Thursday, October 29, 2009

DR.ZAMBRY BUAT APA YANG NIK AZIZ TAK MAMPU BUAT

Syukur Allamdulillah. Dr.Zambry telah menjadi MB pertama dalam sejarah negeri-negeri di Malaysia memasukan peruntukan dalam bajet negeri untuk membina Pusat Tahfiz (Maahad Tahfiz) di setiap daerah dalam negeri Perak.

Sebagai permulaan peruntukan sebanyak RM 1 juta disediakan pada tahun 2010 bagi membangunkan Maahad Tahfiz di Daerah Manjung. Pembangunan Maahad Tahfiz di daerah-daerah lain akan dilaksanakan dalam RMK ke 10.

Tahniah Dr.Zambry !

Sebuah negeri yang menggunakan slogan 'membangun bersama Islam' dan dipimpin oleh seorang tok gAru selama 19 tahun pun tak mampu untuk membuat sebagaimana yang diumumkan oleh Dr.Zambry hari ini.

Memang ada pusat tahfiz di Kelantan atau negeri-negeri lain,tapi semuanya dikendalikan oleh swasta atau orang perseorangan dan jika ada pun yang dibiayai oleh kerajaan mungkin bilangan tidak sama seperti yang diumumkan oleh Dr.Zamry hari ini.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Dr.Zambry. Saya berharap agar negeri-negeri lain juga mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan Perak. Jangan kedekut mengeluarkan wang ke jalan Islam demi memastikan kejayaan umat. Pasti balasan yang diterima berkali-kali ganda lagi daripada apa yang dikeluarkan.

Sesungguhnya Islam yang dibawa oleh UMNO lebih baik daripada apa yang dibawa oleh PAS. Saya tidak berani berkata Islam yang dibawa oleh UMNO membawa kita ke syurga,manakala Islam yang dibawa oleh Pas setakat lubang kubur sahaja. Itu semua kerja Allah SWT. Apa yang Allah suruh kita tidak melaksanakan sepenuhnya dan apa yang Allah larang pun kita tidak ikut sepenuhnya,tetapi bolehkah kita nak ambil tugas Allah dan para malaikat menentukan siapa ke Syurga dan siapa ke neraka ? Cermin muka terlebih dahulu sebelum boleh kata siapa masuk Syurga dan siapa masuk neraka.

Kalau Nik Aziz tiada cermin ,saya cadangkan beliau kencing dalam tempurung kelapa kemudian tilik muka dia dalam air kencingnya tadi. Selepas itu tanya diri sendiri,layakkah diriku ini menentukan orang ini ke Syurga dan orang itu ke neraka. Jika dia masih kata dia layak tentukan,minum saja air kencing dia yang dalam tempurung tersebut.

Islam yang dibawa oleh PAS (Puak Khawarij) ini hanya Islam retorik,Islam peti undi,Islam plastik,Islam aksesori atau Islam make up sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Pemimpin-pemimpin sama saja seperti GRO. Di depan masyarakat,kopiah atau serban atas kepala,mulut penuh dengan bacaan ayat -ayat Al-Quran dan melaung-laungkan Islam ! Islam ! Islam ! dan mengatakan mereka lebih baik daripada BN. Apabila rakyat pilih mereka barulah rakyat tahu siapa mereka yang sebenarnya. Perangai yang sebenar mengalahkan syaitan.

Samalah dengan GRO,bila nak pergi melayan jantan,pakai make-up tebal 2 inci,lipstik sampai mulut merah menyala,eye shadow,maskara ,pakaian seksi-seksi dan wangian hebat-hebat. Bila dah seperti itu , sekali tengok macam Sofia Jane di tahun 90 an . Tapi bila mereka buang semua yang dipakai tadi, cis ! hampeh ! lebih kurang Ahli Parlimen Ampang atau Rantau Panjang saja.

Tipah tertipu beb....

Selamat tinggal PAS PRU ke 13.

Perhatian kepada para pembaca, semalam saya sempat mengikuti Sidang Dun Perak,saya berjaya masuk ke Dewan mengikuti seorang wartawan yang juga teman saya. Ada banyak cerita menarik yang saya ingin kongsi dengan anda,tetapi saya tidak berkesempatan menulisnya sekarang kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Saya akan siarkan secara berperingkat-peringkat di lain hari.

13 comments:

TBO said...

