Saturday, August 22, 2009

KAHWIN DUA : SATU RUMAHTANGGA SUDAH DIROSAKAN OLEH PAS


Dalam sekelip mata sahaja,satu rumahtangga telah dirosakan oleh sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam. Dua wajah diatas adalah orang-orang yang mendapat bisikan syaitan supaya merosakan rumahtangga calon BN Permatang Pasir.

Mereka melakukan semua itu dengan hasrat agar Rohaizat menarik diri. Mereka berceramah sana-sini kononnya mereka boleh menang dalam prk ini,tetapi dalam masa yang sama mereka menyerang peribadi Rohaizat agar beliau menarik diri dan memberi kemenangan percuma kepada PAS.

Kalau diikutkan cakap mereka,dalam dunia ini mereka sahaja yang Islamik. Yang lain semua karut-marut. Tetapi perbuatan dan kata-kata mereka langsung tidak menggambarkan apa yang sering mereka laungkan.

Semalam mereka telah merosakan sebuah rumahtangga serta memalukan Rohaizat dan isterinya .

Mereka mendedahkan Rohaizat berkahwin dua. Ya, memang betul Rohaizat berkahwin dua. Mereka jerat Rohaizat dengan mencabar beliau menjawab secara terbuka tentang perkara berkenaan. Tetapi Rohaizat menafikan secara terbuka , dan mengakuinya dengan beberapa rakan rapat. Kenapa ?

Rohaizat berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertamanya sehingga kini. Di negara kita lelaki berkahwin lebih daripada seorang tanpa pengetahuan isteri pertamanya adalah perkara biasa. Rohaizat terpaksa menafikannya di depan khalayak umum demi menjaga maruah serta perasaan isterinya. Lagi pun ianya dalam musim prk.

Akhir sekali,isteri pertamanya mengetahui jua perkara sebenar. Faham-faham sajalah bila isterinya telah mengetahui,apa lagi 'perang dunia ketiga' telah meletus . 'Perang' juga turut berlarutan sehingga ke keluarga isteri pertama Rohaizat. Rohaizat tidak putus-putus dilanda masalah gara-gara beliau enggan menurut kehendak PAS,iaitu menarik diri daripada bertanding.

Disini kita boleh melihat dengan jelas bagaimana sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam memecah belah rumahtangga orang. Cantik sungguh perangai mereka. Inilah yang saya katakan syaitan bertopengkan manusia.

Saya juga difahamkan juak-juak PAS sedang berusaha untuk mendapatkan temubual dengan isteri kedua Rohaizat. Tetapi ianya gagal setakat ini kerana isteri keduanya tidak mahu ditemubual.

Pesanan saya kepada pembaca sekalian. Sekiranya rumahtangga Rohaizat dengan isteri pertamanya runtuh kerana isu ini, maka tidak salah bagi kita untuk menyembelih dua wajah diatas. Mereka telah meruntuhkan sebuah masjid. Tidak salah jika kita membunuh orang yang meruntuhkan masjid kerana khianat.

Firasat saya : PAS AKAN MENERIMA BALA DI PERMATANG PASIR ATAU PADA BILA-BILA MASA SAHAJA.

15 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Begitulah kerja-kerja syaitan & iblis yang berwajah lebai dan ulama.

Cuba tanya balik kepada Nasruddin Hasan, bagaimana dia ?

Kawan akan cerita juga kisah nafsu dia nak kawain 2 di Muadzam Shah Pahang temapt dia mula-mula berpolitik dulu. Tunggu dia bertanding kat mana-mana di Pahang.

