Monday, August 17, 2009

LIM GUAN ENG : SANA KUTIP DUIT,SINI KUTIP WANG

DARI MELAKA KE PULAU PINANG
SINGGAH DI TAPAH BELI JAMBU
SANA SINI GUAN ENG KUTIP WANG
JENIS MANUSIA MUKA TAK MALU

Sehari dua ini adalah hari yang amat memenatkan bagi RBF. Semalam sehari suntuk saya berada di Melaka. Pulang dari Melaka saya singgah di rumah sekejap di Lembah Klang. Kemudian teruskan pula perjalanan ke Pulau Pinang(Permatang Pasir).

Kadangkala saya rasa diri saya ini seperti orang-orang politik pula. Sibuk ke sana sini mencari info,memenuhi undangan dan membuat kerja-kerja underground serta mencari bahan untuk menulis blog. Nampak seperti seronok,kerana sentiasa mendapat undangan sana-sini,tapi penyu menangis siapa yang tahu (pinjam kata-kata GAP).

Semalam saya berada di Melaka. Hari ini di Pulau Pinang. Kedua-dua negeri ini ada kaitan dengan Lim Guang Eng yang juga KM P.Pinang. Melaka adalah negeri asal beliau. Oleh kerana tidak mendapat tempat di Melaka,maka dia beralih arah ke P.Pinang pula.

Info yang saya dapat dari Melaka semalam,mengatakan Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang tidak disukai oleh orang-orang DAP di Melaka. Sebab itu mereka tidak bertanding di Melaka.

Yang amat mengejutkan adalah sebelum PRU 2008 tempohari,Lim Guan Eng kalah dalam pertandingan merebut jawatan dalam pertandingan merebut J/Kuasa DAP Negeri.

Kalau diikutkan secara logik akal seperti tidak percaya,anak Pengerusi DAP Kebangsaan boleh kalah dalam merebut jawatan peringkat negeri.

Tetapi,itulah realitinya. DAP Melaka memang membenci sangat-sangat kepada mereka berdua ini. Setelah kecewa di Melaka,maka beliau beralih arah pula ke Pulau Pinang. Tidak lama lagi DAP P.Pinang pula yang akan membencinya.

Ramai orang menyangka Lim Guan Eng,seorang yang baik,termasuklah saya sendiri sebelum ini. Betulah kata-kata orang tua,isi buah tidak boleh dinilai melalui kulit. Seperti juga Lim Guan Eng,nampak daripada luar seperti orang baik-baik,tetapi perangai mengalahkan hantu ku chik yang pernah menggegarkan Kelantan di tahun 80 an.

Semasa di Melaka dulu,Lim Guan Eng pernah membuat satu tabung yang bernama Tabung Selamatkan Bukit China di tahun 80 an.

Ceritanya begini,ada satu kawasan berbukit di tengah-tengah Bandar Melaka yang bernama Bukit Cina. Sebahagian daripada Bukit Cina ini terdapat perkuburan cina yang lama. Sebahagian lagi masih kosong. Memandangkan lokasi tersebut berada di tengah-tengah Bandar Melaka,maka ianya sudah pasti mempunyai nilai yang tinggi.

Kerajaan Melaka pada masa itu dipimpin oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik selaku KM ingin memajukan kawasan tersebut di bahagian yang masih kosong. Kerajaan Melaka mencadangkan untuk memberi tanah di tempat lain sebagai ganti. Kerajaan Negeri tidak akan mengusik tanah yang sudah ada kubur. Mereka hanya ingin memajukan di kawasan yang kosong sahaja.

Perkara ini telah telah menimbulkan keributan di kalangan orang-orang cina di Melaka dan seluruh negara. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,telah menghasut dan mengapi-apikan orang-orang cina. Mereka berkata orang melayu cuba membina bangunan di kepala datuk nenek moyang mereka yang telah mati. Mereka juga telah melancarkan satu tabung yang bernama Tabung Bukit Cina.

Kerajaan BN dan Umno sebagai tunjangnya pada masa itu telah berbincang dengan panjang lebar tentang perkara ini,kerana mereka bimbang rusuhan kaum akan berlaku disebabkan oleh dua orang penghasut ini. Maka Tun Dr.Mahathir pada masa itu sebagai PM dan Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai KM telah mengambil keputusan membatalkan rancangan tersebut. Umno beralah lagi.... Tidak menjadi masalah,One Malaysia punya pasal.,walaupun One Malaysia belum dilancarkan lagi pada waktu itu,tapi ianya telah pun wujud .

Sehingga kini ,kubur tersebut tidak terusik dan tiada satu pun binaan di tanah perkuburan terbabit di runtuhkan. Kerana perkara ini juga,dendam Guan Eng kepada Rahim Thamby Chik tidak pernah habis dan beliau membuat satu surat layang fitnah terhadap Rahim sehingga beliau disumbat dalam penjara.

