunjuk contoh yg baik,kerana menuduh org tak pi sembahyang jumaat.

tgk dulu waktu zohor pukul berapa.

1.22 samdol oiiiiii

Dee said...

Salam Rbf

Kalau kita perhatikan skg kartika makin ayu tersenyum manis di depan lensa media.. Seoalah bangga persis model busana gamaknya. Malu dgn hukuman dan perbuatan yg sudah tak lagi terpampang di wajah.Keinsafan diri ditunggang mengejar populariti..Glamor lagak bintang kelas tiga. .

Apapn teruskan hukuman sebat jgn flip flop kan. .Buktikan kewibawaan makamah syarie..

Anonymous said...

korang tahu ker dia dah buat sembahyang taubat tu? memfitnah tak tentu fasal, tak takut dosa ker?