Wednesday, September 30, 2009

BAGAN PINANG : KALAU BUKAN ISA,TERBALIK KHEMAH SEMALAM

Pertama kali semalam dalam sejarah hidupku , aku melihat calon BN yang mendapat sokongan padu tanpa mengira peringkat dari seluruh pelusuk penyokong dan penduduk setempat.

Andai ditakdirkan bukan nama Tan Sri Isa Samad yang diumumkan semalam, saya rasa terbalik habis semua khemah di tempat pengumuman calon semalam dan dengan buta-buta sahaja PAS @DAPig berjaya menambah satu lagi kerusi dalam DUN Negeri Sembilan.

Tapi,Syukur kepada Allah kerana pemimpin tertinggi parti mendengar suara rakyat marhaen Bagan Pinang yang mahukan Tan Sri Isa menjadi wakil mereka di dalam DUN.

Ambillah peristiwa semalam sebagai pengajaran kepada semua ahli politik Umno dan BN. Lain kali ingat semasa kita berkuasa jangan lupa kepada rakyat bawahan dan jentera parti. Semasa kita dikenakan tindakan disiplin oleh parti sekalipun jangan kita mengkhianati parti. Orang akan kenang kita walaupun di mana sekali kita berada. Itulah resepi kejayaan Tan Sri Isa Samad.

Isu politik wang dan rasuah yang dimainkan oleh pembangkang di Bagan Pinang tidak akan laku. Penduduk setempat tidak pandang pun isu tersebut. Ianya hanya dimainkan oleh mereka-mereka yang datang dari 'Kolumpo'. PAS@DAPig di Bagan Pinang akan menerima nasib yang sama sepertimana UMNO terima di Permatang Pauh.

Cakaplah apa saja pasal Anwar atau bersumpahlah dengan 44 biji Quran sekalipun rakyat Permatang Pauh tidak peduli. Yang mereka tahu Anwar mesti jadi wakil mereka di Parlimen.

Begitulah senarionya di Bagan Pinang. PAS@DAPig boleh cakap apa saja pasal Tan Sri Isa, tapi rakyat Bagan Pinang tak akan peduli semua itu. Pada mereka,jika Anwar Ibrahim seorang peliwat dan seorang bekas banduan boleh diangkat sebagai pemimpin dan dicanangkan sebagai bakal PM,apa lagi Tan Sri Isa yang hanya dikenakan tindakan oleh lembaga tatatertib disiplin parti.

Kepada PAS@DAPig, lebih baik tarik diri dan tidak payah bertandinglah. Buang masa dan duit sahaja. BN telah pun memenangi pusingan awal semalam. Dari segi calon, BN sudah menang dan sokongan rakyat di tempat pengumuman calon semalam pun BN sudah menang. Sudah 2-0 BN memang. Kamu mahu bertanding lagikah PAS@DAPig ?

Dibawah ini sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakam semalam menggunakan kamera cabuk saya. Minta maaf kalau ada gambar yang tidak jelas.

Di bawah lagi ada pula gambar-gambar sekitar majlis pengumuman calon pihak sebelah sana.









Kepada pembaca, anda tafsirlah sendiri berapa ramai penyokong BN yang hadir di majlis pengumuman calon BN semalam. Saya tidak pandai hendak tarfsirkan. Yang saya tahu, tanah seluas 4 ekar semalam penuh sesak dengan manusia dan makanan yang disediakan untuk 10 ribu orang tidak cukup. Itu sahaja yang saya tahu.

Manakala dibawah ini pula gambar yang dirakamkan oleh orang yang menggunakan kamera mahal di majlis pengumuman calon DAP yang bakal bertanding menggunakan logo PAS.


Diumumkan di atas pentas DAPig dan di Pejabat DAPig Teluk Kemang.
Selepas diumumkan oleh Presiden PAS, Penasihat DAPig terus menerkam dan menjulang tangan calonnya yang bakal bertanding menggunakan logo PAS.
DAPig lebih teruja dan bersemangat untuk menghadapi PRK Bagan Pinang. Ini kali ketiga calon DAPig bertanding menggunakan logo PAS selepas Khalid Samad di Shah Alam dan Nizar di Bukit Gantang.
'Lautan' manusia yang hadir ke majlis malam tadi. Lebih kurang 15 ribu orang. Siapa yang tak nampak tandanya dia nak mati.
Di satu sudut yang terpencil di majlis malam tadi , kelihatan mereka-mereka yang kecewa melihat PAS sedang diperbodohkan oleh DAPig.
Eh...eh... dalam bulan ada roket. Lihat betul-betul di rostrum. Maknanya betul apa yang dikatakan selama ini. DAPig memang mengawal PAS daripada dalam, dan PAS takutkan DAPig. Allah maha kaya, kalau nak tunjukan kebenaran sekejap sahaja. Bulan di luar, roket di dalam. Kulit PAS , isi DAPig.

Untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis pengumuman calon BN semalam sila rujuk di sini.


10 comments:

Anonymous said...

caya laa tok isa...bangkit semula macam phoenix dan rampas semula post MB tu..tendang KJ masuk sungai linggi...

antipkrsarawak said...

tahniah rbf! pru-dun sarawak nanti, kita ramai2 berkampung di sarawak pulak yer!!!

ulamak dalam pas bertaraf pelacur jalanan yg sanggup lakukan apa sahaja demi nk puaskan nafsu politik mereka!!!!!

ikan emas said...

hehehehe....

Jeffry said...

SLM BRO..CALON PAS KEMUNGKINAN TERCEKIK BUAH PINANG KALI NI KEHKEHKEH

Anonymous said...

Tahniah...
VOTE PASberg, CONFIRM TAK SESAT. HIJAU DULU, KINI DAN DARI DALAM GEREJA SAMPAILAH KE SYURGA N.AJIS GILA.

yat said...

bro aku bukanlah orang bagan pinang, mungkin x layak bg pendapat, tapi percayalah, orng luar bagan pinang akan terasa apa yg seperti TDM cakap, BN mungking menang besar dekat bagan pinang, dgn majoriti lebih banyak...tapi PRU13 ni, orang malaysia taulah cmana UMNO ni...

dah cakap, dah berbuih dah suruh berubah, jgn layan WARLORD2 tu, kita xnak pisang berbuah 2x, tapi rasanya nasihat macam air tumapah ke daun keladi...

Kenapa la orang UMNO bagan pinang ni x pikiaq panjang, kami yg kat luaq ni kecewa, betul2 kecewa, tambahan pengaundi2 muda....

Xtau nak cakap apa dah..

Anonymous said...

dalam keghairahan kita dgn prk ni..sy ingatkan sesama kita bahawa kita tak boleh lalai dalam tiap sudut.menangi hati golongan muda.ada diantara mereka dihasut utk membenci kerajaan dan menganggap kerajaan yang ada skrg adalah teruk.mereka dihasut utk tidak mempercayai kebanyakkan peguatkuasa kerajaan contohnya polis.sprm, dan badan bebas mcm spr.cabaran sebenar kita adalah utk perlihatkan apa yang kita sudah buat..sememangnya kita patut akui..kerajaan umno dan bn lah yang banyak berjasa..kita dapat merdeka,kita maju lebih awal dari negara jiran yang besar dan kita peroleh banyak kejayaan dalam tempoh yang singkat..adakah semua tu hasil kerja pembangkang? saya lihat bahawa kita umno dan bn tak gunakan kelebihan yang ada utk menangkis serangan pembangkang..ayuh bangunlah semua..lupakan sengketa sesama kita..bangunkan lah kembali semangat umno yang kita tanam dalam jiwa kita.serang lah dengan jiwa yang besar..berbangga lah kita sebagai ahli umno yang sememangnya banyak berjasa kepada negara yang kita cintai..

mari kita tawan hati pengundi dengan niat ikhlas untuk bangsa ,kaum dan agama.serta negara yang tercinta..salam perjuangan

Anonymous said...

Sapa x nampak dia nak mati... hahaha... pecah perut aku gelak...
Kesian kat pas diper lembu eh lembu x boleh guna di per babi oleh dapig haha..

Anonymous said...

wohooo..sangkaan ak meleset same skali..TS isa samad mmg ramai penyokong..cayala..Bagan Pinang akan menjadi medan kebangkitan tan sri isa samad dan kemenangan BN..jahanam DAP dan PR...

Wong Pencen said...

"Isu politik wang dan rasuah yang dimainkan oleh pembangkang di Bagan Pinang tidak akan laku. Penduduk setempat tidak pandang pun isu tersebut. Ianya hanya dimainkan oleh mereka-mereka yang datang dari 'Kolumpo'"

Betullah tu Faisal. Kepada pemimpin UMNO di KL, memang politik wang hanya dianggap sebagai mainan. Memang itu permainan mereka. Rasuah digunakan sebagai cara utama untuk menaikkan dan menjatuhkan pemimpin.

Sibuk sangat bermain dengan wang sehingga tidak perasan yang dibuat main itu sebenarnya wang rakyat. Terlalu sibuk bermain wang sehingga lupa kepada rakyat kebanyakan yang berhempas pulas mencari wang untuk meneruskan kehidupan.

Sibuk dengan wang sehingga lupa akan tanggungjawab sebagai pemimpin. Begitulah agaknya.