Persoalan yang timbul disini ialah, dimana duit Tabung Bukit Cina yang dikutip oleh dua beranak tersebut berada sekarang ? Sehingga kini ianya masih misteri. Bila ditanya oleh orang-orang Melaka Lim Guan Eng sering memberi seribu satu alasan. Itu sudah lama ma.....tutup celita ma..... Mengapa ianya tidak didedah dan dibentangkan kepada umum sehingga kini ?

Cerita kedua, juga dari Melaka. Dalam tahun 2001 , Kerajaan Melaka membuat projek menambak laut di Kg.Portugis. Dalam diam-diam Lim Guan Eng telah pergi berjumpa dengan kontraktor yang diberi projek tersebut dan beliau meminta RM 100 ribu daripada kontraktor berkenaan. Kononnnya untuk diberi sebagai pampasan kepada nelayan-nelayan di perkampungan terbabit. Kontraktor tersebut memberi kepadanya jumlah yang diminta. Tetapi malangnya wang berkenaan tidak sampai kepada nelayan.

Selepas 5-6 tahun kemudian perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri Melaka. MCA Melaka bergegas berjumpa dengan Lim Guan Eng dan bertanyakan wang tersebut. Dijawabnya olehnya yang wang berkenaan berada di P.Pinang dengan peguamnya iaitu Karpal Singh. Lantas MCA bertanya Karpal Singh,benarkah wang tersebut ada bersamanya,dan Karpal mengakuinya.

Lalu MCA meminta mereka memberi wang tersebut diberi kepada nelayan yang berkenaan. Selepas itu barulah mereka agih-agihkan wang berkenaan kepada nelayan. Setelah 5-6 tahun baru mereka agih. Cuba bayangkan jika MCA tidak mendesak atau Kerajaan Negeri tidak mengetahui perkara berkenaan , apa yang akan terjadi kepada wang tersebut. Inikah yang dinamakan Khalifah ?

Satu lagi cerita dari Melaka ialah, Lim Guan Eng cuba menjadikan DAP sebagi gerakan kristian. Ini amat tidak disenangi oleh orang-orang cina yang beragama buddha. Lim Guan Eng adalah seorang Kristian,tetapi beliau tidak memakai nama kristian. Isterinya Betty Chew memakai nama kristian. Mengikut cerita yang sampai kepada saya daripada Mr.Tan di Melaka seperti berikut katanya, "Lu tau maa..,ini cina sama colok talak boleh kasi pisah. Tapi ini Guan Eng maa..dia talak pegang itu colok. Lu lilat (lihat) belapa kuat dia punya klistian".

Disebabkan perkara-perkara inilah menyebabkan Lim Guan Eng ditolak oleh orang-orang DAP di Melaka.

Lalu beliau beralih arah ke P.Pinang pula.

Walaupun buah peria itu kalau ditanam di atas batas sakar, dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak ianya tetap pahit juga. Atau pun sama seperti anjing yang biasa makan tahi,maka tahi juga yang dicarinya.

Begitulah juga dengan Guan Eng. Di Melaka ada masalah kutip wang,di P.Pinang pun ada juga masalah yang sama. Tuah ayam nampak di kaki,tuah RBF siapa yang tahu.Mungkin rezeki saya baik hari ini. Apabila saya berada di P.Pinang hari ini,saya mendapat lagi cerita yang hampir sama tentang Guan Eng juga. Maka boleh,saya kaitkan sekali dengan cerita yang saya dapat semalam.

Cerita ini saya nampak dan saya alami sendiri. Saya tidak berada lama di pusat penamaan calon hari ini,kerana terlalu mengantuk. Sebelum pulang ke Hotel di Seberang Jaya ,saya singgah di Pasaraya Parkson yang terletak di Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya. Saya singgah untuk membeli beberapa barangan keperluan peribadi.

Apabila saya membayar barangan yang dibeli di kaunter,saya tidak diberi beg palstik . Lantas saya bertanya dengan juruwang terbabit. Mereka berkata beg plastik pelanggan harus beli dengan harga 20 sen dan wang tersebut akan diberi kepada Kerajaan Negeri untuk tabung membasmi kemiskinan. Dengan hati panas saya merangkul barang-barang yang dibeli tanpa beg plastik. Bukan saya tak mampu untuk bayar RM 20 sen tetapi kerana sakit hati.

Haram jadah punya kerajaan ! Sepatutnya tugas membasmi kemiskinan adalah tugas kerajaan yang memerintah dan bukannya tugas orang ramai. Tetapi mereka telah mewajibkan pula orang ramai untuk membeli beg plastik bagi membasmi kemiskinan. Disinilah kita boleh melihat betapa despradonya mereka.

Orang ramai yang mampu hanya boleh membantu setakat yang mereka mampu. Saya tidak akan ralat sekiranya wang untuk membeli plastik beg tersebut disumbangkan kepada tabung anak-anak yatim,cacat atau pertubuhan kebajikan yang lain.

Tetapi kerajaan negeri P.Pinang sudah gila. Mereka memaksa pengusaha-pengusaha pasar raya untuk memberi wang berkenaan kepada mereka. Setelah risikan dijalankan,saya dapati bukan di Parkson sahaja, di Tesco pun sama.

