Thursday, October 29, 2009

NIZAR HANTU RAYA , KHALID DI TAMPAR BADRUL

Tengahari tadi dengan penuh gedebe Khalid Ibrahim membuat kenyataan untuk mengusulkan kepada PKR pusat agar Adun Pelabuhan Klang meletak jawatan.

Tup...tup... menjelang petang hari Khalid Ibrahim yang selama ini gagap menjadi bisu sekelip mata akibat ditampar oleh Adun Pelabuhan Klang,Badrul Hisham Abdullah. Gedebenya tengahari tadi terus hilang.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Selama ini Badrul sering berdiam diri terhadap apa saja yang dikatakan oleh Khalid terhadap beliau. Akhirnya kesabaran beliau hilang hari ini. Dalam masa beberapa jam sahaja Badrul bangkit membuat satu keputusan yang drastik tanpa disangka-sangka dan dirancang.

Jangan pula diberi alasan kononnya Umno telah membeli Badrul. Tak mungkin dalam masa 4-5 jam sahaja urusan jual beli boleh diselesaikan. Melihat kepada reaksi Badrul dalam sidang media hari ini nampak sangat beliau dalam keadaan tidak bersedia untuk meninggalkan PKR. Tetapi kerana geram dan hilang kesabaran maka ianya dilakukan juga.

Di Perak,ada seorang raja bohong bernama Nizar. Di Selangor pun ada juga seorang raja bohong bernama Khalid. Asal mereka berdua ini buka sahaja mulut pasti pembohongan akan keluar daripada mulut mereka.

Khalid berkata ,Badrul tidak pernah menjawab surat tunjuk sebab yang dihantar oleh beliau. Badrul menafikannya, dan beliau berkata telah menghantarnya serta di cop sebagai bukti penerimaan surat oleh pejabat MB Selangor. Bohong tak habis-habis seorang si gagap ini,sama seperti bekas rakan sejawatan beliau di Perak yang menjadi balaci DAP.

Tidak pernah berlaku seorang MB menghentam dan memperlekehkan adun sendiri secara terbuka. Dulu,sewaktu nak bertanding,oleh kerana tiada orang yang sanggup menjadi calon,maka mamat yang dicop 'sakit jiwa' inilah yang diangkat sebagai calon. Sehingga orang ini habis licin segala wang dan bulu-bulu yang ada di badan digunakan sebagai belanja kempen. Malah terpaksa berhutang sana sini.

Bila sudah menang,beliau diabaikan,peruntukan disekat,hantar pula orang lain menjadi wakil adun,kemudian dituduh pula sebagai sakit jiwa. Inilah yang dikatakan diberi madu,dibalas tuba atau habis madu sepah dibuang.

Kalau tahu Badrul tidak layak menjadi adun,kenapa pilih beliau sebagai calon ? Khalid sering mengakui yang beliau lebih hebat dan lebih molek daripada Khir Toyo. Hebat kepala otak hang,kalau nak pilih calon pun tak pandai.

Jalan terbaik adalah Khalid harus berundur sebagai MB Selangor supaya Selangor tidak lagi dirundung pelbagai masalah. Orang yang hebat dalam dunia perniagaan,tidak semestinya dia hebat dalam dunia politik. Dua dunia ini amat berbeza. Lagi pun Khalid sedang dirundung masalah hutang dengan Bank Islam yang belum selesai di mahkamah.

Kalau rasa tidak mahu berundur,apa kata bubar saja dun Selangor dan kita berentap semula. Kita tidak memaksa untuk membubarkan dun,itu hak Khalid selagi dia ada majoriti. Kita hanya mencadangkan. Terpulang kepada Khalid.

Tetapi untuk Khalid terus menjadi MB Selangor,saya rasa ianya sudah tidak relevan lagi. Beliau harus berundur. Anwar Ibrahim dan Wan Azizah harus mengambil tindakan terhadap perkara ini, sebelum Selangor hancur. Berpuluh tahun BN bangunkan Selangor sehingga mencapai kemajuan seperti hari ini. Datang Khalid tak sampai dua tahun lagi,sudah ada tanda-tanda punah ranah.