Aku said...

salam

Allah sangat membenci perceraian walaupun iya halal.

bagi org org yang meruntuhkan rumah tangga halal orang lain, terimalah nasib mereka di akhirat kelak.. apatah lagi dosa mereka ini sesama manusia, jawablah dengan si empunya badan di akhirat kelak.

memang lah sakit hati si isteri pertama apabila ketahui akan perkara ini. tetapi sebagai ustaz, apakah benda halal patut dijadikan benda untuk aibkan seorang muslim yg lain??benda yg dihalalkan oleh rasulullah bahkan merupakan sunnah rasulullah???sepatutnya mereka menjadi pendamai rumah tangga org! bukan meruntuhkan masjid itu!(mungkin hanya depa saja boleh kahwin lebih...sebab islam umno kan islam pelesu! hanya islam pas yg sampai akhirat kan??)

ini kah perangai orang yg bergelar ustaz? menjadi punca perpecahan rumah tangga? di dalam islam, menipu ialah haram.tetapi jika datang illah dharuriya maka segala yg haram diharuskan..contohnya apabila terlibat masalah keselamatan,untuk menutup aib atau maruah muslim yg lain dan menyelamatkan harta.. tapi apa si ustaz ni buat???
jawabla kamu esok ni dgn Allah, wahai perosak agama dan ummah.inilah dia rupa ulama peti undi.. kerana undi mereka sanggup membuka aib muslim yg lain dan merosakkan kehidupannya..

Fatimah said...

Bro,

What that piece of garbage (read: Tantawi) did was CLASSLESS, IMMATURE and down right EVIL.

In the holy month of Ramadhan, he has managed to single handedly destroy the marriage of a fellow muslim brother.

He may have been given the assurance of paradise by Saint Nik Aziz but he may have forgotten that the real Judge is the Almight Allah S.W.T.

Semoga dia mendapat balasan dan azab yang setimpal di dunia ini dan di akhirat. Semoga Allah melaknat dirinya, keluarganya serta keturunannya.

YANG GAMBI said...

Salam,

Puak-puak PAS ini, bukan sahaja merosakkan rumah tangga orang, hubungan anak dengan ibubapa, adik beradik pun dia rosakkan.

Kisah nafsu dengan betina puak-puak PAS ni, dia orang sorok dalam serban macam Nasruddin Hasan juga, itu lagi bapak miang kalau jumpa muslimat PAS.....

Hawaii five -O said...

salam ...

kan rohaizat tu dah bernikah...biarlah dia nak bernikah sampai 4 pasal dialah...

apa pasal dorang yg kononya faham ttg poligami dok kacau rumah tangga orang...

xde isu lain ker?

bukannya dia simpan perempuan simpanan....

ish ish kalau pasal politik jgn lah sampai lupa bab hukum hakam agama....

The 6th Musketers said...

Kempen PAS sungguh kotor dan jijik...

ALLAH SWT akan bersama-sama dengan orang yang benar !!!

Wong Pencen said...

"...perbuatan dan kata-kata mereka langsung tidak menggambarkan apa yang sering mereka laungkan..."

Bila diteliti, kata-kata yang Faisal tujukan kepada orang-orang PAS seperti saya petik di atas sebenarnya boleh Faisal gunakan sendiri, untuk panduan Faisal sendiri.

Melaungkan kebenaran tetapi menulis dan bercerita menggunakan ungkapan-ungkapan kata yang kotor dan kesat sewenang-wenangnya. Menuduh seorang manusia ISLAM yang lain sebagai melakukan sesuatu mengikut bisikan syaitan sehingga menuduh seseorang manusia ISLAM yang lain sebagai syaitan bertopengkan manusia.

Ini bukan kali pertama dan INSYAALLAH bukan pula akan menjadi kali terakhir saya meninggalkan ulasan dalam laman kelolaan Faisal ini. Kali ini juga saya memohon agar Faisal lebih berhati-hati dalam menulis.

Jangan keterlaluan dalam penulisan. Jangan keterlaluan dalam memberikan sokongan kepada mana-mana pihak yang terdiri dari sekumpulan manusia kerana mana-mana manusia hari ini tidak akan terlepas dari kesalahan dan kesilapan.

Jika Faisal keterlaluan lalu memberikan sokongan padu kepada mana-mana pihak, akan ada masa-masa di mana Faisal akan memberikan sokongan kepada pihak yang tidak benar.

Bukankah sesungguhnya juga ISLAM mengajar kepada kesederhanaan dan tidak menggalakkan akan apa juga yang keterlaluan.

