Monday, October 12, 2009

APA DAH JADI ?


Hati saya terasa berat untuk menulis artikel ini. Ceritanya sudah lama saya ketahui,cuma saya senyapkan sahaja kerana insan tersebut amat istimewa di hati saya. Tetapi hari ini saya tidak dapat pendamkan lagi,kerana cerita mengenainya semakin menjadi-jadi dan datang dari sumber yang yang boleh dipercayai. Saya terpaksa berkata benar walaupun pahit.

Meminum arak adalah haram dalam agama Islam, menurut firman Allah SWT. “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)

Sebab musabab pengharaman itu adalah kerana ia boleh mengganggu fungsi otak dalam berfikir, bercakap dan bertindak. Kita sedia maklum seseorang yang mabuk boleh melakukan pelbagai perkara di luar batasan perilaku kemanusiaan seperti membunuh, memandu laju, membuat bising atau melakukan perkara yang memalukan seperti hadis Rasulullah SAW yang menyebut “Arak adalah ibu segala maksiat dan ia adalah maksiat paling mengaibkan.” (Riwayat Ibnu Majah).

Begitu juga penggunaannya dalam kuantiti yang sedikit sebagai perasa dalam makanan atau sebagainya tetap haram walaupun tidak memabukkan kerana Rasulullah SAW ada bersabda “Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit.” (Riwayat Ibnu Majah). Oleh itu, tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau setitik.

Kesimpulannya, peminum arak memberi kesan amat buruk kepada diri individu berkenaan, merosak imej agama, malah mengganggu ketenteraman masyarakat dan boleh menjejas kekuatan negara. Masyarakat wajib menjauhi arak dan terbabit dengannya sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana menurut satu lagi hadis Rasulullah SAW “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Dalam dunia ini kebanyakannya adalah negara-negara Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT hasil bumi yang paling berharga iaitu minyak. Syukur Alhamdulillah,negara kita juga tersenarai antara negara Islam yang dikurniakan minyak oleh Allah.

Tetapi saya sedikit ralat dan kecewa kerana apabila mendapat tahu ada orang yang terlibat dalam amanah untuk menguruskan hasil bumi kurniaan Allah di negara ini dan seterusnya terlibat dalam menguruskan syarikat berkenaan , tergolong dalam golongan orang yang meminum khamar. Masyaallah...

Saya amat-amat berharap agar orang yang berkenaan dapat menghentikan kegiatan buruk tersebut. Jika tidak dapat berhenti saya cadangkan agar beliau mengundurkan diri dari jawatan yang dipegangnya sekarang,sebelum syarikat tersebut ditimpa bala bencana yang diturunkan oleh Allah SWT.


17 comments:

Anonymous said...

Mmg btul pun. Tp beliau juga merupakan idola aku... apa bleh buat,doakan beliau berubah..

House PK said...

AKU PUN HARAP DIA BERUBAH BRO

Anonymous said...

Sapo dio

Jeffry said...

SLM BRO...SAPO DIO TU AGAKNYO??

tokmod said...

JANGAN BERSEBAHAT DGN PEMBUAT DOSA.
bisek kat aku siapa 2...
aku dengar juga cuma nak pastikan.

Anonymous said...

Salam Bro. RBF:
Saya tak faham apa yg Bro. hendak menusulkan, janganlah basah basi, ataupun menulis untuk kita teka teki, saudara sendiri mengaku bahawa "walaupun pahit" tetapi kebenaran harus di tunjulkan. Begitu juga dalam soal Amran, kenapa saudara berdolak dalik pula. Apakah semua yg Bro. tulis adalah hal peribadi? Kalau kerana amanah dan tanggungjawab untuk anak2 bangsa dan kebenaran, kenapa jadi gentar? Kalau macam gini susahlah bro. untuk menjadikan contoh kepada anak2 bangsa, APakah Bro tergamak untuk melhat kerajaan dan anak2 bangsa menjadi lemah dan bersifat peribadi dalam urusan? Jika Bro. ingin melihat kerajaan dan anak2 bngsa tegas dan amanah, ia mesti bermula dari sekarang. Pikiq2 kan lah

yat said...

sapa bro? bagi hint sikit...

Anonymous said...

siapa??

Anonymous said...