Maahad Tahfiz Al-Quran Di Setiap Jajahan
Ditulis oleh Administrator
SELASA, 04 NOVEMBER 2008
KOTA BHARU, 29 Syawal 1429 – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, memang menjadi hasrat kerajaan negeri untuk menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran di setiap jajahan sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan Islam yang sedia ada di Kelantan.
“Kerajaan negeri memang berhasrat menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dan Maahad Tahfiz Sains di setiap jajahan di negeri ini,” ujarnya menjawab soalan lisan dikemukakan Abdul Latif Ab. Rahman (Pas-Mengkebang) pada Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan Keduabelas.

Menurut Mohd Amar ketika ini selain Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Pulai Chondong dalam Jajahan Machang kerajaan juga telah membina Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah di Banggol Chicha dalam Jajahan Pasir Mas, Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin di Berangan di Jajahan Tumpat, Maahad Tahfiz Sains di Pasir Genda di Jajahan Tanah Merah dan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman di Kok Lanas.

“Selain itu, pada tahun 2006 pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah membuka Maahad Tahfiz Nurul Hidayah di Kampung Tualang Tinggi di Jajahan Pasir Puteh bagaimanapun pada 22 Oktober 2007 bangunan sekolah itu telah terbakar dan pelajar-pelajar berkenaan telah dipindahkan sementara ke Maahad-maahad Tahfiz lain.”

“Memandangkan tapak asal Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayahtidak sesuai dan sempit, kerajaan negeri telah membeli sebuah tapak baru di kawasan berhampiran seluas 10 ekar dan InsyaAllah pembinaan bangunan baru akan bermula tahun 2009.”

Sementara itu menurut anggota Exco lagi, YIK juga turut memperkenalkan kelas aliran Tahfiz Sains di Mahad Yaakubiah di Nipah bagi Jajahan Bachok dan Jajahan Pasir Puteh di Maahad Saniah.

“Manakala bagi Jajahan Gua Musang kelas Tahfis Sains juga akan diperkenalkan di Maahad Gua Musang pada sesi pengajian 2009, mengenai Maahad Tahfiz di Jajahan Kuala Krai memang ada dalam perancangan cuma menunggu giliran” jelasnya lagi.

Menjawab soalan tambahan Adun sama, anggota Exco itu menjelaskan memang kerajaan negeri berhasrat mengembangkan aliran Maahad Tahfiz Sains ke negeri-negeri lain khususnya negeri Pakatan Rakyat.

“Setakat ini ada beberapa negeri seperti Selangor telah datang membuat tinjauan ke Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah dan telah bersetuju menubuhkan sebuah sekolah dengan menggunapakai kurikulum yang digunapakai di Kelantan cuma mungkin berbeza dari segi nama sekolah,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Muhamad Mustafa (Pas-Demit), Mohd Amar berkata, kerajaan negeri mempunyai tujuan berbeza berkenaan penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dan Maahad Tahfiz Sains.

“Penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat adalah bertujuan melahirkan ulama-ulama yang bukan sahaja mahir dan menguasai ilmu Islam tetapi juga turut hafiz al-Quran.”

“Kerana itu pelajar-pelajar diwajibkan mengambil beberapa subjek tambahan seperti subjek Qiraat, Resam al-Quran dan Ulumul Quran secara mendalam.”

“Adapun penubuhan Maahad Tahfiz Sains adalah berbeza iaitu bertujuan melahirkan professional atau pakar-pakar dalam bidang Sains dan masa sama hafiz al-Quran.”

“Kerajaan berhasrat melahirkan profesional seperti jurutera, doktor, peguam dan sebagainya yang hafiz al-Quran kerana itu pelajar tidak diwajibkan mengambil subjek Qiraat, Resam al-Quran dan Ulumul Quran secara spasifik,”jelas beliau lagi.

Ahmad Putra said...

Salam,

Kita membina sesuatu bukan untuk menunjuk2 tetapi ikhlas kerana Allah. PAS bukan mcam BN yang bina tandas tu pun nak menunjuk2 (Projek Kerajaan Barisan Nasional). PAS buat apa2 pun snyap je, malas nak kecoh..

Janji Allah tau sape ikhlas sape tak..

Anonymous said...

Salam....

Kepada penulis, syabas saya ucapkan dan terimakasih kerana saudara telah berjaya menunjukkan kebodohan saudara sendiri dari segi fakta penubuhan maahad2 tahfiz di kelantan dan penerangan saudara yg bersifat berhalunisasi. Saudara benar2 seorg yg kelakar....kelakar2 bodoh dari penulisan saudara hanya dapat mempengaruhi golongan bodoh(ameno)seperti saudara....