Anonymous said...

Bro..

Kau baca ni..nak tergelak pun ada bila aku baca..ni la jawapan mamat yang kau tengah bengang ni simpan rupanya..

Ingatkan diam kenapa..rupanya sakit mulut..sebab tu tulis je..pulak tu..paper dah penuh..dia punya ulasan tak muat..kalau tak..suma paper dah masuk dah..lagi satu..tak sama pulak dengan jawapan bos dia..

Peliknya..dia memang suka belit la agak nya..hahahahahhaha..

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/08/jangan-hina-islam.html

Bacalah..pastu..masukkan la kat paper lu ni..kesian dia..malu nak tunjuk..

Anonymous said...

"Di negara kita lelaki berkahwin lebih daripada seorang tanpa pengetahuan isteri pertamanya adalah perkara biasa."

Dari segi undang undang, OK kah?

Tak cakap kepada isteri pertama, biasa di Malaysia?

Jangan lah insult undang-undang kita brother!

Ini macam, ramai pengundi wanita akan marah tahu?

Cakap betul-betul dalam bulan Ramadan ini.

Jangan temberang.

Anonymous said...

Nasrudin Tantawi ulama PAS yang sudah belajar ikut cara2 sewel Nik Aziz.

Perkara peribadi digunakan untuk menjatuhkan lawan se AGAMA.

Kononnya atas alasan menjaga hak isteri kedua dari di zalimi.

Kemudian alasan yang mengatakan lawan tidak akan dapat berlaku adil terhadap lebih 20 ribu pengundi di Permatang Pasir kelak.

Kenapa isteri ustaz PAS yang menuntut cerai kerana diberi nafkah hanya 300rm selama 10 tahun,tidak dia perjuangkan.Isteri ustaz PAS yang mengadu suami tak henti2 asyik nak seks saja.

Berapa ramai wanita yang dizalimi sudah di selamatkan oleh Nasrudin Tantawi?

Murni betul hati ulama PAS ni.

Walaupon ditegur oleh blogger PAS sendiri,masih tak faham teguran,iaitu JANGAN MENGAIBKAN ORANG LAIN.

Tapi inilah cara tokoh2 PAS.

Anonymous said...

Yang ganjilnya bila blogger PAS tu tegur Nasrudin,ada pulak orang yang menegur blogger PAS tu supaya menghentikan serangan peribadi keatas Nasrudin.

WOW.

Anonymous said...

Menanamkan kebencian antara suami dan isteri adalah kerja syaitan.

Tak payahlah bagi alasan apa-apa untuk justify perbuatan ini.
The statement above is true.
Our death is true.
His judgement on us is true.

Semoga Allah memberi hidayah kepada kami semua.

Sedih&Sedar

Anonymous said...

saya anak saudara mahfuz. memang betul anak mahfuz kena penjara di alor star kes dadah.walaupun dia pakcik saya tapi keluarga kami tak suka kpd dia,kerana dia punya perangai pelik.pernah bergaduh dgn keluarga sampai bawa parang kerana kes tanah.dia tak layak jadi wakil rakyat

bakmaipungkoq said...

Bro,
Eh betul ke ni. Takkanlah. Mereka tu 'kan org 'alim. Firmah Allah dan hadith dihujung bibir mereka saja. Takkan kot..Mereka tentu maklum, hukum hakam mendedahkan rahsia dan keburukan org lain. Jika wanita dedahkan rambut, bukan main lagi mreka punya provoke. Ish, mereka ni kan kah pejuang2 agama Islam, takkanlah mcm tu 'kot. Ini mesti fitnah ni. Mereka tu orang baik2, maksum dan dijamin masuk syurga oleh tok guru. Takkanlah kot, mereka ni buat lagu tu. Mereka ni orang alim, tahu agama, tahu balasan syurga neraka. Sanggupkah mereka buat mcm tu demi kedudukan dan harta dunia yg tak seberapa?

Anonymous said...

BN jangan le belagak baik sangat. PAS cakap dalam ceramah je..korang dok hina Anwar dalamberitra satu Malaysia tahu..