12 comments:

sri mersing said...

Org Selangor galak sgt mengundi PR,sekarang ambikla habuannya..

hanizam said...

jebg..jeng..jeng....sorang dah out, sape lagi selepas ni ye???

potong...jangan tak potong....

Anonymous said...

Tuan..

tuan suruh bubar DUN selangor.. mesti ada yang menyalak2 suruh bubar DUN perak dulu.. pengecut la... takut la... tapi tak pe... harap2 ape yg kita impikan akan tercapai... InsyaAllah... perkara pertama tuan sebutkan dulu iaitu ADUN Pelabuhan Klang sokong BN telah menjadi kenyataan... jadi tgu la...

hehehe...

anak pak teh chat

jiwakita said...

salam....

LIABILITI...LIABILITI....

MB SELANGOR MENJADI LIABILITI YG
AMAT TERUK KEPADA PKR,PR DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR...KERANA MEMBOHONGI
RAKYAT SERTA BERHUTANG PULUHAN JUTA RM..

TAK ELOK DIPANDANG MATA ATAU MENJOLOK MATA SAHAJA!

ELOK BAGI BROOM SAJALAH...

Jeffry said...

SLM BRO...DLM TELEKAN AKU..AKAN ADE LAGI YB2 PAKATAN JAHANAM AKAN KELUAR SKET MASA LG..JUZ WAIT N SEE HUHUHU

Anonymous said...

Lepas ni Hassan Ali pulak jadi calon bebas. Dalam Pas dah kena jadi kambing hitam, dituduh bersekongkol dengan UMNO.

Pas Selangor pun disiasat sebab tak menyokong pas pusat (sekutu lalat biru).

Dinzi..

Rafie said...

PADA MELAYU SELANGOR TU LA AKIBATNYA DENGAR JANJI2 YG INDAH BELAKA DR PAKATAN RAKYAT SEBENARNYA WALAU SAPA PUN PERINTAH KITA WARGA MELAYU DAN BUMIPUTRA HARUS BEKERJA KUAT UTK PERBAIKI KEHIDUPAN. JANGAN MALAS DAN JADI PENGEMIS TERHORMAT DITANAH AIR SENDIRI KELAK ANAK CUCU PULAK MEREMPAT DITANAHAIR SENDIRI.LAGI SATU JANGAN TAK AMBIL PUSING HAL POLITIK JANGAN NAK DPT HASIL JE BERJUANG TAK NAK KALAU POLITIK MELAYU DAH HANCUR LEBUR LAGI BANYAK YG PERLU DIKORBAN.

Anonymous said...

Mana ada YB ni dah mereng..tengok bini dia sebelah dia tu..muda, cun melecun..yang mereng tu si Khalid gagap tu..entah2 bila dia tengok gambar bini YB ni menyesal pulak dia tendang YB ni..dia kan giler betina..tengoklah sekarang Elllie tu kemain lagi ngam sangat dengan si gagap tu.
Anyway YB welcome back eventhough not yet full BN but welcome..

Malaysian said...

"Di Perak,ada seorang raja bohong bernama Nizar. Di Selangor pun ada juga seorang raja bohong bernama Khalid."
Di blog ini juga ada seorang raja bohong bernama RBF!!!

awie958 said...

alhamdulillah seorang wakil rakyat selangor sudah pun nampak kerajaan manakah yang benar2 telus dalam membantu rakyat.sy tidak mendoakan keruntuhan kerajaan PR di selangor..namun seperti di perak sy mengharapkan agar ada lagi wakil rakyat PR yang celik matanya di celikkan juga hati mereka untuk memikir nasib anak bangsa mereka dan bersama2 dengan kerajaan BN untuk mengtadbir negeri selangor demi memacu kembali pembangunan di negeri selangor dan menjadi sebuah kerajaan negeri yang lebih adil telus dan berintegriti lebih baik dari kerajaan yang di bawa oleh PR.

Anonymous said...

dah 2 tahun tak buat apa pun, POTONG je la!

-orang atas pagar-

Anonymous said...

liabiti yang tak dapat aku lupakan ....elyyy the po.n star.

Itu macam punya YB pun ade..

by : of course...