Monday, September 28, 2009

NIZAR MANGKUK !!! HENTIAN PUTRA BOLEH RUNTUH BILA-BILA MASA...

Hentian Putra yang terletak berhampiran dengan PWTC di KL boleh runtuh bila-bila masa jika ianya tidak dibaiki dengan segera.

Daripada maklumat yang saya dapat,hanya 10 buah bas sahaja dibenarkan berada di dalam hentian tersebut pada satu-satu masa. Tidak boleh lebih daripada itu kerana ianya tidak mampu lagi menanggung beban yang lebih seperti dahulu lagi.

Jika anda berada disana,anda boleh merasai gegaran setiap kali bas bergerak di dalam terminal berkenaan. Setakat ini setahu saya belum ada lagi usaha membaiki yang dilakukan oleh DBKL.

Ada seorang pemandu bas ekspres mengadu kepada saya yang beliau merasa seolah-olah memperjudikan nyawa beliau setiap kali berada dalam terminal bas berkenaan.

Katanya lagi,apabila hanya 10 buah bas sahaja yang dibenarkan masuk pada satu-satu masa ,ianya akan mengakibatkan kelewatan perjalanan kepada bas-bas yang lain. Ini kerana bas-bas yang lain terpaksa menunggu 10 buah bas yang di dalam terminal keluar terlebih dahulu,barulah mereka dapat memasuki terminal bersama 10 buah bas lain pula untuk menaikan penumpang. Begitulah seterusnya.

Saya berharap pihak DBKL dapat mengambil tindakan dengan segera dan menjelaskan kepada rakyat tahap keselamatan hentian terbabit. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Saya pun faham, kita tidak boleh salahkan DBKL 100 %. Terminal ini dibina entah berapa puluh tahun lalu dan mungkin tidak mampu lagi menanggung beban yang kuat. Maklumlah semakin hari semakin ramai rakyat Kelantan yang ke KL dan semakin banyak bas yang menggunakan terminal tersebut. Dahulu mungkin basnya ringan-ringan. Sekarang bas bertambah berat,maklumlah makin banyak bas dua tingkat yang digunakan.

Cuma saya minta tindakan segera harus dilakukan oleh DBKL demi kepentingan orang ramai selaras dengan Slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan. Jika boleh dibaiki,sila baiki dengan segera. Jika perlu ditutup,sila tutup dengan segera.

Harap Menteri Wilayah dapat turun padang dengan segera meninjau masalah terbabit.

3 comments:

Juwa said...

Awat ubah topik pulak ni?? Aku nak tau bila Misi Tawan Selangor tu. Dah puas puak2 umno kena kencing dgn hang, tapi tarikhnya asyik berubah aje.

antu digi said...

peisal... ko jgn layan la soalan buduh juwa tu... buang karan jek.

ko jawab soalan aku jek...
"dalam gambor terminal putra tu ada antu baju kuning le bro... ko tak takut ke?"

kihkihkih...

antu digi said...

peisal... ko jgn layan la soalan buduh juwa tu... buang karan jek.

ko jawab soalan aku jek...
"dalam gambor terminal putra tu ada antu baju kuning le bro... ko tak takut ke?"

kihkihkih...