Cuba anda bayangkan berapa banyak wang dikutip oleh mereka hasil daripada penjualan beg plastik. Pernahkah mereka dedahkan kepada umum tentang jumlah kutipan dan ke mana wang tersebut dibelanjakan ?

Inilah wajah sebenar baik DAP,PKR atau PAS. Kerja mereka terus menerus mengutip duit daripada orang ramai. Tetapi tidak pernah umumkan penyata. Sama juga dengan blogger-blogger dan webmaster mereka. Sampai bila orang ramai harus ditipu oleh mereka-mereka ini atas alasan perjuangan.

Tahukah anda, ada sesetengah penganjur ceramah PAS yang mengutip duit daripada orang ramai di tempat ceramah. Semasa kutipan dilakukan mereka selangkan dengan bacaan ayat-ayat Quran,hadis Nabi dan selawat kononnya atas nama perjuangan dan jihad. Ada sesetengah yang terlalu taksub sehingga mereka tidak sedar mereka telah menanggalkan rantai,gelang atau cincin mereka untuk didermakan kepada PAS. Selesai ceramah,maka mereka pun mengira hasil kutipan dengan senyum lebar. Kemudian diberi kepada penceramah mereka duit tambang,tiket kapal terbang dan sebagainya. Selesai mengemas tempat ceramah,petugas-petugas dibawa ke kedai makan dan sambung meja 5-6 biji serta diberi makan yang enak-enak. Kemudian guna wang hasil kutipan ceramah tadi untuk membayar makanan. Haram namanya itu ! Tipu orang ramai.

Kalau UMNO yang buat begitu sudah tentu dikatakan salahguna kuasa,rasuah,seleweng dan sebagainya. Tetapi, jika mereka melakukannya, dinamakan sedekah jariah,perjuangan dan fisabililah. Inilah sebenarnya wajah syaitan yang bertopengkan manusia.

Jika ada wartawan atau Amran Ahmad membaca tulisan saya ini,minta anda bertanyakan perkara-perkara diatas kepada Lim Guan Eng. Terutamanya tentang Tabung Bukit Cina dan pembelian beg plastik.





7 comments:

Anonymous said...

salam rbf,

jgn siarkan komen saya ni..tapi saya just nak bagitau..ada cakap2 dari orang , lim guan eng main kotor dengan paksa suruh sumbat nama dia dgn apa apa projek under PDC.. cuba saudara siasat sat..

Anonymous said...

best giler article bro.. penuh info. cukup untuk sy pangkah totok PAS, PKR dan DAP.

Edexjb

Anonymous said...

best giler article bro.. penuh info. cukup untuk sy pangkah totok PAS, PKR dan DAP.

Edexjb

ruang bicara faisal said...

kpd anon no 1,saya minta maaf kerana saya siarkan komen anda.

tiada apa yg perlu disembunyikan. tiada no tel atau email add anda.

tujuan saya siarkan adalah utk mendapat info drp pembaca lain jika mereka tahu cerita yg berkenaan.

PejalanKaki said...

Kihkih kih bro RBF, nak komen sket pasal kutip-mengutip dana ni..Minggu lepas saya kuo ke area Jln TAR...saja nak mencuci mata..tgh dok bjln saya terperasan lak ada orang letak "Tabung Dana Pilihanraya Kecil Permatang Pasir" PAS..rasa kagum saya nengoknya. Orang lain yang nak jadi wakil rakyat, rakyat pulak yang nak kena tolong supportkan..Kagum sungguh melihat ukhwah kemunafikan tersebut..tak masuk lagi bab tak logik tu..UMNO tak penah lak saya tengok ada buat tabung dana camtu..

Anonymous said...

A,kum RBF,

Selepas sahaja sy membaca artikel ini.... sy terus menelefon seorang kwn saya di PP..untuk mendapatkan kepastian...

mmg benar di PP ada mewajibkan pembeli membayar sebanyak 20sen sehelai plastik dan ia hanya untuk hari isnin sahaja seperti yg diberitahu oleh kwn saya tersebut... dan kemana duit itu pergi? kata kwn sy, ia akan pergi ke org2 yg memerlukan.... tapi adakah ia benar2 telus?

1. kerajaan PP sudah tidak mampu lg untuk memberikan bantuan?
2. kerajaan PP menyerahkan sepenuhnya bantuan kepada rakyat dgn membeli plastik?
3. mana perginya tanggungjawab kerajaan PP?

jika difikirkan dari sudut yg lain, mmg ada bagusnya program itu dijalankan... setidak2nya rakyat boleh menderma... tapi kemana perginya tanggungjawab sebuah kerajaan PP?

from Boyesen

Aku Darah Anak Melayu said...

salam rbf..
bukan pasar raya besar saje yg berbuat demikian di pp ni..

kalau audara pergi 7e atau mana kedai di pp pada hari isnin semuanya same..

tidak ada beg plastik akan diberikan..kononnya kerajaan negeri menyahut seruan antarabangsa untuk mengurangkan penggunaa beg plastik dan wang yang diperoleh dr hasil jualan beg plastik disalurkan utk kebajikan..