Tuesday, August 18, 2009

TIADA DEMOKRASI ! PUNCA ORANG UMNO PAHANG KECEWA DAN SERTAI PKR

Gambar diatas ialah bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal yang telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR pada sabtu lepas.(Rujukan)

Kenapa dia masuk PKR ? Jawabnya,

"Tidak wujud ruang demokrasi dalam Umno".

"Saya dukacita, kebebasan bersuara tidak ada dalam Umno. Kalau dikongkong, (maka) tidak guna jadi ahli,".

Datuk,dengar sini saya nak nasihatkan kepada Datuk, bukan niat saya sebagai orang muda untuk kurang ajar dengan orang tua. Tetapi sekali-sekala tidak salah jika orang muda melempang orang tua untuk kebaikan.

Datuk kata dalam UMNO tiada kebebasan bersuara. Adakah Datuk sudah kaji habis-habisan sebelum Datuk keluarkan ayat bodoh ini. Sedar atau tidak oleh Datuk bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang membuka ruang demokrasi seluas-luasnya kepada ahli mereka untuk bersuara.

Ku Li sering menghentam UMNO, ada masanya suara Ku Li sama seperti suara PAS. Datuk Mazlan dan Kadar Shah memfailkan petisyen untuk menghalang pemilihan UMNO mac lepas. Ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya termasuk saya sendiri yang sering menghentam UMNO,tetapi mereka-mereka semua masih kekal dalam UMNO hingga kini dan tidak pernah dipecat oleh UMNO. Melainkan jika terlalu melampau atau membuat tohmahan yang tidak berasas. Itu pun diberi amaran atau digantung keahlian.

Itu adalah sebahagian contoh-contoh terdekat yang saya beri,kerana ianya masih segar dalam pemikiran kita semua. Yang lama-lama masih banyak lagi. Janganlah kerana Datuk kecewa kerana gagal menyampaikan ucapan ,maka Datuk terus masuk PKR. Banyak lagi saluran lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan cadangan kepada PM,bukannya hanya melalui mesyuarat bahagian. Datuk juga boleh buka blog untuk menyampaikan pandangan Datuk. Saya harap Datuk tidak buta IT.

Lagi pun cadangan yang dibawa oleh Datuk adalah satu cadangan yang tidak logik. Datuk ingat bila Datuk masuk PKR adakah Anwar Ibrahim hendak terima cadangan Datuk agar hari jumaat dijadikan cuti umum. Sorry ! No way man !

Datuk saya minta maaf. Saya belajar tak tinggi,tiada rezeki,sampai darjah tiga cikgu saya mati kena tanduk dengan kerbau kerana dia pakai baju warna merah menyala. Zaman dulu cikgu kurang,jadi tinggallah kami murid-murid belajar sendiri. Tapi saya bernasib baik kerana mempunyai ibu bapa yang sedikit celik matematik dan ekonomi. Malam hari dibawah sinaran lampu geslen yang perlu dipam dan kainnya perlu diletak spirit terlebih dahulu untuk mengeluarkan cahaya,saya dan adik-adik saya belajar. Buah getah dijadikan alat bantuan mengira. Alhamdullillah,kami adik-beradik lulus matematik dalam peperiksaan penilaian darjah lima dan LCE tingkatan tiga.

Dengan ilmu yang ada sedikit sebanyak itu saya belajar pula ekonomi. Pasaran saham dan sektor perbankan memainkan peranan penting dalam kemajuan ekonomi sesebuah negara. Perkara ini juga saling berkaitan antara sesebuah negara. Cuba Datuk bayangkan,kebanyakan negara di dunia ini dan negara-negara disekeliling kita semuanya cuti umum jatuh pada hari Ahad. Tak logiklah jika kita pada hari jumaat. Ianya juga menyusahkan pelabur asing. Cuba Datuk bayangkan,hari jumaat bank dan segala pejabat ditutup di Malaysia. Kemudian hari sabtu dan ahad pula ditutup di negara luar. Seminggu empat hari sahaja mereka boleh bekerja. Lama kelamaan untuk pelabur asing atau orang yang berurusan di luar negara akan cabut dari Malaysia. Siapa yang rugi ? Datuk dan keluarga Datuk juga yang rugi...

Begitu juga dengan pasaran saham. Pasaran saham dunia kelam kabut berniaga pada hari jumaat. Orang-orang kita melangut di rumah,malas nak ke Bursa Saham kerana hari cuti walaupun Bursa Saham dibuka. Kemudian hari ahad pasaran saham dunia ditutup. Orang kita melangut lagi. Siapa yang rugi ? Datuk dan tok nenek Datuk juga yang rugi...

Maafkan saya Datuk. Jika saya salah betulkan saya. Saya rasa cadangan Datuk ini,jika Datuk beri kepada Anwar Ibrahim pun dia akan campak sahaja kertas cadangan Datuk.

Datuk harus sedar kehadiran Datuk ke dalam PKR tidak disambut dengan hati yang terbuka oleh Anwar. Hari sabtu Datuk masuk,hari isnin baru dia siarkan di blog beliau. Itu pun dua perenggan sahaja kenyataannya .(Rujukan). Amat berbeza dengan sambutan terhadap Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng dan Fauzi Abd.Rahman. Kehadiran Datuk ibarat melukut di tepi gantang.

Datuk jangan cakap banyak lagi. Tiada lagi parti yang lebih demokrasi daripada UMNO dalam negara ini. PAS,DAP,PKR,semuanya kuku besi.