Awak guna gambar dari Wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Arak_(distilled_beverage) untuk cerita ini?

Kenapa?

Nak bagi tahu bahawa arak juga dibuat dan diminum oleh rakyat di negara-negara Timur Tengah macam Lebanon, Iran, Syria, Israel, Palestinian Territories, Iraq, Jordan, and Egypt? (Lihat sekali laman web yang di rujukkan).

Atau nak bagi tahu bahawa orang yang awak maksudkan - hanya minum arak buatan luar negara, khas di negara Timur Tengah?

Apa dah jadi kepada undang-undang yang sedia ada bahawa menjual arak kepada golongan tertentu adalah haram dan boleh didakwa?

You dah buat lapuran kepada pihak berkuasa untuk siasat dan ambil tindakan? Kalau you tak nak, bagi tahu Hassan Ali. Dia boleh mengambil tindakan segera.

Di negara kita ini sudah ada 'fatwa' bahawa merokok itu amat bahaya. Kerajaan pun belanja banyak untuk menyebarkan mesej ini kepada warga Malaysia. Tapi ramai lagi 'syok' merokok.

Termasuk orang-orang yang awak 'puja' sebagai 'wira' bangsa!

Maybe you should focus on this greater than 'arak' buatan 'luar negara'.

One by one bro.

PARAMESWARA

Anonymous said...

Saudara RBF,
Khamar dlm bahasa arab maksudnye benda yang memabukkan, mengkhayalkan. Cuma apabila dimelayukan bermaksud arak. Dlm sains pula arak adalah minuman yang mengandungi alkohol. Jika namanya atau botolya atau labelnya semcm arak masih tidak boleh dikategorikan sebagai khamar jika kandungan alkoholnya 0%. Bermakna jika kita minum ia pasti tidak akan memabukkan atau mengkhayalkan. Sebagai contoh Beer yang dikeluarkan oleh Syarikat Iran yang dipamerkan/dipasarkan pada MAHA baru2 ni, ianya halal diminum. Kilang Calsberg dan anchor ada mengeluar arak yang kandungan alkoholya kurang 5%, dan apabila diminum tidak akan memabukkan bg sesetengah orang. Jadi adakah ia halal? Semestinya HARAM rujuk Fatwa tahun 1995. Tapi bagaimana pula dgn tuak yang ada sepanjang jalan dari Dungun Ke Kuala Terengganu terus ke Kota Bharu yang telah dibuktikan kandungan alkoholnya lebih drpd 5%? Bagaimana pula tapai pulut, tapai ubi yang ada alkohol juga? Adakah ianya haram? Ianya boleh jadi Halal dan Haram atas faktor keadaan. Persoalan ini terlalu terperinci untuk dibahaskan. Cuma kita dlm mazhab syafie yang haram harus dijauhi, yang subhaa/ragu-ragu harus ditolak. Sekian.

Anonymous said...

boleh saya tau sapa yg di maksudkan nie...sy x paham la...maaf

Anonymous said...

adakah pengarah sebuah syarikat negara yg dibayang2kan sebelum ni??

The Hobbit Frodo said...

whoaaaaa saper?? TUN M kew?? no!

Anonymous said...

daripada lelaki, perempuan ..,(islam/melayu) rakyat biasa yang tidak berpendidikan, rakyat biasa yang berpendidikan, artis,..student, pegawai, CEO swasta/GLC, MB. Menteri..ramai melayu islam yg minum dengan x de rasa bersalah macam minum air 0..

Siapa dibelakang Csberg?

Sesungguhnya kita sudah jauh sesat..

Anonymous said...

aku yg tulis 1st comment yg atas tu.aku keje dlm syarikat perkapalan malaysia yg ber'parent'kan Petronas. tahun 2003 ktorg p deliver 1st VLCC Malaysia kat Japan. He come with his wife for launching that ship... I was suprised when both of them drink red wine.. but anyway all ship staff just keep this secret, until i read ur last post.. thats why i remember what we saw last 2003... so got relation with petronas.. hope anybody know who is he.

The Hobbit Frodo said...

erk ... komen wa x lepas ke? adakah benar?? okey


*Senyap*


*Senyap*



to good to be true

najamarine said...

benarrrr,memang benar!!