Monday, September 28, 2009

NIZAR OIII !!! RASUAH JAWATAN DI SELANGOR

Sebelum ini saya pernah melaporkan nama-nama Adun Selangor yang dijangka akan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas. Antaranya ialah Adun Bukit Melawati,Adun Kajang dan Adun Batu Caves.Rujuk di sini

Kemudian ianya dinafikan oleh ketiga-tiga mereka.Rujuk di sini

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tiada apa-apa kenapa tiba-tiba sahaja mereka-mereka ini diberi jawatan penting dalam PKR di Selangor. Selama ini mereka semua tidak dipandang pun oleh kepimpinan PKR. Ini sudah dikira RASUAH.

M.Muthiah,Adun Bukit Melawati telah dilantik sebagai Naib Pengerusi 2 PKR Selangor. Selama ini PKR Selangor tidak memandang pun mamat seekor ini. Tapi setelah saya senarai namanya sebagai yang bakal meninggalkan PKR,tiba-tiba sahaja mamat ini diberi jawatan yang agak hebat.

Lee Kim Sin@Cikgu Lee,Adun Kajang pula telah dilantik Pengerusi Biro Keahlian PKR Selangor.

Manakala pesakit kepala otak pula, Amiruddin Shaari ,Adun Batu Caves telah dilantik sebagai Ajk Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor. Adun Batu Caves ini juga dikatakan telah mendapat habuan lumayan dalam bentuk-bentuk projek di Selangor sebagai upah kerana telah menghentikan kegiatan melobi Adun-Adun Selangor meninggalkan PKR. Sebelum ini beliau adalah penggerak utama kepada misi menumbangkan Kerajaan PKR di Selangor.

Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan beliau yang telah pun meninggalkan PKR, termasuk bekas bosnya iaitu Ezam Md.Nor. Amiruddin sentiasa kelihatan 'lepak' dengan rakan-rakan beliau yang telah meninggalkan PKR di kedai-kedai mamak di sekitar KL. Kepada PKR Selangor, selepas ini jika ada maklumat-maklumat sulit yang bocor kepada musuh politik,saya berharap anda tahu siapa gunting dalam lipatan yang harus dicari.

Akhir kata, walaupun prospek-prospek utama telah diberi RASUAH jawatan, ianya tidak menghalang mereka untuk meninggalkan PKR. Perubahan pasti berlaku di Selangor. Hanya masa yang akan menentukan. Tak lama dah pun,makin hari makin dekat.

Sabaq sikit saja...


Ingat...

We Have The Numbers !


Rujuk di sini untuk melihat perlantikan-perlantikan baru PKR Selangor.

8 comments:

Anonymous said...

kah kah kahx1000 kali

lu ni tak abih2 dgn we have the numbers,lepas ni bila plak tarikh lu nak kasi?

aku rasa rbf ni dah gila meroyan..
kesiannn...

YANG GAMBI said...

Salam, kalau benar mereka telah disogokkan jawatan dan kebendaan, rakyat mungkin boleh berfikir mereka ini berjuang bukan untu rakyat tetapi jawatan dan kebendeaan sendiri...... tinggalkan pemimpin sepeerti ini....

Anonymous said...

sampai bila kami harus bersabar.. kami sudah tidak tahan dengan pentadbiran PR di Selangor ni..

Anonymous said...

Daripada Anonymous kepada Anonymous Kat Atas Tuh,

Aku 100% sure ko penyokong anwar,kalau rbf ni ko kata gila meroyan, Anwar tu gila apa pulak


"Tuan-tuan, 16 september kita ke putrajaya, WE HAVE THE NUMBERS!!!"

HA HA HA HA HA HA HA, 7 keturunan aku akan cerita lawak ini....

Local Fighter said...

RBF guna istilah 'We Have The Numbers!' untuk sindir Anwar. hehe..

pemberian rasuah jawatan politik bukan bererti permainan ini tamat.

dengan sikap kepimpinan PAS membela pendirian Hassan Ali dan longgarnya cengkaman Khalid Ibrahim kepada pentadbiran negeri maka tidak hairan kerajaan Selangor akan berubah.

Senario ini bukan sahaja di Selangor tapi saya percaya di seluruh negara.

PAS hanya menunggu masa yang sesuai untuk meninggalkan Pakat Rasuah kerana mereka tahu berkawan dengan Anwar dan DAP adalah lebih hina dari zina!

p/s - pesanan saya pada RBF dan rakan-rakan pro-BN, janganlah hentam PAS sangat sebab liabiliti dan faktor utama terhalangnya perpaduan UMNO-PAS sedang dalam proses ditenggelamkan..hehe. Tahu siapakan?

Juwa said...

WE HAVE THE NUMBERS!!! Ha ha ha Ha. Keep up with the stupid entertaining joke. Terguling2 dog aku baca hang punya msg. RBF, ko ni mmg penglipr lara yg terhebat. Well done. Terhibur aku dibuatnya. Bila tarikh baru Misi Tawan Selangor pulak???

Anonymous said...

juwa...

kat bang nuar ko tak nak tanye lak "Bila tarikh baru kita nak berarak ke Putrajaya???"

hehehe... setakat ni, yg ada cuma la berARAK dgn Ronnie Liu...

haaaarrrkkkk.... pptuuuiiihhhhh!

Anonymous said...

Daripada Anonymous kepada Anonymous Kat Atas Tuh,

Aku 100% sure ko penyokong anwar,kalau rbf ni ko kata gila meroyan, Anwar tu gila apa pulak


"Tuan-tuan, 16 september kita ke putrajaya, WE HAVE THE NUMBERS!!!"

HA HA HA HA HA HA HA, 7 keturunan aku akan cerita lawak ini....
NI AKU JWB:
DGN NAMA ALLAH AKU BERSUMPAH AKU BKN PENYOKONG ANUAR/PR,AKU AHLI UMNO YG SENTIASA MENYOKONG BN,TAPI AKU RASA SEPERTI DIPERBODOH BODOHKAN OLEH BLOGER RBF NI.AKU RASA PEMBACA LAIN DARI KALANGAN PENYOKONG BN DAN RAKYAT SELANGOR YG
MENGHARAPKAN APA YG DITULIS OLEH BLOGER NI MENJADI KENYATAAN PUN AKAN CKP RBF NI MEROYAN,SEBAB DIA ORG MEMBERI HARAPAN PALSU KPD KAMI,AKU AMAT PASTI RBF HANYA MEREKA-REKA CERITA DAN TAU KERAJAAN PR SLANGOR TAK KAN TUMBANG SPT YG DTULIS

JD SGT WAJAR AKU MGGELAR RBF NI GILA MEROYAN!!!!

KPD RBF JADILAH BLOGER YG SENTIASA MYAMPAIKAN BERITA2 YG BETUL