Friday, September 18, 2009

KURANG AJAR ! TIAN CHUA DALAM SURAU

Sila klik pada imej untuk melihat dengan jelas

Astaghfirullahalazim..


Cuba anda perhatikan gambar diatas, dan tengok wajah yang dibulatkan.

Itu wajah Tian Chua. Beliau berada di dalam surau berhampiran dengan mimbar. Aku ulang sekali lagi 'dalam surau'. Bukannya di 'perkarangan surau'. Anda boleh lihat sejadah tempat orang Islam sujud kepada Allah SWT di kaki Tian Chua.

Apakah hukumnya orang bukan islam memasuki surau ?

Perempuan yang dalam haid , hukumnya HARAM memasuki surau.

Adakah Tian Chua mandi hadas ?

Habis dah punah ranah islam kerana PAS dan PKR.

Aku tak tahu apa nak kata lagi.

Hanya ini yang boleh ku katakan

PAS PELINGKUP ISLAM

PKR PELINGKUP MELAYU

Buddha,Hindu,Kristian, bagi salam PAS kata boleh...

Kristian baca ayat Quran pun PAS kata boleh...

Aku hanya tunggu apa komen PAS dalam kes ini.

Gambar diatas disiarkan dalam Sinar Harian. Gambar tersebut dirakam semasa majlis penyampaian sumbangan hari raya di Surau at Taqwa,Taman Sentul Utama,KL.

27 comments:

Anonymous said...

kenapala tak buat majlis sumbangan tu di perkarangan luar surau... di ruang makan ke...

kenapa perlu smp gunakan ruang solat? ruang mimbar dimana imam beri khutbah...

aduhh.. tempat solat adalah utk bersolat dan menjalankan aktiviti beragama..

Anonymous said...

Wali tu bro. Bawak rahmat RM50... 3 bulan lagi layak imamkam solat.

-don- said...

bro,
orang bukan islam masuk masjid/surau takda hal, selagi mana org tu takda buat benda2 yang bukan-bukan, kecualilah masjidil haram. jatuh haram masuk masjid/surau dalam keadaan hadas besar hanya untuk orang islam, orang bukan islam tidak termasuk dalam hal ni.

rujuk sini:
http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/soaljawab/HUKUM%20ORANG%20BUKAN%20ISLAM%20MEMASUKI%20MASJID.pdf

dalam hal ni, tian chua takda hal dok kat dalam surau tu..bukan dia nak buat maksiat pun dalam tu.

janganlah sebab dia orang pembangkang dan banyak buat hal, dia masuk masjid pun kau nak marah.haha! kau kena rasional la sikit! ini hal kecil saja. bukan dia nak bakar surau tu pun!

nafie_sdk said...

Hukum org kafir masuk dlm masjid adelah seperti berikut:
Ade tiga mazhab dlm masalah ini:

1. Mazhab Hanafi: Boleh masuk semua masjid.
2. Mazhab Syafie: Boleh masuk masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram makkah.
3. Mazhab Maliki: Tidak boleh masuk masjid melainkan kerana darurat kerja.

Hujjah kepada pendapat yg membenarkan org kafir masuk ke masjid:

1. Ramai org2 kafir masuk ke masjid Nabi dan duduk lama disitu.
2. Thumamah bin Athal diikat dtiang Masjid Nabi.
3. Org2 Nasrani Najran masuk ke masjid Nabi.

Rujukan: Al-Wajiz fil Feqhil Islami.

Sumber: http://akhisalman.blogspot.com/2007/07/hukum-org-kafir-masuk-masjid.html

Anonymous said...

Hoi bodoh.....kau nie tak tahu hukum ka...hukum haram tu membawa kepada dosa...mana ada orang kafir berdosa kalo masok suro...dia kafir tetap neraka tak kira dia samy vellu, ong tee keat ka...ko nie rasis sangat dan taksub dengan umno kau tu..dah nama kafir, tetap akan mau islam musuh diaorng....ong tee keat pun sama...sebab dalam quran sebut orang nasrani dan yahudi tidak akan senang kalo orang islam tak ikut jejak langkah diaorg.... mcm na la org kafir nak kena hukum haram...apala engko nie....g belajar dgn ustaz...dah ada ulama, ko cakap dia mcm2...apa la ko nie...

Anonymous said...

punya bodoh ko nie....siapa cakap orang bukan islam tak bagi salam...orang bukan islam boleh bagi salam dan orang yang sambut salam itu ada cara lah...ada adab dia sendiri bila orang bukan islam bagi salam..jawab la dengan waalaikumsam...orang bukan muslim pun boleh baca quran la...sesungguhnya quran itu diturunkan kepada sekalian umat manusia..sedangkan abu jahal lagi baca quran depan Rasulullah...ko nie kena belajar la aku asa...buang statement bodoh kau tu...

