Saturday, October 10, 2009

NIZAR MANGKUK !!! LAGI PENIPUAN PAS DI BAGAN PINANG

Semua strategi PAS di Bagan Pinang tak menjadi. Mereka harapkan taktik Permatang Pasir berjaya dikitar semula di Bagan Pinang, tetapi tidak, semuanya makan diri balik.

Harakah kah kah kah daily melaporkan seorang ahli Pas yang bernama Bob dipukul oleh orang Umno. Mereka cuba putar belitkan lagi cerita sebenar. Rujuk disini

Anda lihat video dibawah ini,siapa yang serang siapa terlebih dahulu.


Kalau Bob,seorang ahli PAS yang ada adab dan mengamalkan cara Islam yang sebenar, dia datang cara begini "Assalamuaikum sahabat, boleh tumpang tanya sikit,kenapa anda pukul adik saya,dia ada buat apa-apa salah ke ?"

Tetapi tidak, ahli Pas memang sudah diajar dengan cara kurang ajar,maka dengan ketayap atas kepala Bob datang menyerang dan berkata begini, "heh brother,heh,lu pukul adik gua". Tak ke kurang ajar namanya itu. Jangan kata orang lain, kalau saya sendiri pun muntah hijau Bob tersebut saya kerjakan.

Zaman dahulu,Pas ajar ahlinya bercakap guna bahasa 'ana','ante'. Sekarang semenjak ditarbiahkan oleh DAP mereka menggunakan perkatan 'lu','gua' pula. Ingatkan bila berkawan dengan DAP, Pas yang berjaya tarbiahkan DAP,tetapi sebaliknya pula. Syabas PAS !

Kesimpulannya, kepada pengundi Bagan Pinang, jangan pilih calon Pas sebagai Adun anda. Bimbang satu hari nanti, Bagan Pinang akan bertukar menjadi Bagan Bohong atau Bagan Fitnah.

3 comments:

TokMudim said...

Aku setuju benor dengan penulis Blog ni, undi UMNO jika hendak Bagan Pinang jadi bagan rasuah terbesar di Negeri Sembilan.

Anonymous said...

serang ke macam tu? apa perasaan kao kalau orang pukul adik kao? ingat oang buta ke tengok video tu

Anonymous said...

kejahatan menfitnah sama seperti dosa membunuh kerana ia membunuh jiwa manusia; saudara boleh mengumpul dosa-dosa tersebut selagi hidup atas bumi ini dan sila bersedia berhadapan dan jawablah dihadapan Allah Rabbul Jalil, tatkala lutut terketar-ketar seperti mahu gugur kerana melihat azab Allah. Sekarang boleh ler - Allah tangguh dulu masanya, tunggu ler bila berada dalam kubur - siapa yang terpekik! sapa yg terlolong!