Tuesday, August 18, 2009

PILIHANRAYA KECIL LAGI ?

Setakat ini tiga wakil rakyat PAS telah meninggal dunia. Bukit Gantang,Manek Urai dan Permatang Pasir. Dua lagi masih dalam keadaan uzur. Iaitu,Titiwangsa dan Galas. (Rujukan)

Di pihak BN setakat ini dua orang wakil rakyat meninggal dunia iaitu, Kuala Trengganu dan Batang Ai. Manakala PKR pula tiada yang meninggal dunia,semuanya mati pucuk dan mati rahim. Permatang Pauh,Bukit Selambau dan Penanti. Bukit Lanjan,dia punya rahim masih segar lagi walaupun baru-baru ini dijangkiti kuman.

Apa yang saya nak beritahu disini ialah tentang Dr. Lo Lo. Saya tahu dia sedang sakit. Sebagai seorang muslim saya juga turut bersedih dengan apa yang beliau alami sekarang. Semoga beliau cepat sembuh.

Dr. Lo Lo ini jika kita lihat kepada perwatakannya memang amat lembut sekali. Maklumlah Muslimah Pas katakan. Tapi benarlah kata pepatah isi buah tidak boleh dinilai dengan kulitnya. Tuhan sajalah yang tahu perangai sebenar perempuan ini.

Macam-macam berita pasal dia yang kita boleh dengar jika kita berkunjung ke DBKL. Kurang ajar,samseng,berlagak dan sebagainya. Kalau tak percaya,anda carilah kakitangan DBKL dan anda tanya mereka.

Mungkin apa yang beliau alami sekarang adalah sebahagian daripada ujian yang Allah beri kepada beliau dan juga sebagai balasan kerana suka hina dan buat tuduhan bukan-bukan terhadap kakitangan DBKL.

Apa pun marilah kita sama-sama doakan agar beliau cepat sembuh. Semoga beliau berubah sikap selepas ini.

6 comments:

Hawaii five -O said...

isu kuil, khalid gagap kata org melayu mesti timbangrasa pasal kuil....

oklah khalid ...buatlah satu kuil depan rumah kau....

atau buat masjid kt depan kuil batu caves....

Sang Saka Bangsa said...

dalam setahun lebih je 3 orang wakil rakyat PAS meninggal dunia?? 2 orang sakit??masya Allah..adakah ini suatu pembalasan..???fikir fikir kan lah...

Anonymous said...

kesian la kat anak2 ko lo lo. masak utk anak2 lagi besar pahala nya. dulu umno ada ketua wanita. puak2 paihh menjejes air lioq mengata. la ni dah terbaik kut la plak.

paihh oo paihhh ....

joe

anakbukitgantang said...

Tuan Hamba,

Salam ziarah, bukan sahaja kakitangan DBKL "cemuih" dengan dia tapi juga kakitangan Kementerian Wilayah Persekutuan (iaitu kementerian induk pada DBKL) dan Perbadanan Putrajaya. Saya belum tanya lagi Perbadanan Labuan, agaknya terselamat sikit sebab duduk kat negeri di bawah bayu.

Anonymous said...

aku doakan cepat mampus

Anonymous said...

Semoga Allah akan memberi pembalasan kepada manusia kaduk naik junjung yg hipokrit, yg menggunakan islam utk politik dan yg suka memfitnah dan mengadu domba...

Semoga kebenaran akan terbukti