Monday, August 24, 2009

NIZAR OH NIZAR ! KISAH PAS DAN SYAITAN

Dalam bulan Ramadhan semua hantu dan syaitan telah dirantai. Tetapi tidak di Permatang Pasir,ada lagi syaitan yang lebih besar daripada syaitan yang gagal dirantai dan bermaharajalela merosakan rumahtangga orang.

Seekor syaitan keluar bertugas, apabila habis tugas ,syaitan kembali ke markasnya dan melaporkan kepada bosnya , "bos,hari ini saya telah berjaya membuat seorang muslim mabuk". Lalu dijawab oleh bosnya, "bodoh,itu saja yang kau mampu lakukan,itu tak cukup,buat yang lain lagi"

Keesokan harinya, syaitan itu keluar bertugas lagi. Apabila pulang bertugas,beliau terus melaporkan kepada bosnya "bos hari ini saya berjaya buat seorang anak derhaka kepada ibunya". Lalu dijawab oleh bosnya "bangang, itu belum cukup lagi,buat yang lebih hebat lagi".

Esoknya keluar lagi syaitan itu bertugas seperti biasa. Apabila pulang dia terus melaporkan kepada bosnya, "bos hari ini saya berjaya buat orang-orang islam bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri". Bosnya terus naik angin "mangkok hayun,tak guna aku lantik kau jadi ketua pemuda jika itu saja yang mampu kau lakukan,aku mahu lebih hebat daripada itu,jika tidak aku akan gugurkan jawatan kau".

Maka pada pagi esoknya,dengan penuh semangat, kerana bimbang kehilangan jawatannya,maka syaitan ini harus bertugas bersungguh-sungguh hari itu. Apabila pulang dia terus melaporkan kepada bosnya,"bos, hari ini saya telah berjaya menghancurkan sebuah rumahtangga" Lalu dijawab oleh bosnya "SYABAS ! itu yang aku mahu. Nanti aku bayar bonus tiga bulan".

Kesimpulannya ialah,apa yang dilakukan oleh PAS di Permatang Pasir memang memenuhi kehendak dan selera syaitan. Itulah yang syaitan paling suka. Tiada perkara lain yang syaitan lebih suka selain daripada merosakan rumahtangga orang. Jika anak-anak buahnya berjaya memurtadkan orang islam sekali pun , bos syaitan masih tidak berpuas hati. Yang mereka paling kehendaki sekali ialah rosakan rumahtangga orang.

Dua buah rumahtangga telah berjaya dirosakan di Permatang Pasir angkara PAS yang menjadi ejen syaitan.

Pas menang atau kalah sekali pun hari ini tidak penting kepada mereka. Yang penting sekali kepada mereka ialah dua buah rumahtangga telah berjaya dirosakan.

Itulah wajah syaitan PAS !

TakeBeer !

TakeBeer !

TakeBeer !

3 comments:

PEJUANG CYBER said...

Dulu PAS bercakap nak jalankan hukum Allah bila dah memerintah mula banyak helah, baru tahu betapa susahnya memerintah, nak khabar apa lagi kepada rakyat; isu kurang, hujah tak dok, naik jadi macam orang gila, bertempek sorak tengah jalan, siang malam ikut perangai syaitan. PAS doh tak sebut lagi nak jalankan hokum Allah.

Salam Hurmat...

PEJUANG CYBER said...

SYABAS!!!!

BERBAKTILAH KEPADA ALLAH KERANA DIA SEGALA-GALANYA UNTUK KITA

PILIHANLAH ANTARA MANUSIA UNTUK BERBAKTI KERANA MEREKA TIDAK SEGALA-GALANYA UNTUK KITA

MEREKA YANG BAIK HARUS DITAATI, MEREKA YANG JAHAT WAJIB DIJAUHI

UNDILAH PILIHAN AKAL DAN HATI AGAR TERKAWAL MARUAH DIRI

KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL

PILIHAN ANDA IALAH ROHAIZAT OTHMAN 38, YANG MERUPAKAN SETIUSAHA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH

SALAM HURMAT

Anonymous said...

Semua jangkaan RBF salah... sapa nak jawab ni?