Dalam PKR siapa yang cuba lawan Anwar Ibrahim akan dipancung. Datuk boleh melihat apa yang terjadi pada Ezam Md.Nor. Beliau menegur Anwar Ibrahim kerana meneruskan perbuatan songsang (liwat) beliau selepas keluar dari penjara 2004,maka Ezam ditendang keluar secara halus. Itu adalah antara orang yang banyak berkorban untuk beliau. Setakat Datuk, nothing...

Dalam DAP juga sama. Siapa yang cuba lawan Lim dua beranak,akan dipancung habis-habisan. Dalam PAS tak payah cakaplah, lagi dasyat. Jika ada yang cuba melawan akan terus dituduh ejen UMNO.

Contoh terbaru yang saya boleh beri dan masih segar dalam ingatan kita ialah,kisah kerajaan perpaduan dan arak di Selangor. Nasaruddin Mat Isa 'dihentak' ,'ditekan' rapat-rapat hingga ke dinding kerana membuka mulut tentang kerajaan perpaduan. Begitu juga dalam isu arak di Selangor, Hassan Ali 'dibelasah' kiri kanan oleh puak-puak PAS sendiri kerana meminta MB Selangor gugurkan Ronnie Liu. Kerana tidak tahan 'dibelasah' akhirnya Hassan Ali undur ke belakang balik.

Datuk kata tiada ruang untuk bersuara dalam UMNO. Datuk pernah tengok atau tidak sidang parlimen ? Kalau Datuk pernah lihat sudah pasti Datuk akan melihat bagaimana Ahli Parlimen BN 'menghentak' para-para menteri yang juga dari BN.

Tetapi,kita semua tidak pernah melihat Ahli-ahli Parlimen PAS,PKR atau DAP 'menghentak' sesama mereka,kecuali Zulkifli Nordin. Itu pun sikit-sikit sahaja dan atas isu Islam sahaja. Zulkifli Nordin berani pun,kerana dia ahli PAS seumur hidup dan bertanding atas tiket PKR. Sana tak boleh ambil tindakan,sini tak boleh bertindak. Maka selamatlah beliau. Jika ada orang lain jika berani 'hentak' Anwar Ibrahim atau Azmin Ali,maka orang itu sedang memilih jalan ke 'neraka'.(Rujukan)

Kepada Datuk Alimudin, jangan kerana kita kecewa dan atas sebab-sebab peribadi maka kita katakan UMNO pula yang jahat. Sila muhasabah diri wahai Datuk. Jangan jadi seperti Zaid Ibrahim. Saya berharap Datuk juga tidak berada di dalam keadaan mabuk seperti Zaid ketika membuat pengumuman untuk masuk PKR.(Rujukan)

Apa pun selamat berjuang dalam PKR kepada Datuk. Tidak lupa juga untuk saya lafazkan kata-kata ini kepada Datuk, Keluar Mulut Buaya,Masuk Mulut Naga.

6 comments:

Anonymous said...

Belum tentu suara kita didengar oleh PKR pun..

Mungkin juga ada sebab orang pahang tak mau dia nie..

tengok lah.. kata perjuangan.. kalau tak puas hati kenapa lompat parti? Fightla.. macam TUN M dia pun tak puas hati dengan paklah, tapi ada dia lompat parti?

Memang dia nie jenis tak boleh pakai kot. sebab tu UMNO pahang tolak dia.

Bila tak diterima jer lompat parti.
Perjuangan jenis apa tu?

Dah, jangan bagi dia masuk UMNO semula..

Pergi la kejar bayang2 PKR tu.. Good luck..

pis said...

datuk bangang baca jangan tak baca! bangang kedua datuk sebab pilih PKR. pilihlah pas atau bebas.

Hawaii five -O said...

dia masuk pkr sbb xdpt kontrak lagi lah

sbb tu dia cakap xde demokrasi, wahal dah abis dia kaut berkoyan2 duit masa dia dalam umno....

come on la, smua ni pasal duit x masuk....kah kah kah kahak

Anonymous said...

org mcm nie masuk umno bukan nak kuatkan agama, bangsa & negara...

org mcm nie masuk umno untuk dapat pangkat, darjat je...nakkan kemegahan dunia...

bile tak dapat ape dia nak dia blah...celaka la ko

Anonymous said...

Orang mcm ni semua jgn bawa masuk balik dlm UMNO, buang masa. Biasalah bila nama tersisih orang pun dah tak pandang lagi lagi dekat dia, sendiri terasa beb..Najib pun tak hingin nak tgk sebelah mata pun byk lagi pemimpin berjiwa rakyat dan rajin bekerja Najib nak uruskan setakat dia ni hai buang masa, nak bantu pun susah kalau asyik nak minta peruntukan tapi apa pun tarak. Biar Datuk ni baca apa kata saudara, mungkin tidur mlm baru boleh berkira kira betul ke tak aku ni, bukan apa siang siang pun kekadang orang tidur mamai (tidur antara sedar dgn tidak). Sekadar nak glamour duduk saf belakang boleh la dlm PKR, nak duduk barisan hadapan? boleh jalan daaa..byk lagi "anak emas" AnuWar nak berkepit ke hulu ke hilir. Silap haribulan pula cakap kat Anuwar nak "lobi rakyat" pastu minta peruntukan, "projek" tak jalan habis mcmano ni, adui hilang la angan angan nak jadi YB lagi. Keciwa beb mimpi disiang hari.

reez said...

Datuk lupe diri bile duit dlm acc dh berkurangan..

Pilihlah PKR utk 'kesejahteraan' sementara sahaja dan selebeynye sejahtera DAP..

Nk harapkan PAS mmg takleh jd la..
Spjg masa berdemontrasi je..