Monday, August 24, 2009

PAS JAJA BINI MUDA ROHAIZAT

Tempoh kempen 24 jam terakhir adalah saat paling genting bagi mana-mana parti politik yang bertanding. Sedikit kesilapan bakal membawa padah. Siapa yang pandai main isu juga bakal untung,kerana baki tempoh masa kempen yang pendek menyukarkan lawan untuk menjawab.

Begitu juga dengan PAS, 24 jam terakhir ini digunakan oleh mereka untuk menjaja isteri muda Rohaizat ke segenap pelusuk Dun Permatang Pasir.

Isteri muda Rohaizat dieksplotasi sebaik mungkin oleh mereka demi mencapai impian politik mereka.

Inilah ajaran Islam songsang yang dibawa oleh PAS. Islam menggalakan kita memelihara rumahtangga yang dibina. Tetapi PAS terus menerus menghancurkan rumahtangga orang demi kepuasan nafsu mereka.

Perhatian: Minta maaf jika tulisan saya kurang memuaskan sehari dua ini. Maklum sajalah bulan puasa ini,tidak boleh cakap lebih-lebih. Nanti hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

3 comments:

Arif Omar said...

Berita Harian
24 jun 2009


10 tahun kahwin isteri hanya diberi nafkah RM300



KANGAR: Seorang ustazah mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.



Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.



Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.



“Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran,” katanya. Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

“Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang,” Berita lanjut : KLIK

Arif Omar said...

Penghuni Gua : Mahfuz dan PAS beriya benar membongkar kisah Rohaizat beristeri dua. Pada pandangan PG , jika PAS an Mahfuz dah ikhlas sangat nak bela perempuan atau isteri terinaya maka Siti Normala inilah yang patut di bela oleh PAS dan Mahfuz.


2. Juga Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang iaitu orang yang pertama mendedahkan bagi menghancurkan rumahtangga Rohaizat dengan isteri pertamannya. Jika anda ikhlas nak bela isteri kedua Rohaizat kononnya : di cadangakan anda belalah isteri rakan sejawat anda di Perlis tu. jangan harap serban aje besar di kepala tetapi hati busuk dan munafk dalam percakapan.


3. Berilah komen anda mengenai perangai Ketua Dewan Ulama PAS Perlis tu. Bantulah si isteri yang teraniaya itu atau sekurang-kurangnya membantu dengan memberikan bantuan peguam syariah dengan percuma. Sehingga sekarang apa yang PAS beri bantuan kepada wanita ini. Dah kata pejuang islam. Ada ke sebarang bantuan kepada wanita ini?


4. Ada ke PAS Malaysia pernah sekali termasuk Muslimat PAS memberikan bantuan dan membuat lawatan ke rumah Siti Rosmala ini. Tak pernah sekali pun.


5. Inilah rupa sebenar kemunafikan pemimpin dan parti PAS tersebut. Cakap aje lebih. Cakap nak bela isteri kedua Rohaizat kononnya. Hampas. Jadi Kepada Mahfuz, Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang dan juga kepada PAS, berilah bantuan segera kepada Siti Rosmala ini jika anda betul-betul iskhlas.


6. Berhentilah jadi munafik. Menyampah.

Penegak said...

Hah! Kalau nak tau cerita sebenar tentang pompuan yang mendakwa "isteri kedua" Rohaizat, di sini penerangannya...

Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.

that Rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…hakikatnya Rafizah itu pengacau rumah tangga orang dan mempergunakan gelanggang politik PAS untuk membalas dendam akibat godaannya ditolak lepas tu perasan pulak Rohaizat ada hati nak kawin dengan dia sebab dia terlalu tergila-gilakan Rohaizat...mentah-mentah pemimpin PAS percaya tanpa usul-periksa, tanpa bukti yang sah... rumah tangga Rohaizat aman damai kerana kedua-dua suami-isteri telah masak benar dengan sikap pengacau yang bernama Rafizah ini yang telah bertahun-tahun mengganggu mereka berdua...happiness is the best revenge for the haters! yang saya tak faham kenapa orang pecaya cakap si rafizah tapi tak pecaya penafian rohaizat dan ibu-bapanya…Itu fitnah semata-mata!

Abdullah Penegak Kebenaran