Wallahu a'lam....

ruang bicara faisal said...

kpd TBO,

pertama saya minta maaf ,jika fakta saya salah.

kedua, setelah 19 tahun memerintah kelantan,dalam dun ke 12 (sekarang) baru kerajaan negeri baru BERHASRAT,saya ulang balik BERHASRAT membinanya.

zambry yang mewakili BN/UMNO yang sering dituduh kapir oleh pas tak sampai setahun dah UMUMKAN penubuhan. bukannya HASRAT-HASRAT.

Demang Lebar Daun said...

Terima kasih kpd TBO krn bersusah payah menyalin CADANGAN PAS Kelantan trsbt di sini utk pengetahuan semua pengunjung. Nampaknya sudah ada peningkatan dalam kalangan penyokong pembangkang utk mengemukakan fakta, bukan seperti sblm ini yg menulis ikut perasaan shj. Cadangan trsbt memang menarik tetapi sayangnya terbukti tidak mampu dilaksanakan hingga kini.

tahniah R Zamri yg berjaya merancang secara realistik.

anaklangkawi said...

Takat Berhasrat jelah..

ruang bicara faisal said...

kpd demang lebar daun dan anak langkawi

sudah 19 tahu bajet dibentang dlm dun kelantan negeri 'serambi mekah' tak pernah lagi masukan perkara berkenaan dlm pembentangan bajet.

yang diatas tu pun bukan masuk dlm paper bajet. setakat soalan lisan saja.

perak negeri pertama yang melakukannya secara serius.

pas hanya mampu cipta slogan. apa pun saya tetap t.ksih dan ucap tahniah kpd tbo,kerana dia berani kemukakan fakta walaupun tidak tepat 100 %.

bukan seperti yg lain. bila dia tak mampu jawab apa yg kita kata ,dia mulalah hendak maki hamun atau hentam kita

Anonymous said...

salam...
rasa2nye, Dato Derih pun dah buat masa dia jadi MB Ganu... kalau tak salah, melalui program sekolah2 Imtiyaz.

Anak Perelih said...

MB UMNO di negeri negeri lain bila lagi nak ikut... ???? Perlis, Terengganu, Negeri 9, Melaka, Johor, Pahang, Sabah

Anak Perelih said...

Cuba baca betul betul... ko orang ni belajar membaca ke tak kat sekolah rendah ni....

Maahad tu dah ada beberapa buah dah... yang dihasratkan ialah untuk dibuat di semua daerah/jajahan... dan disebabkan faktor keewangan yang di sekat UMNO persekutuan, Kelantan hanya membuat takat yang dinyatakan diatas tu aje... dan hasrat untuk dibuat di semua jajahan belum dapat dilaksanakan lagi...

Yang si Zambry tu baru cadang nak buat satu dah berkokok 1Malaysia... macam ayam bertelur sebiji.. berkokok 1 malaysia....

Anonymous said...

salam,

buat salah tak buat salah.Sama2 ganding bahu jalankan keamanan untuk rakyat..ape hal melalak sapa buat dulu dan sapa tidak?

Soal ikhlas tu hanya untuk Allah.

Alhamdulillah la kalau UMNO dah sedar..PAS patut sokong..bukan perasan diri dah buat dulu...pastu bila UMNO nak buat korang datang dengan riak takbur..cakap korang dah buat dululah etc.Rendah diri tu memang untuk hamba Allah!!!tak kira segunung mana ibadah yang di lakukan.kena sedar..belum tentu apa yang kita buat di terima Allah..Tak kisah kalau apa yang di lakukan DR zambry di lolong satu dunia.Janji hasrat PAS untuk lebih hidup dalam islamic environment termakbulkan?Tak kira siapa..janji Islam terlaksana.PAS or UMNO sama saja kena buat kerja untuk Allah dan rasul!! sama2 support!! jgn jadi seperti qabil dan habil!

Anonymous said...

Nak menulis biar beradap, kalau nak marah kepada Nik Aziz pun kenapa perlu tulis dengan suruh kencing dalam tempurung.

Apa yang tertulis semestinya datang dari hati si penulis. Hati yang buruk keluarkan isi tulisan yang buruk, walaupun maksudnya baik.

Sendiri mau ingat, kita di dunia menumpang jasad, bila mati yang tinggal hanya roh sahaja.

Anonymous said...

Kalau betul berani, lepaskan posting dari moderator approval. Saudara bukan seorang yang berani???