Abas said...

Salam:-

Sedih dan kekadang teramat marah dengan umat Melayu Islam kat Malaysia ni...tak apa saje..

Apa saja yang dilakukan oleh bangsa lain hatta menyentuh hal ehwal agama asyik2 tak ape saja malahan ada yang menyokong pulak?

Lah ni orang Melayu Islam hanya berani berjenang dengan kaum sebangsa dan seagamanya saja.

Apakah kerana undi maruah dan imej agama perlu digadaikan?

Dan mengapa umat Melayu Islam tidak dilahirkan seperti mana umat Islam di Pakistan, Afghanistan malahan di India sekalipun yang amat sensitif sekiranya Islam diperkotakkatikkan.

Bagaimanapun Selamat Hariraya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

pemburu alam said...

Ni kira sudah kurang ajar...Aku nak bagi warning pada pemimpin PAS, PKR dan yang sewaktu dengan nya...jangan buat ikut suka mak bapak hangpa je. Politik, politik juga. Jaga sensitiviti orang lain. Jangan sampai parang naik kepala...

apoapojelah said...

Salam RBF,

Saya boleh terimalah 'argument' tentang kuil yang dibawa oleh saudara RBF and The Gang, memang tak setuju pengendalian 'pemindahan' kuil harammm tersebut.

Tapi saya rasa kebencian kita jgn lah sampai benda boleh buat dalam Islam kita korner jadi tak boleh.

Dalam kes Tian Chua ni, saya rasa tak patut politikkan, sebab banyak pendapat membenarkan...

Sorry yer brader RBF.. tapi saya tetap nak tengok Islam kuat semula di Selangor, tidak kira dari PAS atau UMNO...

Maaf Zahir Batin
Aponakkato

najamarine said...

lihatlah bro faizal..

pencacai pakatan haram..mereka tetap mempertahankan apa2 yg salah di lakukan dewa DAp mereka..jika samy vellu?jika koh tsu kun?jika ong tee keat?habis panggil wartawan al jazeera memberitahu dunia kerajaan BN hina ISLAM..

selamat hari raya..maaf zahir batin

najamarine said...

lihatlah bro faizal..

pencacai pakatan haram..mereka tetap mempertahankan apa2 yg salah di lakukan dewa DAp mereka..jika samy vellu?jika koh tsu kun?jika ong tee keat?habis panggil wartawan al jazeera memberitahu dunia kerajaan BN hina ISLAM..

selamat hari raya..maaf zahir batin

Anonymous said...

Cuba mentarbiah berlandaskan agama tapi pada masa yang sama memaki menghina ,itu le cara org yang mengaku memperjuangkan agama tapi jiwa kosong/bingaii.(memang klon korang ni macam tu dari atas sampai balaci),demi kuasa sejemput agama sanggup di dagangkan.
Hrrrrrrketuiiii...
:aramak

denaihati said...

salam Aidil Fitri, Maaf zahir batin

Assaad said...

Salam RBF

Baca komen nafie_sdk. Semuga anda faham apa yang di maksudnya. Jika RBF nak posting sesuatu perkara itu janganlah membabi-buta dan tak tahu hukum-hakam. Jangan gunakan logika sahaja. Nanti pembaca akan mentertawakan anda.

Jangan jadikan alasan berbeza budaya atau berbeza Party, menyebabkan anda melihat dari sudut yang berlainan.

Jangan jadikan budaya menuduh yang melulu sahaja, yang terdapat di setengah-tengah Blog-blog atau forum-forum yang sampai menuduh kafir-mengkafir, sesat-menyesatkan. Kembalilah pada Quran dan Hadith, jangan hanya menggunakan hukum akal sahaja.

Juga jangan menyumpah seranah orang yang berlainan fahaman. Sehingga mendokan mampus.... dan berbagai doa yang menjahanamkan.

Kalau boleh doakan kesejahteraan dan hidayah pada mereka. Sampai seorang Ulama Arab Saudi telah mengeluarkan ucapan kenapa mesti mendoakan penghancuran untuk kaum Kafir. Kenapa tidak mendoakan supaya mereka mendapat hidayah dan akhirnya mereka itu berkemungkinan akan masuk Islam.

Wasalam.


Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.formor.com
http://saatjais.wordpress.com

Anonymous said...

aku mengaku statement rbf memang silap sikit hari ni..tapi nak buat mcm mane dia bukan ulamak dan bukan maksum..yang ada ulamak kata "MASUK PAS DIJAMIN SYURGA".. yang ni korang tak nak komen lebih2 pulak ye..kalau ni korang kata boleh pulak..aku tak tau la orang pas ni jenis macam mana..kerana politik...politik...hebat betul orang pas ye...makrifat terlebih belajar kot..

Anonymous said...

Hoooi Anon bodoh, bila orang kapir bagi salam jawab je lah .... WaalaikumHusam atau pun lagi baik Waalaikummasam.... kalo tak cayer pergi tanya Nik Ajis ataupun ustaz Nga Kor Ming... ngeh ngeh ngeh

Dee said...

Salam Saudara Rbf

Kalau diperhatikan dlm gmbr tuh nmpk jelas Tian pakai kasut. .Kenapa tak ada org tegur dia bahawa pakai kasut dlm surau adalah tidak elok kerana surau adalah tmpt ibadat .

Tian tidak tahu kah bahawa masuk rumah org melayu pn kena tanggal kasut kat luar ini kan pula masuk surau Mana rasa hormat tian chua? Bkn kah ini dikatakan kurang ajar. . Kenapa ahli pas dan org melayu pkr tak tegur dia. .

Nmpknya apa saja kaum cina dari pkr dan dap lakukan akan dihalalkan saja oleh pas dan melayu pkr.. Ini kah liberaliasasi agama anjuran pkr dan dap dan dihalalkan oleh pas..

Buat masa skg bnyk perkara yg serba tak kena dilakukan oleh cina dap dan pkr..Mungkin dap telah memasuki fasa kedua untuk terus mendakati melayu dan meracuni fikiran mereka. . Ibarat ayam yg ditabur padi lepas tuh tangkap dan sembelih satu persatu. . Berhati hati lah dgn taktik yg licik ini. .

Wasalam. .

P/s: Selamat hari raya aidil fitri buat saudara dan saudari sekalian. .
Maaf zahir dan batin..

nik najis said...

tu Tian Cua, nak berdakwah..

apa salahnya.

Anonymous said...

Mmg boleh masuk dgn niat nak mengetahui tentang islam.

Tapi selain niat itu, tidak boleh masuk.

Ajak la Xavier dgn Ronnie lak dtg smbil minum beer ramai2

Anonymous said...

Bro, harap awak tolong baca ini:

http://islamqa.com/en/ref/2192 tentang "Non-Muslims entering the mosque"

http://www.muftisays.com/qa.php?viewpage=viewQA&question=3861 tentang " Non-Muslim entering a mosque?"

PARAMESWARA

Anonymous said...

Ini pun harus dibaca.
Soalan dari warga Malaysia dan jawapan yang di beri oleh seorang pakar.

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543870

PARAMESWARA

anakpenaga said...

pelancong bukan islam masuk masjid negara umno tak bising pun...
zaman nabi saw yahudi kencing dalam masjid,nabi tak marah pun.
terus yahudi tu mengucap kalimah syahadad kerana kebaikkan nabi

umno dok bising pasai apa..
macam mana nak berdakwah kepada bukan islam?

ruang bicara faisal said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

RBF bukanlah bodoh sangat...tentu dia tahu apa yang dia tulis...

Kelana said...

Pembangkang PAS ni macam-macam.Suka betul menjemput orang kapir ke Masjid memberi syarahan.
Buat tu biarlah berpada-pada.Di suatu masa dahulu,orang -orang kapir boleh buat tawaf di Mekah..tapi bila mereka ada yang tawaf berbogel tu yang diharamkan.Pergilah baca buku kalau tak percaya.
Macam tak ada tempat lain nak bagi Tian Chua bersyarah.Setahu saya masa sembahyang Jumaat masa saya belum sunat saya pun tak dibenarkan ke kawasan masjid cuma dapat bersembahyang di belakang atau di astaka sebelah masjid.Saya taulah semu kapir masuk neraka tapi ramai juga orang Islam masuk neraka kerana riak,sombong dan sangka dirinya lebih mulia.
Yang betul tetap betul tak kiralah Umno atau PAS.

Anonymous said...

betul org kafir boleh masuk ke masjid negara tapi ruang solat yg dlm cermin tu memang tak di benarkan sepatutnya aktiviti tersebut boleh di buat kat luar surau je. tapi kalau ikut agama pas tak dak hal la sebab tian chua ni undi pas kut dan dah tentu masuk syurga pas kalau dah syurga tian chua dah dpt apa la sangat takat masuk surau ni bro

ironseven said...
This comment has been removed by a blog administrator.